Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Showing posts with label Fikir Bersama. Show all posts
Showing posts with label Fikir Bersama. Show all posts

Wednesday, April 20, 2022

2022 Awan Hitam berlalu pergi, adakah kemarau panjang bakal mengganti

Assalamualaikum w.b.t

Perit..
Penat..
Lemas..

Meninggalkan dunia menulis (walaupun suam-suam kuku) adalah lebih menenangkan berbanding letih mengadap kesan berantai Covid 19.

Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza. Ada duka, ada gembira, ada lara, ada ceria. Tidak terkecuali aku.

Bermula PKP,PKPP,PKPD, PKPP, balik PKP, PPN...bermacam krisis. Politik, perang, dalgona lah, bendera putih, makan, raya tak balik, raya tak jadi, raya raya raya selamat hari raya....bermacam kisah, bermacam viral, kejap neelofa, kejap najib, kejap tukar PM, kejap Khairi..Siti Sarah..Syuib..booomm..meletop

Ya, itulah cerita yang kita hadap sepanjang zaman gelap. Ramai kawan terlibat pemotongan gaji (syukur aku masih tiada potongan gaji kecuali unpaid leave(cuti banyak sangat) terbaik lah company aku..Tapi kepada rakan-rakan yang terjejas teruk, aku doakan korang semua dipermudahkan urusan membina semula kehidupan seperti sediakala.

CATATAN ringkas 20 APRIL 2022 11.30PM

Sunday, December 18, 2011

AUKU DAN PANDANGAN

SALAM. Asalnya saya ingin melakukan survey berkenaan Auku, tapi memandangkan saya telah habis belajar, dan sudahpun grad, saya hanya melontar pandangan sebagai bekas mahasiswa UTM. Lagipun saya pernah berada dalam ruang kuasa "auku". Umur dah lepas, berpolitik pun orang tak kisah. Saya tak terikat pada Auku lagi,. Tapi demi menyatakan komitmen saya terhadap auku, maka saya akan terus menulis mempertahankan Auku.

1.Sokongan kepada AUKU.
Saya menyokong sepenuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti. Tiada apa yang menjadi masalah besar kepada mahasiswa, sehinggalah baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa seksyen 15 dipinda bagi memberi peluang yang membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik dan kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja .Mereka juga tidak boleh membawa politik kepartian ke kampus.


Pada pandangan saya, tindakan ini agak berani kerana PM melakukan 2 pertimbangan penting yang dapat saya simpulkan:

a)Sokongan politik
-Walaupun trend sokongan masyarakat Melayu dan India kembali pulih terhadap Barisan Nasional, namun PM mencari jaminan lebih dengan melakukan tindakan populis seperti memansuhkan ISA dan terbaru pindaan Auku. Pindaan ini dijangka menutup beberapa isu-isu politik yang dimainkan pembangkang.
-Sokongan masyarakat cina masih kepada pembangkang, dan ini menyukarkan kerajaan menghadapi Pru-13, namun melalui pemansuhan ini, orang cina yang menyokong pembangkang dilihat beransur-ansur beralih arah kepada kepimpinan Dato' Seri Najib.

SMM=Pro-M=PKR?
Budak tak bertamadun dan takda otak



b)Sokongan orang muda/mahasiswa
-Umum diketahui, orang muda ini darahnya panas, fikirannya singkat, mudah terpengaruh dengan doktrin. Berita yang diterima kadang-kadang diterima sebagai fakta, tanpa ada usaha untuk menilai sumber, kesahihan dan kebenaran sesuatu isu. Orang muda juga "malas" dalam ertikata mudah "menelan" apa-apa analisa, kesimpulan yang dibuat orang lain tanpa melakukannya sendiri dengan pertimbangan yang wajar. Disebabkan ini, Auku yang dikatakan menyekat kebebasan telah dipolitikkan oleh pembangkang yang mengetahui tentang sikap "orang muda", maka dipalu gendang menyatakan Auku ibarat undang-undang mahazalim kerajaaan BN, diangkat dan dicanang setaraf kezaliman ISA. Tujuannya ialah untuk menarik sokongan anak-anak muda(mahasiswa) menentang  kerajaan yang memerintah. Maka seksyen 15 dilihat boleh dijadikan hot-point untuk diserang. Maka dengan pindaan seksyen 15 , maka ia telah menaturalkan kembali Auku.


2.Sekyen lain dalam Auku serta Akta lain.
Setakat ini tiada masalah dalam seksyen lain kecuali didakwa oleh sesetengah pihak tentang akta lain intitusi pendidikan seperti Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Institusi Pendidikan (Displin) 1976 dan Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1976,agar dimansuhkan sama kononnya untuk melihat pindaan AUKU itu "lebih konsisten".

3.Pandangan individu yang memperkenalkan AUKU.
Seperti diketahui umum, individu yang memperkenalkan Auku ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, sewaktu Tun ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Idea ini, adalah hasil pertimbangan mendalam terhadap realiti orang Melayu dan Bumiputera yang ketika itu jauh ketinggalan dalam semua bidang termasuk akademik, ekonomi, sosial sedangakan mereka adalah rakyat majoriti. Saya memetik pengakuan Tun Dr. Mahathir yang bertarikh 18 August 2008 dari blognya http://chedet.cc/blog/?p=89.



AUKU: AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.

Dr. Mahathir Mohamad
Putrajaya, Malaysia
Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003

Monday, November 14, 2011

Ketagih online

mari kita bersama hehe

Bukan perkara baru, dalam dunia yang berteknologi tinggi, penyampaian ilmu melalui internet sukar dikawal lagi. Komunikasi, perniagaan, berita semasa, games, blog, facebook...dll.
Cecite..apa yang anda lakukan depan laptop kalau xbuka facebook, atau menulis blog, atau baca blog
Cekira..berapa lama masa diambil setiap hari utk meng'login', membaca, dan mem'update' status atau posting di blog, youtube, twitter...

Salahkah?
Bagiku, selagi xmelalaikan kita terhadap perkara wajib, maka tidak salah.
Wallahua'lam,

Tuesday, May 24, 2011

Baru Balik dan tolak kerja

Assalamualaikum
 
Aku baru balik dari rumah ke kampung aku. Maklum dah abis belajar. Dapat juga tawaran bekerja sebagai engineer tapi rasa kena tolak sebab ada kena settlekan lesen kereta dulu kot..(ni la jika tak amik awal2)

Tak silap aku dah 2 tawaran aku tolak, serta satu dari Pahang yang direkemen oleh kawan aku. ia berkenaan Water Supply Project. So aku ingat nak dok rumah dulu sebelum terima pangilan kerja. k
Babai.doakan terbaik buatkku

Sunday, March 27, 2011

Debat yang famous dengan budak elektrik..haha

Tadi masa aku tengah semangat tutup lampu untuk support program Earth Hour, aku bukak la  FB Sahabat blogger, saja jalan2..nk jenguk kengkawan. Ada la beberapa orang yang bercakap pasal Earth Hour ni..tapi aku tertarik pasal ayat seorang blogger, nama dia Rahim Pandai.. Ayat dia cam kat bawah ni.


Walaupun dia berbicara soal pokok, tapi aku bersetuju juga dengan dia, cuma dari segi basicnya aku kurang setuju pasal CO2 yang dia cakap, jadi tanpa aku pedulikan orang aku balas la kat posting dia,bukan apa nak ajak kongsi ilmu sains.Berdasarkan pengetahuan dalam subjek Environmental Management serta subjek Mechanical dan Electrical System..aku balas


Aku cakap pasal electrik ni dijana oleh  Coal iaitu arang batu..ini fakta untuk sesiapa yang selalu banyak membaca fakta sains umum.Tetiba ada sorang SB, Muhammad Isyak yang ada kat situ mentioned aku, dan bercerita dan cuba melemahkan fakta aku. Tetiba dia bercerita pasal transformer plak. Ah..aku dah pelik, budak ni entah faham ker tidak ayat aku..

Bukan apa, aku rasa tak fair nafikan fakta aku dengan sesuatu yang tidak merujuk fokus tajuk iaitu "penghasilan Carbon Dioxide". Dia main sebut jer pasal Transformer, kecik ker besar gedabak..pasal dia cakap dia jurusan elektrik..

Bro,aku tahu semua itu, aku pun belajar electrik jugak, walaupun aku budak Civil Engineering..tapi budak Civil belajar banyak benda la..pelbagai.. Tanpa nak malukan dia, aku cuba stand dengan pendapat aku. Aku fokus pada pengunaan Coal sebagai menghasilkan CO2 yang banyak semata2 nak hasilkan electrik..tu jer..so aku terang pasal tenaga eletrik yang berubah bentuk dan stand dengan fokus pada CO2 tu..


Tetiba dia balas pasal eletrik, dengan yakin tidak berubah bentuk..Harharhar..aku rasa nak gelak bila dia cerita pasal losses, fokus letrik-kinetik-letrik..apasal aku nak gelak..?
Aku tak tahu la dia dari mana, U ker kolej mana, tapi dengan menafikan prinsip asas iaitu Prinsip Keabadian Tenaga adalah amat memalukan. Tetambah dikhalayak ramai camni..aku tahu ramai budak2 belajar sains tahu pasal ini.

Prinsip Keabadian Tenaga menyatakan tenaga tidak boleh dimusnahkan, tetapi hanya berubah bentuk..
Ini fakta fizik bai.. fakta fizik..Tingkatan 4..student sains asasi pun tahu.
Aku bagi contoh lampu...tenaga electrik menyalakan mentol, mentol terang, suhu mentol panas

So equation mudah..  Tenaga Electrik ---->Tenaga Cahaya+ Tenaga Haba
Mudah bukan..
Atau aku bagi contoh Kipas...Electrik menyebabkan daya magnet berlaku, dan kipas terpusing..kipas panas
Equation mudah ialah Tenaga Electrik---> Tenaga Kinetik+Tenaga haba(sedikit)


Bila dia balas balik, aku baru tahu dia tercabar budak Civil cakap pasal electrik..mungkin dia buka FB aku..haha..Aku suruh la dia check wikipedia kalo tak yakin pasal apa yang aku cakap..

Cuma bagi aku memalukan sebagai student electrical dia tak tahu pasal macamana elekrik dihasilkan..
Student Electrical bai..bukan student Civil..

Ibarat macam student Civil Engineering tahu pasal Konkrit, Setting Time Konkrit, pasal Hardened Conceret, Durability Concrete, tapi tak tahu macamana nak Design Concrete, macamnana penghasilan konkrit, ikut Strength yang kita nak..cam tu la lebih kurang.

Apapun aku malas reply takut nanti memanjangkan sesuatu yang dia tak faham..cukuplah aku ketawa kecil kat blog aku sendiri..hahaha..

Tuesday, March 8, 2011

(Jangan Ketawa) Kalau Berani Sila Cuba

Malaysian history

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan
digagalkan dari Ujian Sekolah Gagal Seumur Hidup (USGSH).

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Paray

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Tun Jane Abdullah

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

p/s : pasti anda gagal.

Amacam? Dapat A ker E? haha

Sunday, February 27, 2011

Lesbian atau Pengkid

Apa yang aku tahu agaknya pasal ni?

Dulu aku selalu terbaca pasal fenomena yang berlaku dalam masyarakat barat.
Namun sekarang dah jadi fenomena global, kat Malaysia pun ada.

Lesbian ini jenis wanita yang suka pada wanita. Selalunya membawa kepada hubungan cinta dan hubungan intim. Susah nak kenal, melainkan sesama wanita. Kenapa aku tulis ni? Sebab sekarang kita ada satu isu besar..GAY.. jenis lelaki yang suka lelaki..

Pengkid ni sama je dengan lesbian, cuma aku tafsir pengkid ni jenis hubungan istimewa seorang wanita yang bersifat wanita bersama seorang wanita bersifat lelaki atau ringkasnya Tomboy..

Tomboy? Setahu aku jenis yang tidak menjiwai jiwa wanita seluruhnya. Pemakaian, percakapan, gaya pemikiran..xlulus sebagai wanita.

Lesbian ni tidak tetap, jenis yang kecewa dengan cinta lelaki, malah ada jenis terpengaruh. Tomboy ni mungkin semulajadi, namun jika dia menjiwai jiwa wanita sepenuhnya, wanitalah dia akan jadi.

Gay pula satu hal..kat Malaysia ni ada perbicaraan di Mahkamah, tentang tuduhan aktiviti Gay..kepada "Pemimpin Anugerah Tuhan" iaitu Anwar Ibrahim. Kes ini tak perlulah dihurai, korang boleh baca banyak sumber diluar sana. Takut jadi contempt of court.

Dalam berfikir2..Teringat kaum Luth,penduduk Sodom dan Gamorah..yakni Umat Nabi Luth yang terkenal dengan aktiviti sesama jenis. Lihatlah sendiri balasan yang Allah berikan bagi golongan sebegini. Hancur ditimpakan azab.

“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29)

Wallahuallam

Monday, February 14, 2011

Gurau2

Aku masih boleh menerima gurauan yang padaku menyakitkan hati, sebab aku boleh melupakan dalam masa sehari. Aku masih boleh terima gurauan yang jenis pakatan. Ya..ia menceriakan kehidupan. Paling kurang pun aku anggap "biolnya orang ni".

Tapi aku sesekali tidak menerima gurauan fizikal..tarik2 baju, tolak2 itu ini. Mengambil barang orang tanpa minta izin. Kalau setakat nak gurau, sembur kata2 mengarut, aku peduli apa. Jangan sampai aku hilang sabar dah la.

Sunday, February 13, 2011

Sensitiviti

Sometime we dont realize that what we talk cannot be accepted by others..
We are in Malaysia, Islam is our main religion,as it stated in our constitution.

Senang cerita macam ni la..salah tetap salah, kena bagi jelas. Kita ni hidup bersama bersatu padu membina Malaysia. Generasi baru ni kadang2 tidak faham sangat apa itu unity dan sensitiviti. 

Kerajaan Malaysia tidaklah memaksa seseorang memeluk Islam, tapi dalam sebuah negara , demi menjaga perpaduan, elakkanlah menulis atau menutur sesuatu yang melibatkan sensitiviti agama Islam. Kenyataan Solid.

Ni gambar gelagat seorang kawan aku, tapi demi menjaga air muka, aku hide nama yang terlibat. Kisahnya mendapat markah yang rendah dalam satu subjek berkaitan islam. Tapi bagiku tak perlu la expressing disagreement like this..

white hat=kopiah..maksudnya ustaz..

Pengajaran : seorang Islam atau tidak bukan ukuran kita menjadi bebas berkata2 terutama melibatkan sensitiviti di khalayak ramai. Jagalah hubungan kita dengan rakan2.

Saturday, February 12, 2011

Yes! Aku menang RM30,000

Tadi lepas mandi pukul 10 pagi, aku ke stesyen minyak belakang KTGB sana.. isi FULL TANK...motor saja pun. Kena la dalam rm6.80..cukup 2 minggu.

Balik ikut jalan KDSE ke tasik mahu ke Meranti. Sampai meranti beli nasi+ikan keli+kerabu sayur.. kena dalam rm4.30 +rm1.00 teh ais. 

Jumlahnya rm12.10..pagi ni saja..tu lah kalau fikir2 hidup ni pakai duit..duit itu bukan segalanya..tapi didunia segalanya perlukan duit. Hatta nak buang air pun kena bayar. Yang kat pusat bandar Kota Bharu, sebelah Pasar Siti Khadijah pun kena 20 posen. Dah la kotor.

Balik bilik baca berita kat internet, jalan2 kat 20 blog terpilih. Lepas tu aku bukan ceramah Utz.Zahazan..stop dan makan. Lepas makan dalam zohor camtu dapat mesej kat handphone aku:

"Number Telepon Anda menangi wang Tunai RM30,000.00 dari"POWER ROOT"PIN KOD PEJAYA:254729 Sila Dail Office:+6285217245687 Mohd. ASLAN"
From: +6289694834657
12:42pm 12/2/11

Apa kamu fikir?
Kayalah aku kali ni..Rm30000 tu..kena tipu..

Nampak sangat ini sindiket, tak tahu guna bahasa. lihat saja "Number Telepon" adalah ROJAK!. Kamu tahu apa itu rojak?At least gunalah "Nombor Telefon". SINDIKET INI FAILED

Perkataan "dari"POWER ROOT"PIN KOD.." perkataan "dari" tu sudah tiada jarak, so diorang ini bukan melayu..mungkin bukan Malaysia..sebab tak pernah belajar bahasa rasmi.  SINDIKET INI FAILED

"PIN PEJAYA"..apa kejadahnya ini? mula aku ingat nama tempat cam Petaling Jaya atau Putra Jaya..fikir2..
Dia maksudkan no pin PEMENANG..tapi di guna PEJAYA.. mungkin sindiket ini fikir MENANG=JAYA itu sama maksud, maka dengan ganti nama, sudah cukup memaksudkan "pemenang". Aku rasa ini bukan orang Malaysia la..dah la menipu, pastu rosakkan Bahasa Malaysia.. SINDIKET INI FAILED

"Sila Dail Office" tu tak perlu aku sebut, budak tingkatan 1 pun tahu mana salahnya..ROJAK.

Last sekali "Mohd. ASLAN"..ini kantoi terus. Kenapa harus letak noktah selepas Mohd?jika mahu pendekkan cukup sekadar M. bukan "Mohd." . Kekantoian diteruskan dengan ASLAN yang besar..Sah ini bukan MELAYU MALAYSIA. Mungkin indon. Teringat pula singa dalam cerita Narnia ..namanya ASLAN
 SINDIKET INI FAILED.

Pengajaran: Jika sesiapa terima SMS ni, delete saja. Jangan call dan lakukan apa yang dia buat. Boleh laporkan pada pihak polis jika mahu. semoga mereka yang terlibat dalam sindiket ini ditangkap. Menyusahkan orang saja.


Thursday, February 10, 2011

Wifi di bilik aku

Bangun pagi gosok gigi terus mandi.
Gelas biru gula 2 sudu teh uncang satu.
Final projek, alam sekitar, analysis struktur
Fikir last2 aku pilih buat nota concrete.(2 bab)

Wifi kat bilik aku ni boleh la tahan strengthnya..owh signal..ok la
Bukan nak hipokrit apa, aku puji juga MpM yang buat kerja dengan elok..signal wifi dah mantap.

Dulu nak masuk alam ghaib kena guna jampi atau baca ayat tertentu, sekarang tekan 'connect' dah berbaloi.
Dulu pakai iblis atau jin, sekarang pakai laptop saja dengan wireless device atau cabel lan.

Ada peningkatan. Dulu terpaksa berulang ke Cict,library atau Fakulti semata tak mahu ketinggalan dunia maya. Kelajuan sekitar 10-50 kB/s dah berbangga tahap gila2. Selepas peristiwa download di library 2 MB/s membuat aku merasa 100 kB/s adalah teruk. 

Kat bilik aku sekarang dah berubah. "wifiUTM" adalah keharusan manakala "wifiUTM2" adalah pilihan. Dua2 signal dari router yang berbeza membantu aku update dengan isu politik semasa, facebook yang sudah semakin bosan, dan blogging yang ada pasang surut.

Kekadang mediafire jadi mangsa, dengan bantuan raja google. semua tidak mustahil. Dari game popular, lagu istimewa, dokumen berharga, software biasa, atau movie tahap OSCAR..semua guna jari untuk dapatkan. EASY

Dengan bantuan IDM crack ,barang free,laju,stable..hidup jadi mudah. Hard disk pun dah merah. Bravo.

Masih slow

Hmm..Ok sikit
Right..this one nice
Sebenarnya ada kala ia mencapai 2 MB/s..tapi tak sempat nak snipping..
Kalau kabel, pernah aku download kat blok L50 sehingga 4 MB/s.


Sunday, January 30, 2011

Hujan Oh Hujan..kenapa engkau turun..Jom nyanyi

Salam

Huahua..Dua tiga hari ini hujan tak henti-henti turun membasahi bumi..UTM.
Adoi..banyak rancangan cancel, takkan mau redah hujan je merempit, nak beli makan
... Teringat masa hujan slow-slow semalam, bangsa katak berpesta, macam-macam gaya...
ko'ko'ko', toing-toing, Wong-Wong...hoho meriah tu..

Ari ni dah sambung lagi hujan, entah bila nak stop..tengok2 langit..sekurang-kurangnya sehari lagi..
Apapun, hujan tetap anugerah tuhan...
Sambil-sambil relax fikir tentang hujan, teringat lagu masa kecil-kecil dulu..
Macam2 versi ada..tapi semuanya ada perkataan..
HUJAN OH HUJAN!
Jom nyanyi!..



Perut oh Perut ..Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit..
makan nasi mentah..makan nasi mentah..



Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Kayu Api basah..Kayu Api basah..



Kayu Oh Kayu..Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah..
Hujan timpa ku..Hujan timpa ku..



Hujan Oh Hujan..Kenapa Timpa Kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku...Katak panggil aku...



Katak oh Katak kenapa panggil hujan?
Bagaimana aku tak panggil..
Ular nak makan aku..Ular nak makan aku..



Ular Oh Ular kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku..Memang makanan aku..


Thank

Terima kasih kepada google dengan sumbangan gambar..

Wednesday, January 5, 2011

Kenyataan Tahap Tertinggi 2011

Assalamualaikum
salam 1Malaysia

Dalam beberapa hari ini ada beberapa kenyataan tertinggi yang aku perhatikan di sekeliling aku. Ada berlaku spontan dan ada berlaku secara terancang. Ada memberi kesedaran dan ada menyesakkan pemikiran. Kenyataan Tahap tertinggi akan aku listkan. Bukan rekaan tapi kenyataan. Gaya bahasa macam pantun budiman, tapi rupanya hanya penulisan.

1. Dalam pembacaan aku dalam blog Faizal Tehrani, rupanya Faizal ni adalah simpatisan syiah..Aku folllow penulisannya dalam blog kerana blog mencerminkan pemikiran sebenar seseorang. Faizal Tehrani cenderung menyokong kewujudan Syiah, dan mengkritik sesiapa yang mengkritik Syiah.. Ikon yang banyak dalam penulisannya ialah Mahmoud Ahmadenijad,Presiden Iran.. Aku tak pasti adakah dia seorang Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau pengikut senyap Mazhab Syiah Ja'fari. Boleh baca sendiri kat blog dia..siap ada poll lagi.

2.Dulu sibuk bising kenaikan minyak Ron97 dan Ron95, selain gula,minyak masak,santan. Esok 5 januari ura-ura ada kenaikan 10sen ron97. Peliknya dalam kerja keras Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia,dan selaku Presiden UMNO serta Pengerusi BN, ada beberapa tindakan yang tidak populis diambil. Menteri bertanggungjawab ialah Ismail Sabri,ayah kepada artis AF. Dunno la nama..sebab aku tak minat AF. Adakah wujud sabotaj untuk menjatuhkan kepimpinan Najib? Merdeka Center mengeluarkan statistic sokongan kepada Najib sebelum harga barang naik beberapa bulan sebelum ialah 72%..dan selepas kenaikan harga barang ianya turun kepada 69%.

3.Bola Piala AFF Suzuki. Pasukan Malaysia menang nisbah 4-2. Kemenangan 3-0 di Bukit Jalil dan Kekalahan 1-2 di Bungkarno. Selepas kemenangan 3-0, Indonesian mostly menyalahkan Laser..sampai menghina Malaysia dengan MalingSial,"laser is loser". Padahal Markus yang tak pandai jaga gol. Setuju? Di sana tiada apa yang indon patut bangga, penalti tak masuk, sumbat 1 gol, 1 lagi gol sendiri Malaysia..Malaysia patut juara, namun hero sebenar ialah rakyat malaysia yang tidak putus sokongan. Percayalah, peminat bola yang menonton kemenangan Malaysia akan tidur dengan perasaan yang positif,untuk bangun keesokan pagi. Kepositifan ini mendorong gerak kerja yang mantap, menaikkan KLCI ke paras tertinggi iaitu 1533.42 mata ,hampiri paras Psikologi 1550.00. Bank yang aku simpan duit,CIMB bank mencatat peningkatan saham sebanyak 12 sen kepada Rm8.62 sesaham. Untung Cimb ni. JOM melabur.

4.Peningkatan harga makanan yang agak keterlaluan di UTM. Rasai sendiri perbezaan hidup 2007,2008,2009,2010 serta tahun baru 2011. Dengan kos hidup yang sebelum ini dalam kategori "bolehlah" sudah bertukar kepada "ish,mahal pulak.boleh survive ker sampai hujung sem". Usah bercakap tentang Mee Ruski yang RM1.10 sebungkus, tetapi ambil contoh sepinggan lengkap nasi(Nasi,Ayam,Sayur+kuah) mencecah Rm3.50-Rm4.50 sepinggan. DiExtrakan Rm0.30 sen untuk makan berbungkus. Alasan?Ada kaitan dengan perkara diterangkan list no.2. Arked Meranti dalam kategori Mahal..Silalah bertandang ke Arked K11 yang lebih menjimatkan. Problem dijana dengan Center Point yang belum lagi diOPEN atas pertukaran penender baru(ura-ura).Belum potong harga Air asas kehidupan yang dijadikan minuman lagi..

5.Pertukaran peribahasa,iaitu "masuk ke sangkar harimau,harimau kena ikut apa yang masuk,masuk ke kandang kambing. kambing ikut apa yang masuk kandang". Penafsirang jelas terhadap keadaan kelas yang bercampur antara IS(International Student), dan student tempatan. Walaupun sekitar 60 orang adalah student tempatan,dan 3 orang Foreigner, kelas terpaksa dihandle 95% English. Kesan? Kurang kefahaman, malu bertanya, pasif semakin pasif, sleepy eyes. Lecturer pun kadang2 boring takde comunication berkesan. Itu realiti di FKA,UTM. Result kurang memberansangkan? nak salah sapa? Kami ni nak jadi engineer berkaliber,can apply what we know..not how much we know.

6. PTPTN..Ada peningkatan dari faedah 3% kepada Ujrah 1%. Pembayaran balik RM500.00 sebulan selama  dekat 5 tahun boleh selesaikan. Tapi jika nak makan apa? Makan kecil2 dah la dulu. Syukur ada PTPTN dapat semua orang belajar.  Cuma in future, jumlah pinjaman sudah semakin tidak relevan dengan peningkatan kos barang sekarang. Sejak dulu sampai sekarang, bagi sarjana muda,RM3500 sahaja. Uitm takpe la,yuran murah. Bagi U lain? RM3500-yuran Rm1500>>>RM1800.. dengan variasi yuran turu naik setiap sem, pelajar hanya menjamah sekitar RM 1700..bahagi 5 bulan dapat Rm300 lebih2 sebulan. RM10 sehari lebih kurang. Bagi yang follow perkembangan perisa Ruski,Mamee,High5,Maggi,Gardenia, dan pergi jalan kangki atau bawa kunci kereta(car key)..ke kelas, orait sikit..makan nasi jarang2 pun takpe. Bagi pengemar nasi ayam penyet, pattaya, kampung,..tetambah naik kuda tayar 2 atau tayar 4..lost la tengah sem. Sama ada Apply biasiswa PAMA, KABA, takpun kerja Part Time. Macam kata P.Ramlee..Miskin..Banyakk..Sederhana..Sikit2.. Berada..Jarang2..Very Rich..Kaddang..Kaddang..ada sabdu sikit sebutannya. Pertimbangan sendirilah.

Baru 6 perkara utama dalam beberapa hari..hari mendatang tak tertulis.,,Banyak isu..

Karim Si Halia pernah berperibahasa
"Untung sabut timbul..untung batu tenggelam", dengan gaya tangan separuh dada.
Karim Si Halia. TV32.

Kita perhatikan,pesanan Karim Si Halia itu boleh dijadikan iktibar untuk sesiapa yang berfikir positif. Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa tahu. Hidup ini sekali, mati pun sekali. Mata melihat, mulut menyebut, tangan menaip.

Noktah..Wassalam.

Nota Car Key 
Penulisan ini berkaitan dengan yang hidup atau ayang mati. Tiada motif tersembunyi selain kritik bersebab. 
Tiada Agenda kecuali mengajak kita berfikir, jika ada cadangan, sila bagi pendapat di ruangan komen. Saya akan telitikan .Anonymos sila bagi nama samaran. 

Saturday, January 1, 2011

Hadiah Tahun Baru 2011: 4.0 Flat

Salam 1Malaysia 2011

Tahun baru dah menjelma, tetapi aku mulakan dengan sedikit kecewa(sedikit je ). sebab aku ada planning something yang tak menjadi.Haha..takpelah.

Ingat tahun baru ni nak pasang bunga api(mercun) yang mahal sebijik, tapi mancis tak da. Maklumlah aku bukan hisap rokok pun. Sebab tu aku sihat dan jarang sakit. Syukurlah..Mercun tadi harganya mahal..aku bawa dari rumah lagi, ingat nak pasang lepas final, tapi xsempat..planning dengan member nak buat majlis makan2 antara kitorang pun xjadi. Takpe.

Pasal pointer 4.0 tu, bukan aku yang dapat pun, tapi sem ni Alhamdulillah aku lulus semua subjek. Lepas ni takde lagi nak ulang, aku akan normal macam rakan2 lain untuk sem last ni. Tak mahu letak harapan tinggi, sebab tiap sem azam baru sentiasa ada, tapi usaha kurang intensif, jadi dapat result dalam kategori "baik" saja.

Insyaallah sem ni cuba yang terbaik. Aku tumpang gembira dengan kejayaan seorang teman yang mendapat 4.0 flat dalam exam terbaru. Dia memang seorang yang rajin, walau banyak rintangan dihadapi . Aku akan cuba bergerak selari dengannya untuk  berkongsi kejayaan yang sama. Keputusan 4.0 Flat yang dia dapat menjadi pemangkin motivasi aku juga. Siapa dia..ada yang boleh agak.

Tahniah Nur Syamimi Ramlan.


  
 Semoga sem akhir ini mendapat kejayaan yang lebih manis, serta terpilih sebagai pelajar terbaik UniSZA.

Wednesday, November 10, 2010

SELAMAT PAGI 1MALAYSIA!

Masa kecil2 dulu aku diajar dan diperingatkan bahawasanya Malaysia itu lahir namanya dengan 3 suku kata iaitu
Malay+Si+a yang mewakili 3 kaum iaitu Malay=Melayu, Si=Ci iaitu Cina dan a=ya mewakili India. Rupanya apa yang aku tahu adalah apa yang diajar oleh abang dan kakakku. Mungkin mereka sedang belajar sejarah Malaysia, dan diajar pula oleh guru2 tentang cara menghafal. Namun bila semakin membesar, baru aku tahu sejarah Malaysia yang sebenar.

Malaysia adalah Malay+Asia=Malaysia. 3 kaum tersebut hanya kaum terbesar di Malaysia. Iaitu Melayu,Cina dan India. Walaupun begitu, jangan dilupa bahawa kita juga mempunyai Sabah dan Sarawak. Mereka juga penduduk peribumi disana, dan wajar hak mereka termaktub dalam Perlembagaan atas nama Bumiputera.

Wajar sekali Cuti 16 September diiktiraf. Itu adalah hari pembentukan Malaysia. Mereka mungkin boleh mengadakan sambutan kemerdekaan sendiri mengikut tarikh mereka terlepas dari jajahan British. Setidakpun mereka terlepas dari Filipina yang sentiasa mengidamkan bumi Sabah dan Sarawak.

SELAMAT PAGI 1MALAYSIA!

Sunday, October 31, 2010

Tahniah KELANTAN ku

Salam

 Semalam detik 8.40 aku bergerak dari bilik ke blok L27, niatnya nak tengok Final Piala Malaysia..Kelantan Vs N.Sembilan. Datang tengok takde sorang pun..Biar betul.. Dulu Kelantan lawan Selangor akhir liga Super dan Kelantan Vs N.Sembilan akhir Piala Malaysia semua penuh..Okay...Senang sikit..Aku buka Tv dan duduk..Time tu aku sorang..pastu de la dak junior yang aku train masa MHS dulu datang..Perh..dah lain..
Dulu skema..sekarang macam hampeh..(ni pandangan aku). Sebab aku tengok cara diorang bercakap macam tak kena tempat. Dah kuat..bukan ramai orang pun.. pastu mencarut..B**uh la,C*B*i la.. Ganggu mood aku betul.

Separuh masa pertama mengecewakan kelantan..Kena penalti minit 13, 2 kali sepak 2 kali masuk..tapi kira sebiji je.. Tapi melalui corak perlawanan aku boleh nilai siapa lebih baik bermain. Bola dikuasai oleh Kelantan, tapi bila sekali N.Sembilan naik, terus boleh direct ke goal.. Nasib baik Goki(Orang kelantan sebut untuk Goal Keeper) hebat dan mantap. Bila masuk goal berterabur mercun2..Pertahanan Kelantan sedikit lemah berbanding N.Sembilan yang agak susah ditembusi. Tapi aku tahu Kelantan bakal cipta goal.

Separuh masa kedua  seakan perubahan ketara berlaku. Serangan bertubi-tubi dari kelantan akhirnya membuahkan hasil..Equalize..1-1..Aku gembira dengan perkembangan itu..Lepas tu minit ke berapa ntah.. Mimi call aku.. masa bercakap..Gooooall..sebiji masa bercakap.. dah.. Kelantan dan sumbat sebiji lagi..2-1..
Aku sebak dan gembira sangat time tu..rasa nak konsi dengan mimi pulak..haha.

N.Sembilan memang panas time tu, pertahan dia yang hebat pula cedera, Syukor adan kena kuning..Situasi yang tak memihak. Menariknya penyokong kelantan, bila bola lepas je garis tengah..Sorakan seperti dah main depan goal.. Dan..2-1 berakhir dengan kemenangan dan kesyukuran. Aku sanggup tunggu pula untuk majlis penyampaian hadiah dan piala..Sebak gak tengok. Kali pertama menang sejak 55 tahun. Apapun Tahniah untuk kelantan..TERBAIK!!

Fakta

Dalam post sebelum ni aku sebut pasal assobiyah..iaitu kesukuan memang menebal antara orang-orang kelantan. Sejak Pasukan Kelantan dipegang oleh Tan Sri Anuar Musa, transformasi begitu pantas, dalam 2 tahun, Kelantan dah masuk 3 final dan, 2 kali kalah dan kali ketiga menang. Memang mantap Tan Sri Anuar Musa..UMNO ni.Haha.

Anuar Musa ni memang bagus. Rumah dia dengan rumah aku tak ada jauh sangat, naik motor 10 minit pun sampai. Secara peribadi nya, dia amat membantu rakyat ketika berjuang dalam UMNO. Ketika dia menjadi ADUN. Tanah perkuburan kat kampung aku dia yang beli kerana kubur sedia ada sudah tidak muat. Masa aku bersekolah dulu pun banyak program pendidikan dibawah seliaan UMNO Bachok aku join. As a student. BTN,Bengkel di UM, Seminar pendidikan..

Itu sebab aku dilihat lebih condong kepada Kerajaan dan UMNO..(biarlah arini anda tahu). Aku cukup pantang jika tuduhan tidak berasas dilontar kepada pemimpin yang banyak berjasa pada rakyat. Masa dia jadi ADUN Kok Lanas pun, dari kawasan desa berkembang menjadi Maju.. Tetapi entah termakan hasutan pembangkang dia tewas PRU 2008(aku tak nafikan itu sebab Paklah). Orang seakan habis madu sepah dibuang. Dan Sekarang Terpaksa kutip Sepah balik..KELANTAN MENANG..

Jika ditanya kenapa aku pro-kerajaan. Jawapan mudah, aku tak dapat lihat apa Kerajaan Kelantan (Serambi Mekah Dalam Bayangan buat). Kawasan kampung aku dari dulu sampai sekarang macam tu la juga keadaanya. Gejala maksiat tu usah cakap. Anak jiran depan rumah, siap bercium tanpa segan silu depan orang, aku kenal sebab penah berkwan kecik2 dulu.. Lepas tu aku dengar mengadung dan beranak dah. Orang panggil dia dengan nama Dubby..

Pastu ada juga budak2 kampung aku jadi penagih pil kuda, malam2 rumah jadi sarang maksiat. Pukul 7 pagi baru perempuan turun dari rumah laki. Ada yang dewasa jadi Sasau sebab dadah. Ada yang hampir gila sebab arak..Budak2 remaja yang aku kenal masa kecil dulu dan jadi pengedar pil kuda. So..Persoalannya.. Inikah maksud MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?

Masa nak mengundi datang rumah ke rumah cakap nak bagi air paip percuma, lepas Vote..bulu hidung pun tak nampak. Rakyat bukan desperate sangat..Sekali orang percaya, dua kali orang percaya.. masuk bnyak kali menipu sasau..baik takyah jadi ADUN.. Jika nak tahu, ADUN tempat akulah yang masuk mahkamah sebab bekas isteri mintak 4 juta.. Padan muka..Namanya Wan ISMAIL..

Jadi apa yang PAS bawa untuk Kelantan setelah 20 memerintah atas nama ISLAM? Celah mana PAS terbiah anak muda supaya jadi Muslim sejati..? Setakat in sebuah masjid pun takleh nak bina.. Terpaksa orang kampung minta dera, Tok Guru Pondok gi minta derma rumah ke rumah. Mana PAS?

Yang aku tahu dan amat tahu sebagai rakyat Kelantan sejati.. ADUN yang baru dilantik pun boleh pakai marcedes... Kat Hulu pun banyak bukit ditarak balak ditebang..So what?
Banner kat tepi jalan bukan main,Membangun bersama Islam, Sejahtera bersama Kepimpinan Ulamak.. Bagi aku itu bukan ulamak.. tapi Ular dalam Semak..(aku minta maaf sebab aku geram). 

Orang2 pas cakap jangan derhaka ulamak, fatwa Nik Aziz.. Nik Aziz keramat.. 
Disini aku nak tegaskan.. Selain Nabi, Tiada orang yang maksum termasuk NIK AZIZ.. Bagi aku Nik Aziz ialah ikon yang diangkat martabat kepada Tuan Guru oleh fanatik beliau. Ikon ini akan dicanang sebersih2 dan sebagus2 dan sesuci2.. Bukan aku pertikaikan keputusan Nik Aziz dalam sesuatu perkara, tapi "fatwa" yang tidak baik serta memecah belah umatpun didukung.. Dan Aku pasti jika Nik Aziz tiada, image yang akan didukung selepas ini ialah Haji Hadi..Presiden Pas Skaranng.

Jika mahu bercakap memgenai politik, elakkan berdebat bersama rakan.. 
JIka mahu menulis pasal politik, setiap hari aku boleh menulis. Aku sudah dikenali dikalangan rakan-rakan dengan pegangan aku tentang politik. Ada menerima baik, ada yang memandang serong. Tapi aku yakin apa yang aku cakap dan fikir, melalui apa yang aku alami. Wallahuallam..

Manusia itu lemah..ada yang suka mengambil kesempatan atas nama politik.
Hari ini aku dapat berita kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasyaruddin Tantawi.. Bahawa kemenangan Kelantan semalam adalah berkat doa Tuan Guru Nik Aziz...

Dalam hari aku"Sejak Bila Nik Aziz ambil tahu pasal bola sepak Kelantan?".
Noktah.

Nota kaki
*Aku tersasur dalam politik(INGAT..Aku sudah berdaftar dengan SPR..aku boleh mengundi PRU13)
*Komen aku pasal Nik Aziz mungkin ada yang tak suka dengar(biasala..pengikut mana suka dengar sesuatu yang tak baik pasal pemimpinnya)
*Jika ada nak komen pasal politik, sila..dialu-alukan, bagitau nama .

Pasal isu kalimah allah aku rasa geram. 

Saturday, October 9, 2010

OLE-OLE RAYA FKA 2010 masuk dalam Berita Harian

 


JOHOR,9 OKTOBER 
- Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan sambutan hari raya pertama melibatkan seluruh mahasiswa Tahun Satu sehingga Tahun Akhir. Acara berlansung di depan banggunan M47, iaitu di atas padang ukur FKA. Seramai kira-kira 500 orang pelajar dari pelbagai latar belakang akademik telah berhimpun disana sejak pukul 9 malam lagi. Tujuan penganjuran kali ini ialah untuk merapatkan jurang sliaturrahim antara mahasisawa dan pensyarah serta sesama mahasiswa.

Salah seorang tetamu yang diwawancara,Ahmad Suhaimi menyatakan sokongan terhadap program seumpama ini kerana pengalaman bersama satu komuniti sukar untuk ditemui, apatah berkumpul dalam satu perkumpulan yang mempunyai visi dan masa depan sebagai seorang jurutera."Program ini merupakan satu wadah untuk menyatukan semua jentera mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam untuk bersama menyemai rasa kekitaan sesama mahasiswa", tambah beliau.

Walaupun program dihadiri hampir separuh daripada jumlah sebenar mahasiswa, namun ia diharap menjadi batu loncatan terhadap program berunsur sedemikan dimasa depan. Sambil mengulas mengenai kesedaran kebersamaan yang kurang dikalangan mahasiswa Awam sejak kebelakangan ini, Ahmad Suhaimi turut berbicara mengenai situasi pemikiran mahasiwa tahun akhir.

"Sejak tahun satu lagi, pelbagai program diatur oleh mahasiswa yang sedar akan kepentingan bersatu dalam erti kata satu komuniti seksyen, seperti Iftar, Jamuan Raya, dan Site Visit. Ini merupakan tujuan dan rancangan "kami-kami" sejak awal agar perubahan masa dan keadaan tidak merubah ikatan kebersamaan", katanya. Tanpa menyatakan tentang pihak "kami-kami", yang dimaksudkan, beliau menjelaskan tentang rasa perkauman yang menebal dikalangan mahasiswa. 

Tambah beliau lagi, mahasiswa hilang kesedaran dan merasa tiada tanggungjawab untuk memperkasa perpaduan dikalangan mereka. Ahmad Suhaimi juga merupakan pelajar tahun akhir yang akan menghabiskan satu semester lagi turut menaruh harapan agar legasi mahasiswa Awam dimasa depan lebih bersemangat dan mempunyai perpaduan yang utuh selari dengan konsep 1Malaysia.

Berita Harian Malaysia

Friday, August 27, 2010

99 itu ?

Salam..

Suatu hari, aku buka facebook, tiba2 berlaku suatu keadaan yang mempersonakan, mengagumkan.

Mungkin ini biasa berlaku 
33 updated status yang sempat aku snipkan.


Ini pula jarang berlaku
lansung tiada member yang beratus tu online time ni..and masa diambil seminit sebelum pukul 12 tengahari.



Ini?Jarang sekali untuk jumpa..Bangganya ...
99 status, ntah berapa hari gamaknya aku x buka FB..so, sempat aku snip juga..Terror r..
nota:
99 tu nama Allah atau juga Asmaul Husna.

TFS@Mieko

Tuesday, August 10, 2010

Apa yang mahu kamu capai?

Assalamualaikum
Salam 1Malaysia

Penulis tertarik untuk menyatakan pendirian penulis tentang isu ini. Ia kerana isu ini dimainkan sudah menjadi "kegilaan" mereka-mereka untuk memperjuangkan politik mahasiswa agar menjadi "politik luar". Bahkan ianya kini terseret kearah suasana yang kurang selesa kepada para mahasiswa. Noktah.

Sila baca petikan dibawah.


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Sudah tiba masanya kerajaan membenarkan mahasiswa berpolitik sebagai proses mematangkan demokrasi di Malaysia dan menjamin hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


"kerajaan harus terbuka dan ikhlas memberikan ruang kepada mahasiswa menjana kepimpinan diri di alam kampus sekiranya mahu melihat barisan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang berkualiti dan berketrampilan tinggi."


"“Kami, pimpinan mahasiswa MPMN akan terus komited dan konsisten dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami akan terus membawa suara mahasiswa sampai kepada para pemimpin kerajaan"


" mahasiswa masih lagi dihadkan memberikan idea dan pandangan tentang isu-isu politik negara serta terlibat secara sah dengan parti politik semasa di kampus"-Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal.(Sumber"Harakah")

Ini merupakan pendirian (kononnya) mewakili pendirian MPMN. Jika ditafsir , ianya merupakan pendirian mahasiswa keseluruhannya.

Namun, penulis mencadangkan agar satu kajian suara dijalankan kepada mahasiswa tentang perkara ini, jawapan yang pasti ada "TIDAK"

Penulis tidak akan komen apa-apa jika pendirian itu merupakan pendirian peribadi, namun, kerana hakikatnya penulis juga meminati politik negara dan sentiasa memerhatikan jatuh bangun politik negara. Bermula dengan PRU 12 dan bermacam permainan oleh pihak tertentu? . Tapi jika ia diguna atas nama pendirian mahasiswa , maka penulis terpanggil menyanggahnya.

BEZA
Terdapat perbezaan jelas antara menjadi MAHASISWA YANG PEKA TENTANG POLITIK dan MAHASISWA BERPOLITIK LUAR. Mereka yang peka tentang politik sentiasa peka dengan perubahan politik dan mengambil ketetapan terhadap sesuatu isu mengikut perspektif mereka. Manakala yang 'berpolitik luar" berbeza kerana mereka membawa dasar atau agenda politik sesuatu pihak kedalam kehidupan mahasiswa. Penulis pernah mengulas tentan politik luar disini

Kelompok
Kebimbangan penulis kepada pihak yang menyokong perkara ini ialah munculnya kelompok parti dalam universiti atau kampus. Misalnya wujudnya mahasiswa UMNO,mahasiswa PKR,Mahasiswa PAS, DAP,MCA,dan MIC. Sudah tentu mereka ini akan saling berprasangka sesama sendiri dan berlaku perbagai konflik yang tidak diingini. Kemungkinan bila tiba sahaja musim PRK(pilihanraya kampus) maka pelbagai provokasi yang sedasyat 'politik luar" akan berlaku. Yang melayu dengan melayunya, yang cina dengan cinanya, yang india dengan indianya. Bayangkan apa akan berlaku?Anda Jawab

Akademik
Dari segi akademik, mestikan ianya akan menyumbang sesuatu yang negatif. Mahasiswa sokong UMNO, Pensyarah sokong PKR, atau Pensyarah MCA, mahasiswa DAP..Pastinya berlaku diskriminasi terhadap pengajaran dan peperiksaan. 
Jika asyik dengan ceramah politik dalam kampus, pelajaran juga terabai, Parti itu kah yang akan jamin masa depan mereka yang gagal? Anda Jawab

Selesaikan dahulu masalah dalam kampus
Dalam dunia kemahasiswaan, pemimpin mahasiswa harus menyelesai perkara asas mahasiswa seperti keperluan mahasiswa, masalah mahasiswa dan menjadi saluran suara mahasiswa kepada pihak atasan(Pengurusan). Jika ini pun masih jauh dari kenyataan, tangguhkan dulu impian membawa agenda Parti kedalam kampus.

Pendirian mereka.

Pertanyaan Penulis
Apa yang mahu kamu capai?


Ahmad Suhaimi A.M

Friday, August 6, 2010

Menunggu

Aku menunggu...
Bila....ibarat melukuk ditepi gantang..
Menunggu kucing keluar tanduk..
Membilang bulu kambing...satu persatu..
Mengepam tayar keretapi...
Oh..ini sungguh tak lojik..

Aku menunggu..
Bila....bagai pungguk rindukan rembulan
Menunggu bulan jatuh ke riba
Membilang bintang dilangit..satu persatu..
Mengepam tayar kereta kebal..
Oh..lagi tak lojik

Oh..Apa yang lojiknya...
korang fikir ar..

Nota : Ini puisi ketika aku malas nak menulis..So..Baca sajelah

A.Suhaimi A.M
6/8/2010 4.28 PM

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails