Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Saturday, April 17, 2010

Aku Seekor Ibu Kucing : Cerpen Mikro

Assalamualaikum.

Cerpen ini dikarang olehku semasa hujung tahun 2 dahulu. Tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat disiarkan. Setelah berusaha menjejak balik lokasi cerpen ini, aku membuat keputusan untuk jadikan entry kali ni. Jadi enjoy reading.

Nota Kaki:

  • Cerpen ini BERKAITAN dengan yang hidup dan telah meninggal dunia.
  • Sebarang faedah dari cerpen ini adalah milik umum.
Pengarang : Ahmad Suhaimi
Tajuk :"Aku seekor ibu kucing".


Kisah aku seekor Ibu kucing

Kisah ini sengaja ku tulis dimasa aku kelapangan, daripada letih mencari sisa-sisa makanan,lebih baik aku kongsikan kisah hidupku sebagai seekor ibu kucing. Namaku Kucing,aku dilahirkan di UTM sekitar bulan Disember 2007, kebetulan ketika itu Monsun Timur Laut tengah melanda negeri pantai timur. Sekarang dah pun tahun 2009,umurku dah mencecah lebih setahun,kalau manusia umur dah lewat 30-an dah. Aku sudah memiliki 3 ekor anak yang aku belum daftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Haiwan.Ini kerana bapa kepada anak-anakku adalah bekas banduan yang dihukum akibat mencuri ikan. Aku pun tidak tahu bagaimana boleh terpikat dengannya.Mungkin disebabkan X-factor dirinya dan dia pun agak hensem berbanding kucing lain.
Setelah didapati mengandung, aku amat gembira sekali kerana sudah menjadi seekor Ibu.

Gejala-gejala seperti muntah-muntah,dan rasa mengidam ikan mentah mula melanda. Ini bermakna aku terpaksa berusaha lebih untuk makan. Tanda fizikal yang mula kelihatan adalah perutku semakin besar,dan aku mula sukar melompat jauh berbanding sebelumnya. Selera makanku makin bertambah,walaupun sudah makan sarapan tulang ikan dari blok penghuni L20 kat KTHO,tengaharinya ku masih kelaparan,mungkin terpaksa berkongsi dengan anak-anak dalam perutku. Aku terpaksa berulang alik dari Arked Cengal untuk mencari makanan dan kadang-kadang terpaksa pulang denagn perut kosong. Kehidupanku bergantung sepenuhnya kepada ehsan manusia di sekitar KTHO.

Setelah melalui hari-hari mendatang,aku semakin tidak larat lagi berulang alik ke arked tersebut dan hanya mencari makanan terbiar dan kadang-kadang sudah basi. Sakit perut dan muntah-muntah ibarat sudah menjadi asam garam dalam hidupku.Bagiku, selagi hidup,selagi itu berjuang.Lagipun aku bukannya ada sesiapa kat sini,jika ada,semua kat KTF,kerana disana menjanjikan makanan yang lebih berterusan dari Arked Meranti. Bapa anak-anakku sekadar bertanya khabar,itupun aku terserempak dia sedang berdating dengan sepupuku. Hari yang ditunggu telah tiba,perut ibarat ditendang-tendang seperti bola Futsal layaknya.Aku mula mencari tempat untuk melahirkan anakku,dan akhirnya aku jumpa sebuah kotak dalam tempat letaknya hose reel dalam blok L20. Disitulah aku melahirkan anak-anakku. Dalam suasana itu,akulah bidan,akulah pesakit .

Selepas melahirkan anak,aku menjilat-jilat badan anak-anakku. Untuk pengetahuan bersama,anakk-anakku adalah seramai 3 ekor,semua berbeza warna dan hanya seekor yang menyerupai pola warna badanku sendiri. Sepanjang berada didalam kotak tersebut,aku dilimpahi sedikit kemewahan,tuah anak la katakana.Aku mendapat hidangan ikan rebus dari makcik cleaner yang amat baik hati. Aku juga diberi biskut oleh penghuni aras 1. Mungkin akibat sikap penyayang manusia sendiri,ataupun mereka suka melihat wajah-wajah cute anak-anakku dan bunyi miau mereka yang halus tetapi nyaring. Kadang-kadang aku turut dihiburkan oleh bunyi guitar oleh budak-budak “Hujan” berserta gelak ketawa mereka yang kadang-kadang agak misteri.Tapi aku tetap gembira. Selama 3 hari ibarat 3 minggu kat dalam kotak ini.

Namun perkara yang aku paling tidak suka ialah sikap penghuni yang suka menyentuh dan membelai anak-anakku.Aku tahu mereka geram dengan “cutie faces” tapi mereka harus fahami bahawa anakku bukan toys yang kat kedai. Kesabaran ku makin memuncak apabila ada yang memegang dan mengangkat anakku hingga aku bersuara minta mereka dilepaskan. Diwaktu pagi keesokan harinya aku nekad mengonggong anakku (istilah kucing membawa anak) dan pergi ke blok sebelah iaitu L25. Ku pilih secara rawak dan naik ikut tingkap yang terbuka,dan terus masuk bawah meja dan meletak anakku yang pertama disitu. Rupanya aku tahu nombor bilik itu adalah 109 berdasarkan angka dipintu. Anak kedua kuletak selepas itu dan anak ketiga ku bawa keesokan harinya. Biar aku perkenalkan penghuni bilik yang baik hati ini bernama Tuan S dan seorang lagi bernama Tuan Din. Aku anggap mereka sebagai tuan berdasarkan keperihatinan mereka terhadapku. Dibawah meja study Tuan S aku menginap dengan anak-anak. Meja ini tidaklah begitu luas tapi cukup untuk aku berbaring dan yang lebih utama adalah keselamatan anak-anakku lebih terjamin.

Setiap hari aku diberi makan oleh tuanku. Tuan S ni suka makan nasi berlauk ayam dan Tuan Din ni pun sama. Tapi disebabkan keperihatinan mereka yang agak memahami sifat seekor kucing,Tuan Din telah menukar lauk hariannya kepada ikan kecuali Tuan S yang masih makan lauk ayam.Ini bermakna aku mempunyai 2 lauk yang seimbang sesuai dengan keadaan aku yang masih berpantang. Tapi ada sifat buruk aku yang mereka tidak suka, iaitu aku tak makan nasi, hanya makan lauk. Kadang-kadang aku dapat agak melalui nada dan tutur kata mereka ketika mereka cuba menyuruh aku makan nasi. Tapi aku tetap dengan egoku. Tuan S turut sediakan air untuk aku minum kerana dia mahu aku ada bekalan yang cukup untuk anak-anakku menyusu. Walaupun aku gembira,aku tetap agak terasa bila mereka selalu membelai dan menyentuh anak-anakku.Tapi demi membalas kebaikan mereka,aku biarkan sahaja anakku disentuh dan kadang-kadang dipeluk lembut anakku itu. Namun yang paling kerap bermain-main denagn anakku adalah Tuan Din.

Kadang-kadang sifat nakal tuanku agak berlebihan yang menyebabkan aku selalu kerisauan. Contoh yang paling ketara ialah dengan meletakkan anakku dalam almari diatas tingkat yang paling tinggi,yang nyata aku pasti mencari anakku berdasarkan bunyi miau halus nyaring mereka. Kadang-kadang mereka berpakat sembunyikan seekor anakku dibawah kain selimut dan bunyi anakku itu menyebabkab aku bertindak mencarinya walaupun terpaksa melepaskan susuan dua ekor anak yang lain. Bagi mereka agak seronok melihat telatahku yang gelabah mencari anak, namun bagiku ianya bukan tindakan berbaloi pun,menyusahkan aku ada lah. Yang boleh aku jadikan bukti ialah apabila Tuan Din ni cuba membuat sesi penggambaran dengankudan anak-anakku. Inilah kali pertama aku berdepan dengan kamera dan aku agak malu-malu. Cuma anakku yang dah jadi macam patung bergerak ketika gambar diambil. Disini aku sertakan gambar mereka.



Tuan Din sedang bermain-main dengan anak-anakku.

Gambar aku sedang berbaring dan sedang menyusukan anakku.

Apa yang baru saja aku paparkan adalah kebenaran. Gambar itu adalah Tuan Din yang, dan anak kucing yang masih kecil itu adalah anak-anakku.Gambar kucing yang cantik ayu itulah aku. Aku bukan memarahkan tuan aku ketika itu, tapi sedang memanggil nama anak-anakku diatas rak meja ini. Mereka tidaklah kejam seperti manusia lain yang mungkin menyepak terajang jika menjumpai haiwan sepertiku.Tuan S dan Tuan Din ini amat baik kepadaku. Kadang-kadang Tuan S selalu perkenalkan aku kepada kawan-kawannya dan aku amat gembira sekali walaupun anak-anakku sesekali diusik,dan dibelai oleh kawan-kawannya. 

Bila cuti semester,Tuan S balik kerumah dan Tuan Din telah berpindah kolej kerana latihan palapesnya. Kini cuti semester telah berlalu,dan aku meneruskan sisa-sisa hidupku dengan mengajar anak-anakku yang sudah remaja.Walaupun terserempak dengan Tuan S,anak-anakku terus lari bertempiaran kerana ketakutan dengan manusia yang dianggap monster oleh mereka. Namun aku tidak lari kerana aku kenal siapa itu Tuan S,dan ingin sekali aku bisikkan kepada anak-anakku bahawa “Inilah Tuan kita”. Inilah kisah ku sebagai seekor ibu kucing. Aku mungkin akan menyambungnya jika ada yang berminat mengetahui kisah hidupku seterusnya.Terima kasih.





Tuesday, April 13, 2010

BERENANG


Berenang sebenarnya bagus untuk kecerdasan dan sistem kardiovaskular kita. Jangan ingat tiada apa-apa disebalik berenang. Banyak benda selain dari selamatkan orang atau mandi manda.

Kalau aku nak bicara pasal berenang ni..aku memang ada skill tersembunyi. Orang tak nampak dan tak tahu kita pandai ke tidak berenang kecuali 2 sebab.

Pertama-Orang tanya, kita gitau.."dik..ko pandai berenang ker?'.malu weh kalau tak pandai.
Kalau extreme dan panas sikit..dia cakap"Apa baaaarang tak leh berenang!!"

Kedua-Bila terjatuh dalam sungai! Ini antara hidup mati ..kalau tak reti berenang dan kebetulan takde orang..arwahlah jadinya..ingat main-main ker..

So, aku ni dari umur 2 tahu lagi dah pandai berenang..(tipu je)..
Sebenarnya umur 5 tahun..Pi mandi sungai..tali air..memang bes..sapa2 yang belum mandi cubalah mandi..sejuk
dulu-dulu air bersih jernih..sekarang tak tahu la pula.

Dulu ingat lepas tengok sukan komanwel..dum..terjun sungai dengan member nakal lain-lain. Best mandi manda sungai ni tak macam mandi kat pandai. Dalam sungai mungkin 10 meter,,tebing kira slope 25 darjah la jugak

2(10 / tan 25) = 42 meter lebar..

Tu la lebar sungai Seterpa..tempat aku mandi manda dan berenang, berakit..terjun bebas..seronok.

Bila dah kurang nakal masa besar..barulah tinggal mandi manda..dah lama dah tak balik kampung.
Dengan sungai tu la aku pandai berenang, tak perlu kursus dan tak perlu kelas. Pandai autoexperience..Hehe
Term baru dari suhaimi.

Apapun..Nasihat kepada sesiapa yang tak pandai berenang, cubalah belajar berenang, berguna apabila banjir atau nak selamatkan orang. Waktu kecemasan lagilah diperlukan. Kalau nak belajar, belajarlah dari orang yang bertauliah..

Tautan Fikiran





Friday, April 9, 2010

Pagi yang HEBAT!






Assalamualaikum


Wah..sungguh hebat pagi ni..petang ni ada test.,study pun insyaallah.
Hebat sungguh rasanya, pukul 7 tepat naik motor pergi meranti..beli sarapan.
Dah la murah..banyak pilihan..nasi,kuay teow,bihun, nasi emak, kuih muih..roti canai pun ada harinya.
Kalau nak jumpa dengan bilal dan iman yang selalu melaungkan azan dan mengimami solat, boleh la datang pukul 6.40..
Serius ni..





Nasi lemak ada la harga Rm1.20 sebungkus..ok la tu..
Aku sendiri beli nasi goreng..balik jumpa anak kucing..cubit kuih bagi sikit..tapi dia makan sikit(sombong atau tabiat x makan atau xkena dengan selera)..Miau
Sarapan pagi ni tersangat bagus, bila sekali ambil,tentu tak mahu tertinggal bersarapan tiap pagi.
Bila selalu ambil, dan jika tak ambil sekali, akan terasa lapar dan menyebabkan kita bangun pagi..
kalau bangun pagi, dapat elakkah subuh gajah dan tuh..


Bila bangun pagi,badan cergas, otak cerdas, study laju.
Solat subuh boleh pegi masjid,MSI atau dekat2 kolej pun ada juga, tapi biasanya lambat sikit.
Boleh jadi orang Hebat..kalau lelaki, jadi lelaki hebat..
Pernah juga kawan aku cakap, bahawa dia pernah membaca..
Bahawasanya jika nak lihat umat islam hebat, masa tersebut ialah ketika jemaah yang ikut sekali
solat Subuh kat masjid sama banyak dengan yang ikut solat JUMAAT.
Hebat sekali..tapi





Subhanallah..jauh beza dengan umat sekarang..
kat UTM sendiri dari pengalamanku, setiap jumaat penuh 3 tingkat MSI(4-5 ribu)
Tapi bila time subuh, nak cukupkan satu saf atau 2 saf(100-200) pun susah...


Apapun..aku cuba nak jadi lelaki hebat..(superman pun hebat),,tapi ianya peninggalan globalcity efeksi pascamodenisme..


Pagi ni yang hebat ini, aku cuba berfikir dengan hebat..biarlah orang lain pandang semacam, asalkan kita tak lakukan sesuatu yang salah..Insyaallah..





Suhaimi boleh jadi hebat!









Thursday, April 8, 2010

DASYAT

Salam
Sebenarnya ada je backup untuk templat lama..cuma saja nak tukar baru..bagi ngam walau tak ngam sangat..apapun..aku berupaya lakukan secantik diharapkan..kerna kekurangan masa dan kurangnya keperluan ntuk itu..so...


INILAH TEMPLAT baru..hehe..


Aku akan pastikan selepas exam final ni, aku akan sediakan posting yang betul terbaik dari kacamana ilmiah dan salutasi kepada newbie dan rakan2 yang sudi membaca..okey..


Wassalam

Wednesday, April 7, 2010

KESIAN AKU

GARA2 nak cipta rekod manage templat baru dlm masa 2 minit..toing2..gini padahnya.aloo...
ada masa aku nak baiki tahap super power...waaaaa

bersyukur lah masih dapat baca..huhu




Sunday, April 4, 2010

KERANGKA


Assalamualaikum w.b.t
Salam 1Malaysia




Melalui hari-hari mendatang, sememangnya jerih perih kehidupan membelengu jiwa manusia, akal ini semakin lama layu ditimpa kebejatan informasi yang semakin menggila dengan kelirunya pertimbangan keatas disiplin ilmu yang tercampur aduk. Kontradiksi ini, searus gerak dengan titipan bahawa kita wajib mendalaminya dan menghayati bejatnya ilmu itu. Adakah pemikiran berunsur pascamodenisme telah berpadu dalam jiwa? Atau ini unsur sekularisme songsang bertapak kukuh mengikis corong ruang pemikiran. Persetankan perasaan itu!

Menjadi diri kamu atau asimilasikan gerombolan persekitaran supaya sebati?adakah itu lebih penting?Tanyalah diri sendiri yang lebih mengetahui.Tepuk dada tanya iman,atau selera hidupmu. Dewasa ini, kamu boleh memilih pegangan mana yang kamu mahu,namun janganlah ghuluw atau berlebihan. Kamu boleh menegur sapa apa yang kamu tidak suka, namun, lihat dan pertimbangkan juga asumsi-asumsi orang lain terhadap kamu. Apakah kamu benar sempurna dengan kerangka hidupmu yang dibarisi kebejatan-kebejatan yang tidak pernah kamu duga dan sedari?

Si polan-polan menjentik kias hidup mat jenin yang suka berimaginasi, membangkit aroma semangat sedikit demi sedikit, dari kelapa sebiji lantas menuju puteri raja. Semudah itukah persoalan? Semangat itu boleh dipuji, namun kamu bukan si jenin itu, kamu manusia yang tak terdongeng hikayatnya dalam cerita itu, kamu harus guna nilai jenin, dan integrasikan dalam kerangka hidup sendiri. Mundurnya jahiliyyah bukan pada hartanya, kerana ada manusia yang kaya raya, minor-majornya miskin nilaian umum, tapi mundurnya jahiliyyah sebab ia jahil. Jahil ilmu jahil agama, mengadap berhala yang dibentuk sesukanya jiwa mereka.

Jauhari mengenal manikam, sebab ia belajar jenis dan nilai, mungkin tidak terdidik rasmi disekolah, tapi manikan itu barang dagang berharga, dari kecil sampai besar menjadi jauhari. Jadikah kamu jauhari itu?terdidik masuk universiti, pertikai itu ini, gondol ilmu demi dengki atau hipokrit peribadi. Awas! Kamu bukan galiloe galili si bijak yunani, bukan juga asoka pahlawan lagenda kuno. Kamu manusia yang lahir era pasca-merdeka, sejarah yang terbuta, tidak pula kamu selaminya.

Bangunlah!Bangkitlah!coretan masa dalam massa tetap berkonkrit, terhujahnya idea selalunya kontra, namun itulah hujah kontradiksi yang perlu ada dalam kerangka. Singkat minda boleh terbatal dengan satu gerak. Gerak itu perlu momentum untuk melepaskan sinergi minda. Menjadi berbeza bukan gagal dalam kerangka,tetapi unik maksudnya dalam bahasa,seni sifatnya dalam sastera. Pandang belakang bukan maksud undur,tapi berjaga. Ayuh!Padukan ilmu,semangat, imaginasi dan pandang-belakang. Jadilah manusia berwibawa!


Tautan Fikiran




Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails