Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Sunday, January 30, 2011

Hujan Oh Hujan..kenapa engkau turun..Jom nyanyi

Salam

Huahua..Dua tiga hari ini hujan tak henti-henti turun membasahi bumi..UTM.
Adoi..banyak rancangan cancel, takkan mau redah hujan je merempit, nak beli makan
... Teringat masa hujan slow-slow semalam, bangsa katak berpesta, macam-macam gaya...
ko'ko'ko', toing-toing, Wong-Wong...hoho meriah tu..

Ari ni dah sambung lagi hujan, entah bila nak stop..tengok2 langit..sekurang-kurangnya sehari lagi..
Apapun, hujan tetap anugerah tuhan...
Sambil-sambil relax fikir tentang hujan, teringat lagu masa kecil-kecil dulu..
Macam2 versi ada..tapi semuanya ada perkataan..
HUJAN OH HUJAN!
Jom nyanyi!..



Perut oh Perut ..Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit..
makan nasi mentah..makan nasi mentah..



Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Kayu Api basah..Kayu Api basah..



Kayu Oh Kayu..Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah..
Hujan timpa ku..Hujan timpa ku..



Hujan Oh Hujan..Kenapa Timpa Kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku...Katak panggil aku...



Katak oh Katak kenapa panggil hujan?
Bagaimana aku tak panggil..
Ular nak makan aku..Ular nak makan aku..



Ular Oh Ular kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku..Memang makanan aku..


Thank

Terima kasih kepada google dengan sumbangan gambar..

Friday, January 28, 2011

Period !

Salam

Period dalam bahasa ialah Masa

Tapi period lebih bersifat interval , yakni waktu yang ada lingkungannya. 
Aku nak gunakan perkataan Period ini sebab mahu kontra-kan posting ini.
Dah lama tak posting sejak ucapan tahun baru,tapi aku banyak membaca blog-blog.
Kesemuanya lebih bersifat politik...fool-litik..n...fully-tick.

Facebook pun jarang posting, sibuk memanjang.
Sibuk mengkayakan diri, mematangkan diri, dengan beberapa perubahan.
Dalam masa 3 minggu ni dah ada 3 kelas tak pergi. Pencapaian yang amat bagus(kontra).
semuanya hanya 4 jam je. Satu sebab jumpa supervisor,2 sebab berehat(dalam tido).

Setakat ini semua urusan takde masalah, period 4 minggu sebelum CNY tak membebankan.
Belajar analisis structure tak faham sangat, hatta nak analyse truss buat aku pening sebentar,1 assigment dah siap.
Concrete kelas laju,takde period perancangan. 1 assigment siap.Semua bab dah ajar dalam 4 minggu. 3 jam seminggu.
Environmental M. pun masih menusuk jiwa kalbu, boleh follow trough dalam period ini.
Const.& Project M. boleh follow, tapi kelas selalu cancel.. 
PSM methodology kena ubah, sebab tak menjawab objektif. Tapi setelah melihat Green Building Index, hatiku lega. Period 2 minggu untuk aku buat data collection.

Sesekali bila aku bersendirian,berfikir-fikir, kesukaan aku lebih kepada environment, sebab aku ni minat biologi juga.
Anything deal with biologi, i like it very much. Period? Ada disebut dalam biologi. Aku minat nak jadi Doktor, tapi biasalah bila dah terjun fizik di matrik, maka fizik la sifat di universiti.

3 bulan lagi sebelum tamat pengajianku. Aku cuba buat yang terbaik..Salam.

Miaau......
Period!


Wednesday, January 5, 2011

Kenyataan Tahap Tertinggi 2011

Assalamualaikum
salam 1Malaysia

Dalam beberapa hari ini ada beberapa kenyataan tertinggi yang aku perhatikan di sekeliling aku. Ada berlaku spontan dan ada berlaku secara terancang. Ada memberi kesedaran dan ada menyesakkan pemikiran. Kenyataan Tahap tertinggi akan aku listkan. Bukan rekaan tapi kenyataan. Gaya bahasa macam pantun budiman, tapi rupanya hanya penulisan.

1. Dalam pembacaan aku dalam blog Faizal Tehrani, rupanya Faizal ni adalah simpatisan syiah..Aku folllow penulisannya dalam blog kerana blog mencerminkan pemikiran sebenar seseorang. Faizal Tehrani cenderung menyokong kewujudan Syiah, dan mengkritik sesiapa yang mengkritik Syiah.. Ikon yang banyak dalam penulisannya ialah Mahmoud Ahmadenijad,Presiden Iran.. Aku tak pasti adakah dia seorang Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau pengikut senyap Mazhab Syiah Ja'fari. Boleh baca sendiri kat blog dia..siap ada poll lagi.

2.Dulu sibuk bising kenaikan minyak Ron97 dan Ron95, selain gula,minyak masak,santan. Esok 5 januari ura-ura ada kenaikan 10sen ron97. Peliknya dalam kerja keras Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia,dan selaku Presiden UMNO serta Pengerusi BN, ada beberapa tindakan yang tidak populis diambil. Menteri bertanggungjawab ialah Ismail Sabri,ayah kepada artis AF. Dunno la nama..sebab aku tak minat AF. Adakah wujud sabotaj untuk menjatuhkan kepimpinan Najib? Merdeka Center mengeluarkan statistic sokongan kepada Najib sebelum harga barang naik beberapa bulan sebelum ialah 72%..dan selepas kenaikan harga barang ianya turun kepada 69%.

3.Bola Piala AFF Suzuki. Pasukan Malaysia menang nisbah 4-2. Kemenangan 3-0 di Bukit Jalil dan Kekalahan 1-2 di Bungkarno. Selepas kemenangan 3-0, Indonesian mostly menyalahkan Laser..sampai menghina Malaysia dengan MalingSial,"laser is loser". Padahal Markus yang tak pandai jaga gol. Setuju? Di sana tiada apa yang indon patut bangga, penalti tak masuk, sumbat 1 gol, 1 lagi gol sendiri Malaysia..Malaysia patut juara, namun hero sebenar ialah rakyat malaysia yang tidak putus sokongan. Percayalah, peminat bola yang menonton kemenangan Malaysia akan tidur dengan perasaan yang positif,untuk bangun keesokan pagi. Kepositifan ini mendorong gerak kerja yang mantap, menaikkan KLCI ke paras tertinggi iaitu 1533.42 mata ,hampiri paras Psikologi 1550.00. Bank yang aku simpan duit,CIMB bank mencatat peningkatan saham sebanyak 12 sen kepada Rm8.62 sesaham. Untung Cimb ni. JOM melabur.

4.Peningkatan harga makanan yang agak keterlaluan di UTM. Rasai sendiri perbezaan hidup 2007,2008,2009,2010 serta tahun baru 2011. Dengan kos hidup yang sebelum ini dalam kategori "bolehlah" sudah bertukar kepada "ish,mahal pulak.boleh survive ker sampai hujung sem". Usah bercakap tentang Mee Ruski yang RM1.10 sebungkus, tetapi ambil contoh sepinggan lengkap nasi(Nasi,Ayam,Sayur+kuah) mencecah Rm3.50-Rm4.50 sepinggan. DiExtrakan Rm0.30 sen untuk makan berbungkus. Alasan?Ada kaitan dengan perkara diterangkan list no.2. Arked Meranti dalam kategori Mahal..Silalah bertandang ke Arked K11 yang lebih menjimatkan. Problem dijana dengan Center Point yang belum lagi diOPEN atas pertukaran penender baru(ura-ura).Belum potong harga Air asas kehidupan yang dijadikan minuman lagi..

5.Pertukaran peribahasa,iaitu "masuk ke sangkar harimau,harimau kena ikut apa yang masuk,masuk ke kandang kambing. kambing ikut apa yang masuk kandang". Penafsirang jelas terhadap keadaan kelas yang bercampur antara IS(International Student), dan student tempatan. Walaupun sekitar 60 orang adalah student tempatan,dan 3 orang Foreigner, kelas terpaksa dihandle 95% English. Kesan? Kurang kefahaman, malu bertanya, pasif semakin pasif, sleepy eyes. Lecturer pun kadang2 boring takde comunication berkesan. Itu realiti di FKA,UTM. Result kurang memberansangkan? nak salah sapa? Kami ni nak jadi engineer berkaliber,can apply what we know..not how much we know.

6. PTPTN..Ada peningkatan dari faedah 3% kepada Ujrah 1%. Pembayaran balik RM500.00 sebulan selama  dekat 5 tahun boleh selesaikan. Tapi jika nak makan apa? Makan kecil2 dah la dulu. Syukur ada PTPTN dapat semua orang belajar.  Cuma in future, jumlah pinjaman sudah semakin tidak relevan dengan peningkatan kos barang sekarang. Sejak dulu sampai sekarang, bagi sarjana muda,RM3500 sahaja. Uitm takpe la,yuran murah. Bagi U lain? RM3500-yuran Rm1500>>>RM1800.. dengan variasi yuran turu naik setiap sem, pelajar hanya menjamah sekitar RM 1700..bahagi 5 bulan dapat Rm300 lebih2 sebulan. RM10 sehari lebih kurang. Bagi yang follow perkembangan perisa Ruski,Mamee,High5,Maggi,Gardenia, dan pergi jalan kangki atau bawa kunci kereta(car key)..ke kelas, orait sikit..makan nasi jarang2 pun takpe. Bagi pengemar nasi ayam penyet, pattaya, kampung,..tetambah naik kuda tayar 2 atau tayar 4..lost la tengah sem. Sama ada Apply biasiswa PAMA, KABA, takpun kerja Part Time. Macam kata P.Ramlee..Miskin..Banyakk..Sederhana..Sikit2.. Berada..Jarang2..Very Rich..Kaddang..Kaddang..ada sabdu sikit sebutannya. Pertimbangan sendirilah.

Baru 6 perkara utama dalam beberapa hari..hari mendatang tak tertulis.,,Banyak isu..

Karim Si Halia pernah berperibahasa
"Untung sabut timbul..untung batu tenggelam", dengan gaya tangan separuh dada.
Karim Si Halia. TV32.

Kita perhatikan,pesanan Karim Si Halia itu boleh dijadikan iktibar untuk sesiapa yang berfikir positif. Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa tahu. Hidup ini sekali, mati pun sekali. Mata melihat, mulut menyebut, tangan menaip.

Noktah..Wassalam.

Nota Car Key 
Penulisan ini berkaitan dengan yang hidup atau ayang mati. Tiada motif tersembunyi selain kritik bersebab. 
Tiada Agenda kecuali mengajak kita berfikir, jika ada cadangan, sila bagi pendapat di ruangan komen. Saya akan telitikan .Anonymos sila bagi nama samaran. 

Saturday, January 1, 2011

Hadiah Tahun Baru 2011: 4.0 Flat

Salam 1Malaysia 2011

Tahun baru dah menjelma, tetapi aku mulakan dengan sedikit kecewa(sedikit je ). sebab aku ada planning something yang tak menjadi.Haha..takpelah.

Ingat tahun baru ni nak pasang bunga api(mercun) yang mahal sebijik, tapi mancis tak da. Maklumlah aku bukan hisap rokok pun. Sebab tu aku sihat dan jarang sakit. Syukurlah..Mercun tadi harganya mahal..aku bawa dari rumah lagi, ingat nak pasang lepas final, tapi xsempat..planning dengan member nak buat majlis makan2 antara kitorang pun xjadi. Takpe.

Pasal pointer 4.0 tu, bukan aku yang dapat pun, tapi sem ni Alhamdulillah aku lulus semua subjek. Lepas ni takde lagi nak ulang, aku akan normal macam rakan2 lain untuk sem last ni. Tak mahu letak harapan tinggi, sebab tiap sem azam baru sentiasa ada, tapi usaha kurang intensif, jadi dapat result dalam kategori "baik" saja.

Insyaallah sem ni cuba yang terbaik. Aku tumpang gembira dengan kejayaan seorang teman yang mendapat 4.0 flat dalam exam terbaru. Dia memang seorang yang rajin, walau banyak rintangan dihadapi . Aku akan cuba bergerak selari dengannya untuk  berkongsi kejayaan yang sama. Keputusan 4.0 Flat yang dia dapat menjadi pemangkin motivasi aku juga. Siapa dia..ada yang boleh agak.

Tahniah Nur Syamimi Ramlan.


  
 Semoga sem akhir ini mendapat kejayaan yang lebih manis, serta terpilih sebagai pelajar terbaik UniSZA.

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails