Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Jawa Kecek Inggeris

Esok gue ada semka..kul 8 pagi kena sharp kat sana.
Gue mahu tidur sebab gue pun ngantuk bangat.
Gue tahu jawa gue hanya pada perkataan gue..

Tapi gue pasrah sebab gue bukan jawa, gue klate.
Jawa pun tak reti kelate..

Gapo dio mung..?
Kawe rasa budok2 kelah kawe keno sampok ko hantu mok limoh..
mace2 jadi..dok meta ..ce citer...ceciter..
dok meta babak.. plawok...pelawok
Berat doh sek2 yo..not undersetem kawe..
Putuh woyar kuning dok blako nampoknyo..
I dont know why this must happen

U know what..? When i speaking to my friend about politics
Most of them did not show that they are interested.,but some did..!
Well..that why i didn't get suprise when i read facts that young generation did not register with SPR to vote..
Vote is very important ok..

So gue mahu tido doh!Wassalam!

Friday, February 11, 2011

Mahu jadi Wali

Tulah..masa kecil2 aku ni bukan nak sekolah kat pondok ker, belajar agama sahaja. Tak pun belajar di Mesir negara yg dilabel kepimpinannya diktator.


Kecil2 dulu ilmu seketul je bab agama,,maklumlah baru belajar.

Tingkatan 4 sampai sekarang baru aku betul2 care pasal agama dah solat..hukum2..banyak cari ilmu dari ceramah dan kem motivasi. Belajar solat bukan setakat angkat takbir, tapi kena patuh 13 rukun solat itu. Lelaki juga kena tahu berimam dan jadi imam. Maka dengan itu aku hafal surah2 yang boleh aku baca denga tertib masa solat, perbetulkan fatihah yang masing ronggeng2.

Solat berjemaah ada suatu kesukaan di Masjid, tapi bukan dibilik aku. Sebab bilik aku sempit, lagipun sapa nak datang bilik aku semata2 solat jemaah. So pergi masjid la. Kadang2 pergi masjid jadi makmum masbuk..nak wat camana dah lewat. Tapi masa kat masjid imam aku seorang je yang aku ikut. Melainkan imam dah habis bagi salam, baru la decide buat solat jemaah asing2. SATU jemaah je..bukan sambil 2 jemaah berlainan.

Wali? itu manusia yang tiinggi tarafnya, bukan macam aku yang masih belajar agama sepanjang hidup ini. Tapi ada juga "wali" yang terpesong..Wali Band..menyanyi dan berhibur yang terlalu leka. tapi aku tak minat.

Ye..aku masih kurang agama. Aku akan belajar untuk bekalan akhirat. Wali ker, Tuan Guru ker, Datuk seri ker, Tun ker..semua adalah sama di SISINYA. HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Aku nak bawa satu penceritaan kisah solat 2 imam, dulu pertama kali aku dengar di Terengganu, pastu kelantan, dan latest johor. Di kelantan dan terengganu sebab politik..ramai akuinya. Di tenang ni aku nilai sebab politik hanya 20%. Aku percaya ini sebab ke"wali"an!?Mungkin.

SULTAN JOHOR MURKA : NIK AJIS TERLIBAT DALAM KES INI ?



 KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR KE 2 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda, sebelum itu, merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot dan Exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. - BERNAMA 

Tuesday, February 8, 2011

Kelantan itu Kelantan

Machieveli tidak pernah menulis bahawa kelantan ialah serambi mekah. Leonardo Da Vinci yang melukis Monalisa tidak pernah melukis gambar bandar Kota Bharu . Alber Einstein yang popular dengan teori relativity dan E=mc2 juga tidak pernah mengkaji apatah mencipta teori kelantanivity.

Kamu harap aku tulis apa?

John Forbes Nash pencipta konsep Nash Equlibrium tidak pernah menghuraikan persamaan equlibrium of kelantan state. Torres selaku pemain Chelsea sekarang tidak pernah terdetik memasuki pasukan kelantan. Faizal tehrani yang sekarang menjadi simpatisan syiah malaysia tidak pernah mahu kelantan menjadi Syiah sepenuhnya

Kamu harap aku tulis apa?

Hosni Mubarak yang 30 tahun memerintah Egypt, dengan korupsi tidak pernah datang ke kelantan, apatah lagi memerintah kelantan. Laksamana Cheng Ho tidak pernah berbangga-bangga dengan karnival Cheng Ho di kelantan,atas kapasiti apa dia mahu bangga? Raja Saudi tidak pernah membeli atau membayar mengunakan dinar kelantan.

Kamu rasa aku mahu kata apa?

Selama berapa lama kelantan dibawah pemerintahan tidak sempurna, selagi itulah kelantan tidak akan mencapai kemajuan. Selama itulah fraction berlaku. 

Orang bangga kelantan ni manusia hijrah, sebab dimana2 ada kelantan, dari utara ke selatan, wujud kelantan. Loghat tidak pernah ditinggalkan.

Tapi manusia lupa menkaji kenapa orang kelantan berhijrah..kenapa?
EKONOMI..ya ekonomi. 

Di kelantan tiada peluang pekerjaan yang meluas, atau lumayan. Jika ada bagi mereka yang boleh menerima rezeki semampu sahaja. Pemerintahan oposisi tidak mampu membangunkan kelantan. Tidak banyak mampu dibangga melainkan patung budha terbesar di Asia Tenggara.

Graduan ?Kebanyakan menuju ke KL atau Johor, mencari lubang rezeki yang lebih mewah dan lumayan. 

apa aku nak kata...?

Berubahlah !

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails