Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Showing posts with label MENGARUT. Show all posts
Showing posts with label MENGARUT. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

PANAS! Ini cara pembantu rumah mandikan anak korang

Salam
 
Kerajaan Indonesia pernah membekukan khidmat membekalkan pembantu rumah kepada Malaysia sekitar 25 Jun 2009, alasannya akibat isu seperti gaji, cuti dan kes-kes penderaan pembantu rumah. Kes penderaan kerap menjadi kontroversi dan mencetuskan demonstrasi dari rakyat indonesia. Kita sebagai jiran terdekat , ditambah kes yang berlaku dalam di Malaysia kadangkala merenggangkan hubungan antara negara Indonesia-Malaysia 

Tapi...
Aku punya pendapat macam ni.

Hal pembantu rumah didera ni memang kita tidak boleh terima dalam norma-norma masyarakat yang berilmu dan berbudaya tinggi seperti Malaysia. Aku setuju sangat jika majikan yang terlibat dihukum mengikut kanun jenayah sedia ada jika terbukti mereka bersalah. Tapi bagaimana jika pembantu rumah itu membuatkan kita naik angin?Kalau disuruh bekerja malas, nak mengular je, bangun lambat, ANAK korang didera pulak.
MAU TAK ANGIN !



Tapi jika anda semua tengok video atas ni, AKU SENDIRI RASA NAK PELEMPANG 20 KALI, CUBIT 30 KALI, PULAS TELINGA 40 KALI..pang..pang..pang..

Saturday, February 12, 2011

Yes! Aku menang RM30,000

Tadi lepas mandi pukul 10 pagi, aku ke stesyen minyak belakang KTGB sana.. isi FULL TANK...motor saja pun. Kena la dalam rm6.80..cukup 2 minggu.

Balik ikut jalan KDSE ke tasik mahu ke Meranti. Sampai meranti beli nasi+ikan keli+kerabu sayur.. kena dalam rm4.30 +rm1.00 teh ais. 

Jumlahnya rm12.10..pagi ni saja..tu lah kalau fikir2 hidup ni pakai duit..duit itu bukan segalanya..tapi didunia segalanya perlukan duit. Hatta nak buang air pun kena bayar. Yang kat pusat bandar Kota Bharu, sebelah Pasar Siti Khadijah pun kena 20 posen. Dah la kotor.

Balik bilik baca berita kat internet, jalan2 kat 20 blog terpilih. Lepas tu aku bukan ceramah Utz.Zahazan..stop dan makan. Lepas makan dalam zohor camtu dapat mesej kat handphone aku:

"Number Telepon Anda menangi wang Tunai RM30,000.00 dari"POWER ROOT"PIN KOD PEJAYA:254729 Sila Dail Office:+6285217245687 Mohd. ASLAN"
From: +6289694834657
12:42pm 12/2/11

Apa kamu fikir?
Kayalah aku kali ni..Rm30000 tu..kena tipu..

Nampak sangat ini sindiket, tak tahu guna bahasa. lihat saja "Number Telepon" adalah ROJAK!. Kamu tahu apa itu rojak?At least gunalah "Nombor Telefon". SINDIKET INI FAILED

Perkataan "dari"POWER ROOT"PIN KOD.." perkataan "dari" tu sudah tiada jarak, so diorang ini bukan melayu..mungkin bukan Malaysia..sebab tak pernah belajar bahasa rasmi.  SINDIKET INI FAILED

"PIN PEJAYA"..apa kejadahnya ini? mula aku ingat nama tempat cam Petaling Jaya atau Putra Jaya..fikir2..
Dia maksudkan no pin PEMENANG..tapi di guna PEJAYA.. mungkin sindiket ini fikir MENANG=JAYA itu sama maksud, maka dengan ganti nama, sudah cukup memaksudkan "pemenang". Aku rasa ini bukan orang Malaysia la..dah la menipu, pastu rosakkan Bahasa Malaysia.. SINDIKET INI FAILED

"Sila Dail Office" tu tak perlu aku sebut, budak tingkatan 1 pun tahu mana salahnya..ROJAK.

Last sekali "Mohd. ASLAN"..ini kantoi terus. Kenapa harus letak noktah selepas Mohd?jika mahu pendekkan cukup sekadar M. bukan "Mohd." . Kekantoian diteruskan dengan ASLAN yang besar..Sah ini bukan MELAYU MALAYSIA. Mungkin indon. Teringat pula singa dalam cerita Narnia ..namanya ASLAN
 SINDIKET INI FAILED.

Pengajaran: Jika sesiapa terima SMS ni, delete saja. Jangan call dan lakukan apa yang dia buat. Boleh laporkan pada pihak polis jika mahu. semoga mereka yang terlibat dalam sindiket ini ditangkap. Menyusahkan orang saja.


Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails