Balik ikut jalan KDSE ke tasik mahu ke Meranti. Sampai meranti beli nasi+ikan keli+kerabu sayur.. kena dalam rm4.30 +rm1.00 teh ais.
Jumlahnya rm12.10..pagi ni saja..tu lah kalau fikir2 hidup ni pakai duit..duit itu bukan segalanya..tapi didunia segalanya perlukan duit. Hatta nak buang air pun kena bayar. Yang kat pusat bandar Kota Bharu, sebelah Pasar Siti Khadijah pun kena 20 posen. Dah la kotor.
Balik bilik baca berita kat internet, jalan2 kat 20 blog terpilih. Lepas tu aku bukan ceramah Utz.Zahazan..stop dan makan. Lepas makan dalam zohor camtu dapat mesej kat handphone aku:
"Number Telepon Anda menangi wang Tunai RM30,000.00 dari"POWER ROOT"PIN KOD PEJAYA:254729 Sila Dail Office:+6285217245687 Mohd. ASLAN"
From: +6289694834657
12:42pm 12/2/11
Apa kamu fikir?
Kayalah aku kali ni..Rm30000 tu..kena tipu..
Nampak sangat ini sindiket, tak tahu guna bahasa. lihat saja "Number Telepon" adalah ROJAK!. Kamu tahu apa itu rojak?At least gunalah "Nombor Telefon". SINDIKET INI FAILED
Perkataan "dari"POWER ROOT"PIN KOD.." perkataan "dari" tu sudah tiada jarak, so diorang ini bukan melayu..mungkin bukan Malaysia..sebab tak pernah belajar bahasa rasmi. SINDIKET INI FAILED
"PIN PEJAYA"..apa kejadahnya ini? mula aku ingat nama tempat cam Petaling Jaya atau Putra Jaya..fikir2..
Dia maksudkan no pin PEMENANG..tapi di guna PEJAYA.. mungkin sindiket ini fikir MENANG=JAYA itu sama maksud, maka dengan ganti nama, sudah cukup memaksudkan "pemenang". Aku rasa ini bukan orang Malaysia la..dah la menipu, pastu rosakkan Bahasa Malaysia.. SINDIKET INI FAILED
"Sila Dail Office" tu tak perlu aku sebut, budak tingkatan 1 pun tahu mana salahnya..ROJAK.
Last sekali "Mohd. ASLAN"..ini kantoi terus. Kenapa harus letak noktah selepas Mohd?jika mahu pendekkan cukup sekadar M. bukan "Mohd." . Kekantoian diteruskan dengan ASLAN yang besar..Sah ini bukan MELAYU MALAYSIA. Mungkin indon. Teringat pula singa dalam cerita Narnia ..namanya ASLAN
SINDIKET INI FAILED.
Pengajaran: Jika sesiapa terima SMS ni, delete saja. Jangan call dan lakukan apa yang dia buat. Boleh laporkan pada pihak polis jika mahu. semoga mereka yang terlibat dalam sindiket ini ditangkap. Menyusahkan orang saja.
saya penah dpat gak..well..tgk nombor phone pn da tau dari indonesia...so..ignore awal2~~
ReplyDeleteBaguslah,,satu tindakan yang bijak...bahaya sekarang ni macam2 nak tipu.
ReplyDelete