Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Wednesday, February 2, 2011

Hudud di Kelantan

Salam

Aku nak highlight balik beberapa perkara penting yang menjadi polemik perpecahan umat Islam Melayu di Malaysia. Tadi aku berjalan ke beberapa buah blog politik dan tertarik dengan susunan kronologi perkara yang sudah lama aku ketahui. Halnya ialah Hudud. Dalam artikel awal tahun 2009 aku pernah menghuraikan hudud secara ringkas,kenapa ia tidak dilaksanakan. Tetapi ianya dihuraikan atas dasar sifat Constitution of Malaysia.

Tetapi aku tidak menyentuh dengan mainan politik PAS di Kelantan ketika itu. APA DIA? Kenapa hudud tidak dilaksana di Kelantan. Sebenarnya Dr.Mahathir telah membenarkan PAS kelantan melaksanakan Hudud di Kelantan, namun akibat beberapa perkara memalukan PAS, hudud langsung tidak dilaksana.

Disini aku sertakan kronologi mengenai hudud di Kelantan dari  Itachii Uchihaa

 Kronologi Proses Permohonan Kelantan Untuk Laksana Hukum Hudud (sejak tahun 1993) - Itachii Uchihaa

Kronologi oleh Itachii Uchihaa

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan rakyat.
3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.

Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya. 


Itu merupakan kronologi yang aku kira lebih adil dan terang dalam menangkis salah faham.

Aku tidak kata Hudud itu salah, kerana ia asal dari Al-Quran, namun dalam geo-politik Malaysia, hudud kurang sesuai. Jangan salah faham kata-kataku. Menegakkan agama Allah memerlukan fasa perjuangan dari semasa ke semasa. Jika yang dilaksana tanpa perancangan, kesedaran kepada umat manusia, malah mendatang lebih banyak perpecahan kaum dan ketidakstabilan seperti geopolitik Malaysia, maka tidak perlu kita bertindak secara drastik. 

Tingkatkan dakwah itu lebih baik. Bila semua umat menerima Islam, insyaAllah hudud boleh dilaksanakan.Bukankah TG Nik Aziz pernah beritahu 30 tahun lagi pun takpe nak laksanakan Hudud.
Adios.
Wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails