Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Tuesday, February 8, 2011

Kelantan itu Kelantan

Machieveli tidak pernah menulis bahawa kelantan ialah serambi mekah. Leonardo Da Vinci yang melukis Monalisa tidak pernah melukis gambar bandar Kota Bharu . Alber Einstein yang popular dengan teori relativity dan E=mc2 juga tidak pernah mengkaji apatah mencipta teori kelantanivity.

Kamu harap aku tulis apa?

John Forbes Nash pencipta konsep Nash Equlibrium tidak pernah menghuraikan persamaan equlibrium of kelantan state. Torres selaku pemain Chelsea sekarang tidak pernah terdetik memasuki pasukan kelantan. Faizal tehrani yang sekarang menjadi simpatisan syiah malaysia tidak pernah mahu kelantan menjadi Syiah sepenuhnya

Kamu harap aku tulis apa?

Hosni Mubarak yang 30 tahun memerintah Egypt, dengan korupsi tidak pernah datang ke kelantan, apatah lagi memerintah kelantan. Laksamana Cheng Ho tidak pernah berbangga-bangga dengan karnival Cheng Ho di kelantan,atas kapasiti apa dia mahu bangga? Raja Saudi tidak pernah membeli atau membayar mengunakan dinar kelantan.

Kamu rasa aku mahu kata apa?

Selama berapa lama kelantan dibawah pemerintahan tidak sempurna, selagi itulah kelantan tidak akan mencapai kemajuan. Selama itulah fraction berlaku. 

Orang bangga kelantan ni manusia hijrah, sebab dimana2 ada kelantan, dari utara ke selatan, wujud kelantan. Loghat tidak pernah ditinggalkan.

Tapi manusia lupa menkaji kenapa orang kelantan berhijrah..kenapa?
EKONOMI..ya ekonomi. 

Di kelantan tiada peluang pekerjaan yang meluas, atau lumayan. Jika ada bagi mereka yang boleh menerima rezeki semampu sahaja. Pemerintahan oposisi tidak mampu membangunkan kelantan. Tidak banyak mampu dibangga melainkan patung budha terbesar di Asia Tenggara.

Graduan ?Kebanyakan menuju ke KL atau Johor, mencari lubang rezeki yang lebih mewah dan lumayan. 

apa aku nak kata...?

Berubahlah !

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails