Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Saturday, August 28, 2010

Sibuk yang terlampau

Salam

Sekarang saya nak sipakan Test 1 subject Pre-Stress.
Masa diperuntukkan adalah 4 hari. Rabu ini baru hantar.

Tapi banyak benda lain nak sette sebelum balik nanti.
Antaranya
1)Assignment Waste Water-Hantar Project ASIM
2)Pre-Stress 
  • Site visit kena hubungi IRDA
  • Test 1-Open book kat bilik
3)Reinforced Concrete Design II
  • Hantar Assignment frame 4 soalan
  • Check Project RC Design(Rumah) 
4)PSM(Projek Sarjana Muda)@Final Year Project
  • Borang tajuk kena Sign dan Hantar
  • Mula tulis Chapter 2
  • Ready untuk test.
5)Information System
  • Test hari Rabu 1 hb petang
  • Prepare Bahan Assignment 2 pasal Data Store
6)PAP(Projek Amalan Profesional)
  • Kena combine part-My part is Drainage System
  • Kena Baca MASMA
7)Lain2
  • Hantar buku Sejarah Perlembagaan kat library
  • Discussion KB
  • Packing nak balik raya
  • 2 hb balik raya.
Walau sibuk, masih ada masa nak update blog, komen fb, download lagu, dan baca blog politik
lebih dari 10 blog sekali buka. 
Pasni nak buat pic raya pula. Hari ini nak settle separuh kerja yang ada. 
Target esok semua dah settle.


Ahmad Suhaimi Am
Masa nak sahur
4.48 am
28 August 2010

Friday, August 27, 2010

99 itu ?

Salam..

Suatu hari, aku buka facebook, tiba2 berlaku suatu keadaan yang mempersonakan, mengagumkan.

Mungkin ini biasa berlaku 
33 updated status yang sempat aku snipkan.


Ini pula jarang berlaku
lansung tiada member yang beratus tu online time ni..and masa diambil seminit sebelum pukul 12 tengahari.



Ini?Jarang sekali untuk jumpa..Bangganya ...
99 status, ntah berapa hari gamaknya aku x buka FB..so, sempat aku snip juga..Terror r..
nota:
99 tu nama Allah atau juga Asmaul Husna.

TFS@Mieko

Sunday, August 22, 2010

Serius aku tak jejak bazar setakat ni.

Salam
Iftar..4 hari kat bilik, selebihnya hari lain kat masjid..
Sebab tu aku aku tak jejak bazar.. 4 hari kat bilik aku jejak CP je.
Aku sebenaarnya malas nak bergasak2 kat bazar tu, ramai dan rimas.
Kalau harga makanan tahun lepas mahal, tahun ni lebih mahal..

So, aku buka puasa kat bilik lagi best, beli kat CP, tak serabut sangat..masa free akan banyak.
Walau sibuk wat PSM..dan test
Minggu lepas sibuk teramat, wat proposal PSM..loya aku ngadap laptop ..dah jumpa lecturer, Dr Rozana, pastu kena brainwash
pasal English dan isi, maka aku rajin sikit. Gi PHB(pejabat Harta Bina) jumaat lepas(lepas jumaat),ambik data, lebih setengah jam berbincang dengan Pegawai electrical situ.(walau pagi dah pegi pegawai tu takde).

Terkejut juga aku dengan data yang aku dapat..tapi aku takleh release pada umum sebab bukan masanya.
Electric Consume kat UTM..bukan libu-libu, bukan latus libu, tapi luta-luta...sebulan tu.
Belapa luta..?nanti aku pose bila dah siap PSM..

Berbalik pada bazar, sebab kan test dan PSM, aku terpaksa buka kat bilik. Biasanya aku pergi time kul 5-5.30..sebab tu masa terbaik kalo xnak serabut dengan makluk2 lain..(manusia kan makhluk)

Tak banyak pun abes, 3-4 ringgit malaysia saja.
Tapi kawan2 lain ajak aku buka kat masjid, so dari bosan2 dan abes duit kat bilik, aku gi masjid.
Ramai tu yang seronok, kawan2 lama boleh jumpa. Budak kelas tu ada 5-7 orang termasuk aku.
Sana makan dalam talam, tu yang bes, kat kelantan xde talam2 nih, pinggang je kalo masjid wat buka puasa.

Best lagi dengan lauknya yang mewah la jugak. Ayam, daging, sayur,bes la walau mak aku masak lagi bes(bukan copy citer ayu nih). Memang mak aku masak sedap. Tapi aku lagi suka kalau perempuan yang jdi isteriku masak lagi sedap..kan ..caman hisyam, stuju tak?(Kalo ko bace entry ni).

Masa berbuka dengan YADIM aritu waa..nasi beriyani. sedap tuh.
So kalau nak datang, kul 6.30 tu dah kena ada.Free tak yah bawa duit.
Datang, ambil air , biasanya nasi dah hidang, kalo tak ambik sendri.

Sebab tu aku tak jejak bazar lagi setakat nih...mungkin nanti aku akan jejak bila aku free...

Tuesday, August 10, 2010

Apa yang mahu kamu capai?

Assalamualaikum
Salam 1Malaysia

Penulis tertarik untuk menyatakan pendirian penulis tentang isu ini. Ia kerana isu ini dimainkan sudah menjadi "kegilaan" mereka-mereka untuk memperjuangkan politik mahasiswa agar menjadi "politik luar". Bahkan ianya kini terseret kearah suasana yang kurang selesa kepada para mahasiswa. Noktah.

Sila baca petikan dibawah.


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Sudah tiba masanya kerajaan membenarkan mahasiswa berpolitik sebagai proses mematangkan demokrasi di Malaysia dan menjamin hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


"kerajaan harus terbuka dan ikhlas memberikan ruang kepada mahasiswa menjana kepimpinan diri di alam kampus sekiranya mahu melihat barisan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang berkualiti dan berketrampilan tinggi."


"“Kami, pimpinan mahasiswa MPMN akan terus komited dan konsisten dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami akan terus membawa suara mahasiswa sampai kepada para pemimpin kerajaan"


" mahasiswa masih lagi dihadkan memberikan idea dan pandangan tentang isu-isu politik negara serta terlibat secara sah dengan parti politik semasa di kampus"-Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal.(Sumber"Harakah")

Ini merupakan pendirian (kononnya) mewakili pendirian MPMN. Jika ditafsir , ianya merupakan pendirian mahasiswa keseluruhannya.

Namun, penulis mencadangkan agar satu kajian suara dijalankan kepada mahasiswa tentang perkara ini, jawapan yang pasti ada "TIDAK"

Penulis tidak akan komen apa-apa jika pendirian itu merupakan pendirian peribadi, namun, kerana hakikatnya penulis juga meminati politik negara dan sentiasa memerhatikan jatuh bangun politik negara. Bermula dengan PRU 12 dan bermacam permainan oleh pihak tertentu? . Tapi jika ia diguna atas nama pendirian mahasiswa , maka penulis terpanggil menyanggahnya.

BEZA
Terdapat perbezaan jelas antara menjadi MAHASISWA YANG PEKA TENTANG POLITIK dan MAHASISWA BERPOLITIK LUAR. Mereka yang peka tentang politik sentiasa peka dengan perubahan politik dan mengambil ketetapan terhadap sesuatu isu mengikut perspektif mereka. Manakala yang 'berpolitik luar" berbeza kerana mereka membawa dasar atau agenda politik sesuatu pihak kedalam kehidupan mahasiswa. Penulis pernah mengulas tentan politik luar disini

Kelompok
Kebimbangan penulis kepada pihak yang menyokong perkara ini ialah munculnya kelompok parti dalam universiti atau kampus. Misalnya wujudnya mahasiswa UMNO,mahasiswa PKR,Mahasiswa PAS, DAP,MCA,dan MIC. Sudah tentu mereka ini akan saling berprasangka sesama sendiri dan berlaku perbagai konflik yang tidak diingini. Kemungkinan bila tiba sahaja musim PRK(pilihanraya kampus) maka pelbagai provokasi yang sedasyat 'politik luar" akan berlaku. Yang melayu dengan melayunya, yang cina dengan cinanya, yang india dengan indianya. Bayangkan apa akan berlaku?Anda Jawab

Akademik
Dari segi akademik, mestikan ianya akan menyumbang sesuatu yang negatif. Mahasiswa sokong UMNO, Pensyarah sokong PKR, atau Pensyarah MCA, mahasiswa DAP..Pastinya berlaku diskriminasi terhadap pengajaran dan peperiksaan. 
Jika asyik dengan ceramah politik dalam kampus, pelajaran juga terabai, Parti itu kah yang akan jamin masa depan mereka yang gagal? Anda Jawab

Selesaikan dahulu masalah dalam kampus
Dalam dunia kemahasiswaan, pemimpin mahasiswa harus menyelesai perkara asas mahasiswa seperti keperluan mahasiswa, masalah mahasiswa dan menjadi saluran suara mahasiswa kepada pihak atasan(Pengurusan). Jika ini pun masih jauh dari kenyataan, tangguhkan dulu impian membawa agenda Parti kedalam kampus.

Pendirian mereka.

Pertanyaan Penulis
Apa yang mahu kamu capai?


Ahmad Suhaimi A.M

Friday, August 6, 2010

Menunggu

Aku menunggu...
Bila....ibarat melukuk ditepi gantang..
Menunggu kucing keluar tanduk..
Membilang bulu kambing...satu persatu..
Mengepam tayar keretapi...
Oh..ini sungguh tak lojik..

Aku menunggu..
Bila....bagai pungguk rindukan rembulan
Menunggu bulan jatuh ke riba
Membilang bintang dilangit..satu persatu..
Mengepam tayar kereta kebal..
Oh..lagi tak lojik

Oh..Apa yang lojiknya...
korang fikir ar..

Nota : Ini puisi ketika aku malas nak menulis..So..Baca sajelah

A.Suhaimi A.M
6/8/2010 4.28 PM

Tuesday, August 3, 2010

Boleh la untuk beginner!

Salam
Hmm..Ari ni ada presentation..Information System..
Sebenarnya lecturer nak elak dari ketidaksempatan presentation dari student..12 group tu…
Takkan larat nak handle 2 jam..Nampak macam mudah ..

Presentation Group aku pasal Intelligent Building(Gempak je)..
Tapi kami lebih tekankan mengenai Security in Intelligent Building.
Sebab ambil mudah, jadi kami buat la kerja dengan 2 kali discussion je(hebat x)..
Yang pertama bincang, second buat Video..(wooo)

Kami ni kiranya expert la jugak bab buat video.macam2 boleh fikir. Banyak software dalam kepala..Movie Maker, Adobe Flash, After Effect,Ulead,Cyber Link, Sony Vegas,Video Edit Magic, Nero, dan bermacam2 lagi kalau nak wat video..Kalau nak convert usah cakap la..video ke lagu,..video ke macam2 jenis format,dan ntah macam2 lagi.

CUMA….Jeng..Jeng
Aku pengarah project..So aku nak cuba cara baru..Pakai Software baru yang digelar Camtasia Studio..Hebat Software nih..
Dia boleh integrate terus dengan power point, dan boleh view  kamera lagi..Yang paling penting tak lagging macam CamRecorder ..atau camFactory tu…So mula2 aku download dan install(original)..aku terus belajar,,wao..memang power la..
So aku suruh la group member settlekan article dan powerpoint masing2, kecuali Hisyam yang xdapt join.
Aku hiaslah bilik aku dengan kertas lebih2 dan kertas A4, bagi settle dan rasmikan dengan menamakan sebagai “Superman Studio”(serius ni).

Dan hasil laptop baru Hafiz(siegel) , maka kami buat recording presentation on-time.Mula2 memang nak gelak buat presentation macam ni. Buat sikit ketawa banyak. Bila cuba beberapa kali, hilanglah rasa malu dan segan..maka kami sukses record(record baru..). Tapi aku sedar microphone laptop hafiz ni memang ada masalah.
Aku ni bukan apa, aku nak train dorang dan aku sendiri present scara berkeyakinan(  bab pemerkasaan keyakinan diri).

Malam juga aku tdo kul 3 dok edit part diorang dan part aku, dan aku edit juga sound yang ada masalah..cut timing yang ada (aaa….aaa..aa..hmmm.mm) ,so terhasilah semua itu dan publishkan sebagai video format .avi. Tapi serius benda ni kualiti tinggi..tiap test record lebih dari 100-200 Mb. Kami 2 kali test seorang dan dah makan memori aku sebanyak 1.8 Gb..(pergh)

So, sebab aku ni Superman(macam dulu2 gak), so sapa nak software ni kena PM aku la..senang dan cepat untuk kerja yang perlukan kesegeraan.
Ni antara contoh yang aku buat..

Wah..wah..CLick untuk lebih jelas

Tapi time present semua terpaksa tebalkan muka, kecuali aku yag memang tak tahu malu(malu gak). So aku puas hati sebab dapat hasilkan satu perbezaan dalam persembahan(kreatif), berbanding rakan-rakan sekelas yang bermacam-macam versi lagi presentationya. Apapun kami sekelas bergelak dengan semua presentation yang ada(bagus semangat ni)..

Dengan terhasilnya video tersebut, maka pada pandangan aku "Boleh la untuk beginner".




Tautan Fikiran

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails