Iftar..4 hari kat bilik, selebihnya hari lain kat masjid..
Sebab tu aku aku tak jejak bazar.. 4 hari kat bilik aku jejak CP je.
Aku sebenaarnya malas nak bergasak2 kat bazar tu, ramai dan rimas.
Kalau harga makanan tahun lepas mahal, tahun ni lebih mahal..
So, aku buka puasa kat bilik lagi best, beli kat CP, tak serabut sangat..masa free akan banyak.
Walau sibuk wat PSM..dan test
Minggu lepas sibuk teramat, wat proposal PSM..loya aku ngadap laptop ..dah jumpa lecturer, Dr Rozana, pastu kena brainwash
pasal English dan isi, maka aku rajin sikit. Gi PHB(pejabat Harta Bina) jumaat lepas(lepas jumaat),ambik data, lebih setengah jam berbincang dengan Pegawai electrical situ.(walau pagi dah pegi pegawai tu takde).
Terkejut juga aku dengan data yang aku dapat..tapi aku takleh release pada umum sebab bukan masanya.
Electric Consume kat UTM..bukan libu-libu, bukan latus libu, tapi luta-luta...sebulan tu.
Belapa luta..?nanti aku pose bila dah siap PSM..
Berbalik pada bazar, sebab kan test dan PSM, aku terpaksa buka kat bilik. Biasanya aku pergi time kul 5-5.30..sebab tu masa terbaik kalo xnak serabut dengan makluk2 lain..(manusia kan makhluk)
Tak banyak pun abes, 3-4 ringgit malaysia saja.
Tapi kawan2 lain ajak aku buka kat masjid, so dari bosan2 dan abes duit kat bilik, aku gi masjid.
Ramai tu yang seronok, kawan2 lama boleh jumpa. Budak kelas tu ada 5-7 orang termasuk aku.
Sana makan dalam talam, tu yang bes, kat kelantan xde talam2 nih, pinggang je kalo masjid wat buka puasa.
Best lagi dengan lauknya yang mewah la jugak. Ayam, daging, sayur,bes la walau mak aku masak lagi bes(bukan copy citer ayu nih). Memang mak aku masak sedap. Tapi aku lagi suka kalau perempuan yang jdi isteriku masak lagi sedap..kan ..caman hisyam, stuju tak?(Kalo ko bace entry ni).
Masa berbuka dengan YADIM aritu waa..nasi beriyani. sedap tuh.
So kalau nak datang, kul 6.30 tu dah kena ada.Free tak yah bawa duit.
Datang, ambil air , biasanya nasi dah hidang, kalo tak ambik sendri.
Sebab tu aku tak jejak bazar lagi setakat nih...mungkin nanti aku akan jejak bila aku free...
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik disini