Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Showing posts with label Pemikiran Luar Kotak. Show all posts
Showing posts with label Pemikiran Luar Kotak. Show all posts

Wednesday, April 20, 2022

2022 Awan Hitam berlalu pergi, adakah kemarau panjang bakal mengganti

Assalamualaikum w.b.t

Perit..
Penat..
Lemas..

Meninggalkan dunia menulis (walaupun suam-suam kuku) adalah lebih menenangkan berbanding letih mengadap kesan berantai Covid 19.

Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza. Ada duka, ada gembira, ada lara, ada ceria. Tidak terkecuali aku.

Bermula PKP,PKPP,PKPD, PKPP, balik PKP, PPN...bermacam krisis. Politik, perang, dalgona lah, bendera putih, makan, raya tak balik, raya tak jadi, raya raya raya selamat hari raya....bermacam kisah, bermacam viral, kejap neelofa, kejap najib, kejap tukar PM, kejap Khairi..Siti Sarah..Syuib..booomm..meletop

Ya, itulah cerita yang kita hadap sepanjang zaman gelap. Ramai kawan terlibat pemotongan gaji (syukur aku masih tiada potongan gaji kecuali unpaid leave(cuti banyak sangat) terbaik lah company aku..Tapi kepada rakan-rakan yang terjejas teruk, aku doakan korang semua dipermudahkan urusan membina semula kehidupan seperti sediakala.

CATATAN ringkas 20 APRIL 2022 11.30PM

Sunday, January 30, 2011

Hujan Oh Hujan..kenapa engkau turun..Jom nyanyi

Salam

Huahua..Dua tiga hari ini hujan tak henti-henti turun membasahi bumi..UTM.
Adoi..banyak rancangan cancel, takkan mau redah hujan je merempit, nak beli makan
... Teringat masa hujan slow-slow semalam, bangsa katak berpesta, macam-macam gaya...
ko'ko'ko', toing-toing, Wong-Wong...hoho meriah tu..

Ari ni dah sambung lagi hujan, entah bila nak stop..tengok2 langit..sekurang-kurangnya sehari lagi..
Apapun, hujan tetap anugerah tuhan...
Sambil-sambil relax fikir tentang hujan, teringat lagu masa kecil-kecil dulu..
Macam2 versi ada..tapi semuanya ada perkataan..
HUJAN OH HUJAN!
Jom nyanyi!..



Perut oh Perut ..Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit..
makan nasi mentah..makan nasi mentah..



Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Kayu Api basah..Kayu Api basah..



Kayu Oh Kayu..Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah..
Hujan timpa ku..Hujan timpa ku..



Hujan Oh Hujan..Kenapa Timpa Kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku...Katak panggil aku...



Katak oh Katak kenapa panggil hujan?
Bagaimana aku tak panggil..
Ular nak makan aku..Ular nak makan aku..



Ular Oh Ular kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku..Memang makanan aku..


Thank

Terima kasih kepada google dengan sumbangan gambar..

Wednesday, January 5, 2011

Kenyataan Tahap Tertinggi 2011

Assalamualaikum
salam 1Malaysia

Dalam beberapa hari ini ada beberapa kenyataan tertinggi yang aku perhatikan di sekeliling aku. Ada berlaku spontan dan ada berlaku secara terancang. Ada memberi kesedaran dan ada menyesakkan pemikiran. Kenyataan Tahap tertinggi akan aku listkan. Bukan rekaan tapi kenyataan. Gaya bahasa macam pantun budiman, tapi rupanya hanya penulisan.

1. Dalam pembacaan aku dalam blog Faizal Tehrani, rupanya Faizal ni adalah simpatisan syiah..Aku folllow penulisannya dalam blog kerana blog mencerminkan pemikiran sebenar seseorang. Faizal Tehrani cenderung menyokong kewujudan Syiah, dan mengkritik sesiapa yang mengkritik Syiah.. Ikon yang banyak dalam penulisannya ialah Mahmoud Ahmadenijad,Presiden Iran.. Aku tak pasti adakah dia seorang Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau pengikut senyap Mazhab Syiah Ja'fari. Boleh baca sendiri kat blog dia..siap ada poll lagi.

2.Dulu sibuk bising kenaikan minyak Ron97 dan Ron95, selain gula,minyak masak,santan. Esok 5 januari ura-ura ada kenaikan 10sen ron97. Peliknya dalam kerja keras Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia,dan selaku Presiden UMNO serta Pengerusi BN, ada beberapa tindakan yang tidak populis diambil. Menteri bertanggungjawab ialah Ismail Sabri,ayah kepada artis AF. Dunno la nama..sebab aku tak minat AF. Adakah wujud sabotaj untuk menjatuhkan kepimpinan Najib? Merdeka Center mengeluarkan statistic sokongan kepada Najib sebelum harga barang naik beberapa bulan sebelum ialah 72%..dan selepas kenaikan harga barang ianya turun kepada 69%.

3.Bola Piala AFF Suzuki. Pasukan Malaysia menang nisbah 4-2. Kemenangan 3-0 di Bukit Jalil dan Kekalahan 1-2 di Bungkarno. Selepas kemenangan 3-0, Indonesian mostly menyalahkan Laser..sampai menghina Malaysia dengan MalingSial,"laser is loser". Padahal Markus yang tak pandai jaga gol. Setuju? Di sana tiada apa yang indon patut bangga, penalti tak masuk, sumbat 1 gol, 1 lagi gol sendiri Malaysia..Malaysia patut juara, namun hero sebenar ialah rakyat malaysia yang tidak putus sokongan. Percayalah, peminat bola yang menonton kemenangan Malaysia akan tidur dengan perasaan yang positif,untuk bangun keesokan pagi. Kepositifan ini mendorong gerak kerja yang mantap, menaikkan KLCI ke paras tertinggi iaitu 1533.42 mata ,hampiri paras Psikologi 1550.00. Bank yang aku simpan duit,CIMB bank mencatat peningkatan saham sebanyak 12 sen kepada Rm8.62 sesaham. Untung Cimb ni. JOM melabur.

4.Peningkatan harga makanan yang agak keterlaluan di UTM. Rasai sendiri perbezaan hidup 2007,2008,2009,2010 serta tahun baru 2011. Dengan kos hidup yang sebelum ini dalam kategori "bolehlah" sudah bertukar kepada "ish,mahal pulak.boleh survive ker sampai hujung sem". Usah bercakap tentang Mee Ruski yang RM1.10 sebungkus, tetapi ambil contoh sepinggan lengkap nasi(Nasi,Ayam,Sayur+kuah) mencecah Rm3.50-Rm4.50 sepinggan. DiExtrakan Rm0.30 sen untuk makan berbungkus. Alasan?Ada kaitan dengan perkara diterangkan list no.2. Arked Meranti dalam kategori Mahal..Silalah bertandang ke Arked K11 yang lebih menjimatkan. Problem dijana dengan Center Point yang belum lagi diOPEN atas pertukaran penender baru(ura-ura).Belum potong harga Air asas kehidupan yang dijadikan minuman lagi..

5.Pertukaran peribahasa,iaitu "masuk ke sangkar harimau,harimau kena ikut apa yang masuk,masuk ke kandang kambing. kambing ikut apa yang masuk kandang". Penafsirang jelas terhadap keadaan kelas yang bercampur antara IS(International Student), dan student tempatan. Walaupun sekitar 60 orang adalah student tempatan,dan 3 orang Foreigner, kelas terpaksa dihandle 95% English. Kesan? Kurang kefahaman, malu bertanya, pasif semakin pasif, sleepy eyes. Lecturer pun kadang2 boring takde comunication berkesan. Itu realiti di FKA,UTM. Result kurang memberansangkan? nak salah sapa? Kami ni nak jadi engineer berkaliber,can apply what we know..not how much we know.

6. PTPTN..Ada peningkatan dari faedah 3% kepada Ujrah 1%. Pembayaran balik RM500.00 sebulan selama  dekat 5 tahun boleh selesaikan. Tapi jika nak makan apa? Makan kecil2 dah la dulu. Syukur ada PTPTN dapat semua orang belajar.  Cuma in future, jumlah pinjaman sudah semakin tidak relevan dengan peningkatan kos barang sekarang. Sejak dulu sampai sekarang, bagi sarjana muda,RM3500 sahaja. Uitm takpe la,yuran murah. Bagi U lain? RM3500-yuran Rm1500>>>RM1800.. dengan variasi yuran turu naik setiap sem, pelajar hanya menjamah sekitar RM 1700..bahagi 5 bulan dapat Rm300 lebih2 sebulan. RM10 sehari lebih kurang. Bagi yang follow perkembangan perisa Ruski,Mamee,High5,Maggi,Gardenia, dan pergi jalan kangki atau bawa kunci kereta(car key)..ke kelas, orait sikit..makan nasi jarang2 pun takpe. Bagi pengemar nasi ayam penyet, pattaya, kampung,..tetambah naik kuda tayar 2 atau tayar 4..lost la tengah sem. Sama ada Apply biasiswa PAMA, KABA, takpun kerja Part Time. Macam kata P.Ramlee..Miskin..Banyakk..Sederhana..Sikit2.. Berada..Jarang2..Very Rich..Kaddang..Kaddang..ada sabdu sikit sebutannya. Pertimbangan sendirilah.

Baru 6 perkara utama dalam beberapa hari..hari mendatang tak tertulis.,,Banyak isu..

Karim Si Halia pernah berperibahasa
"Untung sabut timbul..untung batu tenggelam", dengan gaya tangan separuh dada.
Karim Si Halia. TV32.

Kita perhatikan,pesanan Karim Si Halia itu boleh dijadikan iktibar untuk sesiapa yang berfikir positif. Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa tahu. Hidup ini sekali, mati pun sekali. Mata melihat, mulut menyebut, tangan menaip.

Noktah..Wassalam.

Nota Car Key 
Penulisan ini berkaitan dengan yang hidup atau ayang mati. Tiada motif tersembunyi selain kritik bersebab. 
Tiada Agenda kecuali mengajak kita berfikir, jika ada cadangan, sila bagi pendapat di ruangan komen. Saya akan telitikan .Anonymos sila bagi nama samaran. 

Sunday, October 31, 2010

Tahniah KELANTAN ku

Salam

 Semalam detik 8.40 aku bergerak dari bilik ke blok L27, niatnya nak tengok Final Piala Malaysia..Kelantan Vs N.Sembilan. Datang tengok takde sorang pun..Biar betul.. Dulu Kelantan lawan Selangor akhir liga Super dan Kelantan Vs N.Sembilan akhir Piala Malaysia semua penuh..Okay...Senang sikit..Aku buka Tv dan duduk..Time tu aku sorang..pastu de la dak junior yang aku train masa MHS dulu datang..Perh..dah lain..
Dulu skema..sekarang macam hampeh..(ni pandangan aku). Sebab aku tengok cara diorang bercakap macam tak kena tempat. Dah kuat..bukan ramai orang pun.. pastu mencarut..B**uh la,C*B*i la.. Ganggu mood aku betul.

Separuh masa pertama mengecewakan kelantan..Kena penalti minit 13, 2 kali sepak 2 kali masuk..tapi kira sebiji je.. Tapi melalui corak perlawanan aku boleh nilai siapa lebih baik bermain. Bola dikuasai oleh Kelantan, tapi bila sekali N.Sembilan naik, terus boleh direct ke goal.. Nasib baik Goki(Orang kelantan sebut untuk Goal Keeper) hebat dan mantap. Bila masuk goal berterabur mercun2..Pertahanan Kelantan sedikit lemah berbanding N.Sembilan yang agak susah ditembusi. Tapi aku tahu Kelantan bakal cipta goal.

Separuh masa kedua  seakan perubahan ketara berlaku. Serangan bertubi-tubi dari kelantan akhirnya membuahkan hasil..Equalize..1-1..Aku gembira dengan perkembangan itu..Lepas tu minit ke berapa ntah.. Mimi call aku.. masa bercakap..Gooooall..sebiji masa bercakap.. dah.. Kelantan dan sumbat sebiji lagi..2-1..
Aku sebak dan gembira sangat time tu..rasa nak konsi dengan mimi pulak..haha.

N.Sembilan memang panas time tu, pertahan dia yang hebat pula cedera, Syukor adan kena kuning..Situasi yang tak memihak. Menariknya penyokong kelantan, bila bola lepas je garis tengah..Sorakan seperti dah main depan goal.. Dan..2-1 berakhir dengan kemenangan dan kesyukuran. Aku sanggup tunggu pula untuk majlis penyampaian hadiah dan piala..Sebak gak tengok. Kali pertama menang sejak 55 tahun. Apapun Tahniah untuk kelantan..TERBAIK!!

Fakta

Dalam post sebelum ni aku sebut pasal assobiyah..iaitu kesukuan memang menebal antara orang-orang kelantan. Sejak Pasukan Kelantan dipegang oleh Tan Sri Anuar Musa, transformasi begitu pantas, dalam 2 tahun, Kelantan dah masuk 3 final dan, 2 kali kalah dan kali ketiga menang. Memang mantap Tan Sri Anuar Musa..UMNO ni.Haha.

Anuar Musa ni memang bagus. Rumah dia dengan rumah aku tak ada jauh sangat, naik motor 10 minit pun sampai. Secara peribadi nya, dia amat membantu rakyat ketika berjuang dalam UMNO. Ketika dia menjadi ADUN. Tanah perkuburan kat kampung aku dia yang beli kerana kubur sedia ada sudah tidak muat. Masa aku bersekolah dulu pun banyak program pendidikan dibawah seliaan UMNO Bachok aku join. As a student. BTN,Bengkel di UM, Seminar pendidikan..

Itu sebab aku dilihat lebih condong kepada Kerajaan dan UMNO..(biarlah arini anda tahu). Aku cukup pantang jika tuduhan tidak berasas dilontar kepada pemimpin yang banyak berjasa pada rakyat. Masa dia jadi ADUN Kok Lanas pun, dari kawasan desa berkembang menjadi Maju.. Tetapi entah termakan hasutan pembangkang dia tewas PRU 2008(aku tak nafikan itu sebab Paklah). Orang seakan habis madu sepah dibuang. Dan Sekarang Terpaksa kutip Sepah balik..KELANTAN MENANG..

Jika ditanya kenapa aku pro-kerajaan. Jawapan mudah, aku tak dapat lihat apa Kerajaan Kelantan (Serambi Mekah Dalam Bayangan buat). Kawasan kampung aku dari dulu sampai sekarang macam tu la juga keadaanya. Gejala maksiat tu usah cakap. Anak jiran depan rumah, siap bercium tanpa segan silu depan orang, aku kenal sebab penah berkwan kecik2 dulu.. Lepas tu aku dengar mengadung dan beranak dah. Orang panggil dia dengan nama Dubby..

Pastu ada juga budak2 kampung aku jadi penagih pil kuda, malam2 rumah jadi sarang maksiat. Pukul 7 pagi baru perempuan turun dari rumah laki. Ada yang dewasa jadi Sasau sebab dadah. Ada yang hampir gila sebab arak..Budak2 remaja yang aku kenal masa kecil dulu dan jadi pengedar pil kuda. So..Persoalannya.. Inikah maksud MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?

Masa nak mengundi datang rumah ke rumah cakap nak bagi air paip percuma, lepas Vote..bulu hidung pun tak nampak. Rakyat bukan desperate sangat..Sekali orang percaya, dua kali orang percaya.. masuk bnyak kali menipu sasau..baik takyah jadi ADUN.. Jika nak tahu, ADUN tempat akulah yang masuk mahkamah sebab bekas isteri mintak 4 juta.. Padan muka..Namanya Wan ISMAIL..

Jadi apa yang PAS bawa untuk Kelantan setelah 20 memerintah atas nama ISLAM? Celah mana PAS terbiah anak muda supaya jadi Muslim sejati..? Setakat in sebuah masjid pun takleh nak bina.. Terpaksa orang kampung minta dera, Tok Guru Pondok gi minta derma rumah ke rumah. Mana PAS?

Yang aku tahu dan amat tahu sebagai rakyat Kelantan sejati.. ADUN yang baru dilantik pun boleh pakai marcedes... Kat Hulu pun banyak bukit ditarak balak ditebang..So what?
Banner kat tepi jalan bukan main,Membangun bersama Islam, Sejahtera bersama Kepimpinan Ulamak.. Bagi aku itu bukan ulamak.. tapi Ular dalam Semak..(aku minta maaf sebab aku geram). 

Orang2 pas cakap jangan derhaka ulamak, fatwa Nik Aziz.. Nik Aziz keramat.. 
Disini aku nak tegaskan.. Selain Nabi, Tiada orang yang maksum termasuk NIK AZIZ.. Bagi aku Nik Aziz ialah ikon yang diangkat martabat kepada Tuan Guru oleh fanatik beliau. Ikon ini akan dicanang sebersih2 dan sebagus2 dan sesuci2.. Bukan aku pertikaikan keputusan Nik Aziz dalam sesuatu perkara, tapi "fatwa" yang tidak baik serta memecah belah umatpun didukung.. Dan Aku pasti jika Nik Aziz tiada, image yang akan didukung selepas ini ialah Haji Hadi..Presiden Pas Skaranng.

Jika mahu bercakap memgenai politik, elakkan berdebat bersama rakan.. 
JIka mahu menulis pasal politik, setiap hari aku boleh menulis. Aku sudah dikenali dikalangan rakan-rakan dengan pegangan aku tentang politik. Ada menerima baik, ada yang memandang serong. Tapi aku yakin apa yang aku cakap dan fikir, melalui apa yang aku alami. Wallahuallam..

Manusia itu lemah..ada yang suka mengambil kesempatan atas nama politik.
Hari ini aku dapat berita kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasyaruddin Tantawi.. Bahawa kemenangan Kelantan semalam adalah berkat doa Tuan Guru Nik Aziz...

Dalam hari aku"Sejak Bila Nik Aziz ambil tahu pasal bola sepak Kelantan?".
Noktah.

Nota kaki
*Aku tersasur dalam politik(INGAT..Aku sudah berdaftar dengan SPR..aku boleh mengundi PRU13)
*Komen aku pasal Nik Aziz mungkin ada yang tak suka dengar(biasala..pengikut mana suka dengar sesuatu yang tak baik pasal pemimpinnya)
*Jika ada nak komen pasal politik, sila..dialu-alukan, bagitau nama .

Pasal isu kalimah allah aku rasa geram. 

Saturday, October 30, 2010

Kisah x tersusun

Salam..wah...

Lama betul rasanya tak update blog..semua dah berterabur bila berada pada tahun akhir ni. Paling penat bila ambil PAP ni(sebenarnya xsusah mana), tapi jika xbuat awal dan study bahan nota, memang susah. Aku kebetulan sem ni cam tak betul sikit, pengurusan merudum 50%, masa tido shifted setengah hari dan ada masa 2 hari xtido...

Pap wat drainage, tapi aku x design drainage, aku design culvert..masalah berlaku sebab 2 jantina berbeza, pemikiran berbeza, tapi negeri sama, tapi bila bercakap xmacam duduk satu negeri.. Tapi takpe..kerja tetap kerja..Design culvert ni bukan semudah difikir, aku yang tak suka mengfokus pada nota menyebabkan aku tidak beridea konkrit tentang drainage. Apapun as a culvert designer, aku tetap kena tunggu design drainage siap. Masalah kalau komunikasi tidak dirancang dan ditetapkan. Nak guna "aku" jahat sangat, nak guna "saya" baik sangat, nak "i' owh terlalu manja, nak guna "kawe" kan susah cam peliklah. So..berterusanlah tiada komunikasi berkesan(aku masih memikir solusi). So kata ganti nama berada pada seni nada suara...bosan tapi terpaksa ikut.

Aku akui memang xbanyak idea sebab aku tak mengfokus pada nota drainage,tau dah nak discuss. Preparation kelam kabut. Tak bercakap kang jadi anak patung, bercakap pula idea xbgus. Sengsara buat image assination pada diri sendiri. Tapi itu kelemahan yang tak dapat dibendung untuk PAP ni. So kena teruskan. Tapi malam tu aku buat biasa. A man cannot make girls mad.. but girls not care to make a man mad.. tu situasi aku.bukan korang.



So demi culvert tercnta, aku telah mengadap laptop merefer project senioritas, dan mengambil masa 6 ptang sampai 6 pagi just for design with 50% comprehension.. bayangkan satu culvert memerlukan permainan 4 graph dan nilai yang terkeluar dari graf terpakai untuk rumus pula,..just for coefficient..memang meloyakan. Saiz kena ubah jika tidak match antara headwater dengan headwater allow..dan perubahan ini mereferkan diri pada graf lagi..dan lagi dan lagi.. Pendek kata satu culvert kena refer banyak kali.. Masma punya hal.



aku pakai senior punya excell, tapi aku buat box, tapi terguna pipe senior..hampeh la.. Aku study dan design balik dengan 8 malam sampai kul 3 pagi untuk mendesign excel sendiri pakai box culvert(actually aku study excell senior dan edit excell tersebut sesuai dgn versi box culvert...bukan pipe culvert k. Jaen yang datang tanya aku time tu masih belum study apa2..so aku nasihat dia soh gi study luh..

Petang keseokan ada hari 2 last hantar, dari kul 4 sampai 6 aku design kali ketiga kerana keyakinan pemahaman aku pasal reduce level yang aku pertikaikan mana datangnya..
So malam tu kul 7.30 malam sampai 2 pagi aku settlekan pasal drawing semua. So aku tahu biarlah underdog sekalipun asal kerja kita siap ikut perancangan. Yang pasal print tu aku serah pada diorang la.. aku nak muntah.. kelas kul 8 hari Friday pun aku tersungkur di medan jihad tido.



OOOOO...OOOOOOOOOO..jeritan lagi waving flags worldcup aritu

Tutup pasal PAP..nak cerita pasal rasa sangat pelik aku pada suatu pagi aku tidor.. Masa tu hari Kelatan akan lawan Kedah second round kat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam sebelum tu takde desperate nak tahu pasal bola, just dengar gitu2 je kat fb...tapi aku bermimpi, Kedah menang 1-0 atas Kelantan..masa mimpi aku sedikit kecewa tapi aku xnak fikir.. Siap aku boleh lihat pula atas kertas lengkap keputusan 1-0 tu..

Malam tu aku xtengok match Ked vs Kel.. just tngok updated status kat Fb member2..rupanya Kelantan ke final dengan 1-0 menang keatas kedah.. Ya Allah..Pelik vs Ajaib, Benar vs Nyata, Tersirat vs Tersurat.. Mungkin kebetulan dan mungkin ada sesuatu yang special.. tapi aku xnak fikir sangat.. aku bukan Sotong Paul yang meramal dengan tengan berjela.. Aku cuma diberi mimpi..Tapi logiknya setiap mimpi aku dari kecil sampai besar akan menunjukkan sesuatu petanda.. Yela..ada orang kata mimpi mainan tido.. tapi tak syok kalau tido takde mimpi tau.

Malam ni pun Kelantan vs Negori.. so aku tetap harap Kelantan menang.. sebab tu aku malas nak tido..takut mimpi kelantan menang. Apapun bagi aku kemenangan kelantan amat penting demi pembangunan bola sepak Malaysia. Aku sedar semangat Assobiyh orang kelantang memang tinggi, cuma jika orang kelantan yang tidak  amalkan assobiyah akan mendapati hidupnya bosan, macam aku sekarang..aku tak amalkan assobiyah di UTM.. assobiyah di Matrik Perlis dulu memang tinggi sehingga kami dilihat kumpulan yang kuat dan bersatu.
Dan Assobiyah ini menarik darah terenganu bersama..serumpun la kiranya..Samo2 make budu..haha

Ngeri tak cerita ni
Sebelum aku nak stop dulu menulis, aku nak kisahkan suatu kisah yang terkisah antara kisah-kisah yang mengisahkan kisah.. Blog...aku saja nak track orang yang masuk blog aku.. tapi ntah bergurau aku kaku dan pelik bila bila buka blog yang menamakan dirinya...babalimited.. aku bukak dan terpampang satu kenyataan..


So..mula2 aku terkejut..ada ke nak main2 dengan kematian. Apa motif sekalipun harap jangan cuba bemain dengan kematian2 ni.. ia perkara pasti. Harap dia sedar ..hmm..lagipun dia tak mention ceo itu siapa..

Last but not least.. Aku sokonng bajet 2011..terutama melibatkan Menara Warisan 100 tingkat.. dan Sokongan tak bebelah bagi untuk Subjek Sejarah diwajibkan 2013.. ramai yang buta sejarah sekarang ni.
Terima kasih

A.Suhaimi A.M
30/10/2010
Pagi buta

Friday, October 15, 2010

Déjà Vu


Deja Vu..

Itulah yang boleh dikatakan apabila menjawab test tadi.  Padahal keyakinan sebelum menjawab test tadi berada pada tahap 70%. Apabila memasuki soalan pertama, getaran keyakinan semakin berkurang ketahap 50%. Bagaimana itu?

Apa tiba tahap pengiraan As, aku terpaksa stop sebab mendapat nilai yang agak besar.
Kenapa ni? aku mula teringatkan test 1 dahulu yang benar2 perit untuk menjawabnya.
5 minit aku berfikir. Dan logiknya juga jawapan aku. As kamu ialah Foudation, bukanya beam atau tiang. Walaweh. 

Dengan keyakinan aku proceed kepada Shear,normal dan punch. Masa tersebut aku teringatkan 2 hari lepas otakku menghafal jarak dan rumus v serta vc. Ah...! Deja Vu lagi...Aku pejamkan mata recall balik rumus tersebut terutama vc yang berlainan antara normal dan punch..

Mana yang ricih tebuk? Aku dah tinggalkan..hehe.

Soalan 2 aku jawab dengan tunggang langgang. Dengan risiko aku memcari juga moment dan N itu..dan berharap kerja aku dinilai berdasar cara kerja,bukan betul atau salah jawapan.Aku redha. Aku teringat lagi masa menjawab RC 1 tahun lepas, perasaan itu seakan kembali menjelma sekarang.Deja Vu.

Melangkah keluar dewan, hatiku bercampur baur, sugul tidak, gembira pun tidak. Perasaan seperti melepaskan sesuatu yang kamu tidak tahu perlu atau tidak kamu lepaskan. Teringat lagi masa menjawab soalan Survey tahun 1 dahulu. Ah! Kenapa boleh berada dalam kelompok itu?Deja Vu.

A.Suhaimi A.M
15/10/2010
1.30 AM




Friday, August 27, 2010

99 itu ?

Salam..

Suatu hari, aku buka facebook, tiba2 berlaku suatu keadaan yang mempersonakan, mengagumkan.

Mungkin ini biasa berlaku 
33 updated status yang sempat aku snipkan.


Ini pula jarang berlaku
lansung tiada member yang beratus tu online time ni..and masa diambil seminit sebelum pukul 12 tengahari.



Ini?Jarang sekali untuk jumpa..Bangganya ...
99 status, ntah berapa hari gamaknya aku x buka FB..so, sempat aku snip juga..Terror r..
nota:
99 tu nama Allah atau juga Asmaul Husna.

TFS@Mieko

Tuesday, August 10, 2010

Apa yang mahu kamu capai?

Assalamualaikum
Salam 1Malaysia

Penulis tertarik untuk menyatakan pendirian penulis tentang isu ini. Ia kerana isu ini dimainkan sudah menjadi "kegilaan" mereka-mereka untuk memperjuangkan politik mahasiswa agar menjadi "politik luar". Bahkan ianya kini terseret kearah suasana yang kurang selesa kepada para mahasiswa. Noktah.

Sila baca petikan dibawah.


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Sudah tiba masanya kerajaan membenarkan mahasiswa berpolitik sebagai proses mematangkan demokrasi di Malaysia dan menjamin hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


"kerajaan harus terbuka dan ikhlas memberikan ruang kepada mahasiswa menjana kepimpinan diri di alam kampus sekiranya mahu melihat barisan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang berkualiti dan berketrampilan tinggi."


"“Kami, pimpinan mahasiswa MPMN akan terus komited dan konsisten dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami akan terus membawa suara mahasiswa sampai kepada para pemimpin kerajaan"


" mahasiswa masih lagi dihadkan memberikan idea dan pandangan tentang isu-isu politik negara serta terlibat secara sah dengan parti politik semasa di kampus"-Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal.(Sumber"Harakah")

Ini merupakan pendirian (kononnya) mewakili pendirian MPMN. Jika ditafsir , ianya merupakan pendirian mahasiswa keseluruhannya.

Namun, penulis mencadangkan agar satu kajian suara dijalankan kepada mahasiswa tentang perkara ini, jawapan yang pasti ada "TIDAK"

Penulis tidak akan komen apa-apa jika pendirian itu merupakan pendirian peribadi, namun, kerana hakikatnya penulis juga meminati politik negara dan sentiasa memerhatikan jatuh bangun politik negara. Bermula dengan PRU 12 dan bermacam permainan oleh pihak tertentu? . Tapi jika ia diguna atas nama pendirian mahasiswa , maka penulis terpanggil menyanggahnya.

BEZA
Terdapat perbezaan jelas antara menjadi MAHASISWA YANG PEKA TENTANG POLITIK dan MAHASISWA BERPOLITIK LUAR. Mereka yang peka tentang politik sentiasa peka dengan perubahan politik dan mengambil ketetapan terhadap sesuatu isu mengikut perspektif mereka. Manakala yang 'berpolitik luar" berbeza kerana mereka membawa dasar atau agenda politik sesuatu pihak kedalam kehidupan mahasiswa. Penulis pernah mengulas tentan politik luar disini

Kelompok
Kebimbangan penulis kepada pihak yang menyokong perkara ini ialah munculnya kelompok parti dalam universiti atau kampus. Misalnya wujudnya mahasiswa UMNO,mahasiswa PKR,Mahasiswa PAS, DAP,MCA,dan MIC. Sudah tentu mereka ini akan saling berprasangka sesama sendiri dan berlaku perbagai konflik yang tidak diingini. Kemungkinan bila tiba sahaja musim PRK(pilihanraya kampus) maka pelbagai provokasi yang sedasyat 'politik luar" akan berlaku. Yang melayu dengan melayunya, yang cina dengan cinanya, yang india dengan indianya. Bayangkan apa akan berlaku?Anda Jawab

Akademik
Dari segi akademik, mestikan ianya akan menyumbang sesuatu yang negatif. Mahasiswa sokong UMNO, Pensyarah sokong PKR, atau Pensyarah MCA, mahasiswa DAP..Pastinya berlaku diskriminasi terhadap pengajaran dan peperiksaan. 
Jika asyik dengan ceramah politik dalam kampus, pelajaran juga terabai, Parti itu kah yang akan jamin masa depan mereka yang gagal? Anda Jawab

Selesaikan dahulu masalah dalam kampus
Dalam dunia kemahasiswaan, pemimpin mahasiswa harus menyelesai perkara asas mahasiswa seperti keperluan mahasiswa, masalah mahasiswa dan menjadi saluran suara mahasiswa kepada pihak atasan(Pengurusan). Jika ini pun masih jauh dari kenyataan, tangguhkan dulu impian membawa agenda Parti kedalam kampus.

Pendirian mereka.

Pertanyaan Penulis
Apa yang mahu kamu capai?


Ahmad Suhaimi A.M

Friday, August 6, 2010

Menunggu

Aku menunggu...
Bila....ibarat melukuk ditepi gantang..
Menunggu kucing keluar tanduk..
Membilang bulu kambing...satu persatu..
Mengepam tayar keretapi...
Oh..ini sungguh tak lojik..

Aku menunggu..
Bila....bagai pungguk rindukan rembulan
Menunggu bulan jatuh ke riba
Membilang bintang dilangit..satu persatu..
Mengepam tayar kereta kebal..
Oh..lagi tak lojik

Oh..Apa yang lojiknya...
korang fikir ar..

Nota : Ini puisi ketika aku malas nak menulis..So..Baca sajelah

A.Suhaimi A.M
6/8/2010 4.28 PM

Saturday, July 31, 2010

Sikap aku pada orang

Salam



Disini aku mengishtiharkan sikap aku pada orang yang orang tu berkawan denganku.
Secara asasnya, aku bukan susah berkawan dengan orang. Sesiapa yang menegur aku pasti boleh jadi kawan.
Tak kirala sapa yang menegur dulu, aku atau si polan. Tapi cuma(penting) kalau 1st time tegur dalam keadaan yang salah, seperti marah2, menghina, membuli, sampai bila2 pun aku dah tak suka berkwan.(Mungkin bercakap) tapi selagi tak minta maaf memang aku pandang serong selamanya.

Orang yang berkwan denganku mungkin boleh menilai sendiri sikapku pada orang.Kalau wujud masalah ianya tidaklah mengambil masa berbulan.Tapi certain case masalah berlarutan lama.

Simpati
Aku memang amat bersimpati dengan orang lain, terutama orang yang susah(aku pun bukan senang), kalau nak tolong memang aku tolong semampu. Aku mungkin boleh berkorban tenaga menolong tanpa harapkan balasan.
Hatiku tersentuh jika melihat penderitaan orang lain, tak kira la sapa, orang tua ker, kanak2 ker, kawan2 ker.
Cuma jika tidak mampu menyumbang material, kusumbang doa saja.Diharap kesusahan berakhir segera.

Untrusted
Aku ni percaya pada orang, tapi berpada-pada juga. Kalau buat kerja aku tendency serahkan yang senang2 pada orang lain, pastu barulah bagi yang susah pula. Tapi kalau dah banyak kali tak boleh nak harap, aku takkan bagi kerja lagi. Baik buat sendiri.

Bina identiti
Walaupun aku ni manusia biasa, tapi aku rancang identiti sendiri. Identiti ni ibarat roda, kadang2 ianya at lowest and sometime at top. So pilih sendiri nak kayuh laju ke slow. Aku pilih slow dan maintain tengah2.
Aku tak suka dikenali(popular), tapi kadang2 ianya berlaku sendiri.
Ada yang kenal aku(siap panggil nama aku), tapi aku kaku tak tahu nama dia.
Aku ni jenis yang susah jugak nak hafal nama orang(melainkan aku pernah tulis nama dia).
Tak kira la lelaki ker wanita ker khunsa(dalam maksud ni).

Geli
Aku geli dengan sikap mereka yang berciri berikut:
1.Lelaki macam wanita

ni bukan awek..tapi eeuuweekk


Kompem aku tengok dengan perasaan geli. Geli ni hanya aku tujukan bagi mereka yang tak sedar dia tu lelaki, melenggang2 pula, bermekap2..wekk..
Tapi kalau yang sedar dia tu lelaki tetapi azali dia mempunyai kelembutan berbicara dan pemikiran, tak pula aku rasa geli(faham x?).Maksudku lembut yang tidak tak serupa sutun.

2.Wanita macam lelaki
Ni satu hal lagi, aku tak suka juga. Perempuan yang berlagak, bercakap, bertindak, berpakaian macam lelaki. Aku suka melihat perempuan yang mudah berbicara dengan lelaki tapi tidak bersifat macam lelaki. Tapi bukan bermaksud perempuan tu open-minded atau open-All, tu aku tak suka jugak. Sakit mata tengok.
Bagi aku perempuan seharusnya kena ada keayuan sendiri. Walau wajah x cantik, balance kan ia dengan peribadi. Ni apa..xlawa tapi peribadi hampeh..



So ni mungkin ciri2 pompuan yang jadi idaman hari..(hehe)

Mengetuai



Aku ni suka jadi ketua atas dasar aku mampu buat dan cuba. Kalau setakat group kecik2 tu aku boleh handle, tapi jika ada yang tak suka, aku akan slowkan diri dari konsep mengetuai.
Tapi jika aku dilantik, aku anggap 3 benda
Sama ada mereka nak suruh aku buat kerja tu, atau mereka percaya aku mampu buat, ataupun memang tiada calon yang sesuai. Tapi aku ni tidaklah desperate nak jadi ketua. Bukan senang nak kerja lebih dari sepatutnya.

Matang or mature



Pemikiranku macam orang lain juga, cuma aku mungkin lebih critical dengan multidisiplin ilmu. Ada kawan yang cakap aku terlebih matang dalam berfikir, bercakap perkara2 politics,perkara yang lain dari bidang pengajian, .Aku tahu mereka silap. Sebenarnya bagi aku politik tu sebahagian hidup kita sebagai mahasiswa. Kita perlu peka dengan keadaan semasa dan yang lepas2. Sama macam prinsip hidup aku bahawa kita akan ulang sejarah jika kita tidak mempelajarinya. Jadi aku rasa tak salah aku menulis tentang politik kampus, tentang isu semasa, isu personal dan isu-isu critical segera(penting dan segera). Sebab itu aku boleh membilang jari mereka dalam kelas aku yang bercakap pasal politik(dan aku salute mereka2 ini), ada la 4-5 orang dalam kelas aku.

So, ini mungkin jadi rujukan sedikit bagi mereka yang nak menyesuaikan diri lebih cepat dengan aku. Dan sikap aku sentiasa berubah dengan masa . Isunya bukan sikap itu yang perlu kita tahu, tetapi bagaimana kita nak sustain dengan sikap itu.

A.Suhaimi AM

Sunday, April 4, 2010

KERANGKA


Assalamualaikum w.b.t
Salam 1Malaysia




Melalui hari-hari mendatang, sememangnya jerih perih kehidupan membelengu jiwa manusia, akal ini semakin lama layu ditimpa kebejatan informasi yang semakin menggila dengan kelirunya pertimbangan keatas disiplin ilmu yang tercampur aduk. Kontradiksi ini, searus gerak dengan titipan bahawa kita wajib mendalaminya dan menghayati bejatnya ilmu itu. Adakah pemikiran berunsur pascamodenisme telah berpadu dalam jiwa? Atau ini unsur sekularisme songsang bertapak kukuh mengikis corong ruang pemikiran. Persetankan perasaan itu!

Menjadi diri kamu atau asimilasikan gerombolan persekitaran supaya sebati?adakah itu lebih penting?Tanyalah diri sendiri yang lebih mengetahui.Tepuk dada tanya iman,atau selera hidupmu. Dewasa ini, kamu boleh memilih pegangan mana yang kamu mahu,namun janganlah ghuluw atau berlebihan. Kamu boleh menegur sapa apa yang kamu tidak suka, namun, lihat dan pertimbangkan juga asumsi-asumsi orang lain terhadap kamu. Apakah kamu benar sempurna dengan kerangka hidupmu yang dibarisi kebejatan-kebejatan yang tidak pernah kamu duga dan sedari?

Si polan-polan menjentik kias hidup mat jenin yang suka berimaginasi, membangkit aroma semangat sedikit demi sedikit, dari kelapa sebiji lantas menuju puteri raja. Semudah itukah persoalan? Semangat itu boleh dipuji, namun kamu bukan si jenin itu, kamu manusia yang tak terdongeng hikayatnya dalam cerita itu, kamu harus guna nilai jenin, dan integrasikan dalam kerangka hidup sendiri. Mundurnya jahiliyyah bukan pada hartanya, kerana ada manusia yang kaya raya, minor-majornya miskin nilaian umum, tapi mundurnya jahiliyyah sebab ia jahil. Jahil ilmu jahil agama, mengadap berhala yang dibentuk sesukanya jiwa mereka.

Jauhari mengenal manikam, sebab ia belajar jenis dan nilai, mungkin tidak terdidik rasmi disekolah, tapi manikan itu barang dagang berharga, dari kecil sampai besar menjadi jauhari. Jadikah kamu jauhari itu?terdidik masuk universiti, pertikai itu ini, gondol ilmu demi dengki atau hipokrit peribadi. Awas! Kamu bukan galiloe galili si bijak yunani, bukan juga asoka pahlawan lagenda kuno. Kamu manusia yang lahir era pasca-merdeka, sejarah yang terbuta, tidak pula kamu selaminya.

Bangunlah!Bangkitlah!coretan masa dalam massa tetap berkonkrit, terhujahnya idea selalunya kontra, namun itulah hujah kontradiksi yang perlu ada dalam kerangka. Singkat minda boleh terbatal dengan satu gerak. Gerak itu perlu momentum untuk melepaskan sinergi minda. Menjadi berbeza bukan gagal dalam kerangka,tetapi unik maksudnya dalam bahasa,seni sifatnya dalam sastera. Pandang belakang bukan maksud undur,tapi berjaga. Ayuh!Padukan ilmu,semangat, imaginasi dan pandang-belakang. Jadilah manusia berwibawa!


Tautan Fikiran




Wednesday, March 31, 2010

Sustainable Campus

Salam tu All
Salam 1Malaysia

 
Prof. Ir. Dr. Wahid Omar








 


Hari ini macam biasa, ikut jadual pada pukul 4.30 petang, aku orang pertama berdiri di depan Foyer PHB(Pejabat Harta Bina). Ini kerana ada perjumpaan dengan the Director of Pejabat Harta Bina UTM, Prof. Ir. Dr. Wahid Omar. Perjumpaan ini adalah dalam kategori rasmi, semua 3 orang student undergraduate dan seorang student PhD African dibawah tanggunjawab penyelia PSM dan Thesis kami, Dr.Rozana.


Perjumpaan selama sejam dan padat dengan input telah memberi gambaran strategik dan jitu mengenai The UTM Sustainability Campus policy atau Polisi Pelestarian Kampus UTM. Banyak input dari Prof mengenai aktiviti semasa, dan phase yang telah dilakukan dan sedang dilakukan di UTM. 

Melalui penerangan dan pertanyaan yang dilontarkan dalam sesi penerangan tadi, sememang Pejabat Harta Bina adalah antara perintis proaktif pelestarian persekitaran. Kebanyakan projek telah dilaksanakan mengikut fasa-fasa tertentu. Beliau menunjukkan pelan UTM yang telah dibangunkan, serta yang dibawah pembinaan dan penyelarasannya sebagai Pengarah Kerja UTM. Jika dihitung semua perbelanjaan  dalam projek yang sedang berjalan, ianya menghampiri RM 1Bilion. Suatu perbelanjaan yang amat besar.


Mengenai sustainable campus, kita masih dalam fasa awal, dan perencanaan serta pelaksaan telah bermula. Antaranya pengunaan plastic di semua tempat makan,di UTM mengantikan polisterin. Ini mengurangkan pencemaran akibat polisterine tersebut. Walau kita sebagai pelajar terkena bias harga tambahan sehingga 30 sen, dalam tidak sedar kita telah menyokong konsep kampus lestari. Jadi pilihan yang ada semestinya makan terus atau bawa"tupper ware' sendiri.


Sungguh mengagumkan, pelaksanaan di pejabat harta bina sendiri telah berlaku. Di dalam bilik prof tadi pun, kami melihat sendiri bagaimana, pengunaan mentol kalimantan yang biasanya 2 unit pada satu tempat telah dikurangkan kepada satu unit. Ini bermakna jika terdapat 1000 unit sebelum ini, maka sekarang ianya telah dikurang kepada 500 unit sahaja. Memang energy saving.


Patutlah jika anda semua perasan di kolej kediaman, lampu kalimatan ditukar kepada saiz yang lebih kecil,dan lebih cerah, itu semua adalah pelaksanaan sustainable kampus.


Penerangan kami tadi berakhir sekitar 6.15 petang. Kami telah diamanahkan agar menbuat kajian dalam lingkaran topik Sustainable Campus dan dalam tangan kami telah ada tajuk yang sesuai berdasarkan penerangan dan nasihat dari Dr.Rozana. Sebagai pelajar bawah seliaan Dr.Rozana, semua antara kami akan menerima task untuk dilaksanakan sepanjang Latihan Industri . All about Sustainability.



Tautan Fikiran

Sunday, March 28, 2010

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

Salam tu All

Aku masih mencari-cari penetapan erti psikologi untuk dikaitkan dengan duit..faham tak maksudnya?
Begini, kalau pergi kedai atau pasaraya la katakan, anda tengok harga barang, ada yang letak RM99.99, ada yang letak RM 29.99 sedangkan harga di kedai yang lebih dekat ialah RM30.00 untuk suatu barangan yang sama. So..tentunya fikiran manusia ni suka tengok yang murah tu..,10 km beza jaraknya dari rumah pun takpe..asal murah..gimik pe.

Kalau nak tahu tu semua PSIKOLOGI!!
Maklumlah sem lepas aku ada ambil subjek psikologi indusri, mungkin terlebih baca sampai nak tulis bab ini.
Tetapi bagaimana jika perbandingan itu dibuat dengan sesuatu yang sama nilai tetapi bezanya ialah dari segi perkataan dan nombor.

Contohnya: SERATUS RINGGIT berbanding RM100.
Banyak telahan dan sudut psikologi yang ku lihat namun sukar untuk membezakan nilai mana lebih tinggi untuk dipsikologikan terhadap sesiapa. Sebab utamanya jika anda lihat gambar dari seorang blogger ni..



Inilah maksud aku kenapa susah nak bezakan, RM100 dan SERATUS RINGGIT, dua-dua ada kat situ..
Alik-alik dua-dua sama harga la kan. Tak gitu.

Berkenaan CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..
Bagus la si owner wat contest ni, boleh la beri  duit pada blogger2 lain. Kalaulah aku diberi duit Seratus Ringgit atau RM100..cuba teka nak buat apa?
1)Belanja rakan2
ni kira nak pertemuan, untuk bermaafan dengan kawan2, exam pun dah dekat, kita rapatkan balik saf-saf yang jauh..eratkan hubungan yang telah lama terjalin.

2)Beli hadiah untuk diri sendiri.
Kadang kerana selalu sangat beli hadiah kat orang lain, apa kata beli hadiah kat diri sendiri, ikutlah apa-apa pun, janji diri rasa dihargai oleh tuannya. Kan!..Beli la baju sehelai dua, kasut ker, atau beli sabun mandi pun takpe,,badan sendiri la katakan.

3)Simpan Amanah Saham 1Malaysia.
Jeng...jeng, yang ni kira dalam ketegori menabung la juga. Lagipun tak perlu risau duit tu hilang ker apa, makin lama makin beranak la duit tu dalam bank, dan sampai masa boleh kutip hasil. Jadi tak membazir.

Apapun..anda2 semua tentu ada perancangan masing-masing jika diberi RM100 atau SERATUS RINGGIT. So, entry la untuk dikongsi bersama-sama.

Pic kredit pada : http://tetikuskukus.blogspot.com/



Sunday, March 21, 2010

Elakkan VB(Visual Basic 6.0) "stuck" and "slow" pada Window Vista dan Window 7

Salam..

Tadi ahli group project VB(Si Faiz) bertanyakan padaku, camana nak elakkan Vb ni gerak slow pada laptop dia. Actuall benda ni bukan berlaku pada dia seorang, ramai yang alami masalah serupa, senang cerita penguna Vista atau 7 adalah akan bermasalah dgn VB.

Sebenarnya VB ini programming software lama..so tu sebab dia tak compatible dengan OS baru cam vista dan 7. Bukan dia tak boleh guna, tapi just bila cursor digerakkan untuk "choose" atau "drag" control pada interface, macam ada "friction" . Senang cerita macam takde power. Bosan dan jemu jika nak buat kerja pakai VB jika keadaan begitu.

Dulu kusangka window aero yang ada pada vista ni punca masalah, tapi sebaliknya lain. Jadi selepas ini, anda tak perlu risau dengan keadaan begitu, sebab dah ada cara nak solve, punyalah senang pula cara nak solve masalah ni. dengan beberapa click dah cukup.Ikut step ini.

1.Cari logo VB tu(portable, yang jenis intall atau shortcut), kalau tak jumpa kat desktop, buka kat hard disk C).Bila dah jumpa "click" kanan, tekan "properties". Dia akan keluar satu tab. macam bawah ni.



2. Pilih compatibility



3.Click pada option ke empat tu,disable desktop composition(mesti), dan kalau nak "click' pada option compatibility dengan window XP tu pun takde masalah.



Dah tekan ok atau apply..siap dan boleh guna.

Selepas ni anda boleh pakai VB dengan senang hati dan tidur pun lena. Dalam masa sama menikmati bestnya pakai window baru macam Vista atau 7..macam-macam ada, best dan theme yang amat menarik. Babai..salam.


Inilah OS Window Vista Ultimate Service Pack 2, milik aku. Sape nak apply Service Pack 2 ni, PM aku. Insyaallah ku cuba bantu.




Friday, March 19, 2010

TEST ONLINE..Satu Kupasan

Introduction to UTM learning-based website.

The using of technology nowadays is very common, where the growth of technology help us to
simply our activities, include teaching and learning purpose . In University Technology of
Malaysia, the student always using the web-site such as Aimsweb, E-Learning and Utm.my to
connect with latest and updated information from day to day.

E-learning is the popular one, beside Aimsweb. This site already manage by Admin UTM for all
course in engineering and non-engineering subject. Very glad because student can achieve easily
this site and every subject have their own information. But due to the new "thing" for student and
lecturer, there are many thing still have problem and need to be upgrade.

Nota kaki: Saja nak intro English.


Pengunaan E-learning.

Memang tidak dinafikan sejak diperkenalkan pada beberapa tahun yang lepas, E-learning sememangnya saluran informasi terkini subjek. Malah dalam subjek khas seperti Elektif :Islam dan Isu-isu semasa contohnya, capaian ke e-learning adalah suatu "marks contribution" dalam carry mark student sehingga 10 peratus. Ini merupakan kaedah yang menggalakkan mahasiswa sentiasa alert dan peka dengan E-learning.

Selain itu juga, e-learning juga merupakan kaedah untuk pembelajaran sokongan dan maklum balas komunikasi pelajar dengan pensyarah selain sesama pelajar. Pengenalan aktiviti forum dan "note acheive" yang memberi markah tambahan kepada pelajar juga agak popular. Namun, ada juga pelajar yang tidak suka mengunakan saluran ini untuk mendapatkan maklumat semasa. Selain itu, pensyarah juga mempunyai akses penuh ke atas subjek mereka, dan nota-nota terbaru,pengumuman baru, asignment dan projek serta quiz online juga turut diaplikasikan dalam subjek mereka. Test online umpamanya, merupakan salah satu percubaan menarik yang memberi ketetapan masa dan tempat sepenuhnya di bahu pelajar.


TEST ONLINE

Sejak pengenalan Kuiz online dalam salah satu subjek kejuruteraan awam, harapan terhadap pengunaan teknologi harus dibanggakan. Namun disebalik setiap sesuatu tentu ada kelebihan dan kekurangannya.


Faedah Pensyarah.
1.Tidak memerlukan tempat dan kelas untuk uruskan test pelajar.
2.Boleh memantau dan memberi markah walaupun berada dimana-mana sahaja.
3.Lebih mudah meminda sebarang soalan dan arahan-arahan terlibat.
4.Hanya perlu memasukkan soalan dan mencubanya,manakala semua aplikasi ini dijalankan oleh
program komputer sahaja.
5.Ringkas dan cepat untuk pensyarah yang biasa melakukannya.


Faedah Pelajar
1.Boleh akses soalan dimana-mana sahaja dengan masa yang fleksibel.
2.Boleh merujuk buku dan melakukan pembincangan secara terbuka tanpa pantauan dari
penyarah.
3.Hanya perlu "click" ,"write" dan "Save@submit"
4.Boleh melayari laman web lain untuk mencari jawapan
5.Lebih ringkas dengan waktu submission adalah mengikut masa yang agak panjang.
6.Penggunaan dwi-bahasa penting dalam konsep 1Malaysia.


Kekurangan UMUM

1.WifiUTM yang masih dalam upgrade menyukarkan pelajar memcari tempat yang sesuai untuk
online dan seterusnya mengganggu kelancaran aplikasi.
2.Syarat "1st dan 2nd attempt" tidak diurus dengan sempurna sehingga membebankan pelajar
yang "lost" jawapan pada 1st attempt akibat gangguan pengunaan "IE",mengakibatkan 2nd
attempt terpaksa dilakukan.
3.Sistem Website yang automatic akan "log-out"kan pelajar dari e-learning(jika tidak guna dalam tempoh masa tertentu),tanpa disedari menyebabkan 2nd attempt terpaksa digunakan.
4.Peruntukan masa 2 jam adalah kurang sesuai disebabkan masa typing pelajar adalah berbeza
mengikut skill typing masing-masing yang berbeza.Namun dari segi kualiti terpaksa dikorbankan disebabkan pelajar gugup mengejar masa yang di"display".
5.Test ini tidak menggalakan "effort study" yang serius, kerana pelajar selesa dibantu dengan buku dan
rakan-rakan, dan jawapan directly boleh dirujuk buku dan rakan-rakan. Ini tidak menggalakkan pembelajaran serius namun menyuburkan budaya "Plagiarisme".
6.Paling PENTING, pengawalan keatas pelajar tidak dapat dilakukan. Test online melibatkan
ramai pelajar,jika 2 seksyen misalnya, boleh melibatkan lebih 100 orang pelajar. Dalam sistem ACID yang diperkenalkan, akses untuk mendapatka data pelajar lain adalah tidak
sukar, hanya dengan mengunakan "no.I/C", boleh mengakses "acid name" dan "No.matrik", dan
"acid name" ini boleh diguna untuk mengakses maklumat lain di E-learning, Aimsweb,Library
dan banyak lagi laman lain yang bersangkutan dengan pelajar dan UTM. Huraian ini cukup
mudah bagi meletakkan kemungkinan "sabotaj" berlaku. Harus disedari majoriti pelajar masih
belum menukar password mereka, dan proses penukaran ini juga bermasalah oleh sistem
penukaran yang bermasalah.Pendek kata dalam sistem maklumat ini "YOU SHOW YOUR I/C, YOUR IMFORMATION ACCESSIBLE BYE OTHERS".

Langkah
1.Pelajar perlu diingatkan sebelum test agar study terlebih dahulu dengan penekanan ke atas bab
tertentu tidak perlu dilakukan, ini menggalakkan pelajar membaca semua bab.
2.1st Attempt dan 2nd Attempt tidak perlu diambil kira sebagai syarat konkrit markah akan
disemak, namun kualiti jawapan tanpa unsur plagiarisme adalah agenda utama bersama logika
masa tersebut(2 jam)
3.Pelajar harus menukar password dengan seberapa segera bagi mengelakkan unsur sebotaj
teraplikasi kepada mereka.(Admin harus repairkan sistem penukaran password), dan elakkan
dari mendedahkan no i/c kepada khalayak ramai.
4.Pengunaan IE(internet explorer) harus ditamatkan/dibekukan sehingga kajian compatibility dilakukan terhadap browser-browser popular (CHROME,IE,MOZILLA dan OPERA). Suggestion kepada pelajar agar menguna Mozilla Firefox.
5. Semua pihak harus berkerjasama dan memberi pertimbangan terhadap pelaksanaan Test
Online.
Kita dapat lihat pengunaan teknologi internet dan sistem semasa sememangnya perlu, namun penambahbaikan haruslah bergerak selari. Dengan sedikit kupasan ini, diharap dapat membuka kesedaran kita bahawa perlunya pertimbangan berkesan dan menyeluruh dalam apa sahaja pengunaan teknologi terkini. Kupasan ini bukanlah bermaksud mengenakan hukuman atau menyebarkan ilmu yang salah, namun hanya sebagai kritikan membina demi masa hadapan yang lebih sempurna.


Tautan Fikiran

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails