Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Showing posts with label POLITIK NEGARA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK NEGARA. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Mahu jadi Wali

Tulah..masa kecil2 aku ni bukan nak sekolah kat pondok ker, belajar agama sahaja. Tak pun belajar di Mesir negara yg dilabel kepimpinannya diktator.


Kecil2 dulu ilmu seketul je bab agama,,maklumlah baru belajar.

Tingkatan 4 sampai sekarang baru aku betul2 care pasal agama dah solat..hukum2..banyak cari ilmu dari ceramah dan kem motivasi. Belajar solat bukan setakat angkat takbir, tapi kena patuh 13 rukun solat itu. Lelaki juga kena tahu berimam dan jadi imam. Maka dengan itu aku hafal surah2 yang boleh aku baca denga tertib masa solat, perbetulkan fatihah yang masing ronggeng2.

Solat berjemaah ada suatu kesukaan di Masjid, tapi bukan dibilik aku. Sebab bilik aku sempit, lagipun sapa nak datang bilik aku semata2 solat jemaah. So pergi masjid la. Kadang2 pergi masjid jadi makmum masbuk..nak wat camana dah lewat. Tapi masa kat masjid imam aku seorang je yang aku ikut. Melainkan imam dah habis bagi salam, baru la decide buat solat jemaah asing2. SATU jemaah je..bukan sambil 2 jemaah berlainan.

Wali? itu manusia yang tiinggi tarafnya, bukan macam aku yang masih belajar agama sepanjang hidup ini. Tapi ada juga "wali" yang terpesong..Wali Band..menyanyi dan berhibur yang terlalu leka. tapi aku tak minat.

Ye..aku masih kurang agama. Aku akan belajar untuk bekalan akhirat. Wali ker, Tuan Guru ker, Datuk seri ker, Tun ker..semua adalah sama di SISINYA. HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Aku nak bawa satu penceritaan kisah solat 2 imam, dulu pertama kali aku dengar di Terengganu, pastu kelantan, dan latest johor. Di kelantan dan terengganu sebab politik..ramai akuinya. Di tenang ni aku nilai sebab politik hanya 20%. Aku percaya ini sebab ke"wali"an!?Mungkin.

SULTAN JOHOR MURKA : NIK AJIS TERLIBAT DALAM KES INI ?



 KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR KE 2 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda, sebelum itu, merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot dan Exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. - BERNAMA 

Thursday, November 4, 2010

Alhamdulillah..Menang.

Sejak 2-3 hari ni aku banyak menulis mengenai politik. Walaupun berada dalam Study Week, itu tidak sedikit meghalang aku dari mengikuti perkembangan semasa politik tanah air.

Artikel semalam aku menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional mampu menang digalas dengan sekitar 1000 undi. Jangan menyangka nilai yang aku letak hanya untuk menyedapkan hati-hati sebelah pro-kerajaan dan meyakitkan hati-hati sebelah pembangkang. Nilai yang aku berikan merupakan telahanku sendiri, melalui pertimbangan wajar dan sepatutnya. Dengan mengambil kira faktor isu semasa, faktor calon dan kekuatan UMNO sendiri di Kelantan.

Ini merupakan keputusan rasmi yang aku dapat dari kebanyakan sumber yang biasa aku rujuk.

Keputusan tidak rasmi Batu Sapi: BN 5,500, SAPP 1,300 dan PKR 1,900. Setakat ini, BN mendahului dengan MAJORITI 2,300 undi.

Keputusan tidak rasmi di Galas: BN 5177 , PAS 4108, BN mendahului dengan MAJORITI 1069

Aku tidak dapat menganggar keputusan di Batu Sapi kerana faktor yang aku sebutkan di atas. Di sana susah menduga kerana aku tidak cuba memahami ilmu persepsi orang Batu Sapi. Namun kemenangan membuktikan kekuatan BN.

Aku lebih berminat berbicara tentang Galas, di Kelantan iaitu negeri kelahiranku sendiri. Melalui telahan ilmu politik yang aku belajar, PAS masih dapat memacu Kelantan JIKA satu perkara ini masih wujud, Iaitu Nik Aziz masih memacu PAS. Orang Kelantan masih sayangkan Nik Aziz kerana dia dilihat Tuan Guru yang berpengaruh di Abad Ini. Jika Nik Aziz  sudah meninggalkan kerusi MB dan Mursyidul AM, maka aku AMAT PERCAYA, UMNO dapat menang begitu mudah sekali. Menang Bergaya.

Itulah perkara yang aku selalu tekankan kepada rakan-rakan aku yang menjadi penyokong tegar pembangkang iaitu PAS. Pasal seorang lagi yang menjadi penyokong PKR, aku malas nak ulas mengenainya. Kerana aku pasti PKR bakal berkubur dalam masa terdekat, melihat kepada realiti parti pengkhianat itu sekarang.

Apapun, keputusan di GALAS tidak mampu mengubah Kelantan kepada negeri Maju,selagi ia masih dipegang oleh kepimpinan yang lemah dan menggunakan Islam sebagai alat untuk berkuasa. Ceramah dijadikan wadah untuk menfitnah tanpa menyesali setitik jua rasa berdosa dengan mengunakan nama Islam. Padaku perjuangan PAS bukan perjuangan ISLAM sebenar.

Ya, kita bukan Islam terbaik, namun jangan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik demi Islam.
Tiada lagi perjuangan Negara Islam, yang ada hanyalah negara Kebajikan. Tiada lagi Islam untuk Semua, yang ada ialah PAS for ALL. Dimana ISLAM for ALL atau ISLAM untuk Semua.

PAS bukanlah sebuah agama, PAS hanya sebuah parti politik ciptaan manusia.

A.Suhaimi A,M
4/11/2010
8.02 pm


Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails