Artikel semalam aku menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional mampu menang digalas dengan sekitar 1000 undi. Jangan menyangka nilai yang aku letak hanya untuk menyedapkan hati-hati sebelah pro-kerajaan dan meyakitkan hati-hati sebelah pembangkang. Nilai yang aku berikan merupakan telahanku sendiri, melalui pertimbangan wajar dan sepatutnya. Dengan mengambil kira faktor isu semasa, faktor calon dan kekuatan UMNO sendiri di Kelantan.
Ini merupakan keputusan rasmi yang aku dapat dari kebanyakan sumber yang biasa aku rujuk.
Keputusan tidak rasmi Batu Sapi: BN 5,500, SAPP 1,300 dan PKR 1,900. Setakat ini, BN mendahului dengan MAJORITI 2,300 undi.
Keputusan tidak rasmi di Galas: BN 5177 , PAS 4108, BN mendahului dengan MAJORITI 1069
Keputusan tidak rasmi di Galas: BN 5177 , PAS 4108, BN mendahului dengan MAJORITI 1069
Aku tidak dapat menganggar keputusan di Batu Sapi kerana faktor yang aku sebutkan di atas. Di sana susah menduga kerana aku tidak cuba memahami ilmu persepsi orang Batu Sapi. Namun kemenangan membuktikan kekuatan BN.
Aku lebih berminat berbicara tentang Galas, di Kelantan iaitu negeri kelahiranku sendiri. Melalui telahan ilmu politik yang aku belajar, PAS masih dapat memacu Kelantan JIKA satu perkara ini masih wujud, Iaitu Nik Aziz masih memacu PAS. Orang Kelantan masih sayangkan Nik Aziz kerana dia dilihat Tuan Guru yang berpengaruh di Abad Ini. Jika Nik Aziz sudah meninggalkan kerusi MB dan Mursyidul AM, maka aku AMAT PERCAYA, UMNO dapat menang begitu mudah sekali. Menang Bergaya.
Itulah perkara yang aku selalu tekankan kepada rakan-rakan aku yang menjadi penyokong tegar pembangkang iaitu PAS. Pasal seorang lagi yang menjadi penyokong PKR, aku malas nak ulas mengenainya. Kerana aku pasti PKR bakal berkubur dalam masa terdekat, melihat kepada realiti parti pengkhianat itu sekarang.
Apapun, keputusan di GALAS tidak mampu mengubah Kelantan kepada negeri Maju,selagi ia masih dipegang oleh kepimpinan yang lemah dan menggunakan Islam sebagai alat untuk berkuasa. Ceramah dijadikan wadah untuk menfitnah tanpa menyesali setitik jua rasa berdosa dengan mengunakan nama Islam. Padaku perjuangan PAS bukan perjuangan ISLAM sebenar.
Ya, kita bukan Islam terbaik, namun jangan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik demi Islam.
Tiada lagi perjuangan Negara Islam, yang ada hanyalah negara Kebajikan. Tiada lagi Islam untuk Semua, yang ada ialah PAS for ALL. Dimana ISLAM for ALL atau ISLAM untuk Semua.
PAS bukanlah sebuah agama, PAS hanya sebuah parti politik ciptaan manusia.
A.Suhaimi A,M
4/11/2010
8.02 pm
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik disini