Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Sunday, November 14, 2010

Seks sama dengan cinta?


Apakah seks sama dengan cinta?

Banyak remaja (terutama remaja wanita) yang melakukan hubungan seks bukan kerana mereka secara fizikal ingin melakukannya, namun hanya kerana mereka percaya bahwa mereka perlu memberikan kepuasan seksual kepada teman lelakinya agar tetap mencintai mereka. Mereka berfikir bahwa seks merupakan bukti cinta, mungkin juga kerana pasangannya selalu mengatakan perkara-perkara yang sedemikian.

Malangnya, pada beberapa kes, setelah mendapatkan seks, si lelaki justru memutuskan hubungan dan menganggap pasangannya "bukan wanita yang baik-baik". Perkara ini tentu sangat tidak adil bagi si wanita. Kalaupun pada saat melakukan hubungan seks si lelaki menggunakan kondom sebagai proteksi terhadap kehamilan dan infeksi jangkitan seksual, masih ada satu hal yang tidak boleh diproteksi, yaitu hati dan perasaan. Tentu, ditinggalkan kekasih hati akan terasa sangat menyakitkan, apalagi bila kita sudah merasa menyerahkan segala-galanya pada si dia.

Kerana itulah, kita harus berfikir seribu kali sebelum mengatakan "ya" pada hubungan seksual sebelum pernikahan. Fikirkan lagi konsekuensi yang boleh terjadi pada diri kita dan pasangan kita. Jangan mahu jadi korban, dan jangan membuat orang lain menjadi terkorban dari perilaku kita yang tidak bertanggung jawab. Kalau kita memang benar-benar cinta, tentunya kita akan sabar untuk menunggu saat yang paling tepat untuk melakukan hubungan seks (selepas pernikahan), dan tidak akan dengan mudah mengatasnamakan cinta demi seks atau seks demi cinta.

Nah dengan ini, kita mesti ingat bahwa masa remaja ini masa belajar, begitu juga dalam perkara tentang cinta. Selain menyikapinya dengan wajar, jangan lupa untuk menikmatinya. Jatuh cinta di masa remaja semestinya membawa kesenangan yang sifatnya positif bagi kedua belah pihak. Membuat kita lebih semangat belajar di sekolah dan menatap dunia dengan lebih cerah.

Makanya, kalau anda merasa bahwa pasangan anda (atau gaya parcintaan anda) membuat anda tidak bahagia, apalagi kalau sampai melibatkan kekerasan baik dalam bentuk fizikal, emosional, maupun seksual, mungkin sudah waktunya untuk meninjau kembali hubungan anda. Fikir lagi, mahu terus atau berhenti di sini sahaja. Kalau bingung, anda boleh meminta bantuan dari ibu bapa, guru, atau kaunseling ke Youth Center berdekatan.

Ulasan A.Suhaimi AM


Apabila kita menyebut perkataan "seks", kita sering malu berbicara. Ya,memang benar sebagai remaja yang masih belum pernah memikir soal mendalam kehidupan pastinya berfikir begitu. Namun perkara yang tidak diambil peduli pasti akan membawa "sial" dikemudian hari. Bila berkait dengan remaja, memang merekalah antara orang yang tidak tahu apa-apa. Baru hendak belajar mengenai cinta. Yang menjadi mangsa merekalah juga. 

Cuba kita fikir, dan selami secara mendalam, apa yang kita faham mengenai seks ini. Apakah?Kenapakah?Bilakah?Siapakah?.Tentu banyak sekali persoalan yang kita boleh timbulkan. Lupakah kita setiap hari kita dihidang oleh kes-kes buang bayi, kes tangkap basah dan kes remaja bunuh bayi. Tidakkah kita terfikir tentang kenapa Ketua Menteri Melaka menubuhkan sebuah sekolah hamil? Kes sekolah dapat anak(pelajar lahirkan anak), kisah Datin Rosmah isteri PM ke Belgium melawat pihak disana mengurus Pusat Penjagaan Remaja Hamil(kes ini dipolitikkan Ustaz Idris,PAS). Semua kes tersebut menjurus kepada persoalan asas iaitu seks demi cinta. 






Ya, ianya keperluan batin manusia, tiada siapa dapat mempertikaikannya. Namun dalam agama Islam, ianya perkara yang dihalalkan apabila sudah berkahwin, yakni sudah sah menjadi suami isteri. Cubalah merujuk mana-mana agama lain, seks sebelum kahwin adalah sesuatu yang diharamkan. Apatah lagi kita sebagai umat Islam,terdidik dengan agama, namun masih terjerumus dalam gejala maksiat ini.




Dalam banyak kes, remaja adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes seks luar nikah, dan yang pasti, wanitalah yang menjadi mangsa penodaan lelaki atas nama Cinta. Cinta pun cinta juga, kalau setakat nak puaskan nafsu serakah lelaki, lebih baik jangan bercinta. Bagi yang muda remaja, mereka mudah dipengaruhi nafsu tanpa berfikir panjang, apatah lagi berfikir semasak-masaknya. Kerana dipujuk lelaki dengan rayuan, bersama bantuan syaitan, maka kehormatan diri sanggup mereka serahkan bagi membuktikan cinta mereka. Ketika ini tiada lagi terdetik tentang dosa, halal haram.

Memanglah seronok semasa melakukannya, kenikmatan hidup. Bila dah mengandung, dua-dua mulalah panik tak tahu nak buat apa, lelaki akan mula tinggalkan, perut makin lama makin membesar, terpaksa taggung seorang diri. Bila sampai masa maka lahirlah anak luar nikah di dunia. Maka mahu menutup malu, anak tadi dicampak kedalam sungai, atau ditempat pembuangan sampah. Jika bernasib baik dijumpai orang, jika tidak menjadi makanan biawak atau anjing-anjing liar. Sudahlah tidak menjaga anak sendiri, membunuh pula mereka. Padahal bayi tersebut lansung tidak bersalah.


Bayi dibuang merata-rata

?

Ada juga kes sampai kecewa ditinggal teman lelaki, jalan diambil ialah membunuh diri. Inilah akibat jika tiada pegangan agama Islam yang teguh. Silapnya ialah ianya berlaku semasa ia remaja, iaitu masa mereka memperteguh agama dalam diri. Ada juga kes sehingga menjadi trauma dan gila, yang mengalami delusi berpanjangan, seumur hidup. Jika bernasib baik, mampu diselamatkan seperti dihantar ke Raudhatul Sakinah, jika tidak, terus mengulangi dosa yang sama. Ini yang dikatakan kenikmatan sekejap, derita yang berpanjangan, kenikmatan beberapa minit, penderitaan bertahun-tahun.

FIKIR
Pernahkan kita berfikir mengenai permasalahan ini?Ya..tentu sekali, cuma jika sudah cinta, tiada lagi apa yang dapat menghalangnya. Gunung sanggup didaki, sungai sanggup direnangi, apatah lagi menyerahkan kehormatan diri, bukan susah sangat. Ingatlah wanita, bagi lelaki, tiada apa yang rugi, tidak tumpul pisau yang menghiris, berbanding putus,luka,kesakitan tidak dapat disambung lagi. Status "teruna" lelaki tidak lansung terusik,namun tiada lagi status "dara" seorang wanita.

Kepada wanita yang bercinta, jangan sesekali mempercayai 100% lelaki yang dicintai. Letakkan satu sempadan kewaspadaan tentang perkara ini. Percayalah,  kebahagiaan yang dicari akan tiba jua, dengan ikatan perkahwinan. Bagi lelaki pula, janganlah kamu mengambil kesempatan pada kelemahan wanita. Tunjukkan diri masih mampu memimpin diri dan wanita yang disayangi dengan baik. Bukankah wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki sepeti dalam hadis sahih.


Dalam hadits shahih disebutkan:

إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، وَِإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلْعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهَا، وَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ وَفِيْهَا عِوَجٌ

“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)




Ini diperkuatkan lagi dengan Puisi dalam buku Agar Bidadari Cemburu Padamu : Salim A. Fillah 
Bukan dari tulang ubun ia dicipta
Sebab berbahaya membiarkannya dalam sanjung dan puja
Tak juga dari tulang kaki
Karena nista menjadikannya di injak dan di perbudak
Tetapi dari rusuk kiri
Dekat ke hati untuk di cintai
Dekat ke tangan untuk di lindungi

Dalam mengatasi masalah ini, ada beberapa cadangan yang baik dilaksanakan agar tidak tergolong dalam maksiat dan seks sebelum kahwin. Cadangan pertama sudah tentu berkahwin. Jika sudah tidak tahan lagi, elokkah menyampaikah hajat kepada ibubapa seberapa segera. Bagi yang masih belajar,suka sekali saya memetik cadangan KP Pas,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, iaitu nikah khitbah, iaitu nikah gantung. Ini sekaligus mengelakkan gejala seks sebelum kawin. Bila dah kawin, lakukan apa yang kamu suka, tiada sesiapa yang akan menghalangnya, yang penting semuanya halal bagi kamu.





Dalam posting seterusnya saya akan bincang sedikit mengenai cinta dalam konteks realiti cinta, secara menyentuh secara ciri dan permasalah yang berkait. Jika saya menyentuh politik, itu hanya selingan. Bukan tidak bersetuju dengan sesuatu bermakna tidak bersetuju secara keseluruhan tentang dasar dalam pandangan.


OK?

4 comments:

  1. Thanks..
    Sambil menasihati diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. sy bnci bca blog sbnr nye...pjg mleret2..borinnk!!
    tp ble tjmpa blog ni..sy trtarik lgu nye..sy bca prlahan2..tp di tarik tuk bca smpai abis.. dlm bahasa nye yg lmbut 'ada sinis nye' xsdar dye mgenakan kita,tp tpujuk balik akhir nye..
    Insya Allah sy akan igt salu...~

    ReplyDelete
  3. Terima..
    Blog sebagai medium terbaik melakar idea.

    harap boleh kongsi sama2..

    ReplyDelete

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails