meng"GALAS" harapan rakyat Kelantan.
Akibat kematian Adun Galas di Gua Musang, SPR telah mengadakan pilihanraya pada 4 November pada hari ini. Namun penamaan calon dan tempoh berkempen sudah berakhir semalam tepat 12 am. Kawasan tersebut merupakan kawasan tradisi UMNO, namum akibat pemerintahan Paklah yang dikurniakan gelaran "suka tidor", ditambah serangan bertalu pembangkang melalui medan maya, akhirnya BN terpaksa merelakan 5 negeri menjadi milik Pakatan Rakyat.
Akibat tekanan dan kesilapan Paklah sendiri, akhirnya kuasa diserahkan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak. Pemerintahan Najib yang agak konsisten dan tidak banyak melayan karenah pembangkang semakin diterima majoriti rakyat Malaysia. Statistik dalam sebuah kajian menunjukkan sokongan kepada Najib meningkat dengan mendadak selepas turunnya Paklah dari takhta Perdana Menteri Malaysia. Pelantikan Najib juga merupakan pelengkap kepada Teori Rahman yang digeruni oleh pembangkang.
Dalam pilihanraya ini, PAS sebagai juara bertahan di Galas perlu menang berbanding Umno. Namun melalui telahan dan pemerhatian, PAS sukar menang di GALAS walaupun itu merupakan kawasan yang dimenanginya pada PRU12 yang lalu. Pelbagai ISU yang tidak memihak kepada PAS digunakan sebaiknya oleh jentera UMNO dan BN bagi memastikan PAS kecundang.
ISU TANAH orang Asli dan LADANG RAKYAT seakan menghantui PAS. Siapa sangka tempatan mampu mengoyah keyakinan rakyat kelantan dan orang Asli berbanding isu peribadi dan nasional yang cuba dimainkan oleh PAS. Dalam masa sama, gambar NIK AZIZ menghulurkan wang kepada orang asli telah dimainkan sebaiknya oleh media Pro-UMNO dan Pro-Kerajaan.
ISU TANAH dan LADANG RAKYAT
Isu ini menjadi Panas dalam pilihanraya kali ini. PAS tidak mampu menutup bangkai yang membusuk dengan bau duit yang bertebar. Tanah-tanah orang Asli dirampas sewenang-wenang dengan alasan Ladang Rakyat. Umum mengetahui Ladang Rakyat merupakan program yang cuba menyaingi Felda dan Felcra. Namun peserta hanya mendapat RM250 sebulan, nilai yang jauh lebih kecil dan tidak berbaloi. Ladang ini pula disusahakan oleh Tauke-tauke Cina kaya dari Singapore.
Isunya, kenapa tidak membiarkan orang Kelantan sendiri mengusahakannya? Kini yang berkerja di Ladang Rakyat ialah warga asing. Mengapa orang Asli harus menerima bahana dari program PAS. Dulu sebelum dijadikan Ladang Rakyat, orang Asli mampu mencari makan dan hasil hutan , ikan disungai dapat dipukat dan dijala. Namun sekarang sungai dah tercemar, hutan sudah bersih. Dimana lagi periuk nasi mereka?
Pembangunan
Tentu ramai bersetuju bahawa hampir semua bangunan yang wujud di Kelantan sekarang adalah hasil Kerajaan BN dahulu. Diharapkan PAS, membina sebuah Masjid atau lebih tepat lagi RUMAH ALLAH pun tidak mampu. Tiada duitkah? Dimana hasil balak? Dimana hasil pasir yang dikorek di Sungai Kelantan? Kenapa banggunan UMNO di Kota Bahru mampu PAS beli dengan harga jutaan ringgit, namun membina sebuah Rumah Allah seperti menjadi satu dosa?
Di Galas, merupakan kawasan Parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Ku Li. Ku li merupakan ahli yang dikira agak veteran berbanding Najib atau Muhyiddin. Aura Ku Li memang berbisa dan mengerunkan lawan dan kawan. Dalam helaan nafas yang sedikit berbeza, dia mampu membawa isu Royalti Minyak ke mahkamah, dan mampu mengetarkan urat saraf jentera PAS di GALAS.
Harapan.
Pengundian pada hari ini akan menunjukkan sikap sebenar Rakyat Kelantan. Kepada PAS, tak perlukah masih bermimpi mengenai PRU12, semuanya telah lama, Tsunami jarang berlaku di Malaysia. Kini UMNO dipimpin oleh generasi baru yang lebih baik dan stabil. Kekuatan UMNO bakal terserlah di GALAS. Umat Melayu Islam tidak mahu parti komunis DAP yang jelas anti Islam dan anti Melayu bersama PAS. Melalui hal tersebut, PAS akan membusuk selama mana dia bersama DAP. PAS akan ditolak selama dia mendokong Pengkhianat Negara dan Saudagar MIMPI, Anwar Ibrahim.
Namun, undi itu rahsia. Namun Sokongan sekarang menunjukkan UMNO mampu menang dengan majoriti besar. Mungkin sekitar 1000. InsyaAllah.
Nota
Pemimpin Silap kita tegur
Pemimpin Sombong kita jangan undi
A.Suhaimi AM
4/11.2010
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik disini