Ini sesuatu yang benar dibuat, tetapi tidak dapat dipastikan oleh orang Islam sendiri atau musuh Islam.
Aku ni amat suka dengan watak hero Superman. Sehingga aku merasakan Superman adalah suatu ciptaan "satu dalam trilion manusia". Dia mempunyai kekuatan luar biasa. Mampu memecah gunung dan membelah bukit. Memperlahankan kapal terbang yang bergerak laju, atau memusnahkan peluru berpandu.Apatah lagi dalam versi Superman Return 2006, dia mampu mengangkat bongkahan batu sebesar Sri Langka dengan kudrat yang ada.
Minat pada superman kadang-kadang ditegur oleh mereka-mereka dengan mengatakan Superman adalah rekaan yahudi, kenapa perlu diagung2kan yahudi. Bagiku bukan yahudi yang aku puja, aku cuma berminat dengan watak Superman dan ruang lingkup kuasanya. Aku bukan dan tidak sesekali menyatakan bahawa Superman itu lebih hebat melampaui Tuhan. Kerana Tuhan itu tiada kelemahan. Superman sedia maklum kita tahu mempunyai kelemahan seperti manusia biasa.
Bagiku minatku pada kuasanya dan kekuatannya. Tidakkah sesiapa saja mahu menjadi kuat seperti Superman. Jika aku menjadi superman, mahu saja aku bantu rakyat Palestin memusnahkan Yahudi laknatullah. Jika aku ada kuasa sepertinya, aku akan bantu rakyat Kedah dan Perlis yang sedang dalam banjir sekarang. Akan aku bantu Iraq dan Afganistan melawan Amerika Syarikat pada 2003 lalu. Aku akan tundukkan Bush dan sekutunya. Apa yang perlu aku risau, peluru tidak lut pada badan, bom tidak bisa
melukakan.
Mataku umpama laser merah berskala besar yang berganda2 kekuatan dari laser yang membelah intan berlian. Mataku mampu x-ray seluruh alam tanpa melakukan kerosakan dengan sinar gama, beta dan alfa.
Seluruh legasi Ilmunati dan Gerakan Freemason seluruh dunia yang belbagai rupa dan formasi aku mampu hancurkan. Aku mampu memberi jaminan bahawa Islam akan menang jika Perang Salib berlaku lagi atau perang Dunia ke-3 sudah menampakkan tandanya. Ini berkenaan tanggungjawab yang mahu aku lakukan jika aku Superman.
Jika untuk diri sendiri, mahu saja aku berulang alik dari rumah ke UTM setiap hari. Menunaikan subuh pukul 6.00 di Masjidilharam,Mekah, Sarapan di gerai Taman U,Johor pukul 6.30, Pukul 7 pagi jogging di Bulan,7.15 mandi di Sungai Amazon,Brazil. Pukul 7.30 kembali ke Kelantan jumpa ibuku. Pukul 7.45 berada di Terengganu berjumpa seorang teman, dan pukul 7.59 pagi berada dalam Kuliah.
Itu hebatnya jika jadi superman. Boleh terbang kesana kemari. Tapi realitinya tidak begitu. Apapun aku masih meminati superman. Jika suatu hari nanti aku juga mampu mempunyai kuasa sepertinya..Siapa tau.
Aku suka membawa pembaca melihat signifikasi gambar ini, aku petik dari Red Crocodile yang diMelayukan. Aku pada mulanya mahu kritik, tetapi jika dikritik bahawa ini adalah penghinaan terhadap Islam, maka Islam akan sentiasa dilihat lemah.Lihat sendiri.
Semua superhero memeluk Islam |
Dalam gambar ni menunjukkan semua superhero ciptaan dunia menjadi makmum kepada seorang imam. Apakah? Inilah jika dikatakan suatu bersifat menghina Islam jika kita menjadi terlalu defensif. Apakata kita terbalikkan pemahaman kita. Bahawasanya Islam adalah agama yang syumul lagi suci, sehingga semua superhero dunia yang hebat-hebat semuanya memeluk Islam. Tidak terkecuali Superman di Saf Pertama dari Kanan. Semuanya berimamkan seorang Imam Islam. Maka kita selain dibantu Superman, Islam sudah mempunyai satu barisan pejuang yang hebat. Ini dinamakan Reverse Psikologi. Penghinaan yang cuba dicanang tetapi tidak menjadi.
A.Suhaimi AM
8/11/2010
9.45 PM
ke Terengganu berjumpa teman??hiyah..keMUSYKILan disitu.huhu...
ReplyDeletenyway, pe yg gua nk inf0rm lu ni...di pdg Mahsyar 6t, perkara pertama yg akan disoal ialah solat dan hukum pertama ialah MENUMPAHKAN DARAH. s0, kekuatan dan kekebalan x cukup lg utk menghalalkan matlamat islamik. Wallahualam.. (dipetik dari kata2 Lt Ariffin, bahagian hal ehwal pelajar (Islam) JPN Terengganu) dan mantan warden SMASZAL)
Thanks for visit and info..
ReplyDeleteUntuk mempertahankan umat Islam dari terus dibunuh, penting untuk melawan balik.
Tidak pula kita saja-saja melawan mereka, ganggu kehidupan mereka.
Cuma jika mereka tergolong dalam kafir harbi, jelas dan wajib untuk kita memerangi mereka.
Orang kafir terbagi menjadi empat macam, yaitu:
1. Kafir harbi, yaitu orang kafir yang memerangi Allah dan Rasulullah dengan berbuat mungkar diatas muka bumi.
2. Kafir Dzimi, yaitu orang kafir yang tunduk pada penguasa islam dan membayar jizyah .
3. Kafir Muahad, yaitu orang kafir yang tinggal di Negara kafir, yang ada perjanjian damai dengan Negara islam.
4. Kafir Musta’man, yaitu orang kafir yang masuk ke Negara islam, dan mendapatkan jaminan keamanan dari pemerintah.
Dari keempat macam orang kafir tersebut, hanya kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya untuk ditumpahkan.
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dengan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang dari negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh siksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )