~ Jatuh Cinta ~ |
Ada dua proses jatuh cinta yang biasanya disebut orang. Pertama terjadi secara tiba-tiba, atau yang dikenali dengan "love at the first sight" (cinta pandang pertama). Dan yang kedua terjadi setelah melalui proses interaksi, atau dalam pepatah Jawa mengatakan "tresno jalaran saka kulino" (cinta yang terjadi setelah pertemuan yang berulang-ulang).
Love at the First Sight
Jatuh cinta "segera" seperti ini, seperti istilahnya, tertumpu pada ketertarikan visual yang ditangkap oleh panca indra. Tentu saja yang ditangkap panca indra ini adalah penampilan fizikal. Bila ada gadis cantik, seksi, dan manis serta ayu, tentu dia akan jadi korban dari banyak first-sight love dari para lelaki di persekitaranya.
Banyak lakonan drama cinta seperti ini adalah terdiri dari kaum lelaki, kerana tidak dinafikan bahwa kaum lelaki ternyata masih memiliki sense untuk tertarik pada kondisi fizikal lawan jenisnya sebagai faktor utama. Kerana sifatnya yang "segera", maka first sight love ini boleh terjadi berulang-ulang pada ramai wanita yang cantik atau lelaki yang tampan. Namun, cukup banyak cinta seperti ini menjadi awal untuk hubungan yang lebih serius bagi banyak pasangan.
Tresno Jalaran Saka Kulino
Jatuh cinta seperti ini keliahatan lebih matang dan kukuh, kerana panah asmara tidak begitu saja memacak apabila sepasang anak manusia bertemu. Ada proses panjang sebelum busur panah asmara dipacakkan, di mana pasangan tersebut saling mengenali, berinteraksi hingga masing-masing tahu kelebihan dan kekurangan setiap individu diantara mereka, hingga kemudian terjadi keserasian yang berakhir pada pertalian kasih seterusnya melahirkan rasa sayang di antara keduanya.
Pada jatuh cinta seperti ini, pertimbangan kondisi fizikal bukanlah faktor utama lagi. Keserasian lebih tepat disebut sebagai faktor utama agar jatuh cinta seperi ini boleh terjadi. Sebagai individu yang pasti memiliki keinginan untuk sharing (berkongsi) dan menyatakan untuk saling mememerlukan, memberikan peluang terjadi match (keserasian) perasaan dengan lawan jenis yang boleh menimbulkan perasaan suka yang berlanjutan menjadi cinta seterusnya melahirkan sayang.
Pengistiharan
Jika seseorang jatuh cinta pada lawan jenisnya, apa yang kemudian terjadi? Tentu saja harus didorong oleh pengistiharan, atau menyatakan cinta secara eksplisit kepada lawan jenisnya. Kultur negara-negara di Asia tidak mengizinkan bila wanita yang mengambil inisiatif pengistiharan cinta ini. Perkara inilah yang menjadikan ia suatu masalah yang pelik apabila si lelaki tidak mampu menangkap signal cinta dari si wanita, atau si lelaki tidak memiliki cukup keberanian untuk mengungkapkan perasaannya.
Bagi wanita, pengistiharan cinta yang eksplisit adalah cukup esensial kerana berfikir bahawa dia tidak ingin agar cintanya bertepuk sebelah tangan. Namun, bagi si lelaki, ketakutan akan penolakan menjadikan pengistiharan ini perkara yang memerlukan keberanian yang cukup besar untuk mengungkapkannya. Akhirnya ada sebentuk pengistiharan cinta eksplisit yang berbentuk surat agar si lelaki tidak perlu bertatap muka langsung sehingga menghapuskan kebimbangan kemungkinan penolakan secara langsung dari si wanita yang dicintainya di depan mata si lelaki tersebut.
Menurut anda, proses manakah yang ideal bagi seseorang untuk jatuh cinta? Dan benarkah seorang wanita "diharamkan" untuk mengutarakan rasa cintanya kepada lawan jenisnya terlebih dahulu? Hanya anda sendiri yang dapat menjawabnya. Kerana ianya bersifat sangat eksklusif dari individu yang sedang jatuh cinta itu sendiri.
Ulasan A.Suhaimi AM
Tidak dapat dielakkan bahawa satu antara 2 cara tersebut pasti akan terjadi kepada sesiapa sahaja. Sesiapa boleh jatuh cinta pada Siti Nurhaliza, oleh kerana kecantikannya, keayuaannya, atau jatuh cinta pada suaranya. Namun setakat mana cinta itu? Akhirnya Datuk K juga yang dapat. Lelaki lumrahnya suka kepada wanita yang cantik pada pandangan matanya, sebelum mereka menilai pekerti seseorang wanita. Mungkin cinta pandang pertama tidak bertahan lama kerana akan dihakis oleh perubahan masa.
Cinta pandang pertama ini akan jika berulang akan terjatuh kedalam definisi kedua. Cinta ini merupakan kebiasaan kepada pasangan zaman ini. Mungkin akibat faktor kebersamaan dalam kerja atau aktiviti , menyebabkan sedikit demi sedikit terbentuk jua rasa cinta. Kemungkinan mereka yang terlibat merasa kagum akan sesuatu kelebihan atau kebolehan pasangannya. Namun bagi wanita, mereka mungkin menzahirkan dari segi layanan yang baik, dan mengharapkan lelaki meluahkannya.Proses meluahkannya ini disebut pengisytiharan.
Bagi lelaki, ini masa mereka menunjukkan atau melepaskan keberanian mereka. Perasaan dalam diri ini jka tidak diluahkan akan membawa bencana terutama jika pasangan yang diimpikan sudah diikat hatinya oleh lelaki lain. Suatu penyesalan yang besar akan berlaku, namun tidaklah sampai menangis. Lelaki amat takut untuk meluahkan kerana risaukan feedback yang bakal diterimanya. Mereka mungkin terasa malu jika luahan ditolak mentah-mentah tanpa alasan yang munasabah.
Lelaki mungkin menghantar SMS, Berutus surat dan paling berani ialah meluahkan secara lansung. Bagi wanita, itu mungkin saat yang ditunggu jika mereka juga mengharapkan cinta tersebut, Namun banyak hal wanita amat terkejut dan malu dengan luahan tersebut sehingga membawa kepada konflik komunikasi dengan lelaki tersebut. Namun seelokknya kedua pihak harus bersemuka berbincang tentang penerima atau penolakan jika ada kekangan. Lagipun ini bukan sampai tahap mahu kawin esok lusa.
Bagi wanita yang beragama dan cukup sifat kepintarannya, mereka tidak menolak namun tidak menerima , apatah lagi memberi pengharapan yang besar kepada lelaki. Mereka akan menasihati lelaki tersebut agar mempersiapkan diri dengan iman dan ilmu agama yang secukupnya, sebelum mereka bersedia menjadi seorang teman hidup. Kita sebagai umat Islam perlu percaya bahawa semua perancangan Allah itu adalah benar. Semua yang hidup telah ada pasangannya, cuma jika tidak sekarang, mungkin masa depan, jika tidak didunia, mungkin diakhirat sana.

A.Suhaimi AM
11/11/2010
terbaek~
ReplyDelete