Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Sunday, November 7, 2010

Cinta Murni - Lelaki menyayangi.

Ada Sarjana Cinta Islami bermadah "Cinta itu ikatan nafsu antara lelaki dan wanita, tak perlu berpegangan tangan kerana hati telah bersentuhan, tak perlu berbalas jelingan mata, kerana telah berbalas-balas doa".

Unic dalam lagunya pernah membaitkan ungkapan
"Apalah erti cinta suci, andai janji-janji sering dimungkiri, apalah erti cinta murni, andai kata-kata, sering didustai". 

Lelaki menyayangi bagaimana?
Wanita harus faham pasal lelaki,ada pelbagai watak dan pelbagai sifat.
Lelaki ni, bila berminat dengan seorang wanita , dia cuba sedaya upaya, mengkaji pasal wanita tersebut.
Biasanya minat bermula dengan senyuman..ya..kuncinya.. Takde lelaki jatuh cinta pada wanita yang tak pandai senyum. Apatah lagi buat-buat senyum.
Tanyalah mana2 lelaki pun..senyum itu membuah cinta. 

Kalau boleh dia nak tahu segalanya, detail, siapa dia, taraf dia. Lelaki akan cuba kaji sedikit demi sedikit, dan mula pasang jarum. Istilah saja.. Pasang jarum bermaksud menyemai daya penarik..
Walaupun xpernah belajar pasal cinta, dia tahu apa yang nak buat.. perasaan membuak..cinta ibarat ubat..
Motivasi meningkat mendadak, jiwanya hebat..kekangan mampu dihadapi.

Lelaki sukakan kecantikan, sebab jiwa manusia ni memang azali begitu.. Tapi subjektif levelnya..
Semua orang kata Siti cantik, Tapi x semua jatuh cinta dengan Siti, begitulah keadaannya..

Melafazkan cinta bukan main2..keberanian diperlukan, mana mungkin cinta itu dilafaz selamba, melainkan tujuan mempermainkan.
Of course, jika itu cinta pertama, dia amat malu mengungkapnya, cinta kedua pun sama. Bukan apa, takutnya adalah pada respond sahaja. 
Lelaki tak kisah sangat malu jika respon dari kawan-kawan bermacam-macam.
Lelaki tak kisah sangat ada lawan mencemuh nya..
Cuma..dia amat kisah jika respond itu dari wanita yang dia suka..atau lansung tak ada respond, memalukan dirinya. 

Lelaki itu bertuah jika hati wanita itu masih belum pernah bercinta, kerana wanita itu tidak perlu berfikir tentang orang lain. Sebabnya wanita sifatnya terlalu suka membanding.
Jika wanita itu pernah bercinta, maka dia akan bandingkan yang dulu dan sekarang, secinta mana pada lelaki sekarang, dia akan banding dengan yang sebelumnya..jauh dari sudut hati wanita, dia masih ingat pada yang pertama, walau dia bercinta dengan yang sekarang. Itu wanita..

"Mencarimu kasih, bagai mencari mutiara putih, walau kedasar lautan sanggup kuselami"-Unic
Biasanya lelaki ni terlalu mengkaji, pasal wanita, jika boleh segalanya..luar dalam, hati dan nurani tersirat tersurat, fantasi dan realiti, semuanya lelaki mahu tahu.

Lelaki suka kongsi hobi, dengan orang yang disayanginya, tak kisahlah, apa sahaja.
Wanita silapnya satu, dia tak kadang-kadang tak explore pasal lelaki, hobinya, jika begitu bagaimana nak join sekali..at least kena bagi support, kena tunjukkan support..

Lelaki tak kisah jika beratus kawannya tak peduli dengan kesukaannya, tapi dia amat kisah jika wanita yang dicintainya lansung tak peduli tentang apa yang dia suka dan dia fikir. Itulah lelaki

Kadang-kadang lelaki cuba beri layanan terbaik, tapi wanita ni kadang-kadang terlalu selesa, sehingga dia lupa , lelaki juga perlukan layanan darinya. Macam sarjana cinta berkata, "Cinta tidak akan wujud dengan satu pihak sahaja". Lelaki suka wanita yang bermanja-manja, tapi bukan terlalu manja. Cukuplah bersifat keanak-anakkan tapi bijak,pada dirinya sahaja.

Lelaki suka wanita yang sentiasa memberinya inspirasi dan harapan, memberinya semangat kepadanya, bukan wanita yang memperlekehkannya. Wanita yang memberinya ketenangan hidup.William Arthur dalam berbicara tentang cinta pernah memadah kemas.
"Rayulah aku, aku mungkin tidak mempercayaimu. Kritiklah aku, aku mugkin tak menyukaimu. Acuhlah aku, aku mugkin tidak akan memaafkanmu,SEMANGATKANLAH AKU, Dan mungkin aku tidak akan melupakanmu".

Nota Kaki

  • Wanita tidak malu berbicara siapa cintanya pada orang lain.
A.Suhaimi A.M
7/11/2010
Hmm..Sekadar Hiasan


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails