Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Thursday, April 21, 2011

Malam Pra-Graduan FKA 2011



ASSalam..owh ..lama menyepi..sibuk teramat.
Dengan psm, kelas, dan yang paling terkesan ialah Malam Pra-Graduan untuk student tahun akhir FKA.
Terkesan dengan kesibukan menguruskannya..memang kerja sampingan, tapi tak siapa mampu dan mahu galas tugas ini. Jadi aku dengan sukarela menggalas tugas menguruskannya.

Dalam komuniti yang dah besar2 belaka, macam2 hal dan macam2 perkara berlaku. Bayangkan perancangan disusun rapi bermula Oktober 2010. sem lepas lagi. Committe ditubuhkan atas dasar komitmen , bukan paksa, melainkan yang merasa mereka bertanggungjawab melaksanakannya. 

Sebenarnya walau majlis nampak smooth dan seronok saja, namun cerita dalam comittee memang pelbagai.
Macam2 masalah kami bincang dan selesaikan bersama. Bermacam karenah yang dihadapi kami hadapi dengan teguh. Memang diakui agak sukar untuk handle makan malam , terutama semua comitee berada di Tahun Akhir. Masing2 ada psm, pap, rc, analisis str,elektif, and bla..bla..bla..Meeting 2 minggu sekali cukup padu dengan kekangan aktiviti masing. Ada yang datang, ada x datang. Ada comitte yang join sem lepas, keluar tak nak join..



Banyak masalah kena handle terutama dari segi penerangan dan kutipan bayaran. Ya..x ternafi aku memang jadi center of information. Kadang2 aku amat berang dengan sikap sesetengah manusia yang berlagak. Bukan nak membantu, tapi nak menyibuk. Ada yang jenis suka maklumat sorang2, taknak kongsi. Mujurlah ada medium FB utk sampaikan maklumat. Tu pun hanya xsampai separuh yang buka FB tiap masa. Bila ditanya pasal program..tak tahu apa2.

Tak kurang juga yang suka memperlekeh aktiviti MPG.."tak berbaloi", "kot2 makan bihun", "mahal", "mengarut je", "mesti ramai x pegi". Walau panas telinga tapi aku pendam saja, bagi terang bagi jelas, kadang2 buat bodoh jer. Ajk ni pecah kepada fikir, kerja bagai nak mati, tapi mulut lebih ringan..sembur jer tak ingat kanan kiri.

Kadang2 aku rasa ada pihak yang berpakat tak mahu join, ntahla sikap rasis ker, chauvinist ker.. tapi ckup memualkan. Kadang2 aku rasa kelas aku paling fail dari segi promosi. Bermcam strategi senyap2 aku buat., bincang dengan budak pompuan tentan alasan masing2..last sekali strategi berjaya. Semua 63 student kelas aku daftar MPG.100%.

Ada jenis pak turut, nak tengok senarai dulu, kalau ramai baru nak join. Ni kisah melayu pak turut. Tapi nak buat camana. 
Mengenai majalah pun kami sudah usahakan setakat mampu, ia merupakan satu penghargaan utk kami memberi semaksima mungkin cendrahati dan kenangan sebelum grad.. 

Orang diluar comittee suka kata macam2, itu ini, tapi di sebelah pihak comitte kadang ada yang melenting dan ada yang menjadi penenang. Bayaran yang dikenakan RM40 untuk makan RM80, masih cukup mahal..itu sebab mereka tak tahu duit mengalir ke mana dan diguna pada apa. Jika x join mereka sendiri takkan dapat sumbangan UTM rm 50. Comiite terpaksa buat semakan dan pembahagian utk aliran duit . TAK CUKUP.



Ada pertikaikan tempat . Kenapa persada?.. ini cadangan TDA.. dan yang penting ialah sukar mencari hotel yang berkapisiti 400 orang. Harap jangan bandingkan dengan Fakulty lain yang hanya 50 orang student. Gerombolan kita besar. Gajah. Takkan buat kat DSI. kena ambil kira banyak faktor.

Isu majalah adalah duit. Sebab itu hitam putih. Memang kecewa tapi itu yang mampu berbanding tiada lansung. Ajk yang buat majalah bersengkang mata seminggu tak cukup tidur semata2 urus majalah. Dengan kelambatan respon terhadap informasi dari student,gambar2 personal..tuhan saja tahu sukarnya.Izati jadi wakil dalam kelas. Mujurlah editor penuh ilmu didada.Montaj perasmian dia yang buat. Mantap.

Aku tetap sabar..walau banyak cakap2 belakang aku buat2 tak dengar. Takleh cakap depan, aku suruh pesan, tak leh pesan, hantar msej, FB..semua aku buat..terima kasih pada nurul, hawa dan izzati yang membantu. Tanpa mereka..lagi sukar kerja aku.

Perkara paling teruk ialah beberapa hari sebelum MPG. Bermual 16 hb, kami tak sentuh sangat pun psm masing2. Kerja gotong royong bermula 10 pg ker 12 malam. cendera mata, hamper,beg, table, kaedah..semua dibincang dang dibuat dalam situasai pelbagai. Habis kul 12,esok 17 hb bersambung lagi. Majalah, sticker, barang2, kotak, kad jemputan,etc. Habis kul 12 malam jugak.

Hari tersibuk adalah hari program. Dalam msa tu ada Harvard Study..nasib baik cam dengar ceramah dan cakap2 sikit. Kul 11 semua comitte kumpul dan packaging barang. Tunggu lori sampai, angkut ker persada. Aku jugak naik lori..sampai sana 1.30 petang. Kelas petang confirm cancel xpegi. Sana urusan setup menyetup bermula. Testing..rehearsal utk protokol. Mujur Frany mantap dalam pengurusan. Aku sebagai ajk teknikal memang penat giler2. Kul 5 naik hotel dan bersiap, turun untuk bantu unit pendaftran. kalau sapa tengok datang mendaftar meja aku, tengoklah aku x berganjak. Penat kaki.



Masa majlis, aku dok celah2 kerusi yang takde orang, makan la..walau sesekali mundar mandir melayan kwan2. Kekdang microphne rosak, sepantas kilat aku cari event manager sana. Pastu kembali ke meja. Makan. Jalan2 kot jumpa masalah. Selagi majlis xhbis, selama tu kami ajk dalam kerisauan. Tapi syukur semua berjalan lancar. Walau gimik berlaku berbeza dari apa yang dirancang. 

Pasal makan, aku guarantee xhabis. Sebab aku dah makan masa food testing 8hb April. Nasi aku tolak. Aku yang makan banyak ni habis, budak pompuan yang berdiet..confirmlah. Laki aku tak risau sangat. 
Melalui reaksi semua orang, aku nampak wajah2 ceria sepanjang majlis. Mungkin excited atau teruja, atau mungkin juga sedih sebab ini pertemuan terakhir. Apapun kami sempat bergembira pada malam tersebut.
Dapat bergambar kenangan sebelum habis graduasi. Ada yang stay sampai 1 pagi...

Walau apapun, aku amat puas selepas pengajuran, sudah terlepas beban dibahu.Walau rintangan sebesar gunung sekalipun, kita mampu jika kita mahu. Aku respek pada AJK mpg yang tidak mudah putus semangat.
Terima kasih pda pengarah MPG saudara Asnawi mampu memimpin kami dengan baik. Alhamdulillah kami AJK mpg Fka 2011 mampu melakukan yang terbaik demi menyambut semua pelajar. 

Love u MPG...great moment..great opportunities..great experience

UTUSAN KHAS MPG FKA 2011

Monday, April 4, 2011

VIDEO ANWAR ITU PALSU!?

SALAM

Dengan Nama Allah s.w.t

Hari ini 4 April, aku sesungguhnya menyeru sesiapa yang menyokong Anwar Ibrahim agar menjauhinya, jangan sesekali mendengar apa yang dikatakannya, jangan sesekali menyokong apa yang diwakilinya, jangan memangkah parti yang diwakilinya, jangan sesekali menyokong parti-parti yang bersekongkol selama ia bersekongkol.

Setiap waktu pengamatan aku dalam politik ini, tiada yang lebih mengembirakan rakyat, selain mendapat pemimpin yang bermoral dan kelihatan bermoral. Pemimpin harus berjiwa rakyat dan berhati rakyat. Pemimpin tidak harus menipu rakyat untuk kepentingan diri dan kuasa.

Bertaubatlah kepada mereka yang pernah meyokongnya dahulu, kini dan masa depan.

Tindakan untuk membuktikan kebenaran untuk dilihat sendiri oleh sekelian rakyat dikekang oleh pihak yahudi pembangkang kerana ketakutan temberang ketua mereka terbongkar.

Nah ini gelombang kedua slot video tersebut..





P/s:Video pertama dah kena remove, so ramai orang dah download dan uplaod balik kat Youtube..
Persoalannya
Kenapa takut rakyat jadi hakim?






Saturday, April 2, 2011

APRIL BUKAN FOOLS.

ASSALAM

Nak bagitau 2 minggu ini adalah minggu kesibukan yang melampau lampau.. melebihi kesibukan Perdana Menteri..

Dengan PSM yang perlu disiapkan sebelum 11 haribulan..dimana masa tersebut teknikal paper harus dihantar kepada supervisor Dr. Rozana.. untuk dibuat Proof Read.. Sebelum hantar aku kena proof read dengan English expertise..

Analysis sudah masuk final part..cuma aku kena separate chapter 4 and 5..sebab aku terlebih sudah buat chapter 5 dalam chapter 4. Chapter 4 pun kena buat sikit tambaha untuk HVAC system..dan kira OTTV..kira BEI based on Green Building Index(GBI)(ni paling memeningkan)..

Apapun assignment datang mencurah2 pulak..Construction Project Management(Project), Environmental Management(Video dan report) , Structure Analysis(Staad Pro dan 5 soalan pengiraan)..

StaadPro ni hebat dan mantap..aku guna versi 2007.. mantap seyh..yang penting kena tahu melukis pakai ACAD9 atau boleh juga dalam Staad Pro, sambung node, define material, support, load, then Analyse..
Tata....ni hasil assignemnt 1 dulu.


Ni bila dah 3D Render...
Bila dah siap boleh analysise..boleh check deflection,shear, moment..axial force, displacement,,dan macam2..







Analyse result..





Life is easy...
Tapi nak grad ni banyak kerja.. 
Apapun.. aku cuba habiskan kerja2 tersebut.

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails