Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Sunday, April 4, 2010

KERANGKA


Assalamualaikum w.b.t
Salam 1Malaysia




Melalui hari-hari mendatang, sememangnya jerih perih kehidupan membelengu jiwa manusia, akal ini semakin lama layu ditimpa kebejatan informasi yang semakin menggila dengan kelirunya pertimbangan keatas disiplin ilmu yang tercampur aduk. Kontradiksi ini, searus gerak dengan titipan bahawa kita wajib mendalaminya dan menghayati bejatnya ilmu itu. Adakah pemikiran berunsur pascamodenisme telah berpadu dalam jiwa? Atau ini unsur sekularisme songsang bertapak kukuh mengikis corong ruang pemikiran. Persetankan perasaan itu!

Menjadi diri kamu atau asimilasikan gerombolan persekitaran supaya sebati?adakah itu lebih penting?Tanyalah diri sendiri yang lebih mengetahui.Tepuk dada tanya iman,atau selera hidupmu. Dewasa ini, kamu boleh memilih pegangan mana yang kamu mahu,namun janganlah ghuluw atau berlebihan. Kamu boleh menegur sapa apa yang kamu tidak suka, namun, lihat dan pertimbangkan juga asumsi-asumsi orang lain terhadap kamu. Apakah kamu benar sempurna dengan kerangka hidupmu yang dibarisi kebejatan-kebejatan yang tidak pernah kamu duga dan sedari?

Si polan-polan menjentik kias hidup mat jenin yang suka berimaginasi, membangkit aroma semangat sedikit demi sedikit, dari kelapa sebiji lantas menuju puteri raja. Semudah itukah persoalan? Semangat itu boleh dipuji, namun kamu bukan si jenin itu, kamu manusia yang tak terdongeng hikayatnya dalam cerita itu, kamu harus guna nilai jenin, dan integrasikan dalam kerangka hidup sendiri. Mundurnya jahiliyyah bukan pada hartanya, kerana ada manusia yang kaya raya, minor-majornya miskin nilaian umum, tapi mundurnya jahiliyyah sebab ia jahil. Jahil ilmu jahil agama, mengadap berhala yang dibentuk sesukanya jiwa mereka.

Jauhari mengenal manikam, sebab ia belajar jenis dan nilai, mungkin tidak terdidik rasmi disekolah, tapi manikan itu barang dagang berharga, dari kecil sampai besar menjadi jauhari. Jadikah kamu jauhari itu?terdidik masuk universiti, pertikai itu ini, gondol ilmu demi dengki atau hipokrit peribadi. Awas! Kamu bukan galiloe galili si bijak yunani, bukan juga asoka pahlawan lagenda kuno. Kamu manusia yang lahir era pasca-merdeka, sejarah yang terbuta, tidak pula kamu selaminya.

Bangunlah!Bangkitlah!coretan masa dalam massa tetap berkonkrit, terhujahnya idea selalunya kontra, namun itulah hujah kontradiksi yang perlu ada dalam kerangka. Singkat minda boleh terbatal dengan satu gerak. Gerak itu perlu momentum untuk melepaskan sinergi minda. Menjadi berbeza bukan gagal dalam kerangka,tetapi unik maksudnya dalam bahasa,seni sifatnya dalam sastera. Pandang belakang bukan maksud undur,tapi berjaga. Ayuh!Padukan ilmu,semangat, imaginasi dan pandang-belakang. Jadilah manusia berwibawa!


Tautan Fikiran




1 comment:

  1. First time bila baca tentang artikel ni ya Allah x faham. Tambahan pula dengan diri yang kurang membaca ni. Bila jumpa istilah-istilah yang memerlukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-5 (jika ada)... Tenangkan hati baca 5-6 kali baru faham. Begitu juga dengan belajar, kena sabar membaca dan menuntut ilmu kerana dengan kesabaran yang tinggi kita dapat memahami ilmu. Sama juga dengan konsep belajar, mula2 kita baca memang tak faham. Tapi bila kita hayati betul2 apa yang kita sedang pelajari, insyaAllah kita akan faham. Ilmu itu adalah cahaya, dan ilmu tidak akan masuk dalmam hati-hati manusia yang gelap. Banyakkan bersihkan hati dengan basahi bibirmu dengan zikrullah serta bertaubat senantiasa.

    ReplyDelete

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails