Salah seorang tetamu yang diwawancara,Ahmad Suhaimi menyatakan sokongan terhadap program seumpama ini kerana pengalaman bersama satu komuniti sukar untuk ditemui, apatah berkumpul dalam satu perkumpulan yang mempunyai visi dan masa depan sebagai seorang jurutera."Program ini merupakan satu wadah untuk menyatukan semua jentera mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam untuk bersama menyemai rasa kekitaan sesama mahasiswa", tambah beliau.
Walaupun program dihadiri hampir separuh daripada jumlah sebenar mahasiswa, namun ia diharap menjadi batu loncatan terhadap program berunsur sedemikan dimasa depan. Sambil mengulas mengenai kesedaran kebersamaan yang kurang dikalangan mahasiswa Awam sejak kebelakangan ini, Ahmad Suhaimi turut berbicara mengenai situasi pemikiran mahasiwa tahun akhir.
"Sejak tahun satu lagi, pelbagai program diatur oleh mahasiswa yang sedar akan kepentingan bersatu dalam erti kata satu komuniti seksyen, seperti Iftar, Jamuan Raya, dan Site Visit. Ini merupakan tujuan dan rancangan "kami-kami" sejak awal agar perubahan masa dan keadaan tidak merubah ikatan kebersamaan", katanya. Tanpa menyatakan tentang pihak "kami-kami", yang dimaksudkan, beliau menjelaskan tentang rasa perkauman yang menebal dikalangan mahasiswa.
Tambah beliau lagi, mahasiswa hilang kesedaran dan merasa tiada tanggungjawab untuk memperkasa perpaduan dikalangan mereka. Ahmad Suhaimi juga merupakan pelajar tahun akhir yang akan menghabiskan satu semester lagi turut menaruh harapan agar legasi mahasiswa Awam dimasa depan lebih bersemangat dan mempunyai perpaduan yang utuh selari dengan konsep 1Malaysia.
Berita Harian Malaysia
fuyooo... salute....
ReplyDelete