Salam 1Malaysia.
Senyap Mahasiswa UTM dari politik kampus, sebagaimana senyapnya blog-blog yang mengutuk HEP UTM,dasar pentadbiran secara lansung membawa kepada senyapnya calon-calon yang kalah dalam PRK.
Ya..adab pertandingan, ada menang ada kalah,namum bukan bermakna menang itu senang, kena bersedialah dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka(MPP).
Tidak salah telahan saya sebelum ini, bahawa blog-blog terlibat bakal bungkus, dan hanya "hot" ketika musim PRK, lansung tidak konsisten dalam perjuangan mahasiswa, tiada beza dengan "politik luar". Perang saraf melalui blog mereka nampaknya kurang berkesan, hanya menjadi medan ideologi kepartisan, menyebabkan mahasiswa yang membacanya pun rasa bosan,bukan cara praktis kepimpinan, namun hanya medan praktis penulisan.
Penyapulidi, nama yang sebati dengan lantai kotor dan hadiah untuk budak-budak nakal. Satu batang tidak kuat, tapi kalau 10 batang pun masih tak kuat, at least seratus batang baru boleh berguna untuk menyapu sampah, dan menakutkan kucing-kucing yang suka curi ikan di dapur. Tak silap saya gaya tulisannya seperti blog parpukari,,asyik guna (KAH..KAH..KAH..).Tapi abang parpukari sekarang dah berubah,tulisannya pun lebih mantap,cuma pendiriannya saja tetap iaitu NO TO KJ. Itu hal politik, masing-masing la kan.
Pro-M, banyak kalah di universiti awam seluruh Malaysia, termasuk UTM, saya pun pelik, logo dah cantik, baju dah cantik, strategi je kurang molek.
Evo-M, tahniah menang banyak kerusi,namun jangan lupa pada mahasiswa yang mengundi anda, laksanakan tugas dengan berkesan.
MPP,sebenarnya tak ramai,namum sebab anda dah diberi mandat, upayakan pelaksanaan dasar-dasar yang dimanifestokan dahulu. Mahasiswa sekarang peka dengan perubahan.
NEW..NEW..NEW..HOT
Apa agaknya...Anak JOHOR.
Ingatkah lagi zaman REFORMASI?
Berlaku sekitar tahun 1998 dahulu, ketika kanak-kanak lain sedang bermain lompat getah, mandi sungai, baling selipar, selambut, main tikam(TAGE~bahaso kelate),saya pun main benda sama. Namun bezanya saya mula banyak membaca helaian surat khabar, berbanding kanak-kanak lain yang banyak membaca Dragon Ball,Misteri Naga,dan Kawan serta komik
Ingatkah lagi ADIL?
Masa tu kecil lagi saya untuk politik, ketika Parti Keadilan Nasional(Sekarang PKR), menjajakan muka ANWAR IBRAHIM yang lebam ke seluruh negara ,akibat dipukul oleh KPN Rahim Nor, saya bercakap seorang diri "Ish..Ish, tak sangka TPM Malaysia jadi begitu". Namun kanak-kanak sekecil saya masih belum memahami sepenuhnya apa maksud tersirat dan tersurat disebaliknya, yang saya dengar adalah beberapa perkataan popular,iaitu LIWAT, ADIL, FITNAH, Al-Ju***i. Mau tak gelak saya dengar, maklumlah saya ni anok qelate, dan si pencipta Al-J** ialah Mat Sabu.
Tapi ketika itu aura Reformasi tersangat hebat, mahu tak mahu, jatuh 3 negeri ke tangan pembangkang pada 1999, senang-senang aura menusuk, namun tak ramai tahu "bala" mendatang. Time tu macam-macam perkara berlaku, kafir itu ini, haram itu ini, alahai, senangnya manusia kafirkan manusia. Hati-hati,kafirkan sesama muslim lain adalah satu sebab kita terbatal syahadah. Akibat terbatal syahadah adalah murtad.
Anak Johor..
Tetiba ada anak johor.
Masa 2004 menyaksikan kemenangan bergaya kerajaan BN di Malaysia, mudah menawan kembali hati rakyat dengan Pak lah sebagai icon baru PM Malaysia, dengan hormatnya Tun Abdullah(Mantan) sekarang. Namun pendekatan konsep Islam Hadhari yang diharap memecah kebuntuan menjadi perjuangan picisan dan mendatangkan political mileage kepada pembangkang. Ditambah pentadbiran ketika itu agak lesu, pemimpin tidak dekat dihati rakyat. Pelbagai keputusan merugikan rakyat diambil, dan medan blogging dikuasai sepenuhnya oleh Pembangkang. Seingat saya statistik blog penyokong kerajaan hanya bernisbah 1:70, bermakna penguasaan 98.5% media pembangkang keatas talian maya.
Kemuncak amarah diterjemah melalui Pru 12,mac 2008,memaksa kerajaan merelakan 5 negeri dikuasai pembangkang, secara kasar 3 Pas,1 Pkr,1 Dap,,namun secara mendalamnya penguasaan pentadbiran ialah 3 DAP dan 1 Pas dan 1 Campuran.
Bukan senang memahami politik jika telahan dan pemerhatian tidak dilakukan dengan behati-hati dan teliti, apatah lagi ingin mengulasnya, ia memerlukan keberanian.
Anak Johor lagi..
Sapa-sapa anak Johor , sekarang masanya ambil port.
Diceritakan teori konspirasi berlaku, seorang Anak muda ini, masih muda, agak muda dan memang muda, telah mengaku dianiayai, paksa atau rela, dapat atau tidak,disenagkan atau disusahkan oleh orang yang baru keluar dari penjara Sungai Buloh, seorang ahli Parlimen, manusia berpengaruh, manusia yang paling pandai bercakap, siapa lagi DSAI.
DSAI(Dato' Seri Anwar Ibrahim) merupakan manusia pelbagai bentuk..
Senang cerita selepas dibebaskan dari Sungai Buloh, beliau telah bekerja di Amerika, selepas dilarang berpolitik selamat 4 tahun oleh Malaysia. Itu syarat biasa bagi banduan. Sapa kawan-kawannya selain Paul Wolfowitz, seorang perancang strategis perang di Iraq yang membunuh rakyat tak bersalah. Seorang manusia Neo-Conservative.
Berbalik kepada kisah anak muda tadi, SAIFUL, seorang ANAK JOHOR, sejak 26 Jun 2008 telah melaporkan dirinya "DiLIWAT" oleh Anwar Ibrahim. Sesuatu yang agak mengejutkan bagi rakyat marhaen biasa,serta penyokongnya, namun tidak bagi sesiapa yang mengenalinya.
Saya sendiri mengikuti perkembangan kes itu dari semasa ke semasa, membuat penilaian ,bermula dari pengakuan, penafian, sumpah laknat dan perbicaraan.
Anak Muda, Saiful pada pandangan saya seorang yang berkeyakinan, dan berani, serta tenang dengan apa yang dilakukannya. Namun jangan sebab dia ini "ikan bilis" ,dan Anwar "ikan tuna", kita menolak keadilan untuknya.
Sumpah laknat Saiful, mencetuskan kontroversi namun bagi saya cukup baik. Dia cuba katakan dia berkata benar. Cuba fikir orang yang sanggup bersumpah laknat, dilaknat diri dan keluarga oleh Allah, boleh kita anggap remeh, sedangkan Allah itu benar dan berkuasa, Namun Anwar Ibrahim sentisa mencari alasan dan tidak mahu bersumpah,macam-macam alasan, sampailah perbicaraan, masih belum mahu bersumpah,"Ulama cakap jangan sumpah, tahan dulu", sungguh membebalkan otak berfikir. Kalau sumpah Saiful dianggap tidak betul.tidak sah, nah, bersumpaklah anda dengan ulamak yang anda kata sah dan betul.
Dua puluh satu.=21
Sebanyak itu penangguhan dilakukan oleh pihak Anwar Ibrahim, suatu yang melampau dan tidak adil kepada Saiful. Saya ulang "TIDAK ADIL", yang paling teruk, belum apa-apa lagi minta kes dibatalkan. Anwar kaya, barisan peguamnya yang hebat-hebat berbanding saiful dengan beberapa peguam sahaja. 21 kali itu cukup pedih dan lama. Apakah anda fikir ? Adakah Anwar sedang lari dari sesuatu.
Sekarang, saya mengikuti perbicaraan dari semasa ke semasa.
Kes ini agak "berprofile tinggi", dan memberi kesan direct kepada badan politik dan negara Malaysia, kerana Anwar ialah bakal PM, dengan idea 16 September ,bila Pembangkang boleh kuasai Putrajaya. Jika "bakal", kononnya, merupakan seorang "XXXXXX" , nauzubillah.
Namun saya berharap kepada warga Malaysia, khususnya Anak Johor, sama-samalah kita berdoa agar kemenangan bersama Pihak yang benar.
Kenapa hari ini saya menulis panjang lebar, adalah untuk menyedarkan anda mahasiswa dengan isu morality pemimpin kita, agar kita dapat jadikan teladan dihari muka. Penulisan saya pun lansung tidak bercanggah dengan pendirian saya, dan jika ada antara anda tidak bersetuju, tutup pages, jumpa saya kalau nak bincang apa-apa.
Dalam posting sebelum ini, jelas dan bersangkutan apa kaitan dengan Pro-M,pembangkang, Anwar Ibrahim, morality. Jangan salahkan saya menyebut Pro-M, jumpa saya jika nak bincang. Sebab itu saya tidak bangga dengan logo Pro-M. Saya tak salahkan anda jika tidak bersetuju, namun nasihat saya, buat pembacaan dan kajian dahulu.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik disini