Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Thursday, February 18, 2010

Perempuan

Salam,to All

Hari ni rasa nak cerita sedikit pasal perempuan, ye la kita laki, takkan nak cerita pasal lelaki, boleh tapi agak janggal juga jika nak kaitkan dengan peribadi.

Pengurusan
Kadang kita fikir jadi perempuan ni agak leceh juga, ye la, laki macam kita ni sempoi je. Perempuan ni nampak macam terurus sikit kerjanya, kalau ada 10 step, maka satu demi satu step dia akan ikut, lelaki ni kalau boleh nak skip je mana-mana step tu.Tengoklah dari segi pakaian, lelaki ni ringkas ja, pompuan...hmm kalau xleh jadi cam Siti Nurhaliza,memang tak sah..

Mekap
Fuh..yang ni satu hal, pompuan kalau tak setengah jam, tak sah..bedak sana sini, betulkan itu ini. Kalau yang muslimah sikit tu sama juga, tapi mungkin tak bermekap sangat. Tapi kalau prempuan biasa,hmm..memang tau nak melawa je..apatah lagi kalau yang jenis "rock"..eeeee...realiti yang kena hadapi.
Tak cukup mekap dan berkemas kat bilik, nah..cermin yang ada kat tepi jalan tu jadi mangsa. Ade satu kes motor saya jadi mangsa...my set mirror.

Tak Puas Hati dengan diri
Ni satu hal..tak puas hati, mereka ni suka sangat claim gemuk la,nak diet la, bulat la, banyak isi la...tembam..tembok la..macam-macam. Memang penampilan penting,namun kalau boleh tak perlu la hebahkan, kalau nak diet, diet la kan..takde sapa nak larang. Tapi jangan la sampai tak makan..kang kena gastrik baru tahu.

Mengumpat
Perempuan kalau mengumpat memang sebati..kalau tak pasal artis, pasal pakaian, takpun cerita-cerita cinta.
Gosip sana sini, last-last tak dapat apa pun. Paling takutkan bila mengumpat pasal keburukan orang lain..huhu..puasa la ye. Lelaki ni rileks je rasanya, kalau nak bercakap pun pasal perkara yang lebih serius, political view, kenderaan, dan bola boleh la masuk. Tapi kadang2 mengumpat juga,tapi masih terkawal.

Makan
Pompuan ni kalau nak cakap membazir bab makan ni, boleh la juga, ia bersandarkan kepda pengalaman saya la tengok cara mereka makan. Makanan diambil banyak, pastu makannya sikit,banyak pula terbuang. Laki ni ada juga jenis begitu,tapi tak kritikal, kalau tulang ayam or ikan  tu rapuh, nescaya tulang pun makan.

Susah nak berdikari
Macam sesuai dengan perempuan, mereka ni jarang kalau kita jumpa berseorangan, mesti berteman(bukan berteman lelaki)..kalau nak pegi makan pun berdua atau ber-3. Kadang-kadang nak pegi tandas pun nak berteman..memang la tak dinafikan soal keselamatan kena jaga, tapi biasa reason berteman lebih kepada psikologi diorang tu sendiri. Lelaki ni, boleh berdikari walau berseorangan. Buat hal masing-masing pun ok.

Mengadu
Yang ni untuk lelaki yang dah ber"teman" tu atau dah berkahwin tu faham-faham je la ye. Kalau nak bercerita tentang sakit kaki pun ambil masa yang lama, yang tak tahan tu, diulang pula cerita tu. Lelaki ni pula dicipta untuk jadi pendengar..jadi dengar je la. Kadang-kadang kita lelaki ni dah bagi solution berkali-kali, tapi macam kita tak ada apa-apa. Nak juga dia cerita benda yang sama.

Marah-marah
Perkara ni lelaki kena faham la, tapi jangan lebih-lebih. Kita kena tahu la mereka ni tiap2 28-35 hari(berbeza setiap orang) akan mengalami suatu perubahan yang difitrahkan(fix dan takleh ubah2), paling ketara pada hari dekat2 28 tuh, mood diorang ni tak elok sikit. Tu la tugas lelaki kalau rasa terpinggir atau kena marah, buat tak tahu je la. Tapi diorang ni perlukan sokongan,kalau nampak distress, cubalah bantu.

Tumpuan
Pompuan ni umumnya kita tahu kalau kat U ker atau sekolah memang ramai(petanda nak kiamat).Kenapa?..sebab tumpuan mereka jelas. Bukan mereka pandai atau lelaki kurang cerdik. tapi kelebihan menumpu pada banyak perkara membuatkan mereka senang buat kerja. Lelaki ni kalau gi kedai nak beli kasut, maka kasutlah dalam otak.Pompuan ni sukar diduga..sambil nak beli baju, singgah kedai tempat tudung la, usha beg,fuh. Kalau yang dah beristeri tu harap banyak bersabar la ye, bawa kerusi dan paper untuk dibaca sambil menungggu. Begitu juga bila masak,sambil tumis bawang, boleh blend cili, kacau gulai atas dapur sambil tengok tv. Kalau lelaki..fokus2..kalau tak susah la..silap2 hangit ikan goreng.

General..
Kalau kita buat kesimpulan secara general ni memang diorang ni cerewet sikit.Mereka ni mudah terpengaruh dan sensitif. Kadang2 benda kecil pun boleh jadi masalah besar.Ini baru sedikit ulasan pasal perempuan,kalau nak betul2 berbicara,esok pun belum tentu habis. Belum masuk bab nikah kawin lagi(sikit2 ade la).Apapun tanpa mereka siapa la kita. Kerana mereka itu tuhan ciptakan dari rusuk lelaki,lemah dan sensitif..kdang air mata mereka bisa melunturkan jiwa keras seorang lelaki.

Bagi perempuan yang tak bersetuju,..maaf la ye kalau tersalah kata atau terlebih bicara. Cuma berkongsi pandangan seorang lelaki.

Tautan Fikiran

1 comment:

  1. salam..banyak kebenaran dalam entry ni..sayer suka..buku yang sayer tgh baca ni memang bagus untuk dibaca tajuknyer 'men are from mars, women are from venus'..kira buku ni ada kaitanlah ngn entry ni

    ReplyDelete

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails