Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Friday, February 26, 2010

Hudud dan Qisas atau Undang-undang Agama

Salam.

"Kalau rakyat tak terima, tak mungkin dapat lakukan".

Itu antara jawapan yang diberikan oleh pensyarah saya mengenai pertanyaan mengenai keyakinan dan peluang pembangkang dalam penggubalan Perlembagaan untuk laksanakan "hudud dan qisas".
Tak perlu kita bincang polititk yang serius, sebab bukan semua politik itu serius.

Hudud dan Qisas, sememangnya ia merupakan hukum Islam dan ada dalam al-Quran, bermaksud dari Allah dan penuh hikmah. Namun ada beberapa ulasan penting yang kita harus tahu dari sembrono menuduh umara dan ulama bersekongkol dalam mainan hukum.

PAS, dahulunya memperjuangkan ideologi negara Islam, dan rata-rata ceramahnya menekankan hukum hudud dan qisas serta ingin melaksanakannya di Malaysia. Tapi dari dahulu sampai sekarang masih tidak dapat lakukan. Di sini perkara pokok ialah "kenapa".

Pas pernah luluskan enakmen hudud dan qisas di Kelantan, termasuk juga Terengganu ketika menang Pru 11. Namum, apa kesudahan? Masih tidak dapat? Kenapa? Semua gara-gara perlembagaan.Kita akui perlembagaan terletak pada aras paling tinggi dalam struktur pertadbiran di Malaysia. Ringkasnya begini, kerajaan negeri boleh meluluskan undang2 di dalam dewan undangan negeri, namum semua perbicaraan, hakim akan berpandukan perlembagaan, mana2 peraturan yang bercanggah dengan perlembagaan automatik akan terbatal dengan sendiri. Disinilah justifikasi mudah yang dapat dihuraikan kenapa kerajaan BN tidak lakukan Hudud dan Qisas termasuk Pas sendiri di Kelantan dan Terenganu.

Kita perlu tahu bahawa hukuman syariah paling maksima ialah mengikut ringkasan nisbah 3:5:6, iaitu apa2 kesalahan ialah RM3000 denda, 5 tahun penjara dan 6 kali sebatan.Itulah nasib undang2 Islam.

Sebenarnya bukan Islam sahaja berundang2 seperti ini, jika kita buka kitab Injil dan Taurat, undang2nya ada yang sama dengan termaktub dalam Al-Quran seperti hukuman bunuh bagi pesalah zina yang wujud dalam injil. Maha Suci Allah.

Saya agak lucu mendengar jawapan student non-muslim mengenai soalan "adakah undang2 hudud dan qisas ini kejam", jawapan nya macam nak-tak-nak keluar dalam slow..."kejam". Nah apabila ditunjuk bahawa dalam kitab injil dan taurat pun ada semua terlopong terutama yang kristian.

Apabila sesi kuliah berakhir, saya bertindak bertanyakan soalan yang agak psikologi, tujuan saya supaya pensyarah yang pada hemat saya bias dan student non-muslim yang masih tidak sedar berfikir. Jawapan penyarah saya terima dengan puas hati dan reaksi non-muslim pada pemerhatian saya,menunjukkan mereka berfikir.

Soalan Saya:
"Saya nak bertanya sesuatu, kita tahu bahawa undang2 Islam,iaitu hudud dan qisas serta takzir(ta'azir) ini amat baik dan ianya juga terkandung dalam Injil dan Taurat, namum di Malaysia kita masih tidak dapat lakukan walaupun telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu, disebabkan oleh kekangan percanggahan dengan Perlembagaan. Jadi satu2nya cara untuk laksanakan undang2 hudud dan qisas ini ialah dengan menggubal Perlembagaan,yang mana proses penggubalan Perlembagaan memerlukan sekurang2nya sokongan 2/3 ahli dewan rakyat(MP's). Kalau kita mengharapkan kerajaan BN-UMNO-MIC-MCA dan parti komponen lain, memang kita tiada harapan nak gubal Perlembagaan. Adakah jika kita gantikan kerajaan sedia ada, atau jika Pas atau Pakatan Rakyat contohnya menang dan menguasai 2/3 kerusi, adakah JAMINAN bahawa pengubalan Perlembagaan dapat dilakukan dan seterusnya memberi peluang Undang2 islam, hudud dan qisas ini dapat dijalankan?".
Itu merupakan soalan maut saya pada pensyarah, menyebabkan dia tanya saya "Kalau pendapat awak?". Saya jawab "saya mahu pendapat encik". Saya dah agak jawapan yang akan keluar.

Kesimpulan jawapannya ialah :"Tidak ada jaminan undang2 ini akan dilakukan walau PAS atau kerajaan baru memerintah sekalipun" sebab jika rakyat majoritinya menolak atau tidak terdidik, tak mungkin boleh dilakukan, perlunya rampasan kuasa atau drastic action kepada benda ini. Dia memberi contoh negara Islam di Africa, walau majoriti rakyat menolak, tak dapat dilakukan hukum hudud dan qisas.

Sesungguhnya jawapannya membuat saya tersenyum dan terasa puas bukan kerana indahnya jawapan tersebut, tetapi sebab saya melihat bahawa Perjuangan Pas adalah dongengan dan sia-sia, bukan bermaksud saya tolak perjuangan Pas , tetapi PAS dahulu bukanlah PAS sekarang. PAS sekarang sudah tidak relevan dalam perjuangan hukum dan negara Islam. Saya mengharapkan ada kemunculan organisasi baru memperjuangkan Islam di Malaysia. Insyaallah.

Tautan Fikiran

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails