Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Sunday, January 31, 2010

PERLU BACA dan BUAT PENILAIAN!!

Keputusan PRK: Mahasiswa Pro Pembangkang Semakin Ekstrems

Berikut adalah SMS ugutan yang dihantar kepada salah seorang mahasiswa Pro Aspirasi di Universiti Malaya. Ianya dihantar berikutan kekalahan tipis Pro Mahasiswa dalam pilihan raya kampus. Pro M biarpun kalah, tetapi menang 7 daripada 8 kerusi di kawasan umum. Namun mereka gagal menerima kekalahan dan bertindak ganas terhadap HEP dan pelajar yang tidak sependapat dengan mereka. Majoriti IPTA dikuasai oleh Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini. 17 IPTA sudah dimenangi oleh pelajar yang pro Aspirasi.

Di UIA, beberapa orang calon bebas bertindak beralih arah dan menyokong pelajar yang pro Aspirasi setelah melihat kelakuan ektrems kumpulan Pro Mahasiswa di UKM dan UM. Pro Mahasiswa juga hilang penguasaan di UNIMAS, bila kumpulan pelajar di sana menolak sepenuhnya "warna oren" untuk kuasai MPP. Hanya UMT yang dikuasai oleh kumpulan pelajar pembangkang. Itupun kerana faktor calon yang boleh bertanding MPP adalah di paras minima, iaitu 2.0 CGPA. Manakala di UTHM, pilihan raya kampus ditunda ke suatu tarikh yang lain.
Gambar atas menunjukkan kumpulan pelajar Pro M telah mengepung dan menyerbu masuk pejabat Naib Canselor di Universiti Malaya pada 29 Januari 2010 setelah mereka kalah dalam PRK. Mengapakah Pro Mahasiswa perlu menjadi radikal, provokatif dan ektrems sebegini?. Sedangkan mereka rata-ratanya datang dari Akademi Pengajian Islam? Apakah Islam mengajar kita untuk bertindak di luar batasan bila keputusan tidak menyebelahi kita? Dalam isu kalimah Allah SWT, tiada seorang pun pelajar Pro M yang berani bersuara kerana takut dengan bayangan Anwar Ibrahim. Kerana agama mereka takut, tetapi kerana kepentingan kelompok sendiri mereka bertindak di luar batasan.
Pelajar Pro M bertindak menendang CPU dan monitor komputer sebagai membantah e-voting. Setahun yang lepas, bila mereka menang dan menguasai MPP apakah aktiviti dan faedah besar yang mereka sumbangkan kepada pelajar di UM? Tiada sebarang impak yang positif ke arah pembangunan akademik dan menjaga kebajikan pelajar secara lebih berfokus diadakan oleh mereka. Aktiviti yang dibuat hanyalah berdemonstrasi, berkonflik dengan HEP dan menjemput beberapa tokoh pembangkang masuk ke dalam Universiti Malaya. Teresa Kok, Nik Nazmi dan beberapa orang lagi wakil rakyat PKR, PAS dan DAP masuk ke kampus atas jemputan MPP yang dikuasai Pro M. Apakah mereka ini yang meracuni fikiran pelajar ini menjadi ekstrems sebegitu rupa? Beranikah wakil rakyat pembangkang tersebut menegur perbuatan Pro M yang melampaui batas ini? Dari mana Pro M dapat sebegitu banyak duit untuk buat banner, badut, baju, bendera dalam kempen PRK kali ini? Ada sesiapa yang membantu gerakan mereka?
Di UKM, pada 28 Januari 2010, pelajar pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengepung dan menyerbu masuk ke tempat pengiraan undi. Malah TNC HEP yang berada di dalam tempat pengiraan undi diugut dan diancam keselamatannya. Mereka dakwa pentadbiran UKM dengan macam macam tuduhan kerana kalah dalam PRK. Lebih memalukan lagi bila melihat pelajar-pelajar perempuan GMUKM menjerit-jerit dan bertindak kurang beradab. Apakah ini yang diajar di Fakulti Pengajian Islam UKM?

Apakah sebenarnya dicari oleh Pro M ini? Mereka mahu belajar atau mahu menjadi aktivis politik sepenuh masa? Jika mereka mahu menjadi aktivis politik, elok kiranya mereka berpindah ke universiti lain yang lebih demokratik di bawah kerajaan DAP, PKR dan PAS. Berdemolah minta agar Khalid Ibrahim (MB Selangor) memberikan RM1,000 kepada pelajar tahun satu yang baru masuk universiti. Sebagaimana yang dijanjikannya dalam motto pilihan raya umum. Jika tidak, PTPTN tidak perlu membazirkan duit rakyat untuk menyara pelajar yang tidak minat belajar ini. Mintalah wakil rakyat pembangkang tubuhkan dana khas bagi menyara pengajian pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang ini. Universiti adalah tempat untuk belajar. Hormatilah hak majoriti pelajar lain yang telah bersuara melalui undi.

Sumber:Angin Perubahan

Komen Suhaimi : Tak jauh tersasar dari ulasan,telahan dan pandangan saya sebelum ini. Walaupun di UTM tidak ekstrem sebegini,tak mustahil ianya akan berlaku. Mahasiswa jangan hanya tahu berdemo dan terikut dengan perkara sebegini. Fikirkan kesan jangka panjang berbanding kepuasan jangka pendek.

Sudah namanya Pro-M,  maka Pro-M UTM harus bertindak mengelakkan perkara begini berlaku di UTM yang tercinta.

Tiada keselesaan jika tiada keamanan.

3 comments:

  1. adakh u kamu menggunakn sistem e-voting....inilah mslhnya bila tidak mmpercayai e-voting...kami sbg student SE d UMT...mmng menyokong n mempercayai sistem e-voting.sue pernh tgh die yer coding coz lecture sue prnh tnjuk ddlm kls.....d UMT sistem e-voting tlh dguna pakai sejak thn 90 an-lg @ awl dr e2 lg...y mana mase 2 UMT maseh d bwh UPM.. sistem e-voting y dguna pakai d UMT dibgunkn olh lecture kami n sistem ini adlh tulus n ikhlas y mana HEPA x blh msk cmpr n password pula hnya lectre kami y membgunkn ia shja y tau..HEPA hanya mengetahui bagaimana mnggunkn sistem e2 shj...dan sistem ini x ada penyelewengan lngsung..sgla keputusan pengundian adlh betul dr undian pelajar sdri... dan sistem e-voting y dguna pakai olh UMT ini pernh dtawarkn kpd Universiti laen tp universiti tersebut x mau kn sistem y kami guna kerna ia terlalu jujur..... kemenangan pro-mahasiswa d UMT adlh pilihn student sdri ..... huhu d UMT kami yer mahasiswa x de lg buat kecoh... n x ada bnthn dr pelajar...dr segi bkptsn prk... maybe kami jauh dr pengaruh luar+ brda d luar bndr.... n student sini jg x ramai ..

    ReplyDelete
  2. huhu jgn kn sorang buat silap sume satu comunity dslhkn.... x ad sorng pon d dunia ni sempurna + x ad y x pernh buat slh...mungkn dsebabkan perasaan x puas hati + malu n marah emosi menguasai akal fikiran y waras..... kn bgus kalu kite terima ga redha n bersama2 membangunkn universiti kite... bkn kah matlamat kita sama...

    ReplyDelete
  3. UTM masih menggunakan undian secara manual, pakai kertas lagi, ini kerana TNC mempertimbangkan suara sekelompok pelajar yg membantah. Walaupun tekpaksa korbankan status "Teknologi" universiti demi pelajar. Namum, masih ada kelompok pelajar yg masih belum puas dan sentiasa mencari kesalahan.

    Memang tiada yang sempurna dalam dunia ini, namum bersyukurlah dengan apa yang ada.

    Baguslah sikap Pro-M di UMT jika begitu,
    Walaupun kita berbeda pandangan namun harus diingat objektif kita adalah sama, iaitu membangunkan Universiti ke tahap yang lebih cemerlang.

    InsyaAllah

    ReplyDelete

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails