Itulah ungkapan yang mampu aku huraikan setelah melalui tido selama 7 jam semalam, 3 jam kelas ,solat Jumaat 1 jam setengah,bergayut 1 jam, sembang dengan roomate setengah jam, salin report 15 minit, jogging selama sejam dari pukul 5.30-6.30.Teruknya hari ni jogging naik balai cerap UTM dengan kudrat yang ada. Rasa cramp pun ada,bayangkan dah hampir sebulan dah tak naik bukit tu. Badan pun lemak semacam, namun sebab tadi dah jogging, lemak dah kurang 0.5 peratus,jap lagi kena diet la.
Siv-SEP,mulanya agak keliru untuk membuat keputusan memandangkan malam ni nak jumpa dengan rakan committe SIV-SEP 10'. Malam ni adalah sambungan semalam,namun melibatkan mesyuarat ringkas untuk mencari dana tambahan bagi menyelesaikan masalah kekurangan dana sekaligus Nurul nak cakap pasal buat tambahan permintaan dana kepada HEP.
Risaunya bukan apa, seboleh mungkin nak "reduce" kan kos yang terlibat dalam program kelas iaitu SIV-SEP ini. Izzati pula inginkan semua kawan-kawan sekelas membeli baju F1 yang berharga RM0.06k satu. Hal inilah yang "create" problem baru dan sebabkan rakan-rakan mula confius untuk membuat pilihan pada mulanya.
Sebanarnya,baju ni kalau boleh bukanlah "compulsory" kepada stdent kelas yang lain. Namun, bila ia dicombine bersama program, masalah timbul sebab sangka jika tak beli baju, maknanya tak dapat join program. Namun nilai program ada pada "site-visit",bukan pada baju. Hasratnya inginkan keseragaman memang baik , namum masalah kewangan kadang-kadang mencengkam.Lagipun bayaran utama adalah penginapan dan makan. At least satu kepala kena keluarkan Rm0.025k* lebih kurang. Belum kira makan.
Jadi malam ni, aku ada cadangan yang agak baik, namun jika ia tidak mendapat komitmen, agak susah dan pasti tiada guna. Komitmen ini harus dilakukan sekurangnya minggu ini untuk kertas kerja dan minggu lain untuk kelulusan. Jika tiada masalah, insyaallah lepas raya Cina, kita boleh jalankannya.
Detail pasal cadangan akan dikeluarkan esok
Doakan semoga kita berjaya.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik disini