Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Wednesday, October 6, 2010

Lemak r

Salam
Malam ni ada test PSM, bukan kira2 tapi just theory dan fakta..
Kalau membaca, semua dah baca, tapi pemahamannya?
Markah nanti indicatornya. Apapun aku cuba memahamkan sesiapa yang belum faham pasal PSM ni.

PSM ni sepanjang pengetahuanku ialah project dan kajian yang harus dilakukan oleh mahasiswa universiti untuk melayakkan dia graduate. Banyak kena buat, literature review, introduction, method, analisys dan penting sekali mendokumenkan serta present kat orang ramai.(part ni yang lack sikit ni). Pukul ratanya, keilmiahan project hanya luaran,yang penting diterapkan ialah How to do it. Bagilah nama tajuk, jenis, hebat dan kreatif manapun project kamu, semua tu tak penting sangat, yang penting macam mana kamu nak conduct project tersebut ikut sequences yang diterima pakai semua.

Banyak ketegori research, kalau research aku pasal Energy-Cost Saving, jenis constructive dalam bidang dan Explotary dalam UTM, apa yang aku ingat ialah: 
  • Explotary research : maknanya jenis kita identify new problem, bukan problem yang dah orang lain identify sebelum ni.
  • Constructive research: Kita develop solution kepada sesuatu problem.
  • Empirical research : Kita test feasibility(kebolehlaksanaan) sesuatu solution tersebut. Ketegori ni banyak guna empirikal evidence.
Ada beberapa stage yang perlu kita turuti dan fahami dalam research, jika tak ikut boleh create problem kepada research kita, antaranya:
1. Fikir tentang topic yang sesuai, boleh dilaksanakan. Dalam berfikir cuba identify problem. Dalam research aku buat pasal energy sebab aku tertarik mengenai pembaziran tenaga di Campus university di UTM.
2.Kedua ialah mengenai Preparation proposal ~ kita kena letakkan dalam proposal ni maklumat yang menyokong kajian kita seperti objective, tujuan dan expectations kita. Tu sebab kita buat 3 Chapter yang merangkumi Intro, Literature review dan Method kita.
3.Conduct research: Ni bab penting untuk dapatkan maklumat, kumpul maklumat dan analisa.
4.Write Research paper: Tulis mengenai kajian kita, sehebat mana pun research memang sia2 kalau tak dapat tulis dengan proper.

Ada orang tanya kenapa perlu buat literature review. Aku faham sebab bab ni paling mengambil masa dan meletihkan otak membaca bahan2. Sebenarnya inilah yang menyumbang paling banyak. Boleh rujuk jurnal, thesis dan internet. Kenapa?
1.Provide background kepada research yang kita nak buat, bidang apa, specific arah mana, dan teknik yang kita nak guna pakai atau telah diguna pakai.
2.Kita nak cari fakta dan maklumat yang boleh menyokong research question kita.(Research question tu dalam Introduction).
3.Establish what we need for research, dan nak memastikan kita ni ada pengetahuan dalam bidang kajian yang kita nak.

Dalam research design(rekabentuk), kita boleh klasifikasikannya kepada 3 jenis iaitu:
kalau berdasarkan tujuan
  • Basic
  • Applied
  • Action
Jika didasarkan kepada method
  • Historical
  • Experimental
  • Descriptive(case study,survey. content analysis)
  • Ex-post facto
  • Correlation
Bila kita dah conduct research, kena la analyse pula. Melalui pemahaman aku sebagai pengkaji, kita boleh analyse pakai beberapa research tool. Antaranya
  1. Statistics(yang kita belajar pasal median, min,mod tu la)
  2. Model
  3. Standard(ni kena ikut step dan compare result dengan standard yang telah ada). Contohnya nak kira BOD la kan, kena ikut step mengira BOD tersebut dan compare dengan Standar A atau B.
Linear regression ni menarik sikit, sebab aku boleh bagi contoh dan asumsi yang kita buat.
Pertimbangkan equation ni,

Y= a + bX
a=persilangan paksi y
b=kecerunan

Melihat kepada perkara ni, asumsi yang kita oleh buat ialah
  1. For any value of independent variable X, the value of dependent normally distributed about regression line.
  2. s,Standard Deviation for each dependent variable must be the same for each value of independent variable.
Faham tak? Maksudnya setiap nilai X(tak bersandar), nilai yang bersandar(Y) ni berterabur secara normal pada regression line.


Ini serba sedikit asas yang boleh dijadikan panduan anda semua.
Apapun, diharap ia membantu anda sekalian.

A.Suhaimi A.S
6/10/2010
4 pm

2 comments:

  1. Thanks a lot.. It help me lots in propsal writing..

    ReplyDelete
  2. You are welcome...
    But, very nice if u can write ur name...
    Anyway..enjoy read it.

    ReplyDelete

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails