Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Monday, March 8, 2010

SiV-CEP '10 (Site Visit for Civil Engineering Purpose 2010)

Salam to All

Gaya salam saya dah mirip Zulkifli Nordin, Mp yang baru dipecat dari sebuah organisasi politik di Kedah. So taknak cakap pasal politik, kerana nak cerita pasal Site Visit dari 4hb hingga 6 Mac. Sungguh padat dan bermakna. Penglibatan 54 orang mahasiswa G2S1 dan 2 orang pensyarah pengiring di N9,KL,Putrajaya.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan lebih berjaya dari apa yang dijangka pada awalnya. Segala detail site visit ini mungkin akan dinukilkan pada posting seterusnya nanti.

Cuma nak meluahkan rasa bangga dan puas hati dengan segala usaha, penat lelah selama ini berbaloi. Terlalu banyak yang dipelajari di site berbanding di kelas. Amat teruja dengan keadaan sebenar dan maklumat baru dan berkualiti.

Amat berterima kasih dengan Dr.Khairulzan dan En.Yunus, sanggup berjauhan dengan anak isteri semata-mata untuk bersama dengan kami sepanjang program. Juga ucapan tahniah kepada Jawatankuasa site visit kerana kerjasama anda, tidak lupa juga peserta yang melibatkan diri.

Majoriti peserta berada pada tahap moral yang tertinggi, dan excited dengan perjalanan program. Tahniah kerana anda membuat pilihan yang terbaik dengan melibatkan diri dengan program ini.

Posting detail akan dibuat selepas test steel 12hb nanti, insyaallah.
Assalamualailkum.

Tautan Fikiran

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails