Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Tuesday, March 16, 2010

English dan Perangai

Salam to Alls



Actually now i'm very busy..With assignment, project and many others thing that you'll not know untill you are Civil Engineering's student. This semester is very crowded with everything. You'll know if you are Civil Engineering's Student..

Maaf dengan English penuh kesalahan ini. Sebenarnya aku sudah mula sedar akan pentingnya mempelajari English sejak mula memasuki matrikulasi. Diharapkan sekolah, English adalah penyumbang utama peluang ke MRSM tertolak walaupun keputusan PMR aku 7A. English ini menyebabkan Muet hanyalah band 3 .

English juga penyebab usahaku bertambah untuk membuat PSM dengan salah seorang lecturer yang mengajarku. Tapi peluang itu masih terbuka dan rasanya cerah, cuma perlu menunggu masa sahaja.

Minggu ni walau kelas dah habis, asignment dan projek terlalu banyak sampai letih untuk berbicara mengenainya. Tapi diri masih waras dan terus waras.Sekarang nak berbicara perangai rakan-rakan ku yang kenal dan amati.



Provokasi

Terkadang pelik melihat manusia yang suka memprovokasi orang lain. Rasanya tiada guna tindakan memprovokasi jika ianya tidak membawa manfaat, namun sekadar memalukan orang lain. Peneranganku berdasarkan tindakan provokasi keatas rakan-rakan yang sedang membuat "presentation" dalam kelas. Bagiku ianya amat tidak bijak,memalukan dan bertindak dengan niat yang salah. Sedar-sedarlah bahawa jangan ingat rakan boleh terima dengan apa yang kita lakukan, adat orang dewasa jika terasa hati akan dipendam. Jadi nasihatku janganlah terlalu asyik memprovokasi orang lain sedangkan diri sendiri belum tentu mampu melakukannya. Lebih baik kita beri sokongan moral dari menjatuhkan maruah seseorang.



Rasa pandai
Terkadang ada yang rasa terlalu pandai dan tidak boleh ditegur. Semua yang orang lain bicarakan maka sibuklah dia. Apa yang dibicarakan akan direndah-rendahkan. Bagi aku orang semacam ini manusia yang tension dengan diri sendiri dan kelemahan diri. Dia akan cuba merendahkan dan menyalahkan pihak lain demi menunjukkan dirinya terbaik.Janganlah syok sendiri, hormatilah orang lain jika mahu diri dihormati. Jangan ingat pangkat itu boleh dibawa sampai lubang kubur.



Pendirian tak tetap dan mudah terpengaruh
Ada juga yang jenis tidak tetap pendirian dan selalu nak ikut apa yang orang lain buat. Tindakan selalu berubah, terkadang tegas terkadang tidak. Terkadang serius terkadang tidak. Yang paling utama selalu terikut-ikut dengan orang lain. Tolonglah, kesian ku lihat, bukan kita ini kecil untuk buat keputusan sendiri.

Malas nak hurai perangai rakan-rakan yang berbeza-beza ini. Namun perangai sendiri hanya orang lain boleh menilai. Namun cubalah jaga perangai kita. Rasanya cukup malam ni nak berbicara..sibuk la.Ada kesempatan lain kali posting lagi.

Tautan Fikiran

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails