Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Sunday, March 6, 2011

The Arrival and The Gathering

The Arrival

Pasal apa aku mahu tulis mengenai perkara ini. Sebab aku baru khatam "the arrival". Semuanya 51 Episod dan setiap episod sekitar 10 minit. Menelaah perkara-perkara dalam pendedahan the arrival bukan perkara yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan penelitian.

Susunan bahagian dalam "The arrival' ini ibarat silibus pembelajaran yang benar-benar berkesan. Bagaimana kita didedahkan dengan teori konspirasi, secret society, The new world order, Bohemian, Woman in red, Djinn, Lucifer, UFO, Antichrist, Dajjal, Al-Mahdi, Al-Quran, 11 september, Kabbala, Jews, Pharaoh...dab banyak perkara lain.

Pemahaman dari satu peringkat , disertakan dengan pembuktian-pembuktian, ke satu peringkat yang lebih tinggi sememangnya membuka mata sesiapa yang dapat menghadamnya dengan baik. Ia bukan setakat memberi maklumat yang tidak pernah kita tahu, malah akan menyebabkan diri anda berada dipersimpangan antara 2 alam. Alam dunia dan Alam Ghaib..2 alam yang anda percaya namun seringkali melebihkan kepercayaan pada dunia sahaja.

Maka disarankan sesiapa yang belum menontonya, silalah mula menonton dan rasai sendiri apa yang aku telah katakan.


Jika berniat mahu mendownload, boleh ker http://www.mediafire.com/?3msbljjj3vdet



THE GATHERING

Terima kasih kepada IQ dengan idea untuk gathering utm blogger..dalam posting 

KaMi bLoGgEr AkTiF uTm


Boleh dipertimbangkan sebagai salah satu aktiviti yang merapatkan jalinan sesama blogger di UTM.

Blog hanya untuk orang2 bijak.

Mempunyai blog adalah satu perkara yang melebihi orang normal yang tidak berblog. Melontar pandangan, pendapat, kritikan dalam blog ibarat melontar idea2 , mengunakan sepenuhnya hak bersuara.
Blog bukanlah mangsa, tetapi lidah manusia yang diterjemahkan tanpa bunyi. Sebab itulah emosi, perasaan boleh diextract dalam blog seseorang..sebab itulah membaca tulisan ibarat mendengar kata2 yang berintonasi..kadang2 melucukan,..kadang2 menyedihkan.

Bagiku, dengan membaca blog seseorang, aku dapat mengklasifikasi jenis pemikiran orang tersebut. Sebab itu dalam banyak kesm,aku boleh menduga apakah jenis entry yang seseorang selalu lakukan. Tapi hal tersebut masih mengehadkan kita menjalin perkenalan yang sebenar.

Oleh itu aku menyokong jika ada gathering untuk utmblogger ni..
maaf lah izQis.. tak leh wat entry khas untuk ini, kena campur 2 dalam 1..sebab x cukup masa..
sibuklah semenjak 2 menjak ni..

Apapun inform la ye jika jadi gathering,,insyaallah jika tiada aral melintang..
Tak lupa juga rakan2 sekelas
ArayuAlan, E'cham Kun, Faiz Kecik, Din

1 comment:

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails