Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Saturday, February 13, 2010

Kisah misteri L27...penuh debaran

Takutnya...

Kisah ini baru saja kualami dan tengah mengalaminya..kisah di tempat kediamanku di L27.

hampir saja ku labelkan sebagai "kisah paling seram",harap sesiapa yang mudah lemah semangat, sila cepat-cepat tutup page ini,jangan habiskan..kalau nak habiskan juga, sila pastikan anda baca sambil tutup sebelah mata.

Pukul 12 malam:
Masa ni masih belum tidur, tangan masih kat keyboard laptop..sesekali ada cuba terasa nak online.
Tiba terasa nak pegi tandas,nak gosok gigi, keluar bilik, gelap je suasana kat aras 2 ni, berjalan beberapa lagkah..tiba-tiba terpandang sesuatu..nampak macam sesuatu berkelip-kelip, sungguh aneh.

Dalam diam dan sedikit debaran, teruskan langkah menuju destinasi, iaitu tandas, masa tu gelap, cuba buka lampu..

Click..switch ON

Cerah..ok lampu menyala

Selesai sudah kat tandas..

Berjalan menuju ke bilik..masa nak membelok.....
Perasan sesuatu lagi..benda putih...
benda putih tapi kecil..sungguh aneh..

Selalunya orang kaitkan benda putih dengan lembaga putih,apatah lagi jam dah lebih pukul 12 malam, macam-macam boleh berlaku.

Masa tu dalam otak ni fikir macam-macam.
"Boleh ker malam ni kejadian berlaku?"
"Pelik juga"
"Jangan cakap nak uji aku"
"Apa kata aku cuba malam ni?"

Aneh sungguh...biasanya time ni selalu ada orang, belum tidor..tapi malam ni semua bilik gelap, tiada suara kedengaran.

Ku masuk dalam bilik dan lihat laptopku, dan berfikir tentang apa yang ku lihat tadi..ku masih tak puas hati.

"Cahaya yang berkelip-kelip!!,Thats is the key!!"monolog dalamanku.

Aku buka pintu dan keluar bilik lagi demi melihat benda putih tadi, rupanya ianya masih ada, dalam debaran, ku berjalan dekat sedikit, jaraknya kira-kira  7 meter dariku, berkelip-kelip, seperti sedang mamandangku..sungguh cuak...

Ku bermonolog lagi...

"Aku rasa.....baik aku segera....."

Aku tergesa-gesa ke bilik dan duduk depan laptopku, atas meja ku ada Al-Quran yang ada terjemahan,hadiah dari seseorang.

Sebelum apa-apa..aku baca bismillah..

"Harap-harap boleh"

Aku pegang tetikus, gerakkan pointer ke sambungan network,
Aku perasan something..bukan satu, bukan dua, tapi 3...

Aku rasa ianya ada di sekeliling ku, tapi aku x nampak kewujudannya, maka kat tulisan "wifiUTM" aku connect.
Aku buka mozilla, dan keluar tulisan aneh..
Aku masukkan acid dan password..akhirnya keluar statement yang boleh aku fahami "user ada masa 10 saat sebelum direct ke laman yang ingit dibuka"

Aku tekan adress dan tekan facebook..akhirnya ianya boleh buka...
Alhamdulillah..aku berjaya.

Tamatlah cerita malam itu..



Nota:
Benda putih tadi ialah "router wifiUTM"
Berkelip-kelip sebab ianya ada LED tandanya ia hidup dan berfungsi.
Tiada orang kat blok sebab ini masa cuti mid-sem, semua orang balik kecuali beberapa orang di aras lain.
Cerita ini rekaan semata-mata,tiada kaitan dengan yang hidup atau yag mati.Just nak testing penulisan "horroR" menggunakan sumber yang "tak horror".

Selamat membaca.


Tautan Fikiran

Friday, February 12, 2010

Kasih burung dan ada apa dengan Valentine

Salam.
Dari mata turun ke hati..kata hati tersimpul mati. Tiada yang lebih istimewa selain kasih dari Allah.
Namun kadang-kadang manusia itu leka, bukan "Melayu yang mudah lupa", tapi otak yang tak mahu ingat, minda tidak diguna untuk berfikir.

Berfikir segenap, 2 hari lagi kafirin akan menyambut velentine, namun jangan kita leka dengan cinta seperti itu.
Suburkan cinta dengan ketakwaan kepada Allah.Insyaallah, hidupmu dilimpahi bahagia.

Makhluk Allah..kafir atau muslim, haiwan atau manusia, langit atau bumi, batu atau pasir, bulan atau matahari, syaittan atau malaikat semuanya makhluk Allah.

Kasih sayang, adalah anugerah Allah kepada makhluknya. Aku tersangatlah terharu dan terasa dengan perkataan "cinta". Mendalamnya cinta anugerah Allah kepada makhluknya. Ada kejadian yang memperlihatkan kebesaran Allah memberi "cinta" kepada makhluknya. Kisahnya mengenai burung ini, si betina yang kemalangan dan cedera dan si jantan yang mengasihinya. Kasihmu wahai sang burung.

Disaat si bertina terluka dan kecederaan yang kritikal
 

Burung jantan membawakannya makanan dan menjaganya dengan penuh kasih sayang
 


Datang lagi membawakan makanan tapi terkejut dengan kematian burung betina, ia pun berusaha untuk menggerakkan pasangannya.


Burung jantan lalu menyadari bahwa jantung hatinya telah tiada dan tidak akan kembali lagi bersamanya, ia pun menangis dengan kepedihan akan cintanya yang hilang.
 

Berdiri disampingnya dan meratap atas kematian kekasihnya.
 


Akhirnya terdiam, menyadari kekasihnya tidak akan bisa kembali lagi kepadanya, ia berdiri disamping kekasihnya itu, dengan kesedihan mendalam.
 


Mendalamnya kasih sesama makhluk. Anugerah ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tautan Fikiran

Hati dan Bicara Hati

Kenapa "Hati"

  




HATI..apa pentingnya hati..?
Apa bezanya hati dengan lain..?
hati ni wujud atau invisible..?
Hati tu heart ke jantung tu heart?
Ni persoalan..hati ni bentuk macam mana..?
Hati yang remuk tu apa...?
Kalau remuk tu macam mana?
Kenapa hati tu banyak maksud..?

Mari kita bicara ringkas...

Hati..dalam badan manusia ada hati..
tujuannya nak membaurkan lemak..yang kita ambil
Hati juga tempat terkumpul darah mati..

Hati..sebenarnya satu perkara yang penting
dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang
Kenapa hati..tidak jantung
Sebab hati anggap agung dalam diri seseorang manusia.
Hati yang baik, hasilnya perangai yang baik..
sebaliknya..
Hati yang kotor, jiwa dan diri turut kotor..

Hati..kenapa hati..
Kenapa hati..kenapa nak kaitkan dengan hati.
Sebab hati adalah ibarat diri manusia..
ye otak ada, kenapa nak pilih hati..?
Sebab hati terlalu special..
Hati tu mengambarkan perasaan manusia..?

Kenapa hati juga ?
Hati tu simbol hubungan manusia..
Simbol penampilan manusia..
Masih percaya pada hati..?
Sebab apa percaya pada hati..
Sebab hati tu mengarah manusia bertindak?
Otak yang buat ..hati yang dapat..
ye..ke ni

Oh hati.. kenapa kau itu hati?
Hati itu suatu pengharapan...
Hati itu simbol penegasan..
Balik-balik hati..
kenapa Hati lagi..

Bertuahlah jadi hati..
Banyak fungsi..dalam dan luaran
itulah simbol..itulah harapan..

Sebenarnya hati adalah sesuatu yang wujud secara saintifik, tetapi

juga ada dalam diri manusia secara "inner". Hati adalah segalanya

mengenai manusia. Dalam semua perkara ada sahaja hatinya, kita

guna hati walau kita tak sedar.

Mari kita kumpul apa yang ada kaitan dengan hati..

Baik hati
Untuk orang yang suka menolong orang lain

Murah hati
Biasanya orang yang tidak kedekut memberi

Sakit hati
Bila interakasi terganggu oleh pihak lain

Buta hati
Susah nak faham penjelasan

Makan hati
Sakit hati yang berterusan

Buah hati
Sesuatu atau seseorang yang disayangni

Cenderahati
Pemberian tanda penghargaan dan penghormatan

Puas hati
Perasaan yang muncul bila sesuatu tercapai

Hati-hati
Tingkah laku waspada

Sial beri perhatian!
Mengarahkan penumpuan kepada sesuatu

perhatikan
Tumpuan dengan fokus

Saguhati
Pemberian ringan yang tiada berkewajipan

Pemerhati
Manusia yang memfokuskan kepada sesuatu


Banyak sekali hati diguna..jadi sebab itu kita harus selalu jaga

hati kita.Insyaallah hidupmu akan menjadi tenang.


Tautan Fikiran
11 Feb 2010

Wednesday, February 10, 2010

Sustainable Development - Wujud walau tidak Sedar



Sustainability..ungkapan yang sesuai untuk setiap jenis perkara pengurusan. Apabila kita bercakap pasal Sustainable Development(SD), kita tidak boleh fikir ianya hanya bias "Develop" yang mengaruh kepada "Bina" dan seterusnya jatuh maksudnya kepada "Construct" dan automatic melayang-melayang dalam bidang pembinaan dan engineering sahaja. Sedangkan Sustain yang dimaksudkan adalah jenis "whole world thinker", not just "soloist thinker".

Apa yang perlu kita faham ialah "sistem keseluruhan " yang terhasil padu dari perancangan development tersebut,bermakna perkara dan elemen yang tidak harus tenggelam ialah Society, Environment dan Economy harus menjadi keutamaan selain dari perkara lain.

Wujud?
Ya, sudah tentu ianya sudah wujud, namun kita sahaja tidak terfikir tentang kewujudannya, sebab kita terlalu excited pada perkataan baru,term baru dan huraian baru. Sebenarnya di Malaysia, sejak zaman kemerdekaan,hingga zaman sekarang, pendekatan dan konsep beberapa perdana menteri dahulu adalah suatu "perkumpulan idea sustainable". Sebagai contoh kita ambil konsep DEB(Dasar Ekonomi Baru), sasaran adalah kepada keseimbangan kekayaan kepada rakyat terutaman Bumiputera, yang majoritinya adalah termiskin,tegar pula,maka kejayaan yang dicapai , melalui gagasan DEB tersebut sudah tentu melibatkan Society. Society mana?Sudah tentu society miskin tegar tersebut.Pembangunan disuntik melalui apa?Economy..rakyat boleh dapat keperluan asas,makan,shelter,pakaian,

Islam Hadhari
Ada orang kata "Islam Ada Hari", apa punya sempitnya otak. Islam hadhari mengajak kita menuju kepada prinsip fundamental islam,iaitu perinsip asas islami, seterusnya merujuk dan bertaqwa dengan Al-Quran dan Sunnah. Jadi isu agama baru dan ajaran baru sepatutnya tidak timbul sama sekali. Namum politiking menghentam dasar tersebut hingga layu. Alangkah sedihnya. Jika kita perhatikan prinsip asas Islam Hadhari ialah seperti berikut:
  1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
  2. Kerajaan Adil dan Beramanah.
  3. Rakyat Berjiwa Merdeka.
  4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
  5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
  6. Kehidupan Berkualiti.
  7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
  8. Keutuhan Budaya dan Moral.
  9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.
  10. Kekuatan Pertahanan.
Dalam 10 perkara ini, kita melihat komponen Society, Environment, dan Ekonomi lansung tidak tercicir, malah dasar-dasar ini sememangnya mungkin lebih sustainabilitynya berbanding dasar lain.

1malaysia, Juga sarat dengan Idea Sustainable melalui capaian KPI berteraskan 6 Bidang Keberhasilan Utama(NKRA). Penjelasan ini boleh merujuk kepada capaian laman sesawang 1Malaysia.

Changing yang tidak relevan ?

 

Bagi saya tiada apa mengelirukan berkenaan "Changing". Jelas perkataan "Past" bermaksud amalan negara didunia ini dalam Sistem Development tersebut dari dahulu, majoritinya. Perkataan "Future" adalah merujuk kepada "laluan sepatutnya", tidak boleh ditakrif sebagai "laluan" sahaja. Ini kerana kita contohnya Malaysia, mahu tidak mahu terpaksa ikut laluan, laluan macam mana? Jawapan lain ialah dari Past ke Future.

Ambil contoh, bayi lahir, bersekolah, pandai,masuk u, jadi dewasa bijak., Ini penjelasan bahawa semasa dia dewasa, dia ada past. mungkin masa sekolahnya miskin, kerja untuk dapatkan duit, dan ditakdirkan boleh berdikari, bersekolah,masuk u dan jadi bijak. Ini penjelasan.
Ok sekarang pertimbang ini,bayi lahir, bersekolah, pandai,masuk u, jadi dewasa bijakBoleh ke lahir seorang manusia terus besar pandai, terus ke future atau "laluan sepatutnya", belum pernah berlaku.

Ini bermaksud kita tidak boleh terus ke future, melainkan kita melepasi zaman sepatutnya.
DISINI, persoalan utama yang perlu difikir ialah "Range" masa.

Dalam lecture saya hanya tidak bersetuju dengan pandangan lecturer, Dr. Zai berkenaan perbandingan antara Malaysia dan Brisbane. Bukan tidak setuju dengan "perbezaan", namun cara perbezaan dibanding.

Kita negara membangun, dan di Brisbane adalah di Negara Maju.
Kalau kita buat kronologi:
Miskin----------->Membangun---------->Maju.
Bangladesh------>Malaysia-------------->Australia

Dahulunya...

Miskin----------->Membangun---------->Maju.
Malaysia--------->Australia-------------->US

Bukankah kita harus melalui phase tertentu untuk menjadi negara Maju dan Adaptasi sepenuhnya Sustainable Development ini. Kita tidak boleh bandingkan lemahnya Malaysia secara begitu kerana di Brisbane telah melalui Fasa Maju berbanding Malaysia di Fasa Membangun. Sama bezanya dengan "Professional" berbanding "Amatur", sudah tentu Pro ini lebih berpengalaman berganda-ganda bebanding Amatur. Inilah soalan yang harus kita tanya Dr.Zai nanti.

Apapun, ini hanya analisis dan pandangan saya mengenai SD ini, saya tahu ramai rakan sekelas yang mempunyai pandangan berbeza dan jauh mendalam, dan saya mengharapkan feed back berterusan agar kita mampu berbincang beberapa perkara walaupun sekecil zarah.

Saya juga percaya konsep 1Malaysia juga sarat dengan "sesuatu" yang menunggu masa kita tuai hasilnya suatu masa nanti. Dengan pemerintahan Perdana Menteri kita , Dato' Seri Najib, insyaallah akan penuh berberkatan dengan doa dan sokongan rakyat tanpa pesimistk menguasai diri, Insyaallah. 1Malaysia.

 Tautan Fikiran

Sunday, February 7, 2010

Oh..Rupanya dia Anak Johor



Salam 1Malaysia.

Senyap Mahasiswa UTM dari politik kampus, sebagaimana senyapnya blog-blog yang mengutuk HEP UTM,dasar pentadbiran secara lansung membawa kepada senyapnya calon-calon yang kalah dalam PRK.
Ya..adab pertandingan, ada menang ada kalah,namum bukan bermakna menang itu senang, kena bersedialah dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka(MPP).

Tidak salah telahan saya sebelum ini, bahawa blog-blog terlibat bakal bungkus, dan hanya "hot" ketika musim PRK, lansung tidak konsisten dalam perjuangan mahasiswa, tiada beza dengan "politik luar". Perang saraf melalui blog mereka nampaknya kurang berkesan, hanya menjadi medan ideologi kepartisan, menyebabkan mahasiswa yang membacanya pun rasa bosan,bukan cara praktis kepimpinan, namun hanya medan praktis penulisan.



Penyapulidi, nama yang sebati dengan lantai kotor dan hadiah untuk budak-budak nakal. Satu batang tidak kuat, tapi kalau 10 batang pun masih tak kuat, at least seratus batang baru boleh berguna untuk menyapu sampah, dan menakutkan kucing-kucing yang suka curi ikan di dapur. Tak silap saya gaya tulisannya seperti blog parpukari,,asyik guna (KAH..KAH..KAH..).Tapi abang parpukari sekarang dah berubah,tulisannya pun lebih mantap,cuma pendiriannya saja tetap iaitu NO TO KJ. Itu hal politik, masing-masing la kan.

Pro-M, banyak kalah di universiti awam seluruh Malaysia, termasuk UTM, saya pun pelik, logo dah cantik, baju dah cantik, strategi je kurang molek.
Evo-M, tahniah menang banyak kerusi,namun jangan lupa pada mahasiswa yang mengundi anda, laksanakan tugas dengan berkesan.
MPP,sebenarnya tak ramai,namum sebab anda dah diberi mandat, upayakan pelaksanaan dasar-dasar yang dimanifestokan dahulu. Mahasiswa sekarang peka dengan perubahan.

NEW..NEW..NEW..HOT
Apa agaknya...Anak JOHOR.

Ingatkah lagi zaman REFORMASI?
Berlaku sekitar tahun 1998 dahulu, ketika kanak-kanak lain sedang bermain lompat getah, mandi sungai, baling selipar, selambut, main tikam(TAGE~bahaso kelate),saya pun main benda sama. Namun bezanya saya mula banyak membaca helaian surat khabar, berbanding kanak-kanak lain yang banyak membaca Dragon Ball,Misteri Naga,dan Kawan serta komik

Ingatkah lagi ADIL?
Masa tu kecil lagi saya untuk politik, ketika Parti Keadilan Nasional(Sekarang PKR), menjajakan muka ANWAR IBRAHIM yang lebam ke seluruh negara ,akibat dipukul oleh KPN Rahim Nor, saya bercakap seorang diri "Ish..Ish, tak sangka TPM Malaysia jadi begitu". Namun kanak-kanak sekecil saya masih belum memahami sepenuhnya apa maksud tersirat dan tersurat disebaliknya, yang saya dengar adalah beberapa perkataan popular,iaitu LIWAT, ADIL, FITNAH, Al-Ju***i. Mau tak gelak saya dengar, maklumlah saya ni anok qelate, dan si pencipta Al-J** ialah Mat Sabu.

Tapi ketika itu aura Reformasi tersangat hebat, mahu tak mahu, jatuh 3 negeri ke tangan pembangkang pada 1999, senang-senang aura menusuk, namun tak ramai tahu "bala" mendatang. Time tu macam-macam perkara berlaku, kafir itu ini, haram itu ini, alahai, senangnya manusia kafirkan manusia. Hati-hati,kafirkan sesama muslim lain adalah satu sebab kita terbatal syahadah. Akibat terbatal syahadah adalah murtad.

Anak Johor..
Tetiba ada anak johor.
Masa 2004 menyaksikan kemenangan bergaya kerajaan BN di Malaysia, mudah menawan kembali hati rakyat dengan Pak lah sebagai icon baru PM Malaysia, dengan hormatnya Tun Abdullah(Mantan) sekarang. Namun pendekatan konsep Islam Hadhari yang diharap memecah kebuntuan menjadi perjuangan picisan dan mendatangkan political mileage kepada pembangkang. Ditambah pentadbiran ketika itu agak lesu, pemimpin tidak dekat dihati rakyat. Pelbagai keputusan merugikan rakyat diambil, dan medan blogging dikuasai sepenuhnya oleh Pembangkang. Seingat saya statistik blog penyokong kerajaan hanya bernisbah 1:70, bermakna penguasaan 98.5% media pembangkang keatas talian maya.

Kemuncak amarah diterjemah melalui Pru 12,mac 2008,memaksa kerajaan merelakan 5 negeri dikuasai pembangkang, secara kasar 3 Pas,1 Pkr,1 Dap,,namun secara mendalamnya penguasaan pentadbiran ialah 3 DAP dan 1 Pas dan 1 Campuran.

Bukan senang memahami politik jika telahan dan pemerhatian tidak dilakukan dengan behati-hati dan teliti, apatah lagi ingin mengulasnya, ia memerlukan keberanian.

Anak Johor lagi..
Sapa-sapa anak Johor , sekarang masanya ambil port.
Diceritakan teori konspirasi berlaku, seorang Anak muda ini, masih muda, agak muda dan memang muda, telah mengaku dianiayai, paksa atau rela, dapat atau tidak,disenagkan atau disusahkan oleh orang yang baru keluar dari penjara Sungai Buloh, seorang ahli Parlimen, manusia berpengaruh, manusia yang paling pandai bercakap, siapa lagi DSAI.

DSAI(Dato' Seri Anwar Ibrahim) merupakan manusia pelbagai bentuk..

Senang cerita selepas dibebaskan dari Sungai Buloh, beliau telah bekerja di Amerika, selepas dilarang berpolitik selamat 4 tahun oleh Malaysia. Itu syarat biasa bagi banduan. Sapa kawan-kawannya selain Paul Wolfowitz, seorang perancang strategis perang di Iraq yang membunuh rakyat tak bersalah. Seorang manusia Neo-Conservative. 



Berbalik kepada kisah anak muda tadi, SAIFUL, seorang ANAK JOHOR, sejak 26 Jun 2008 telah melaporkan dirinya "DiLIWAT" oleh Anwar Ibrahim. Sesuatu yang agak mengejutkan bagi rakyat marhaen biasa,serta penyokongnya, namun tidak bagi sesiapa yang mengenalinya.
Saya sendiri mengikuti perkembangan kes itu dari semasa ke semasa, membuat penilaian ,bermula dari pengakuan, penafian, sumpah laknat dan perbicaraan.

Anak Muda, Saiful pada pandangan saya seorang yang berkeyakinan, dan berani, serta tenang dengan apa yang dilakukannya. Namun jangan sebab dia ini "ikan bilis" ,dan Anwar "ikan tuna", kita menolak keadilan untuknya. 

Sumpah laknat Saiful, mencetuskan kontroversi namun bagi saya cukup baik. Dia cuba katakan dia berkata benar. Cuba fikir orang yang sanggup bersumpah laknat, dilaknat diri dan keluarga oleh Allah, boleh kita anggap remeh, sedangkan Allah itu benar dan berkuasa, Namun Anwar Ibrahim sentisa mencari alasan dan tidak mahu bersumpah,macam-macam alasan, sampailah perbicaraan, masih belum mahu bersumpah,"Ulama cakap jangan sumpah, tahan dulu", sungguh membebalkan otak berfikir. Kalau sumpah Saiful dianggap tidak betul.tidak sah, nah, bersumpaklah anda dengan ulamak yang anda kata sah dan betul.



Dua puluh satu.=21
Sebanyak itu penangguhan dilakukan oleh pihak Anwar Ibrahim, suatu yang melampau dan tidak adil kepada Saiful. Saya ulang "TIDAK ADIL", yang paling teruk, belum apa-apa lagi minta kes dibatalkan. Anwar kaya, barisan peguamnya yang hebat-hebat berbanding saiful dengan beberapa peguam sahaja. 21 kali itu cukup pedih dan lama. Apakah anda fikir ? Adakah Anwar sedang lari dari sesuatu.

Sekarang, saya mengikuti perbicaraan dari semasa ke semasa.
Kes ini agak "berprofile tinggi", dan memberi kesan direct kepada badan politik dan negara Malaysia, kerana Anwar ialah bakal PM, dengan idea 16 September ,bila Pembangkang boleh kuasai Putrajaya. Jika "bakal", kononnya, merupakan seorang "XXXXXX" , nauzubillah.

Namun saya berharap kepada warga Malaysia, khususnya Anak Johor, sama-samalah kita berdoa agar kemenangan bersama Pihak yang benar.

Kenapa hari ini saya menulis panjang lebar, adalah untuk menyedarkan anda mahasiswa dengan isu morality pemimpin kita, agar kita dapat jadikan teladan dihari muka. Penulisan saya pun lansung tidak bercanggah dengan pendirian saya, dan jika ada antara anda tidak bersetuju, tutup pages, jumpa saya kalau nak bincang apa-apa.

Dalam posting sebelum ini, jelas dan bersangkutan apa kaitan dengan Pro-M,pembangkang, Anwar Ibrahim, morality. Jangan salahkan saya menyebut Pro-M, jumpa saya jika nak bincang. Sebab itu saya tidak bangga dengan logo Pro-M. Saya tak salahkan anda jika tidak bersetuju, namun nasihat saya, buat pembacaan dan kajian dahulu.

Sunday, January 31, 2010

PERLU BACA dan BUAT PENILAIAN!!

Keputusan PRK: Mahasiswa Pro Pembangkang Semakin Ekstrems

Berikut adalah SMS ugutan yang dihantar kepada salah seorang mahasiswa Pro Aspirasi di Universiti Malaya. Ianya dihantar berikutan kekalahan tipis Pro Mahasiswa dalam pilihan raya kampus. Pro M biarpun kalah, tetapi menang 7 daripada 8 kerusi di kawasan umum. Namun mereka gagal menerima kekalahan dan bertindak ganas terhadap HEP dan pelajar yang tidak sependapat dengan mereka. Majoriti IPTA dikuasai oleh Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini. 17 IPTA sudah dimenangi oleh pelajar yang pro Aspirasi.

Di UIA, beberapa orang calon bebas bertindak beralih arah dan menyokong pelajar yang pro Aspirasi setelah melihat kelakuan ektrems kumpulan Pro Mahasiswa di UKM dan UM. Pro Mahasiswa juga hilang penguasaan di UNIMAS, bila kumpulan pelajar di sana menolak sepenuhnya "warna oren" untuk kuasai MPP. Hanya UMT yang dikuasai oleh kumpulan pelajar pembangkang. Itupun kerana faktor calon yang boleh bertanding MPP adalah di paras minima, iaitu 2.0 CGPA. Manakala di UTHM, pilihan raya kampus ditunda ke suatu tarikh yang lain.
Gambar atas menunjukkan kumpulan pelajar Pro M telah mengepung dan menyerbu masuk pejabat Naib Canselor di Universiti Malaya pada 29 Januari 2010 setelah mereka kalah dalam PRK. Mengapakah Pro Mahasiswa perlu menjadi radikal, provokatif dan ektrems sebegini?. Sedangkan mereka rata-ratanya datang dari Akademi Pengajian Islam? Apakah Islam mengajar kita untuk bertindak di luar batasan bila keputusan tidak menyebelahi kita? Dalam isu kalimah Allah SWT, tiada seorang pun pelajar Pro M yang berani bersuara kerana takut dengan bayangan Anwar Ibrahim. Kerana agama mereka takut, tetapi kerana kepentingan kelompok sendiri mereka bertindak di luar batasan.
Pelajar Pro M bertindak menendang CPU dan monitor komputer sebagai membantah e-voting. Setahun yang lepas, bila mereka menang dan menguasai MPP apakah aktiviti dan faedah besar yang mereka sumbangkan kepada pelajar di UM? Tiada sebarang impak yang positif ke arah pembangunan akademik dan menjaga kebajikan pelajar secara lebih berfokus diadakan oleh mereka. Aktiviti yang dibuat hanyalah berdemonstrasi, berkonflik dengan HEP dan menjemput beberapa tokoh pembangkang masuk ke dalam Universiti Malaya. Teresa Kok, Nik Nazmi dan beberapa orang lagi wakil rakyat PKR, PAS dan DAP masuk ke kampus atas jemputan MPP yang dikuasai Pro M. Apakah mereka ini yang meracuni fikiran pelajar ini menjadi ekstrems sebegitu rupa? Beranikah wakil rakyat pembangkang tersebut menegur perbuatan Pro M yang melampaui batas ini? Dari mana Pro M dapat sebegitu banyak duit untuk buat banner, badut, baju, bendera dalam kempen PRK kali ini? Ada sesiapa yang membantu gerakan mereka?
Di UKM, pada 28 Januari 2010, pelajar pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengepung dan menyerbu masuk ke tempat pengiraan undi. Malah TNC HEP yang berada di dalam tempat pengiraan undi diugut dan diancam keselamatannya. Mereka dakwa pentadbiran UKM dengan macam macam tuduhan kerana kalah dalam PRK. Lebih memalukan lagi bila melihat pelajar-pelajar perempuan GMUKM menjerit-jerit dan bertindak kurang beradab. Apakah ini yang diajar di Fakulti Pengajian Islam UKM?

Apakah sebenarnya dicari oleh Pro M ini? Mereka mahu belajar atau mahu menjadi aktivis politik sepenuh masa? Jika mereka mahu menjadi aktivis politik, elok kiranya mereka berpindah ke universiti lain yang lebih demokratik di bawah kerajaan DAP, PKR dan PAS. Berdemolah minta agar Khalid Ibrahim (MB Selangor) memberikan RM1,000 kepada pelajar tahun satu yang baru masuk universiti. Sebagaimana yang dijanjikannya dalam motto pilihan raya umum. Jika tidak, PTPTN tidak perlu membazirkan duit rakyat untuk menyara pelajar yang tidak minat belajar ini. Mintalah wakil rakyat pembangkang tubuhkan dana khas bagi menyara pengajian pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang ini. Universiti adalah tempat untuk belajar. Hormatilah hak majoriti pelajar lain yang telah bersuara melalui undi.

Sumber:Angin Perubahan

Komen Suhaimi : Tak jauh tersasar dari ulasan,telahan dan pandangan saya sebelum ini. Walaupun di UTM tidak ekstrem sebegini,tak mustahil ianya akan berlaku. Mahasiswa jangan hanya tahu berdemo dan terikut dengan perkara sebegini. Fikirkan kesan jangka panjang berbanding kepuasan jangka pendek.

Sudah namanya Pro-M,  maka Pro-M UTM harus bertindak mengelakkan perkara begini berlaku di UTM yang tercinta.

Tiada keselesaan jika tiada keamanan.

Saturday, January 30, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Ini merupakan keputusan rasmi PRK MPPUTM 2010

Kerusi Umum:

1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655


Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:


1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403


Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:

1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149


Fakulti Kejuruteraan Awam:

1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
2. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
3. Mohd Affendi Bin Ismail - 621


Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:

1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:

1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633


Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:

1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653


Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:

1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805


Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:

1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467


Fakulti Pendidikan:

1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542


Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:

1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458


Fakulti Sains:

1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540


Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:

1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463


Kampus UTMKL

5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding

Sumber: Penyapu lidi
Evolusi Mahasiswa = 28 kerusi
Pro Mahasiswa = 18 kerusi.



Komen Suhaimi:
Sungguh tak disangka beberapa orang yang "low profile" boleh menang. 
Namun, diharap kabinet MPP yang baru terbentuk dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan berkesan tanpa keraguan. Belalah nasib dan kebajikan mahasiswa UTM selaras dengan konsep 1Malaysia,1UTM,Mahasiswa didahulukan,akademik diutamakan.

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails