Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Monday, February 28, 2011

Akhirnya selepas 9 tahun

Selepas 9 tahun tidak mendengarnya, akhirnya hari ini pukul 5.20 pagi aku dapat kembali mencari sebuah lagu yang amat bermakna padaku.

Lagu ini dimainkan ketika tahun 2001 di NTV7, masa itu aku tingkatan 1. Walau ianya lagu latin, bahasanya aku tidak fahami, namun muzik dan seni suara yang diguna cukup melekat pada hati seorang budak berumur 13 tahun seperti aku ketika itu.

Ketika itu aku bersekolah sesi petang, setiap 11 pagi aku mula bersiap ke sekolah, ketika itulah aku mendengar lagu itu ditayang di Ntv7.

Setelah lama meningkat dewasa, aku tercari-cari lagu tersebut namun gagal, sebab aku sendiri tak tahu siapa penyanyi dan apakah tajuk lagu. Namun akibat kesan lagu itu masih tidak pudar dalam sanubari aku. 

Bermula di Matrik aku mula mencari lagu tersebut, gagal. Di UTM dalam beratus-ratus kali aku online, aku akan cari lagu tersebut, gagal. Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4..last sem aku hampir putus asa mencari. Mengingati "jiwa" lagu tersebut amat menguji kesabaran. Akhirnya usaha aku berjaya kali ini.

Rahsianya, Youtube + Google "Latin+2001-2002+popular song". Dan dengar satu demi satu. Akhirnya lagu ini muncul, videonya aku masih ingat dan memang tepat. 

Jika kamu mendengar lagu dan melihat videonya, ia ternyata sebuah lagu yang memberi kesan mendalam , membawa memori zaman silam, mendapatkan semula motivasi kejayaan dahulu dan sekarang, serta memperkemaskan ingatan dahulu dan kenangan-kenangan, serta memantapkan keteguhan mencapai kejayaan.

Tidak hairanlah lagu ini penyumbang perubahan diri semasa aku kecil, dari seorang yang tidak mengambil peduli tentang pelajaran, kepada  seorang yang berjaya berubah, identiti baru. Itu...aku sahaja yang merasainya. Terima kasih  Andrea Bocelli Melodramma
Sebab itu jiwa aku begitu kompleks.

Translate
Melodramma
Andrea Bocelli


Questa mia canzone - This song of mine
Inno dell?amore - hymn of love
Te la canto adesso - I sing to you now
Con il mio dolor - with my pain
Così forte, così grande - so strong so great
che mi trafigge il cuore. - it stabs my heart.

Ma limpido è il mattino - But the morning is clear
tra i campi odor di vino - among the fields the scent of wine
Io ti sognavo e adesso - I dreamt of you and now
Ti vedo ancora lì - I see you still there
Ah, quanta nostalgia - Ah, what memories
Affresco di collina - fresco of hills
Io pìango che pazzia - I cry what madness
Fu andarsene poi via. - it was to leave and go

Questa melodia - This melody
Inno dell?amore - hymn of love
Te la canto e sento - I sing to you and feel
Tutto il mio dolor - all my pain
Così forte, così grande - so strong, so great
che mi trafigge il cuore. - it stabs my heart.

Ma limpido è il mattino - But the morning is clear
tra i campi un gran mulino - among the fields a windmill rises
lì è nato il mio destino - there my destiny was born
amaro senza te? - Bitter without you?
amaro senza te. - Bitter without you

E questo core canta - And this heart sings
Un dolce melodramma - a sweet melodrama
È l?inno dell?amor - it?s the hymn of love
Che canterò per te - I?ll sing for you
È un melodramma che - It?s a melodrama
Che canto senza te. - I sing without you.

Sunday, February 27, 2011

Serius Best

Aku ni peminat lagu jenis tahap superb
Techno, dance, atau bubledance..

Tapi rasanya mahu meminati Jazz pulak..kenapa? Tenang dan superb
Cuba dengar lagu ni..layan music piano dia..Musica Fantasia


Kalau rasa nak buat koleksi MP3 untuk lagu ni..

Berkali2 aku dengar..memang melayang ke alam fantasi..

Lesbian atau Pengkid

Apa yang aku tahu agaknya pasal ni?

Dulu aku selalu terbaca pasal fenomena yang berlaku dalam masyarakat barat.
Namun sekarang dah jadi fenomena global, kat Malaysia pun ada.

Lesbian ini jenis wanita yang suka pada wanita. Selalunya membawa kepada hubungan cinta dan hubungan intim. Susah nak kenal, melainkan sesama wanita. Kenapa aku tulis ni? Sebab sekarang kita ada satu isu besar..GAY.. jenis lelaki yang suka lelaki..

Pengkid ni sama je dengan lesbian, cuma aku tafsir pengkid ni jenis hubungan istimewa seorang wanita yang bersifat wanita bersama seorang wanita bersifat lelaki atau ringkasnya Tomboy..

Tomboy? Setahu aku jenis yang tidak menjiwai jiwa wanita seluruhnya. Pemakaian, percakapan, gaya pemikiran..xlulus sebagai wanita.

Lesbian ni tidak tetap, jenis yang kecewa dengan cinta lelaki, malah ada jenis terpengaruh. Tomboy ni mungkin semulajadi, namun jika dia menjiwai jiwa wanita sepenuhnya, wanitalah dia akan jadi.

Gay pula satu hal..kat Malaysia ni ada perbicaraan di Mahkamah, tentang tuduhan aktiviti Gay..kepada "Pemimpin Anugerah Tuhan" iaitu Anwar Ibrahim. Kes ini tak perlulah dihurai, korang boleh baca banyak sumber diluar sana. Takut jadi contempt of court.

Dalam berfikir2..Teringat kaum Luth,penduduk Sodom dan Gamorah..yakni Umat Nabi Luth yang terkenal dengan aktiviti sesama jenis. Lihatlah sendiri balasan yang Allah berikan bagi golongan sebegini. Hancur ditimpakan azab.

“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29)

Wallahuallam

Thursday, February 24, 2011

Saya buat-buat sibuk

Dapat assginment Noise pollution terus settle hari sama.
Minggu ni minggu buat-buat sibuk
Isnin gi mengundi,petang kelas 2-5
Selasa kelas pagi sahaja,1-2 gi taman u, petang joging 5-6
Rabu pagi kelas 9pagi 1tengahari, buat semka, kul 5 petang meeting MPG sampai 6
kul 8 setengah malam discussion Semka, download BitDefender ganti Rising Antivirus
Khamis tido xingat dunia, ingat akhirat sahaja. Petang kelas 2-4
4-5 taip semka, 6-7 tengok movie, 8-9 semka siap.
Wifi xlaju kena gi fakulti download Staad Pro 2007..mahu siapkan asignment cepat2
Tadi baru siap download.lepas ni kena buat2 sibuk lagi.


Monday, February 21, 2011

Pilih Hang Rayau Kampus

Pilihan raya kampus ni dah biasa bagi senior macam aku. Tiap2 tahun ada saja pilihanraya. Aku pun dah berbuih mulut berbicara dan letih tangan menaip pasal pilihanraya tersebut. Macam2 jenis versi ada setiap tahun. Versi merah dan versi oren sudah biasa aku temui.

Bila yang sudah senior ini sudah rasa malas nak mengundi, yang junior jangan pula tiru senior ni. Jadi senior dulu.

Tahun ni permulaan Oren nampak agressif, dengan poster, psywar melalui facebook. Tapi entah kenapa dekat2 pilihanraya aku terima berita sedih. Kat fakulti aku(FKA) pun takde calon Oren. Yang ada hanya jadi calon UMUM. Tu pun junior aku juga.Tak payah la sebut nama.

Bagiku, sesiapa yang tidak mengundi ni golongan tidak bertanggungjawab. Maaflah, jika tak mengundi kamu tak boleh nak marah sesiapa, kritik sesiapa. Kamu takde hak. Sama juga dengan Pilihanraya UMUM Malaysia. Ada orang cakap berdegang2, ini salah itu salah..bila ditanya dah daftar SPR..belum lagi.

Jika xdaftar SPR camana nak mengundi. Bila tak mengundi, kamu takde hak nak pertikai salah kerajaan atau salah pembangkang. Goverment choosed by rakyat k.

Berbalik pilhan raya kampus, ia satu praktis ke pilhanraya umum. Cuma prosesnya lebih kepada "Pilih Hang Rayau Kampus". Mereka akan jadi mata telingan mahasiswa. Dan perlu peka kapada masalah mahasiswa. Dengan itu kena selalu merayau menyelami mahasiswa, masalah serta keinginan.

Aku puji sem lepas dengan MPM yang memangkin langkah Sustainable Campus macam Ku Muhyi dan mereka yang memberi information tentang upgrading Routers WifiUTM. Kena puji juga dengan kepimpinan presiden..M.Zaki.

Apapun kepada bakal2 Hang Rayau Kampus, selamat bekerja dengan baik. Jangan lupa akademik juga.

Sunday, February 20, 2011

2=Dua=Two=Do=Yi=Song=Isnani=II

Nombor 2 amat sinonim dan bertepatan dengan perkara yang berlaku urusanku.
2 juga menjadi label yang sesuai ditampal pada diari kehidupan dan bersesuaian dengan masa.

2

2 hari ini aku sibuk dengan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA). Hari pertama 7.30 pg sampai 5 ptng. Hari kedua 8 pg sampai 5 petang

2 bungkus nasi aku ambil tengahari tadi, ada pula lebih, dari membazir, baik aku bawa balik. Che Ros pun suruh..

2 tempat saja aku singgah bila keluar dari bilik, iaitu P19 tempat seminar dan DSM tempat aku berdiskusi dengan rakan-rakan pasal Environment

2 hari aku tak berhubung dengan seorang teman. Masing-masing ada program dan tak mahu diganggu.

2 belas minit aku ambil masa posting kali ni..salam

Saturday, February 19, 2011

GEMPAR! : Gara2 nyamuk.."Kelambu dibakar"... "Blok KTHO terbakar"

L28:Asap berkepul dari tingkat 3
Selamatkan diri
L31: Asap berkepul tidak terkawal

FAKTA ditanya

1."Kes" ini berlaku pada 18 Februari. Namun tidak dihebahkan.

2.Ianya berlaku jam 6.30 petang, di blok KTHO, namun gambar hanya dirakam sekitar L31 dan L28 yang bersebelahan.

3. Asap tebal berkepul2 memenuhi ruang blok di KTHO.

4.Hampir semua mahasiswa terpaksa keluar dan menyelamatkan diri ke tepi jalan di KTHO.

5. Tiada sebarang kecederaan berlaku, ini disebabkan pelajar pantas keluar.

6.PUNCA ialah NYAMUK.

AUTA dijawab

1.Kelambu tidak dibakar, hanya hati manusia terbakar,

2.Blok tidak terbakar, hanya berasap

3.Nyamuk mati

4.Mahasiswa keluar sebab disuruh keluar, kalau tak keluar boleh lemas.

5.Ini adalah kerja-kerja FOGGING..oleh jabatan kesihatan.

6.PUNCA ialah NYAMUK

Fogging tinggkat 3..dalam tandas

Lihat pegawai kesihatan

Pegawai kesihatan meronta

L31 terpaksa merasa bau diesel akibat Fogging

Terima kasih dengan operasi yang dilakukan, boleh tidur lena tanpa nyamuk. Biasa musim hujan baru lepas, nyamuk banyak. Sekarang sudah pulih.

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails