Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Monday, March 28, 2011

Sekitar Video lucah

Aku bukan nak cakap apa
Isu ni dah jadi polemik bagi peminat politik..tak kisah pihak sini atau pihak sana.
Akhbar dah macam akhbar lucah..bukan setakat akhbar arus perdana, malah Harakah(yang selalu iklan ubat kuat), Keadilan online(banyak menipu), dan Malaysiakini(paling sial dan banyak seleweng fakta)..

TV3, RTM, TVpas,TVselangor, radio2, blog2, tweeter2,facebook..dah heboh pasal leaking video lucah seorang pemimpin utama pembangkang Malaysia.

Macam2 fakta dan pendapat..yang menyokong hujah masing2..macam2 Press Conference dibuat oleh pihak2 tertentu..macam2 demo ada..aku yakin isu ini akan berakhir tak lama lagi bila kesahihan Video didedahkan..

Apapun sebagai rakyat marhaen, aku mahu rakyat boleh judge sendiri sendiri, biar rakyat tengok betoi ker tidak pemimpin "itu" buat kerja "itu". Bukan aku galakkan melucahkan mata tengok video lucah.. tapi kalau tak tengok polemik takkan berakhir..senang cerita biar rakyat jadi hakim.

Aku minta jugak pemimpin "itu" bersumpah dengan Nama ALLAH S.W.T bahawa dia tidak melakukanya..

Tapi memandangkan kes Saiful pun dia tak nak bersumpah, takkan kes video ni pun berani bersumpah.
Wallahi..Wabillahi..Watallahi..Saya tidak melakukan "...........".. 

Sekejap jer, pilih mana2 surau atau boleh bersumpah depan Nik Aziz atau Yusof Qardawi..rakam biar jelas rakyat nak dengar. Lagi senang bersumpah berbanding baca Al-Fatihah.

Sunday, March 27, 2011

Debat yang famous dengan budak elektrik..haha

Tadi masa aku tengah semangat tutup lampu untuk support program Earth Hour, aku bukak la  FB Sahabat blogger, saja jalan2..nk jenguk kengkawan. Ada la beberapa orang yang bercakap pasal Earth Hour ni..tapi aku tertarik pasal ayat seorang blogger, nama dia Rahim Pandai.. Ayat dia cam kat bawah ni.


Walaupun dia berbicara soal pokok, tapi aku bersetuju juga dengan dia, cuma dari segi basicnya aku kurang setuju pasal CO2 yang dia cakap, jadi tanpa aku pedulikan orang aku balas la kat posting dia,bukan apa nak ajak kongsi ilmu sains.Berdasarkan pengetahuan dalam subjek Environmental Management serta subjek Mechanical dan Electrical System..aku balas


Aku cakap pasal electrik ni dijana oleh  Coal iaitu arang batu..ini fakta untuk sesiapa yang selalu banyak membaca fakta sains umum.Tetiba ada sorang SB, Muhammad Isyak yang ada kat situ mentioned aku, dan bercerita dan cuba melemahkan fakta aku. Tetiba dia bercerita pasal transformer plak. Ah..aku dah pelik, budak ni entah faham ker tidak ayat aku..

Bukan apa, aku rasa tak fair nafikan fakta aku dengan sesuatu yang tidak merujuk fokus tajuk iaitu "penghasilan Carbon Dioxide". Dia main sebut jer pasal Transformer, kecik ker besar gedabak..pasal dia cakap dia jurusan elektrik..

Bro,aku tahu semua itu, aku pun belajar electrik jugak, walaupun aku budak Civil Engineering..tapi budak Civil belajar banyak benda la..pelbagai.. Tanpa nak malukan dia, aku cuba stand dengan pendapat aku. Aku fokus pada pengunaan Coal sebagai menghasilkan CO2 yang banyak semata2 nak hasilkan electrik..tu jer..so aku terang pasal tenaga eletrik yang berubah bentuk dan stand dengan fokus pada CO2 tu..


Tetiba dia balas pasal eletrik, dengan yakin tidak berubah bentuk..Harharhar..aku rasa nak gelak bila dia cerita pasal losses, fokus letrik-kinetik-letrik..apasal aku nak gelak..?
Aku tak tahu la dia dari mana, U ker kolej mana, tapi dengan menafikan prinsip asas iaitu Prinsip Keabadian Tenaga adalah amat memalukan. Tetambah dikhalayak ramai camni..aku tahu ramai budak2 belajar sains tahu pasal ini.

Prinsip Keabadian Tenaga menyatakan tenaga tidak boleh dimusnahkan, tetapi hanya berubah bentuk..
Ini fakta fizik bai.. fakta fizik..Tingkatan 4..student sains asasi pun tahu.
Aku bagi contoh lampu...tenaga electrik menyalakan mentol, mentol terang, suhu mentol panas

So equation mudah..  Tenaga Electrik ---->Tenaga Cahaya+ Tenaga Haba
Mudah bukan..
Atau aku bagi contoh Kipas...Electrik menyebabkan daya magnet berlaku, dan kipas terpusing..kipas panas
Equation mudah ialah Tenaga Electrik---> Tenaga Kinetik+Tenaga haba(sedikit)


Bila dia balas balik, aku baru tahu dia tercabar budak Civil cakap pasal electrik..mungkin dia buka FB aku..haha..Aku suruh la dia check wikipedia kalo tak yakin pasal apa yang aku cakap..

Cuma bagi aku memalukan sebagai student electrical dia tak tahu pasal macamana elekrik dihasilkan..
Student Electrical bai..bukan student Civil..

Ibarat macam student Civil Engineering tahu pasal Konkrit, Setting Time Konkrit, pasal Hardened Conceret, Durability Concrete, tapi tak tahu macamana nak Design Concrete, macamnana penghasilan konkrit, ikut Strength yang kita nak..cam tu la lebih kurang.

Apapun aku malas reply takut nanti memanjangkan sesuatu yang dia tak faham..cukuplah aku ketawa kecil kat blog aku sendiri..hahaha..

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 26 Mac 8.30-9.30 pm

Jom kita support program Earth Hour malam ini..ada 5 minit sebelum Earth Hour

Tutup lampu dan semua yan pakai tenaga..(jika mampu)

Kurangkan suhu bumi ini..

JOMMMMMMM!

Friday, March 25, 2011

18 SG: Bunuh Diri

Apa beza bunuh diri dengan commit suicide? Sama jer beb

Apa beza bunuh diri di Malaysia dengan commit suicide in US? Tempat jer beb

Apa beza bunuh diri terjun dengan bunuh diri dengan pisau? Modus operandi jer beb
Tapi objective still the same..bunuh diri.

Apa beza bunuh diri dengan cubaan bunuh diri? Berjaya dengan tidak berjaya jer beb..atau bahasa engineeringnya achieve goal and didnt anchive the goal..goal what? bunuh diri.

Nak citer panjang tak guna beb,aku pendekkan.
Hari ni keluar berita bunuh diri..kat mana beb..
Negeri aku, Kelantan.. lokasi KB MALL..objective : Tak berjaya.

Walaupun KB MALL dah lama dibuka, tak silap tahun 2004, hanya 3 kali jer aku naik KB MALL..
dulu kes Kereta Jatuh dari Parking Bumbung..mati budak kolej beberapa orang, sekarang Nak bunuh diri..kalau sukses ..memang sial.. Panas ni beb.

Ntah kenapa kalau bunuh diri jer mesti pompuan, girl. jarang dengan kes lelaki walau pun ada. Mungkin emo sikit kot..hmm..hakikat..sebab tu lelaki kena jaga pompuan baik2..sebab itu perempuan perlukan lelaki.

Bab bunuh diri ni biasanya faktor iman didada. Jika waras dan takut tuhan tentu bunuh diri tidak berlaku. Psikologi penting beb, bukan dalam politik sahaja, tapi hidup keseluruhannya. Kalau tak tentu tak wujud hospital bahagia, Tanjung Rambutan, xwujudlah geng karpal poosiing..tak wujudlah geng nuar berahim.

Apapun aku harap sangat Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara yang sama (bunuh diri) dengan pendedahan video "ehem2" tuh..well..pandai buat x pandai cover..dengan amoi plak tuh.


p/s : Sungai Buluh la kali ni..

p/s/s: Jangan bunuh diri .

Monday, March 21, 2011

Amat Kantoi Sudah

Kantoi sudah..



1. Tadi gi pasar malam dengan member, kesian diorang puasa.. Kunci aku tertinggal kat motor, nasib baik ada abang tu dari Utm(aku bajet dia staf) simpan notis kat motor, dengan no. phone dia sekali, lepas call menunggu gak 15 minit sebelum dia datang..

2.Hantar buku lewat 2 minggu kat library, kena rm 2.80,silap aku juga..Moral of the story, jangan tangguh2 lagik. Pas bayar denda sempat gi cari buku pula pinjam nak wat assignmen..haha.lagi 3 bijik.

3. Beli buah betik..ntah tetiba rasa nak makan buah, kongsi beli buah 2 bijik rm3..hoho..kongsi sebijik sorang dengan member..better la dari aku beli sepotong kecik dah seringgit...

4.Test CPM..hoho, lepas jawab test, lecturer gitau pulak soklan ada 4 set..hhaha..lawak tol. Tapi aku buat sendiri, sambil psssss..pssss dengan member sebelah..biasalah bila melibatkan fakta ni, kena sharing2 sikit2. Tapi lecturer tak halang pun bincang2..haha..sempat bincang dengan 2 perempuan sebelah kiri dan 2 lelaki sebelah kanan aku.

5. Masa kat kelas enviro, semua kena sound pasal test, separuh dapat separuh.. apa tuh? separuh kelas dapat   separuh dari full mak..actually lecturer kecewa pasal budak2 ni cam tak prepare sangat pasal test..camana nak jawab final..camana nak dapat A.. Aku sendiri dapat 25/38.. Dalam penerangan tadi aku pun sedar part mana aku salah, konsep yang aku silap..Thanks Dr..pasni buat terbaik lagi.

6.Ntah apa yang kantoi..haha

Friday, March 18, 2011

DNA(Deoksiribonucleik Acid) 18SX xXx

Aku dulu pelajar jurusan sains tulen, Yakni mengambil 3 subjek sains utama iaitu Fizik, Kimia, Biologi.
Jadi aku tidak salahkan sesiapa dari aliran teknik atau mrsm yang tidak ambil biologi. Bukan apa kebanyakan rakan2 aku agak tidak biasa dengan perkataan DNA.

DNA ialah Asid Deoksiribonukleik atau dalam Englishnya "Deoksiribonucleik Acid'. Asid deoksiribonukleik (DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

Dalam kes2 rogol, DNA merupakan perkara yang amat penting bagi mengesahkan seseorang itu merogol atau tidak. Aku menyokong kenyataan Dr.Asri Zainal Abidin, bekas mufti matrik aku dahulu, iaitu Perlis. Dia mengatakan jika tidak dapat mengemukakan 4 saksi, cara lain ialah Qarinah, iaitu pembuktian2.. boleh google jika mahu tahu lebih lanjut.





Sama jika perempuan didakwa dirogol, tak perlu kemukakan saksi, polis boleh siasat, melalui bukti2, melalui cctv, melalui DNA. Jadi hujah yang menyatakan jika tiada 4 saksi, maka perempuan boleh dikenakan hukuman qazaf itu SALAH. Sebab itu tidak ADIL. Itu tidak dianjur dalam islam, dan bukan keadilan islam.

Dah la kau kena rogol, pastu kena buktikan dengan 4 saksi..dan kau pula kena hukum..macam la perogol ni jenis merogol depan orang ramai. Jadi disinilah Qarinah diterima. Pembuktian kes rogol yang tepat sekali ialah DNA..



Orang boleh kata baju merah umno itu sama, sebab ramai orang pakai, orang boleh kata bau minyak wangi Gatsby itu sama, sebab ramai orang lelaki beli, korang boleh kata rokok Dunhill itu sama sebab mana2 kedai jual..
TAPI DNA ko tak sama dengan DNA aku. (aku xpakai baju umno, tak pakai minyak wangi gatsby, dan AKU TAK HISAP ROKOK). Mungkin Fingerprint boleh jadi saksi , tapi sekarang orang boleh curi fingerprint kau, dan tempek kat mana2 untuk katakan engkau ni perogol, pencuri..tapi tidak untuk DNA.

Jika DNA perogol, dapat dipadan dengan dengan DNA yang ditemui pada kemaluan perempuan, atau faraj. Dah tentu terbukti bahawa siapa perogol. 

Suka untuk aku petik fakta ini.(walaupun dalam indon).

Hampir dua pertiga kasus penelusuran test forensik DNA melibatkan kasus kekerasan sesksual. Ratusan juta sperma dipancarkan (dikeluarkan) dalam beberapa mililiter cairan semen. Noda-noda  mani dapat dikarakteristikan dengan memvisualisasi sel-sel sperma dengan uji acid phosphatase (AP) atau prostate specific antigen (PSA atau p30).
Uji mikrokospik di beberapa laboratorium dapat melihat kehadiran spermatozoa pada kasus kekerasan seksual. Bagaimanapun laki-laki aspermic atau oligospermic tidak juga mempunyai sperma atau kadar sperma yang rendah dalam ejakulasi cairan semen mereka. Sebagai tambahan, vasektomi pada laki-laki tidak akan menghasilkan sperma. Oleh karena itu pengujian-pengujian yang dapat mengidentifikasi enzim-enzim spesifik mani membantu memverifikasi kehadiran/keberadaan mani pada kasus-kasus kekerasan seksual.
Acid phospatase adalah enzim yang dikeluarkan oleh kelenjar prostat di dalam cairan semen dan didapatkan pada konsentrasi tertinggi di atas 400 kali dalam mani dibandingkan yang mengalir dibagian tubuh yang lain (Sensabaugh 1979, Safertein 2001). Warna ungu dengan penambahan beberapa penurunan sodium alpha naphthylphospate dan solusi Fast Blue B atau fluoresensi dari 4-methyl umbelliferyl phospate di bawah sinar ultraviolet (UV) mengindikasikan kehadiran (keberadaan) AP. Daerah yang luas pada kain dapat disaring dengan menekan kain atau sprei melawan ukuran kertas penyaring yang basah dan kemudian menggunakan kertas penyaring untuk tes-tes praduga (presumtimptive). http://www.freewebs.com/pengumpulansampeldna/testdarahdansaliva.htm

Jadi sekarang bagaimana..apa motif aku tulis ni. Untuk fahamkan aku dan korang. Bahawa DNA tidak akan pernah menipu. Walau darah korang boleh diambil, tapi sebatian protein dalam air mani tidak akan menipu. Jadi elakkan diri dari merogol dan dirogol.

BAGAIMANA DENGAN LIWAT?

Sama je beb, yang penting sekarang DNA.
Terserah pada korang nak percaya kes saiful dengan anwar itu konspirasi atau tak. Dengan melihat situasi penangguhan kes oleh pembelaan sekitar 50 kali, kes hampir 3 tahun, Anwar tak mahu bersumpah sampai sekarang, Anwar tak mahu serah DNA dengan alasan tak masuk akal. Kamu pasti dapat mengagak kebenaran milik siapa.


Walau kita berteori, berkonklusi, ALLAH tahu segalanya. Siapa pengkhianat bangsa, atau petualang. Sebab itu Malaysia negara bertuah. Macam2 ada.

p/s: Kita minta Anwar bagi DNA dia pada mahkamah untuk disepadankan dengan DNA lelaki "Y" dalam badan Saiful.

Thursday, March 17, 2011

AL KITAB : Memisah Pendapat

Buat Hal..
Entah apa la nak jadi.
Penetrasi bible melalui saduran nama Alkitab kedalam semenanjung sudah jelas.

Semalam idris jala, bekas pengerusi MAS, sekarang berkapasiti menteri di JPM dah umum
35000 bible Alkitab dibenarkan , tapi untuk diedar kepada umat kristian sahaja.

Hei kawan, politik dikendurkan dengan politik..
Memang satu strategi,, Aku kata barisan menteri Pak Najib kendurkan klimaks politik yang dimain DAP dan PKR melalui strategi politik.. Sesuailah..

Umat melayu islam dibawah ni mememdam rasa, pendam jiwa dengan barisan menteri Pak Najib.
Oh Dunia! Lihatlah...mudahnya kita akur dengan terajang kafir laknat.

Sikit lagi, 100000 pulak Al kitab datang, owh..takpe..umat kristian sahaja..
2,3 tahun selepas 500000 Alkitab datang..owh..takpe..kita kawal..

Dengan doktrin kristianisasi yang semakin melebar, kamu bertindak menutup mata..
Hey! kita Malaysia ialah negara ISLAM..ISLAM agama rasmi negara.. Its stated in Constitution..

Sudahlah nama Allah menjadi bahan taruhan, Azan menjadi ejekan, Nabi menjadi lukisan gurauan..
Apa lagi selepas ini? Nak tunggu ada melayu istihar murtad lagi? Atau mahu ambil konsep Pancasila indon?
Sekular la Tuan2..

Kamu bersama aku?
Berpisahlah pandangan dengan Pak Menteri2 sekalian dalam hal ini.
Kamu juga harus begitu.

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails