Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Thursday, September 2, 2010

Perutusan Sempena Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri.

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaa. Syawal.Ini menandakan berakhirnya kesabaran kita menahan lapar dan dahaga. Saya seperti umat islam lain mengerjakan ibadah puasa dengan bersungguh dan alhamdulillah setakat ini belum pernah sekalipun meninggalkan sahur. Biarlah sahur itu semewah-mewah nasi dan semiskin-miskin air sahaja. Namun mengerjakan ibadat sahur adalah sunat apatah lagi melewat-lewatkannya, amat digalakkan. Namun kadang-kadang sebab risaukan bersahur menjadikan kita tidur lewat. Tapi itu bukanlah masalah besar,hanya 30 hari sahaja.

Balik
Hari ini 2 hb September merupakan tarikh wajib untuk balik kepada anda dan saya semua yang belajar di UTM. Kebanyakan kelas dibatalkan dengan permintaan pelajar atau juga penyarah. Saya akan menaiki bas sebagai tanda sokongan terhadap perkhidmatan awam iaitu Bas Transnasional. Harga tiket masih mahal namun raya menjadikan angka tersebut kecil dimata saya. Tempat naik ialah di Sri Putri dan saya mungkin mengunakan teksi kesana kerana kawan-kawan saya sudah balik dengan kereta masing-masing. 

Puasa
Setakat ini  ibadah puasa berjalan lancar, namun terawih mungkin tergendala akibat perkara wajib lain. Bila wajib dibanding dengan sunat, maka wajib menjadi keutamaan. Puasa memang mempunyai hikmah tersendiri. Ia mampu merapatkan diri kepada Allah dan mendekatkan hubungan silaturrahim sesama sahabat. Dengan permulaan berbuka 4 hari di bilik sendiri tanpa melawat bazar dan hari-hari lain berbuka bersama rakan-rakan sekelas di Masjid merupakan satu rekod . Namun akibat hari terakhir disini, saya telah "memecahkan" rekod tersebut setelah menghayati ucapan seorang cendiakawan Chinese+Siam+Kelantan. Beliau menyatakan bahawa Rekod bukan untuk dipegang, namun Rekod adalah untuk dipecahkan. Terima kasih kepada Lim Huad Chiang,bekas supervisor site semasa Latihan Industri 2010.

Kepenatan
Belajar di universiti memerlukan kita mempunyai ketahanan yang tinggi. Kepenatan bukan dari segi fizikal namun hadir dan lebih parah dari segi mental. Minda sentiasa perlu alert dengan keaadaan semasa. Dengan pelbagai assignment dan Test, tidak tidur dan tidak cukup tidur adalah resmi mahasiswa. Namun bergantung kepada mahasiswa samada bagaimana mereka menguruskan masa mereka. Serius bahawa 2 minggu kebelakangan ini, tidur saya tidak tetap dan kadang-kadang lansung tidak tidur semata-mata membuat assignment dan test. Namun sikap saya yang suka membaca blog dan membuka FB kadang2 menyumbang kearah fenomena tersebut.

Perubahan
Bermula Ramadhan, perbagai perubahan yang berlaku samada kebetulan atau dirancang. Dengan kapasiti bebanan pelajaran yang semakin bertambah menjadikan kita berusaha dengan lebih gigih. Namun ramadhan kali ini seakan mendekatkan saya dengan para sahabat serta junior. Terima kasih kepada semua actor yang terlibat.

Memaafkan
Dihari raya, budaya maaf memaafkan adalah suatu lumrah samada dari segi ucapan lisan, surat atau Facebook. Saya sendiri membuat Kad Raya FB dengan masa yang ringkas dan effect seri yang saya fahami. Alhamdulillah saya dapat mencipta kad raya tersebut dan menghantar melalui sistem Tagging di facebook. Terima kasih facebook dengan kewujudan anda. Terima kasih rakan-rakan keatas pujian yang diberi tentang kebolehan membuat kad tersebut. Namun objektif saya untuk menyampaikan hasrat dan ucapan raya adalah paling utama. Kepada mereka yang ingin melakukan perkara serupa, saya mencadangkan anda mengunakan Jsac Paint shop Pro 8 dan menggabungkanye dengan AAA logo creator.

Minta maaf
Sempena dengan hari raya ini, saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh jentera Ramadhan(umat islam) dan segala kesalahan saya dari segi tuturkata dan bahasa serta perbuatan, mohon diampunkan. Kosong-Kosong. Semoga raya kali ini membawa 1001.25 erti kepada kita semua. Diharap ramadhan tahun depan menemukan kita kembali. Insyaallah.



Ahmad Suhaimi AM
8.00 pm 2/9/2010
UTM

1 comment:

Komen yang baik disini

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails