Assalamualaikum
GEMPAR!!! Sahur, Puasa dan Raya... Janganlah tertipu dengan tajuk ini.
Sepatutnya GEMPAR itu tiada..Saja nak wat gempak gila2..cewah..
Sekarang kita masih dibulan puasa, bulan(MOON) pun makin kecik dan makin kecik hingga leyap sebentar. Dan bila bulan itu muncul atau dilahirkan(anak bulan),maka kita sudah berada di bulan Syawal. Seronok kan.
Dalam berfikir2 nak balik ni, semestinya mulut dan fikiran kita ingat raya je. Maklumlah setahun dah tak raya puasa. PUASA CUKUP KER?
Kecik-kecik dulu kita sering disetkan dalam pemikiran..SIAPA TAK PUASA, DIA TAKLEH RAYA..hujahnya INI RAYA PUASA..so kena la puasa.
Berlumba2lah budak2 nak puasa sebab takut takleh raya,walau yup-yup saja statusnya..silap2 baju raya dan seluar raya pun tak dapat. Ada baiknya bila begini, kecik2 dah practice.
Perut yang puasa
Memang jika kita berpuasa, badan akan sihat. Tapi bagi aku ianya tak cukup lengkap lagi ayat itu.
Sepatutnya ayatnya begini "bila kita bersahur dan berpuasa, badan akan sihat". Sahur amat penting untuk puasa. Aku sendiri kalau terlepas sahur, penyesalannya melebihi sesal xperform Test Subjek.. Pernah aku terlepas bersahur masa tahun 1, ketika tu pukul 2 pagi, pegi la beli makanan, Nasi Ayam+Air Milo..Balik bilik, letak nasi dan rasa ngantuk.. Nak tido la jap.. Bagun2 dan kul 6.30..Adei..Untunglah kucing time tu dan menyesallah aku!
Puasa?
Ada orang suka bertanya samada orang itu berpuasa ker tidak. Aku juga selalu bertanya mereka2 tertentu samada mereka puasa ker tak ari tersebut. Biasanya orang terpilih sahaja aku tanya, iaitu orang yang terhyperaktif,orang yang rapat dan anak sedara. Kalau tanya anak sedara maknanya nak bagi upah, kalau tanya yang hyperaktif maknanya nak perli..Kalau tanya yang rapat EHEM2 tu biasala.
tapi biasanya kawan2 aku pun aku selalu bertanya..Puasa tak hari ni? Sebenarnya itu bukan isu untuk bertanya, sebab ia melambangkan mereka bertuah mendapat kawan yang ambil berat.
Disebabkan dewasa ini, aku tidak malu bertanya perempuan samada berpuasa ker tidak, malah aku tak rasa bersalah bertanya sebab dari jawapan perempuan itu, aku mampu huraikan jawapan tu lebih berjela2 dalam pemikiranku.
Kalau mereka kata puasa, maknanya mereka tidak uzur, dan waktu tidak uzur itu mereka bertindak tidak terlalu beremosi. Hormon Estrogen dan Progesteron mereka pun stabil dan boleh dibawa berbincang.
Kalau mereka kata tidak puasa, maknanya kau perlu berhati2 dalam bercakap agar tidak terasa dan emotional. Bagi aku sukar nak duga tindakan mereka masa Uzur Syari'e nih. Kalau maintain emo senang, tapi kalo emo sekejap dan ok sekejap maknanya aku silap jumpa orang pada masa tersebut.
Kadang2 perempuan ni dia tak sedar dia tu emo time uzur, kesian lelaki, kalo kena marah memang tahan je la. DAN
kalau perempuan terlebih manja time uzur tu, laki pun Layan je la kan. Itulah hebatnya seorang lelaki(Tapi tak semua).
kalau emo perempuan bercampur dengan ego lelaki, Hah! padanlah..Konflik panjang la..
Terlebih hurai plak...
Duit raya
Dah besar panjang di kadang2 masih boleh dapat duit raya.. Tapi bukan sebanyak masa kecil dulukan..
Tapi takpe, ni masa kita memberi pula..Alah pecahkan duit Rm10 kepada RM 1. dan masuk sampul, pastu time raya bagi la budak2, anak saudara ker, Pasti kamu akan disayangi anak2 saudara kamu. Aku pun dah ada 15 sampul hasil membeli di Giant seminggu lu..hehe..RM15..Ok la kan.. AKu tak keja lagi kan.
Kad Raya..
Tahun ni ada budak kelas aku namanya Ayu nak bagi kad RAYA..YAY.., rakan2 lain belh la nak hantat pun.. Cuma aku beri kad raya kat FB je la..Dah siap dah..Tunggu esok nak POST semua rakan2.. YAY.
So, mungkin esok ada posting terakhir(mungkin) sebelum aku stop beronline dan Fokus pada Raya yang bakal menjelma nanti. So...Puasa la kalau nak RAYA.
A. Suhaimi A,M
1 September 2010
aihhh..ni mcm reply dri posting blog sy je..haha! sambungan ek...haha! jgn lpe..sy mau kad raya real...xmo yg softcopy~ hehe! selamat hari raya!
ReplyDeletehehe..Ade la sikit2..juz nak bagi penerangan balik..
ReplyDelete