Salam
Bro..1Malaysia bro..
Lu pernah dengar tak pasal kedai rakyat 1Malaysia? ok..kalau lu dengar, lu pernah pergi? ok..kalau la lu pernah pergi la katakan, lu pernah membeli kat kedai tu? Then kat situ lu pikir la sendiri.
Wa nak cakap sikit bro, lu kalau nak jimat lu pergi kedai tu la bro, melainkan lu ni orang kaya..lu bedal la kedai mana pun..asal lu dapat barang lu cari.
Bro, barang2 kat kedai tu murah bro, wa pukul rata 30% la bro, berbanding lu cari barang kat Pasaraya Tesco, atau Giant, atau Jusco..Significant ke nilai 30% ni? Kalau lu idup bujang takpe bro, makan kat kedai, sewa rumah, naik moto gi kerja, atau kalau beli keta lu naik keta, lu bayar ansurang 4-7 ratus sebulan. Kalau lu berkeluarga, lu derita oooo...nak2 ada anak pulak, ramai pulak.
Kalau gaji lu 3000 la, lu masih xselamat bro..lu nak bayar rumah sewa,bil air letrik, susu anak, pampers anak lu, kalau sekolah tu taram kaw2 nyer...duit sekolah, beli buku, baju,seluar, kasut..tuisyen..mao mati oooo..
Lu Jangan pelik, wa memang bujanng..tapi wa nampak masa depan memang kesitu kita..wa cakap sama lu r., kalau xtangkap lagi yang gua cakap.. mati ooo..
Gini gua cakap..lu idup kat kampung lu boleh cari rezeki, makan ubi atau nasi dari beras tanam sendiri, lu idup bandar lu nak tanam celah mana bro?Nak2 dok flat..nak tak nak semua benda kena beli ooo..wa cakp sebab wa dok bandar ni..so apa kaitan dengan kedai rakyat?
Kedai rakyat boleh save budget lu la bro..kalaukalau sebulan lu habis paling komang pun Rm500 la bro..beli barang dapur almaklum lu anak ramai..so dengan kedai rakyat lu boleh save rm150..duit ni lu boleh guna untuk emergency..atau boleh beli kelengakapan anak2, atau beli barang2 yang lu dok mimpi dalam mimpi lu la bro..atau baik lu simpan ja bro.
Lagipun kat kedai ini jual barang2 berkualiti dan berpatutan, barang2 dapur utama, beras, susu, sabun, gula, kordia, dan beratus aneka macam lagi bro..lu mau x mau? atau lu malu sebab singgah kedai barang murah? atau lu takut dicop pengikut tertentu..lu silap besar bro..gagal dalam idup jika lu fikir begitu.
Tapi sehari dua ni Gua hangin sebab ada dengaan izin(barua) yang cuba memperkecilkan usaha kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah dengan mempertikaikan harga barang2, mengaitkan dengan pencemaran, dan macam2 alasan yang xmunasabah. kalau lu rujuk posting gua sebelum posting ini, lu tau metafora gua takat mana. Bagi gua golongan ni golongan dengki dan khianat..
K bro..wa xkisah, apapun wa tau harapan kedai ini amat cerah untuk berkembang idup subur mekar membantu rakyat .Insyaallah.Sebab tu tajuk gua letak "Kedai 1Malaysia perlu ada di setiap daerah".Lu pikir sendiri bro.
NOTA: Kali ini wa suka guna stail "Wa, lu bro". Guna cuba2 bercakap stail zaman sekrang..tapi bukan melambangkan sikap wa yang sebenar bro...wa bilang sama lu. Babai
Tautan Fikiran Suhaimi
.
Followers
Tuesday, November 15, 2011
Monday, November 14, 2011
Ketagih online
![]() |
| mari kita bersama hehe |
Bukan perkara baru, dalam dunia yang berteknologi tinggi, penyampaian ilmu melalui internet sukar dikawal lagi. Komunikasi, perniagaan, berita semasa, games, blog, facebook...dll.
Cecite..apa yang anda lakukan depan laptop kalau xbuka facebook, atau menulis blog, atau baca blog
Cekira..berapa lama masa diambil setiap hari utk meng'login', membaca, dan mem'update' status atau posting di blog, youtube, twitter...
Salahkah?
Bagiku, selagi xmelalaikan kita terhadap perkara wajib, maka tidak salah.
Wallahua'lam,
Sunday, October 23, 2011
Ntahla..kaw2 kena.
Salam..
Tajuk dah menjadi tanda tanya..apa yang kaw2 kena. Cuma nak kasi cerita la sikit tentang kisah sebuah persatuan pelajar Pro-M UTM yang kena attack oleh ramai student UTM sendiri. Walau aku dah grad dari UTM tapi tidak salah aku sebut beberapa kesilapan Pro-M ni kat sini.
Kisajhnya beberapa hari lepas, sekitar 21 hb Oktober tu, satu akaun dari facebook Pro-M ni xfikir panjang, mungkin hanya nak buat ayat sedap memposting satu statement kat "MPP bersama Mahasiswa". Xsempat nak snap, lebih kurang maksudnya " Menjemput artis2 luar dalam Program2 di UTM samada peringkat fakulti,kolej atau universiti bersifat hiburan ,tidak menyuburkan malah membunuh budaya ilmu".
Aku rasa terpanggil menulis tentang ini adalah sebb aku orang pertama reply statement itu. Terkejut juga sampai hmpir 150 komen lanjut dalam masa singkat.
Aku cuma pertikai kenyataan Pro-M tu tidak berpaksi kepada hukum islam, tetapi lebih kepada ayat penyedap dan berbunga2, namun boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada majoriti pelajar. Ia juga bersifat tidak jelas, kurang matang, serta mencetuskan provokasi.
Sepatunya ia lebih spesifik,kalau artis tu artis apa? "artis nasyid? rock? pelawak?pemuzik?....kalau program tu jenis macam mana? Karnival?pameran?konvo?..dan sepatutnya jelaskan pihak mana yang anjurkan,baru senag dibuat penilaian. Akibatnya, ramai yang hentam balik pro-M malam tu..kadanga2 rasa kesian pulak pada Pro-M, kalau besoknya prk , dah tentu xda harapan ni pro-m nak menang. Aku agak akaun pro-m diurus oleh budak2 tahun 1, yang mungkin cetek ilmu psikologinya.
Apapun pada Pro-M, bagilah admin dipegang oleh individu yang lebih berimformasi,update dengan isu semasa dan kuat serta bersedia berhujah dalam isu agama. Jika x, teruk kena hentam dgn student UTM sendiri. And the, do your homework, dont just pick some issues dan tutup mata pada isinya.
pada 22 hb Oktober semalam, Pro-M dah delete postingnya( taktic biasa bg nak elak dimalukan).
Friday, October 21, 2011
N-G-near for engineer
No.bukan. salah.tidak
Aku mahu update blog ini, mau cuci habuk, sebb lama xbuka. Facebook buka la...
Biasalah bila da kerja ni, pegi 8.30 sampai rumah 6.30..xpun kul 7..sometime 8..
Tapi suka juga kerja ni,dok pejabat, sekali baru turun site, relaks..aircond..sejuk,o9..
Tapi xtergerak hati nak update blog.
Sabtu halfday,ahad cuti..gitulah rutin..rasa sekejap je. Keja pun xberat phisically...but mentally psiko gak.
Apapun kerja ni sesuai dgn teknologi yg amat menjimatkan besi,apatah lagi kos construction. But u need to belek2 balik apa yang belajar kat utm dlu. Not whole part pun, basic thing is BS..run Adapt and PT losses.
Mungkin ada tertanya2 jawatan aku apa..biasa ja bai.."design engineer"..untuk satu company specialist. kalau beruntung,maybe can be part of KVMRT project V5 and V6. Harap2 dapat.
K..salam.
Aku mahu update blog ini, mau cuci habuk, sebb lama xbuka. Facebook buka la...
Biasalah bila da kerja ni, pegi 8.30 sampai rumah 6.30..xpun kul 7..sometime 8..
Tapi suka juga kerja ni,dok pejabat, sekali baru turun site, relaks..aircond..sejuk,o9..
Tapi xtergerak hati nak update blog.
Sabtu halfday,ahad cuti..gitulah rutin..rasa sekejap je. Keja pun xberat phisically...but mentally psiko gak.
Apapun kerja ni sesuai dgn teknologi yg amat menjimatkan besi,apatah lagi kos construction. But u need to belek2 balik apa yang belajar kat utm dlu. Not whole part pun, basic thing is BS..run Adapt and PT losses.
Mungkin ada tertanya2 jawatan aku apa..biasa ja bai.."design engineer"..untuk satu company specialist. kalau beruntung,maybe can be part of KVMRT project V5 and V6. Harap2 dapat.
K..salam.
Tuesday, May 24, 2011
Baru Balik dan tolak kerja
Assalamualaikum
Aku baru balik dari rumah ke kampung aku. Maklum dah abis belajar. Dapat juga tawaran bekerja sebagai engineer tapi rasa kena tolak sebab ada kena settlekan lesen kereta dulu kot..(ni la jika tak amik awal2)
Tak silap aku dah 2 tawaran aku tolak, serta satu dari Pahang yang direkemen oleh kawan aku. ia berkenaan Water Supply Project. So aku ingat nak dok rumah dulu sebelum terima pangilan kerja. k
Babai.doakan terbaik buatkku
Thursday, May 19, 2011
Berakhirnya waktu di UTM
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t, saya telah mengabiskan degree Jurusan Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia.
Saya mengucapkan berterima kasih kepada rakan-rakan taulan, teman-teman rapat, pensyarah-pensyarah, dan mereka yang secara lansung atau tidak mengenali saya, membantu kehidupan sebagai mahasiswa dan menjadi sebahagian dalam hidup saya.
Buat teman-teman blogger yang lewat dari saya namun bergegar di dunia blog berganda-ganda dari saya, saya ucapkan teruskan majukan diri dan selalu update blog masing-masing terutama rakan-rakan sekelas, hisyam, arayu alan, din, kecik dan junior saya, Izyan Balqis(iQ), mek..rakan sekolah, jasmine, piqah puka-puka, rakan matrik, shuaibah dan nurul ana,dan teman terbaik saya (Syamimi) wardatulaeman.blogspot...serta mereka yang menyumbang secara lansung atau tidak dalam dunia saya.
Bagi yang masih belajar, teruskan belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang terbaik agar masa depan lebih terjamin.
ASSALAMUALAIKUM
Subscribe to:
Posts (Atom)
