Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Showing posts with label Politik Kampus. Show all posts
Showing posts with label Politik Kampus. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

AUKU DAN PANDANGAN

SALAM. Asalnya saya ingin melakukan survey berkenaan Auku, tapi memandangkan saya telah habis belajar, dan sudahpun grad, saya hanya melontar pandangan sebagai bekas mahasiswa UTM. Lagipun saya pernah berada dalam ruang kuasa "auku". Umur dah lepas, berpolitik pun orang tak kisah. Saya tak terikat pada Auku lagi,. Tapi demi menyatakan komitmen saya terhadap auku, maka saya akan terus menulis mempertahankan Auku.

1.Sokongan kepada AUKU.
Saya menyokong sepenuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti. Tiada apa yang menjadi masalah besar kepada mahasiswa, sehinggalah baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa seksyen 15 dipinda bagi memberi peluang yang membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik dan kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja .Mereka juga tidak boleh membawa politik kepartian ke kampus.


Pada pandangan saya, tindakan ini agak berani kerana PM melakukan 2 pertimbangan penting yang dapat saya simpulkan:

a)Sokongan politik
-Walaupun trend sokongan masyarakat Melayu dan India kembali pulih terhadap Barisan Nasional, namun PM mencari jaminan lebih dengan melakukan tindakan populis seperti memansuhkan ISA dan terbaru pindaan Auku. Pindaan ini dijangka menutup beberapa isu-isu politik yang dimainkan pembangkang.
-Sokongan masyarakat cina masih kepada pembangkang, dan ini menyukarkan kerajaan menghadapi Pru-13, namun melalui pemansuhan ini, orang cina yang menyokong pembangkang dilihat beransur-ansur beralih arah kepada kepimpinan Dato' Seri Najib.

SMM=Pro-M=PKR?
Budak tak bertamadun dan takda otak



b)Sokongan orang muda/mahasiswa
-Umum diketahui, orang muda ini darahnya panas, fikirannya singkat, mudah terpengaruh dengan doktrin. Berita yang diterima kadang-kadang diterima sebagai fakta, tanpa ada usaha untuk menilai sumber, kesahihan dan kebenaran sesuatu isu. Orang muda juga "malas" dalam ertikata mudah "menelan" apa-apa analisa, kesimpulan yang dibuat orang lain tanpa melakukannya sendiri dengan pertimbangan yang wajar. Disebabkan ini, Auku yang dikatakan menyekat kebebasan telah dipolitikkan oleh pembangkang yang mengetahui tentang sikap "orang muda", maka dipalu gendang menyatakan Auku ibarat undang-undang mahazalim kerajaaan BN, diangkat dan dicanang setaraf kezaliman ISA. Tujuannya ialah untuk menarik sokongan anak-anak muda(mahasiswa) menentang  kerajaan yang memerintah. Maka seksyen 15 dilihat boleh dijadikan hot-point untuk diserang. Maka dengan pindaan seksyen 15 , maka ia telah menaturalkan kembali Auku.


2.Sekyen lain dalam Auku serta Akta lain.
Setakat ini tiada masalah dalam seksyen lain kecuali didakwa oleh sesetengah pihak tentang akta lain intitusi pendidikan seperti Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Institusi Pendidikan (Displin) 1976 dan Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1976,agar dimansuhkan sama kononnya untuk melihat pindaan AUKU itu "lebih konsisten".

3.Pandangan individu yang memperkenalkan AUKU.
Seperti diketahui umum, individu yang memperkenalkan Auku ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, sewaktu Tun ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Idea ini, adalah hasil pertimbangan mendalam terhadap realiti orang Melayu dan Bumiputera yang ketika itu jauh ketinggalan dalam semua bidang termasuk akademik, ekonomi, sosial sedangakan mereka adalah rakyat majoriti. Saya memetik pengakuan Tun Dr. Mahathir yang bertarikh 18 August 2008 dari blognya http://chedet.cc/blog/?p=89.



AUKU: AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.

Dr. Mahathir Mohamad
Putrajaya, Malaysia
Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003

Sunday, October 23, 2011

Ntahla..kaw2 kena.

Salam..
Tajuk dah menjadi tanda tanya..apa yang kaw2 kena. Cuma nak kasi cerita la sikit tentang kisah sebuah persatuan pelajar Pro-M UTM yang kena attack oleh ramai student UTM sendiri. Walau aku dah grad dari UTM tapi tidak salah aku sebut beberapa kesilapan Pro-M ni kat sini.
Kisajhnya beberapa hari lepas, sekitar 21 hb Oktober tu, satu akaun dari facebook Pro-M ni xfikir panjang, mungkin hanya nak buat ayat sedap memposting satu statement kat "MPP bersama Mahasiswa". Xsempat nak snap, lebih kurang maksudnya " Menjemput artis2 luar dalam Program2 di UTM samada peringkat fakulti,kolej atau universiti bersifat hiburan ,tidak menyuburkan malah membunuh budaya ilmu".
Aku rasa terpanggil menulis tentang ini adalah sebb aku orang pertama reply statement itu. Terkejut juga sampai hmpir 150 komen lanjut dalam masa singkat.

Aku cuma pertikai kenyataan Pro-M tu tidak berpaksi kepada hukum islam, tetapi lebih kepada ayat penyedap dan berbunga2, namun boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada majoriti pelajar. Ia juga bersifat tidak jelas, kurang matang, serta mencetuskan provokasi.

Sepatunya ia lebih spesifik,kalau artis tu artis apa? "artis nasyid? rock? pelawak?pemuzik?....kalau program tu jenis macam mana? Karnival?pameran?konvo?..dan sepatutnya jelaskan pihak mana yang anjurkan,baru senag dibuat penilaian. Akibatnya, ramai yang hentam balik  pro-M malam tu..kadanga2 rasa kesian pulak pada Pro-M, kalau besoknya prk , dah tentu xda harapan ni pro-m nak menang. Aku agak akaun pro-m diurus oleh budak2 tahun 1, yang mungkin cetek ilmu psikologinya.

Apapun pada Pro-M, bagilah admin dipegang oleh individu yang lebih berimformasi,update dengan isu semasa dan kuat serta bersedia berhujah dalam isu agama. Jika x, teruk kena hentam dgn student UTM sendiri. And the, do your homework, dont just pick some issues dan tutup mata pada isinya.
 
pada 22 hb Oktober semalam, Pro-M dah delete postingnya( taktic biasa bg nak elak dimalukan).

Monday, February 21, 2011

Pilih Hang Rayau Kampus

Pilihan raya kampus ni dah biasa bagi senior macam aku. Tiap2 tahun ada saja pilihanraya. Aku pun dah berbuih mulut berbicara dan letih tangan menaip pasal pilihanraya tersebut. Macam2 jenis versi ada setiap tahun. Versi merah dan versi oren sudah biasa aku temui.

Bila yang sudah senior ini sudah rasa malas nak mengundi, yang junior jangan pula tiru senior ni. Jadi senior dulu.

Tahun ni permulaan Oren nampak agressif, dengan poster, psywar melalui facebook. Tapi entah kenapa dekat2 pilihanraya aku terima berita sedih. Kat fakulti aku(FKA) pun takde calon Oren. Yang ada hanya jadi calon UMUM. Tu pun junior aku juga.Tak payah la sebut nama.

Bagiku, sesiapa yang tidak mengundi ni golongan tidak bertanggungjawab. Maaflah, jika tak mengundi kamu tak boleh nak marah sesiapa, kritik sesiapa. Kamu takde hak. Sama juga dengan Pilihanraya UMUM Malaysia. Ada orang cakap berdegang2, ini salah itu salah..bila ditanya dah daftar SPR..belum lagi.

Jika xdaftar SPR camana nak mengundi. Bila tak mengundi, kamu takde hak nak pertikai salah kerajaan atau salah pembangkang. Goverment choosed by rakyat k.

Berbalik pilhan raya kampus, ia satu praktis ke pilhanraya umum. Cuma prosesnya lebih kepada "Pilih Hang Rayau Kampus". Mereka akan jadi mata telingan mahasiswa. Dan perlu peka kapada masalah mahasiswa. Dengan itu kena selalu merayau menyelami mahasiswa, masalah serta keinginan.

Aku puji sem lepas dengan MPM yang memangkin langkah Sustainable Campus macam Ku Muhyi dan mereka yang memberi information tentang upgrading Routers WifiUTM. Kena puji juga dengan kepimpinan presiden..M.Zaki.

Apapun kepada bakal2 Hang Rayau Kampus, selamat bekerja dengan baik. Jangan lupa akademik juga.

Wednesday, January 5, 2011

Kenyataan Tahap Tertinggi 2011

Assalamualaikum
salam 1Malaysia

Dalam beberapa hari ini ada beberapa kenyataan tertinggi yang aku perhatikan di sekeliling aku. Ada berlaku spontan dan ada berlaku secara terancang. Ada memberi kesedaran dan ada menyesakkan pemikiran. Kenyataan Tahap tertinggi akan aku listkan. Bukan rekaan tapi kenyataan. Gaya bahasa macam pantun budiman, tapi rupanya hanya penulisan.

1. Dalam pembacaan aku dalam blog Faizal Tehrani, rupanya Faizal ni adalah simpatisan syiah..Aku folllow penulisannya dalam blog kerana blog mencerminkan pemikiran sebenar seseorang. Faizal Tehrani cenderung menyokong kewujudan Syiah, dan mengkritik sesiapa yang mengkritik Syiah.. Ikon yang banyak dalam penulisannya ialah Mahmoud Ahmadenijad,Presiden Iran.. Aku tak pasti adakah dia seorang Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau pengikut senyap Mazhab Syiah Ja'fari. Boleh baca sendiri kat blog dia..siap ada poll lagi.

2.Dulu sibuk bising kenaikan minyak Ron97 dan Ron95, selain gula,minyak masak,santan. Esok 5 januari ura-ura ada kenaikan 10sen ron97. Peliknya dalam kerja keras Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia,dan selaku Presiden UMNO serta Pengerusi BN, ada beberapa tindakan yang tidak populis diambil. Menteri bertanggungjawab ialah Ismail Sabri,ayah kepada artis AF. Dunno la nama..sebab aku tak minat AF. Adakah wujud sabotaj untuk menjatuhkan kepimpinan Najib? Merdeka Center mengeluarkan statistic sokongan kepada Najib sebelum harga barang naik beberapa bulan sebelum ialah 72%..dan selepas kenaikan harga barang ianya turun kepada 69%.

3.Bola Piala AFF Suzuki. Pasukan Malaysia menang nisbah 4-2. Kemenangan 3-0 di Bukit Jalil dan Kekalahan 1-2 di Bungkarno. Selepas kemenangan 3-0, Indonesian mostly menyalahkan Laser..sampai menghina Malaysia dengan MalingSial,"laser is loser". Padahal Markus yang tak pandai jaga gol. Setuju? Di sana tiada apa yang indon patut bangga, penalti tak masuk, sumbat 1 gol, 1 lagi gol sendiri Malaysia..Malaysia patut juara, namun hero sebenar ialah rakyat malaysia yang tidak putus sokongan. Percayalah, peminat bola yang menonton kemenangan Malaysia akan tidur dengan perasaan yang positif,untuk bangun keesokan pagi. Kepositifan ini mendorong gerak kerja yang mantap, menaikkan KLCI ke paras tertinggi iaitu 1533.42 mata ,hampiri paras Psikologi 1550.00. Bank yang aku simpan duit,CIMB bank mencatat peningkatan saham sebanyak 12 sen kepada Rm8.62 sesaham. Untung Cimb ni. JOM melabur.

4.Peningkatan harga makanan yang agak keterlaluan di UTM. Rasai sendiri perbezaan hidup 2007,2008,2009,2010 serta tahun baru 2011. Dengan kos hidup yang sebelum ini dalam kategori "bolehlah" sudah bertukar kepada "ish,mahal pulak.boleh survive ker sampai hujung sem". Usah bercakap tentang Mee Ruski yang RM1.10 sebungkus, tetapi ambil contoh sepinggan lengkap nasi(Nasi,Ayam,Sayur+kuah) mencecah Rm3.50-Rm4.50 sepinggan. DiExtrakan Rm0.30 sen untuk makan berbungkus. Alasan?Ada kaitan dengan perkara diterangkan list no.2. Arked Meranti dalam kategori Mahal..Silalah bertandang ke Arked K11 yang lebih menjimatkan. Problem dijana dengan Center Point yang belum lagi diOPEN atas pertukaran penender baru(ura-ura).Belum potong harga Air asas kehidupan yang dijadikan minuman lagi..

5.Pertukaran peribahasa,iaitu "masuk ke sangkar harimau,harimau kena ikut apa yang masuk,masuk ke kandang kambing. kambing ikut apa yang masuk kandang". Penafsirang jelas terhadap keadaan kelas yang bercampur antara IS(International Student), dan student tempatan. Walaupun sekitar 60 orang adalah student tempatan,dan 3 orang Foreigner, kelas terpaksa dihandle 95% English. Kesan? Kurang kefahaman, malu bertanya, pasif semakin pasif, sleepy eyes. Lecturer pun kadang2 boring takde comunication berkesan. Itu realiti di FKA,UTM. Result kurang memberansangkan? nak salah sapa? Kami ni nak jadi engineer berkaliber,can apply what we know..not how much we know.

6. PTPTN..Ada peningkatan dari faedah 3% kepada Ujrah 1%. Pembayaran balik RM500.00 sebulan selama  dekat 5 tahun boleh selesaikan. Tapi jika nak makan apa? Makan kecil2 dah la dulu. Syukur ada PTPTN dapat semua orang belajar.  Cuma in future, jumlah pinjaman sudah semakin tidak relevan dengan peningkatan kos barang sekarang. Sejak dulu sampai sekarang, bagi sarjana muda,RM3500 sahaja. Uitm takpe la,yuran murah. Bagi U lain? RM3500-yuran Rm1500>>>RM1800.. dengan variasi yuran turu naik setiap sem, pelajar hanya menjamah sekitar RM 1700..bahagi 5 bulan dapat Rm300 lebih2 sebulan. RM10 sehari lebih kurang. Bagi yang follow perkembangan perisa Ruski,Mamee,High5,Maggi,Gardenia, dan pergi jalan kangki atau bawa kunci kereta(car key)..ke kelas, orait sikit..makan nasi jarang2 pun takpe. Bagi pengemar nasi ayam penyet, pattaya, kampung,..tetambah naik kuda tayar 2 atau tayar 4..lost la tengah sem. Sama ada Apply biasiswa PAMA, KABA, takpun kerja Part Time. Macam kata P.Ramlee..Miskin..Banyakk..Sederhana..Sikit2.. Berada..Jarang2..Very Rich..Kaddang..Kaddang..ada sabdu sikit sebutannya. Pertimbangan sendirilah.

Baru 6 perkara utama dalam beberapa hari..hari mendatang tak tertulis.,,Banyak isu..

Karim Si Halia pernah berperibahasa
"Untung sabut timbul..untung batu tenggelam", dengan gaya tangan separuh dada.
Karim Si Halia. TV32.

Kita perhatikan,pesanan Karim Si Halia itu boleh dijadikan iktibar untuk sesiapa yang berfikir positif. Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa tahu. Hidup ini sekali, mati pun sekali. Mata melihat, mulut menyebut, tangan menaip.

Noktah..Wassalam.

Nota Car Key 
Penulisan ini berkaitan dengan yang hidup atau ayang mati. Tiada motif tersembunyi selain kritik bersebab. 
Tiada Agenda kecuali mengajak kita berfikir, jika ada cadangan, sila bagi pendapat di ruangan komen. Saya akan telitikan .Anonymos sila bagi nama samaran. 

Tuesday, August 10, 2010

Apa yang mahu kamu capai?

Assalamualaikum
Salam 1Malaysia

Penulis tertarik untuk menyatakan pendirian penulis tentang isu ini. Ia kerana isu ini dimainkan sudah menjadi "kegilaan" mereka-mereka untuk memperjuangkan politik mahasiswa agar menjadi "politik luar". Bahkan ianya kini terseret kearah suasana yang kurang selesa kepada para mahasiswa. Noktah.

Sila baca petikan dibawah.


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Sudah tiba masanya kerajaan membenarkan mahasiswa berpolitik sebagai proses mematangkan demokrasi di Malaysia dan menjamin hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


"kerajaan harus terbuka dan ikhlas memberikan ruang kepada mahasiswa menjana kepimpinan diri di alam kampus sekiranya mahu melihat barisan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang berkualiti dan berketrampilan tinggi."


"“Kami, pimpinan mahasiswa MPMN akan terus komited dan konsisten dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Kami akan terus membawa suara mahasiswa sampai kepada para pemimpin kerajaan"


" mahasiswa masih lagi dihadkan memberikan idea dan pandangan tentang isu-isu politik negara serta terlibat secara sah dengan parti politik semasa di kampus"-Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal.(Sumber"Harakah")

Ini merupakan pendirian (kononnya) mewakili pendirian MPMN. Jika ditafsir , ianya merupakan pendirian mahasiswa keseluruhannya.

Namun, penulis mencadangkan agar satu kajian suara dijalankan kepada mahasiswa tentang perkara ini, jawapan yang pasti ada "TIDAK"

Penulis tidak akan komen apa-apa jika pendirian itu merupakan pendirian peribadi, namun, kerana hakikatnya penulis juga meminati politik negara dan sentiasa memerhatikan jatuh bangun politik negara. Bermula dengan PRU 12 dan bermacam permainan oleh pihak tertentu? . Tapi jika ia diguna atas nama pendirian mahasiswa , maka penulis terpanggil menyanggahnya.

BEZA
Terdapat perbezaan jelas antara menjadi MAHASISWA YANG PEKA TENTANG POLITIK dan MAHASISWA BERPOLITIK LUAR. Mereka yang peka tentang politik sentiasa peka dengan perubahan politik dan mengambil ketetapan terhadap sesuatu isu mengikut perspektif mereka. Manakala yang 'berpolitik luar" berbeza kerana mereka membawa dasar atau agenda politik sesuatu pihak kedalam kehidupan mahasiswa. Penulis pernah mengulas tentan politik luar disini

Kelompok
Kebimbangan penulis kepada pihak yang menyokong perkara ini ialah munculnya kelompok parti dalam universiti atau kampus. Misalnya wujudnya mahasiswa UMNO,mahasiswa PKR,Mahasiswa PAS, DAP,MCA,dan MIC. Sudah tentu mereka ini akan saling berprasangka sesama sendiri dan berlaku perbagai konflik yang tidak diingini. Kemungkinan bila tiba sahaja musim PRK(pilihanraya kampus) maka pelbagai provokasi yang sedasyat 'politik luar" akan berlaku. Yang melayu dengan melayunya, yang cina dengan cinanya, yang india dengan indianya. Bayangkan apa akan berlaku?Anda Jawab

Akademik
Dari segi akademik, mestikan ianya akan menyumbang sesuatu yang negatif. Mahasiswa sokong UMNO, Pensyarah sokong PKR, atau Pensyarah MCA, mahasiswa DAP..Pastinya berlaku diskriminasi terhadap pengajaran dan peperiksaan. 
Jika asyik dengan ceramah politik dalam kampus, pelajaran juga terabai, Parti itu kah yang akan jamin masa depan mereka yang gagal? Anda Jawab

Selesaikan dahulu masalah dalam kampus
Dalam dunia kemahasiswaan, pemimpin mahasiswa harus menyelesai perkara asas mahasiswa seperti keperluan mahasiswa, masalah mahasiswa dan menjadi saluran suara mahasiswa kepada pihak atasan(Pengurusan). Jika ini pun masih jauh dari kenyataan, tangguhkan dulu impian membawa agenda Parti kedalam kampus.

Pendirian mereka.

Pertanyaan Penulis
Apa yang mahu kamu capai?


Ahmad Suhaimi A.M

Wednesday, February 17, 2010

Cadangan kepada MPM

Assalamualaikum.

Malam ni rasanya eloklah kita formal , memandangkan kabinet MPM telah dibentuk dengan menyaksikan percampuran serius antara wakil pro dan evo, maka diharap sangatlah supaya semua manifesto yang diutarakan dalam sudut pidato, mahupun flyer dari bilik ke bilik dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Janganlah berlaku sebarang agenda provokasi dan sabotaj dalam barisan kepimpinan supaya khidmat anda(MPM) sebagai wakil mahasiswa dapat kami rasai. Pertimbangkanglah segala jasa mahasiswa yang mengundi anda, menjadi jentera anda, dan meluangkan masa berbicara mengenai anda demi memenangkan anda semua.

Mahasiswa tidak mengharapkan lebih dari anda semua. Mahasiswa yang mengundi tidak mengharapkan anda mencipta nama di  peringkat dunia, mahasiswa tidak mengharapkan anda menjadi barisan pertama pertahanan negara, mahasiswa tidak mengharapkan anda muncul dikaca televisyen, atau di radio. Cukuplah anda membela kebajikan mahasiswa, mengrepresentasi suara mahasiswa, dan seboleh mungkin melaksanakan agenda kepentingan mahasiswa dengan peranan mahasiswa menghadapi perjuangan akademik di Universiti.

Dalam posting seterusnya, saya akan mengcungkil kepentingan mahasiswa melalui pemerhatian dan perbincangan dengan mahasiswa lain terutama mengenai keperluan yang perlu diambil perhatian di kampus.
Diharap anda semua (MPM) merepresentasikan sekurang-kurangnya, jika mampu melaksanakannya.
Insyaallah.

Tautan Fikiran








Sunday, January 31, 2010

PERLU BACA dan BUAT PENILAIAN!!

Keputusan PRK: Mahasiswa Pro Pembangkang Semakin Ekstrems

Berikut adalah SMS ugutan yang dihantar kepada salah seorang mahasiswa Pro Aspirasi di Universiti Malaya. Ianya dihantar berikutan kekalahan tipis Pro Mahasiswa dalam pilihan raya kampus. Pro M biarpun kalah, tetapi menang 7 daripada 8 kerusi di kawasan umum. Namun mereka gagal menerima kekalahan dan bertindak ganas terhadap HEP dan pelajar yang tidak sependapat dengan mereka. Majoriti IPTA dikuasai oleh Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini. 17 IPTA sudah dimenangi oleh pelajar yang pro Aspirasi.

Di UIA, beberapa orang calon bebas bertindak beralih arah dan menyokong pelajar yang pro Aspirasi setelah melihat kelakuan ektrems kumpulan Pro Mahasiswa di UKM dan UM. Pro Mahasiswa juga hilang penguasaan di UNIMAS, bila kumpulan pelajar di sana menolak sepenuhnya "warna oren" untuk kuasai MPP. Hanya UMT yang dikuasai oleh kumpulan pelajar pembangkang. Itupun kerana faktor calon yang boleh bertanding MPP adalah di paras minima, iaitu 2.0 CGPA. Manakala di UTHM, pilihan raya kampus ditunda ke suatu tarikh yang lain.
Gambar atas menunjukkan kumpulan pelajar Pro M telah mengepung dan menyerbu masuk pejabat Naib Canselor di Universiti Malaya pada 29 Januari 2010 setelah mereka kalah dalam PRK. Mengapakah Pro Mahasiswa perlu menjadi radikal, provokatif dan ektrems sebegini?. Sedangkan mereka rata-ratanya datang dari Akademi Pengajian Islam? Apakah Islam mengajar kita untuk bertindak di luar batasan bila keputusan tidak menyebelahi kita? Dalam isu kalimah Allah SWT, tiada seorang pun pelajar Pro M yang berani bersuara kerana takut dengan bayangan Anwar Ibrahim. Kerana agama mereka takut, tetapi kerana kepentingan kelompok sendiri mereka bertindak di luar batasan.
Pelajar Pro M bertindak menendang CPU dan monitor komputer sebagai membantah e-voting. Setahun yang lepas, bila mereka menang dan menguasai MPP apakah aktiviti dan faedah besar yang mereka sumbangkan kepada pelajar di UM? Tiada sebarang impak yang positif ke arah pembangunan akademik dan menjaga kebajikan pelajar secara lebih berfokus diadakan oleh mereka. Aktiviti yang dibuat hanyalah berdemonstrasi, berkonflik dengan HEP dan menjemput beberapa tokoh pembangkang masuk ke dalam Universiti Malaya. Teresa Kok, Nik Nazmi dan beberapa orang lagi wakil rakyat PKR, PAS dan DAP masuk ke kampus atas jemputan MPP yang dikuasai Pro M. Apakah mereka ini yang meracuni fikiran pelajar ini menjadi ekstrems sebegitu rupa? Beranikah wakil rakyat pembangkang tersebut menegur perbuatan Pro M yang melampaui batas ini? Dari mana Pro M dapat sebegitu banyak duit untuk buat banner, badut, baju, bendera dalam kempen PRK kali ini? Ada sesiapa yang membantu gerakan mereka?
Di UKM, pada 28 Januari 2010, pelajar pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengepung dan menyerbu masuk ke tempat pengiraan undi. Malah TNC HEP yang berada di dalam tempat pengiraan undi diugut dan diancam keselamatannya. Mereka dakwa pentadbiran UKM dengan macam macam tuduhan kerana kalah dalam PRK. Lebih memalukan lagi bila melihat pelajar-pelajar perempuan GMUKM menjerit-jerit dan bertindak kurang beradab. Apakah ini yang diajar di Fakulti Pengajian Islam UKM?

Apakah sebenarnya dicari oleh Pro M ini? Mereka mahu belajar atau mahu menjadi aktivis politik sepenuh masa? Jika mereka mahu menjadi aktivis politik, elok kiranya mereka berpindah ke universiti lain yang lebih demokratik di bawah kerajaan DAP, PKR dan PAS. Berdemolah minta agar Khalid Ibrahim (MB Selangor) memberikan RM1,000 kepada pelajar tahun satu yang baru masuk universiti. Sebagaimana yang dijanjikannya dalam motto pilihan raya umum. Jika tidak, PTPTN tidak perlu membazirkan duit rakyat untuk menyara pelajar yang tidak minat belajar ini. Mintalah wakil rakyat pembangkang tubuhkan dana khas bagi menyara pengajian pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang ini. Universiti adalah tempat untuk belajar. Hormatilah hak majoriti pelajar lain yang telah bersuara melalui undi.

Sumber:Angin Perubahan

Komen Suhaimi : Tak jauh tersasar dari ulasan,telahan dan pandangan saya sebelum ini. Walaupun di UTM tidak ekstrem sebegini,tak mustahil ianya akan berlaku. Mahasiswa jangan hanya tahu berdemo dan terikut dengan perkara sebegini. Fikirkan kesan jangka panjang berbanding kepuasan jangka pendek.

Sudah namanya Pro-M,  maka Pro-M UTM harus bertindak mengelakkan perkara begini berlaku di UTM yang tercinta.

Tiada keselesaan jika tiada keamanan.

Saturday, January 30, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Ini merupakan keputusan rasmi PRK MPPUTM 2010

Kerusi Umum:

1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655


Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:


1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403


Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:

1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149


Fakulti Kejuruteraan Awam:

1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
2. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
3. Mohd Affendi Bin Ismail - 621


Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:

1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:

1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633


Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:

1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653


Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:

1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805


Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:

1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467


Fakulti Pendidikan:

1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542


Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:

1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458


Fakulti Sains:

1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540


Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:

1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463


Kampus UTMKL

5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding

Sumber: Penyapu lidi
Evolusi Mahasiswa = 28 kerusi
Pro Mahasiswa = 18 kerusi.



Komen Suhaimi:
Sungguh tak disangka beberapa orang yang "low profile" boleh menang. 
Namun, diharap kabinet MPP yang baru terbentuk dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan berkesan tanpa keraguan. Belalah nasib dan kebajikan mahasiswa UTM selaras dengan konsep 1Malaysia,1UTM,Mahasiswa didahulukan,akademik diutamakan.

Thursday, January 28, 2010

Jadi MPP? dan Kenapa Saya Terlalu tidak bangga dengan Lambang Ini

Assalamualaikum

Hari ini sudah merupakan tarikh PRK di UTM akan berlansung serentak dengan PRK beberapa Universiti lain di Malaysia. Mungkin posting saya ini dapat membuka mata beberapa pihak yang masih di"awangan" . Beberapa posting sebelum ini adalah ibarat baju kepada badan. Kenapa saya dilihat tidak berbangga dengan Pro-M? Jawapan yang terlalu mudah jika ingin tunjukkan bahawa kita ini "care" kepada politik ialah "care" pada negara.

Jadi MPP

Selepas penamaan calon pada 25 hb Januari yang lalu, saya dihujani banyak pertanyaan dari rakan-rakan terutama rakan sekelas, rakan dari Matrikulasi, rakan dari JPP di Perlis dan rakan di UTM. Ramai bertanyakan kenapa saya tidak masuk bertanding jadi MPP pada PRK 2010 ini. Soalan ini bukan senang untuk dijawab memandangkan saya ini rindukan kerja berorganisasi dan kepimpinan. Namun prinsip saya mengalahkan segalanya. Kadang-kadang orang tidak faham kenapa kita buat itu dan ini, tidak buat itu dan ini, dan nak bagi orang faham pun satu perkara yang bersandarkan kepada perkara sebelumnya.

Ditanya untuk jadi MPP 

Sebenarnya saya sejak Sem 1 telah ditanya oleh beberapa orang tertentu untuk wakilkan pihak mereka menjadi MPP. Sejak Sem 1, pensyarah Traffic Engineering merangkap felo@APai, ada bertanya sama ada saya berminat untuk jadi wakil KTHO, jadi calon MPP, dan felo-felo akan bantu dari segi jentera dan idea. namun saya menolak dan jelaskan secara baik tentang hasrat dan pendirian saya, dia menerimanya. Sejak pertanyaanya itu saya banyak berfikir, dan bersedia untuk pertanyaan seterusnya.

Memang jangkaan saya tidak meleset, kawan saya dari Pro-M, Affendi ada tanya saya masa berbuka di MSI untuk wakili Pro-M, dan mungkin dia juga tak bernasib, saya menolak dengan kos pendirian saya. Saya kenal Fendi masa saya sama menjawat jawatan JPP di Matrikulasi dahulu, tetapi dia di Pahang kalau tak silap, dan saya di Perlis, ada seorang lagi iaitu Hakimi, mungkin JPP Perak.

Berhujah dan Debat tak rasmi
Kalau sesiapa yang jadi kawan saya atau enemy(xde), mungkin dah kenal cara saya bercakap dan berdebat. Tabiat dan pembawaan saya, bila ada sesuatu yang berbeda dari segi pegangan dan cara pemikiran, terutama songsang dari "betul", saya tak teragak-agak tegur, dan kadangkala saya ditegur. Kadang-kadang perbezaan pendapat dan hujah boleh mencecah berjam-jam lamanya. Tapi ironinya, pendapat ini memecah pemikiran dan persepsi kita terhadap seseorang. Kadang-kadang saya cuba elakkan dari berdebat sebab perkara yang tidak didebat dengan konsisten akan sebabkan hubungan bersama kawan menjadi renggang. Namun perlu diketahu tiada guna tegakkan kebenaran dan perjuangan jika kita tiada ketegasan.

Isu Pro-M dan Evo-M contohnya, umumnya saya tidak mahu ulas sebab MPP, bila dah dilantik, kena berkerjasama. Itulah amalan, mana-mana organisasi sekalipun, namun bila merujuk soal perjuangan  dan politik, saya terpanggil untuk membela dan menegur.

Lambang yang Saya tidak bangga

         
Pegangan dan pandangan politik saya kuat untuk tidak sukakan perkara ini atas dasar beberapa sebab:
-Mereka mengaku "neutral" sedangakan jelas mereka menyokong pembangkang(PKR+DAP+PAS)
-Mereka laungkan bahawa berlaku "Pembodohan Mahasiswa", namum sebenarnya mereka menuju kearah "Pembodohan Mahasiswa", kenapa? Mahasiswa seakan perlu dan wajib sokong, yang menyokong itu cerdik dan "bebas" manakala yang tidak menyokong adalah sedang "diperbodohkan". Mereka tidak mahu menerima penjelasa dari orang yang tidak menyokong mereka.
-Lambang ini sama dengan seseorang yang "hancur moraliti" iaitu "Anwar Ibrahim", dulu saya kagum dengan Anwar, namun bila tahu dan mengkaji kebenaran, saya amatlah jijik dengannya.Namun inilah yang jadi kepada lambang ini.


Perkara ini telah lama diulas beberapa penganalisa terkenal dan mahasiswa sepatutnya cerdik dalam menilai
moral kepimpinan dan landasan perjuangan yang mereka berdiri. Jika saya berkata bahawa ketua jentera Pro-M itu seorang "Anti-UMNO" tegar, mampukah dia menafikan? Segala ulasannya tidak melambangkan dia seorang yang "bijak" dari segi psikologi, kerana ulasannya sangat terperangkap dalam psikologi "anti-umno" tersebut. Dia berkeras itu dan ini tidak kena, namun mahasiswa janganlah terlalu kabur dengan dalam menilai "maksud tersirat" dalam setiap perjuangannya.

Dia seakan men"indoktrinisasi" mahasiswa agar menyokongnya, sedangkan agenda utama adalah 'politik luar' semata-mata. Jika Pro-M terlalu peka dengan "Pembodohan Mahasiswa Sistematis" yang dicanang, bukalah hati dan minda, menjadi mahasiswa berkualiti bukanlah setakat mampu berbicara dasar-dasar, berbicara tentang undang-undang, berbicara tentang polisi menyekat kebebasan, namum perjuangkan perkara yang lebih besar dari itu.Bicarakan mengenai "moral", bicarakan mengenai "Islam", bicara mengenai "hubunngan kaum", "integrasi".

Jangan hanya berpegang pemikiran bahawa segala isu adalah "reverse psikologi" sedangkan kita perlu menilai segala perspektif disebalik sesuatu perkara,cirinya,sebabnya,sifatnya,kebenarannya, jangan hanya terima dan telan bulat-bulat. Nilaikan dan fikirkan kesan kepada Umat manusia, dan rakyat diMalaysia.


Kalau mahu jadi mahasiswa hebat, pekakan seperti perkara ini:

http://mahaguru58.blogspot.com/2010/01/ifc-14-tuntutan-mereka-seandainya-anda.html

Isu agama

Isu Moral



Isu penyalahgunaan nama Allah

Ini baru sedikit dari isu yang patut mahasiswa tahun. Perkara inilah sebenar amat memberi kesan kepada kehidupan mahasiswa di masa depan berbanding asyik bercakap mengenai "Pembodohan".

Rujuklah kembali sejarah.





Tuesday, January 26, 2010

Fikir-fikir

BANTAH wujud kerana betul-betul bantah E-Voting? Atau sakit hati dengar perkataan E-Vo......ting.
Ini kerana E-voting diakui jujur dan telus..serta mempamerkan source code semasa.
Masakan Pro-M boleh menang di UMT, 11 berbalas 1( semua 12 kerusi). Jika E-voting tidak telus, takpayah buat PRK, dah tau siapa menang kan?

 



Fikir-fikir sebelum pangkah.

Saturday, January 23, 2010

Prk bayangan PRU? Part 2

Sambungan ke Part 2

Prk bayangan PRU?  

Rasuah
PRU
  • Terlalu ramai, nak sebut seorang demi seorang agak meletihkan mulut, menghabiskan air liur. Rasuah duit,rasuah pembangunan, dan paling dasyat adalah rasuah seks(anggota Bulan Terbelah atas Lautan Biru)
  • Ada juga pasal rasuah yang "gempar" 1Malaysia baru-baru ini, kes TBH(Pasti anda semua tahu mengenainya). Meskipun ada teori yang kuat pasal apa yang berlaku,namun perbicaraan masih berjalan, saya tak boleh dahului mahkamah untuk menghuraikannya.
PRK
  • Dalam Prk ni mungkin skop rasuah adalah terlalu kecil berbanding PRU.
  • Mungkin kita boleh tafsirkan rasuah PRK dalam bentuk janji-janji calon dari Kumpulan(EVO dan PRO), namun hujahnya bukanlah terlalu kuat, sebab setiap Kumpulan ini punyai manifesto masing-masing untuk diketengahkan.
  • Namun mengenai kes "LOMPAT", saya fikir amatlah tidak berbaloi untuk "si katak" isytiharkan secara secara terbuka. Ianya satu kaedah yang memakan diri. "Si Katak" bakal berhadapan dengan 2 perkara, pujian dan kutukan. Akhirnya "si katak" hadapi dilema. Pada pendapat saya, usahlah isytiharkan anda sedang melompat, lakukan senyap-senyap.
  • Kadang-kadang difikirkan bahawa "si katak" ni bijak menghidu peluang, bila dia rasa kumpulannya lemah, di pindah ke tempat yang di bakal dapat untung.(Mungkin dia harap dapat jawatan dan sebagainya). Ingat, penyataan saya umum, sesiapa yang terasa itu adalah "katak".
Agenda
PRU
  • Parti politik( Barisan Nasional)  dan Pakatan Rakyat ada agenda masing-masing. Sama ada ianya bersifat negatif atau positif itu hal no.2.
  • Kita tahu BN telah lama memerintah Malaysia,dan lebih 50 tahun, rakyat semakin kaya, maju dari segi ekonomi dan pendidikan. Kita semakin bijak, negara semakin gah di persada dunia, rezeki melimpah ruah kurniaan tuhan.Itulah nikmat sebuah pemerintahan berkesan.
  • Tak dapat dinafikan ada juga kecacatan dan kelemahan, namun tiada Alternatif untuk kita berpegang. Nak diharapkan Pakatan Rakyat yang berbeza ideologi, rosaklah negara. Tengoklah 5 negeri(Kelantan, Kedah,Selangor,P.Pinang,dan Perak), apa yang berlaku? Pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Dengan Pas dengan Pas for All(tiada lagi kearah sebuah negara Islam), Dap dengan Malaysian Malaysia(Mirip dasar Singapura) dan PKR(multiracial) yang lebih kepada kepentingan peribadi Anwar Ibrahim,
  • Sokongan kepada Pakatan Rakyat sangatlah merosot dengan agak mendadak sejak di Bukit Gantang. Kecuali sokongan bukan Melayu kepada PR masih agak kukuh walaupun sedikit menurun.
PRK
  • Evo-M dulunya Pro-Aspirasi juga jelas agendanya, namun pertukaran MPP setiap tahun bermakna Pertukaran Kepimpinan tidak menjejaskan agenda, sebab pentadbir menyokongnya.
  • Pro-M berbeza, mereka ini agak menentang dasar-dasar Universiti, menyokong sesuatu yang lebih kepada Pembangkang, timbal baliknya mereka disokong Pembangkang dari segenap sudut(PAS,DAP,PKR). Bagi sesiapa yang mahu nafikan, bukalah harakah, atau Malaysiainsider,atau malaysiatoday,atau suara keadilan, atau blog Dap.
  • Ingat, saya sebut PRO-M. Penyataan yang agak UMUM. Bukan merujuk kepada PRO-M UTM semata.
  • Pro-M secara maya di UTM boleh dilihat sebagai pihak yang aktif dalam menyebarkan fahamannya, muncul blog-blog seperti Penyapulidi,Utmtoday(pihak yang sama), yang condong kepada Pro-M,seperti penyataan saya sebelum ini( Buatlah nisbah sokongan). Namun kemunculan blog ini hanyalah bersifat sementara, maksud saya untuk PRK sahaja, selepas ini mungkin tutup atau jarang-jarang update.Ia sekadar mengsensasikan PRK dan sekadar melonjakkan Pro-M semata-mata.
  • Namun selepas PRK, UMT contohnya, pasti tetap akan dilanda gelora kepimpinan alias Pakatan Rakyat juga.(Tunggu dan lihat)
Kesimpulan
PRU adalah bayangan kepada PRK(kampus), cakap mereka bukanlah jaminan pembikinan mereka,lompat adalah untuk jawatan, Rasuah berkemungkinan wujud dalam bentuk tertentu, MalaysiaToday menyebar visi pembangkang sama seperti UtmToday yang membawa visi Pro-M, termasuk penyapulidi.
Jika lah benar bahawa bayangan PRU ada pada PRK, Evo-M tidak perlu risau, kalau menang tetap bawa dasar pentadbiran, kalau kalah, boleh bersama mahasiswa menonton drama Pro-M yang dilanda krisis. Kalaulah benar.
Kalau dilihat UIAM sentiasa dibawah pengaruh Pro-M, sama seperti Kelantan dibawah pengaruh Pembangkang.
Sifat antara Kerajaan dan Evo-M agak sama,begitu juga Pembangkang dengan Pro-M. Lihatlah nanti siapa yang menang. Lihat juga "teori keselarian" ini berjalan.
Selamat Mengundi Calon Pilihan Hati pada 28hb Jan 2010 nanti.

Thursday, January 21, 2010

Prk bayangan PRU? Part 1

Maksud 

PRK N : Pilihan Raya Kampus (N=bilangan berbeza setiap universiti)
PRU 12 : Pilihan Raya Umum ke 12

Objektif

PRK  : Memilih Barisan kepimpinan yang bakal mewakili suara mahasiswa kepada Pentadbiran

PRU  : Memilih kerajaan(negeri dan persekutuan) untuk dijadikan Pentadbir

Pemain Utama
PRU
Barisan Nasional : Gagasan(parti-parti utama di Malaysia,Dominan = UMNO,MCA,MIC)
Pakatan Rakyat   :(DAP+PKR+PAS)

PRK
Evo-M : Gagasan yang menyokong dasar Pentadbiran
Pro-M : Gagasan yang sering mencanggahi dasar Pentadbiran

Isu yang hampir sama
Undi Post = Oleh Pakatan Rakyat
E-voting = Oleh Pro-M @ Bantah

Sumbangan Kekalahan
1)Hasil adaptasi semaksimum media maya
  •  (DAP, PAS, PKR) hampir tumbangkan BN dengan pelbagai politiking di Media Maya(Blogspot,Facebook,Friendster,Laman Web lain)
  • Pro-M guna (Blogspot,Facebook,Friendster,twitter dan lain-lain) untuk menumbangkan Evo-M
  • Ketika itu: BN masih "low" dalam berblog. (Dap+Pas+Pkr) agak "expert" menumbuhkan rankaian demi menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional
  • Ketika Ini : Pro-M dilihat terlalu "Aktif" dalam dunia maya berbanding Evo-M.
2)Tonjolkan diri dengan supaya nampak "GAH"
  • Pro-M sebarkan flyers(siapa cepat dia dapat~Program MPP)
  • Evo-M anjur Perhimpunan menentang "Pengunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam".
3)"Katak"???
Katak PRU
  • Anwar Ibrahim mencanang "satu Malaysia" (Bukan 1Malaysia) , "Lompat itu Halal" hingga sanggup hantar wakil ke Taiwan.
  • Lepas PRU12- Seorang demi seorang "katak" melompat dari Pakatan Rakyat kepada Bebas(Namun menyokong BN)
Katak PRK
  • "Sapa makan cili rasa pedasnya, Evo masuk Pro"
  • Lepas PRK ? Lihat saja nanti?
Sokongan Sebelum
PRU
  • Ramai memangkah (DAP+PKR+PAS), boikot BN
  • PRK
  • UMT dah menang 11 dari 12 kerusi(suatu petanda), lain-lain 28 hb Jan mengundi.
Sokongan Selepas
  • PR dilanyak Rakyat Marhaen
  • Banyak Isu Kelemahan "terburai"
  • Pertukaran PM dan Konsep 1malaysia lonjakkan UMNO
  •  Pro?
  • Evo?


Nota:
Ini hanya perbandingan, namun menarik difikirkan ialah adakah keduanya adalah mempunyai keselarian?
Sebab umum tahu bahawa Evo adalah lebih condong ke arah Kerajaan, Pro condong ke arah Pembangkang.
Mahasiswa umumnya juga rakyat. Fikir-fikirkan.

Sambungan ke Part 2 nanti.

Saturday, December 26, 2009

Adakah politik kampus dicemari politik luar?

Politik semasa hari ini tidak memungkinkan negara kita mampu berada dilandasan pembangunan yang kukuh, baik dari segi ekonomi ataupun perkembangan sosial yang baik. Sejak dari tahun 2008, suasana politik negara berubah dengan amat ketara. Saya melihat pelbagai perkara yang tidak patut berlaku, kini menjadi santapan pemikiran kita, didada akhbar atau pun di medan maya. Rakyat umumnya, dan mahasiswa khususnya seakan-akan tersepit dicelah pertembungan pemikiran politik sehingga keliru dalam mencongak halatuju dan keadaan negara dimasa hadapan.

Bukan tujuan saya menyentak pegangan politik mana-mana individu, sebaliknya saya sebagai mahasiswa cuba mengajak rakan-rakan seperjuangan berfikir mengenai nasib golongan siswa seperti kita dalam negara Malaysia khususnya pelajar UTM.

Tidak dinafikan dalam mana-mana universiti sekalipun telah diwujudkan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang dulunya kita kenali sebagai MPP, diharapkan menjadi wadah dalam perjuangan menuntut kebajikan para mahasiswa. Mahasiswa dikehendaki menjadi wakil secara sukarela atau pilihan, atau mungkin juga secara paksaan. Siswa-siswi juga mesti mengundi calon-calon yang terpilih dari kalangan terbaik dari segi kepimpinan.Ini demi memastikan mahasiswa didedah dengan politik, agar apabila keluar nanti, mahasiswa tidak akan terkejut dengan politik di luar.Itu yang tersurat dalam politik kampus.

Namun saya ingin sekali menegur sikap kepimpinan mahasiswa yang kehilangan arah sebagai wakil mahasiswa. Teguran ini dituju kepada semua barisan kepimpinan termasuklah kepada pihak Evo-M dan Pro-M. Seingat saya, saudara Abdul Hadi,presiden MPM UTM pernah menghantar surat kepada Harakahdaily(akhbar PAS), mengenai betapa bangganyanya beliau dengan politik di UTM. Objektifnya supaya badan politik luar meniru cara berpolitik di kampus yang bagi saya sesuatu yang mustahil. Mungkin kerana dia sudah bosan dengan keadaan semasa disebabkan oleh politik luar yang melingkari serta mengganggu-gugat isntitusi mahasiswa UTM sendiri,saya amat memahaminya. Namun tidakkah dia mengerti tindakan tersebut lebih mendedahkan mahasiswa dengan politik luar?Cukuplah anda menjaga mahasiswa yang ada, buatlah program yang berfaedah, memberi manfaat kepada pelajar dari segi akademik dan sahsiah diri dari melibatkan kepimpinan dan mahasiwa dalam kancah politik luar yang cukup-cukup merosakkan. Anda sendiri dilihat menjadi Evo-M yang "berkuasa".Gunakan peluang tersebut.

Apabila saya bertanya kepada wakil MPM sendiri dari Pro-M, mereka mengakui bahawa kepimpinan sekarang bukanlah yang sepatutnya berdiri sebagai presiden dan majlis tertinggi disebabkan kualiti mereka mentadbir dan mengurus kebajikan mahasiswa yang dikatakan "lembab".Kenapa? Program tidak bekualiti,terlampau sosial, Kurang pentarbiahan kepada mahasiswa, Merosak akhlak(konsert,battle of the band,dan sebagainya).

Dalam masa sama saya cuba bertanya apakah tugas golongan "Pro-M" dalam organisasi MPM sendiri, dan melucukan beliau menjawab bahawa "Pro-M" bertindak sebagai "pembangkang(opposition)"i
aitu melakukan "Check and Balance". Hendak saja saya menegur beliau bahawa "Anda juga gagal". Kenapa saya berkata demikian?Adakah mereka(Pro-M) melakukan tugas mereka ?bertindak menjadi "balancer" kepada MPM sendiri?Yang menyebabkan mereka berkata demikian terhadap Evo-M(Presiden dan MT)?Nampaknya kedua-dua pihak ini(Evo-M dan Pro-M) tidak melakukan tugas mereka.Perkara ini lah saya ingin samakan(dicemari) dengan politik luar iaitu "bercakap tak serupa bikin".

Saya juga ingin menegur perkara berkaitan surat berantai, memohon mahasiswa untuk menyokong usul pindaan dan mewujudkan peraturan baru melibatkan kempen bakal calon MPM, penggunaan logo, dan keterlibatan Pengetua kolej dalam kempen yang mungkin dijadikan memorandum kepada Pentadbiran UTM. Bukan saya melarang, tetapi tidak pula saya menyuruh perkara seperti ini,tapi bagi saya ini adalah proses "indoktrinisasi senyap" , malah saya menganggap golongan yang menganjurkan ini terlalu takut untuk berdepan dengan mahasiswa sendiri, sehingga diwujudkan surat seperti ini. Hampir saja saya melabelkan mereka sebagai "kiasu".Sekurang-kurangnya tulislah Organisasi mana yang menganjurkannya, dapatlah mahasiswa kita kenali dan membuat pilihan.Sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak mencatat apa-apa walaupun sebaris nama.Pendirian saya ringkas, kalau ianya(memorandum) diguna untuk tujuan lain, siapa yang perlu kita cari?Fikirlah sendiri.

Mungkin ada antara rakan sekalian(penyokong Evo-M hatta Pro-M sendiri),tidak bersetuju dengan pandangan saya. Itu terserah kepada anda, dan saya sebagai salah seorang mahasiswa dan bekas pemimpin pelajar, berharap teguran ini dapat difikir bersama-sama. Saya akan menolak untuk berdebat bukan kerana takut untuk berdebat, tetapi kerana saya tidak mahu wujud jurang antara kita semata-mata saya menegur berkaitan dengan kepimpinan Mahasiswa di UTM ini.Hasrat saya adalah untuk mengajak kita semua(mahasiswa) berfikir atas landasan kita sebagai mahasiswa, dengan tidak mengabaikan penggunaan kritikan yang perlu bagi membentuk jati diri yang terbaik.

Oleh-Ahmad Suhaimi A.M
23 Disember 2009

Menyanggahi Pro-M,adakah saya dilabel Evo-M?

Pro-Mahasiswa(PRO-M) UTM, golongan yang dilihat "opposition" dari kaca mata pihak Evo-M(Evolusi Mahasiswa) UTM dilihat lebih bersungguh-sungguh menjalan kempen. Ini dibuktikan persiapan lebih awal mereka cuba menarik perhatian Mahasiswa UTM,melalui penyebaran flyers di bilik-bilik kuliah seluruh fakulti. Saya memuji tindakan pantas mereka men"indoktrinisasi"kan mahasiswa UTM.

Namun, golongan seperti Pro-M juga punyai kesilapan yang amat parah dari segi penyampaian maklumat yang tepat kepada mahasiswa. Dari pertama kali membaca flyers tersebut saya sudah mengagak apa yang akan berlaku selepas ini.

Secara fakta jika dilihat secara kolektif,flyers tersebut tidak menggambarkan "kejujuran" sebenar mereka. Mereka mengaku bahawasanya mereka adalah kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli dan bebas. Keutamaan yang saya ingin sebutkan ialah "asli dan bebas".Kononnya.

Mereka juga menyatakan bahawa kelompok seperti mereka tidak menyebelahi mana-mana pihak samada dari kerajaan, pembangkang,atau pihak pentadbiran universiti.Ini suatu perkara yang cuba dilindung oleh pihak Pro-M dari dihidu oleh mahasiswa. Gaya bahasa mereka seakan menggambarkan mereka ini "golongan neutral",tapi secara zahirnya mereka tidak seperti yang digambarkan.

Sebenarnya mereka adalah generasi yang membawa dan menyebarkan idea politik luar. Bukalah google dan taip sahaja "Pro Mahasiswa UTM" atau sekadar "Pro Mahasiswa",buka blog mereka dan lihat dan nisbahkan sendiri berapa banyak link yang disambung kepada blog pembangkang secara lansung atau tidak lansung. Bukan saya ingin pertikaikan ideologi politik mereka, namun saya cuba serlahkan apa yang terkandung dalam flyers tersebut tidak menggambarkan diri mereka yang sebenar. Adakah mereka jujur dengan tindakan mereka?

Semakin lama saya melihat kempen golongan Pro-M, semakin terserlah sifat "kiasu" mereka. Mereka seakan takut untuk menonjolkan diri mereka yang sebenar dan berselindung disebalik beberapa baris kenyataan palsu. Kenapa takut sehingga tahap itu? Adakah mereka takut "kalah" lagi pada pilihanraya kampus jika mahasiswa mengetahui "ideologi mereka". Adakalanya saya rasa selayaknya mereka memegang gelaran "ultrakiasu". Secara umumnya, lebih baik kiranya mereka terangkan kecenderungan politik mereka berbanding perselindungan seperti ini.

Saya juga tertarik berbicara soal program-program yang didakwa telah dijalankan oleh Pro-M. Sebanyak 21 program yang telah di"list"kan sehingga hampir penuh kertas flyers. Tapi melalui maklumat yang saya terima ada pihak-pihak yang kecewa dengan tindakan pihak Pro-M me"list"kan Program MPP sebagai Program Pro-M. Banyak senarai program merupakan Program MPP automatik di"hakmilik"kan oleh mereka. Apakah ini?Adakah ini taktik penipuan atau taktik mengkaburkan mahasiswa?Sengaja menggambarkan merekalah "juara" membuat kerja?

Cubalah hormati hak orang lain yang berpenat-lelah dan bersusah payah dalam menjalankan program, tiba-tiba title "penganjur" dikebas? Kalau kita sendiri pasti amat berasa sakit hati. Apatah lagi jika ia melibatkan komitmen banyak pihak diluar sana? Adakah ianya sengaja dilakukan untuk mengundang konflik dibelakang hari?
Inilah konotasi "asli dan bebas" yang dilaungkan oleh Pro-M boleh kita ungkapkan.

Adakah saya dilabel sebagai Evo-M dengan melakukan kritikan begini? Sudah tentu tidak. Sesungguhnya niat saya untuk menyedarkan organisasi, dan mahasiswa yang terlena dan masih dibuai mimpi, supaya tidak menelan sesuatu secara bulat-bulat tanpa melakukan penelitian dan konklusi seterusnya memilih samada untuk berpihak atau menjadi "independent". Semuanya pilihan adakah didasarkan kepada pemikiran yang jelas dan tidak terburu-buru.

Kepada rakan-rakan yang terlibat dalam "indoktrinisasi" ini, saya bukanlah bertindak untuk memalukan anda, namun turut sama-sama mengajak agar membuat pilihan terbaik sebelum berpihak pada mana-mana "side". Mungkin teguran ini boleh diambil pengajaran agar tidak membuat kesilapan dimasa akan datang.

Sesungguhnya, dalam keghairahan berkempen untuk menyuburkan politik kampus, harus disuburkan bersama pemikiran mahasiswa, janganlah lupa pada etika(ethics) berkempen agar kepentingan organisasi tidak melampaui kepentingan menyampaikan kebenaran.

Ahmad Suhaimi AM
24 Disember 2009

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails