Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Showing posts with label Supernatural. Show all posts
Showing posts with label Supernatural. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Solat Dipermainkan atau Mereka ditundukkan

Assalamualaikum dan Salam 1malaysia

Ini sesuatu yang benar dibuat, tetapi tidak dapat dipastikan oleh orang Islam sendiri atau musuh Islam.

Aku ni amat suka dengan watak hero Superman. Sehingga aku merasakan Superman adalah suatu ciptaan "satu dalam trilion manusia". Dia mempunyai kekuatan luar biasa. Mampu memecah gunung dan membelah bukit. Memperlahankan kapal terbang yang bergerak laju, atau memusnahkan peluru berpandu.Apatah lagi dalam versi Superman Return 2006, dia mampu mengangkat bongkahan batu sebesar Sri Langka dengan kudrat yang ada.



Minat pada superman kadang-kadang ditegur oleh mereka-mereka dengan mengatakan Superman adalah rekaan yahudi, kenapa perlu diagung2kan yahudi. Bagiku bukan yahudi yang aku puja, aku cuma berminat dengan watak Superman dan ruang lingkup kuasanya. Aku bukan dan tidak sesekali menyatakan bahawa Superman itu lebih hebat melampaui Tuhan. Kerana Tuhan itu tiada kelemahan. Superman sedia maklum kita tahu mempunyai kelemahan seperti manusia biasa. 



Bagiku minatku pada kuasanya dan kekuatannya. Tidakkah sesiapa saja mahu menjadi kuat seperti Superman. Jika aku menjadi superman, mahu saja aku bantu rakyat Palestin memusnahkan Yahudi laknatullah. Jika aku ada kuasa sepertinya, aku akan bantu rakyat Kedah dan Perlis yang sedang dalam banjir sekarang. Akan aku bantu Iraq dan Afganistan melawan Amerika Syarikat pada 2003 lalu. Aku akan tundukkan Bush dan sekutunya. Apa yang perlu aku risau, peluru tidak lut pada badan, bom tidak bisa 
melukakan.



Mataku umpama laser merah berskala besar yang berganda2 kekuatan dari laser yang membelah intan berlian. Mataku mampu x-ray seluruh alam tanpa melakukan kerosakan dengan sinar gama, beta dan alfa.
Seluruh legasi Ilmunati dan Gerakan Freemason seluruh dunia yang belbagai rupa dan formasi aku mampu hancurkan. Aku mampu memberi jaminan bahawa Islam akan menang jika Perang Salib berlaku lagi atau perang Dunia ke-3 sudah menampakkan tandanya. Ini berkenaan tanggungjawab yang mahu aku lakukan jika aku Superman.



Jika untuk diri sendiri,  mahu saja aku berulang alik dari rumah ke UTM setiap hari. Menunaikan subuh pukul 6.00 di Masjidilharam,Mekah,  Sarapan di gerai Taman U,Johor pukul 6.30, Pukul 7 pagi jogging di Bulan,7.15 mandi di Sungai Amazon,Brazil. Pukul 7.30 kembali ke Kelantan jumpa ibuku. Pukul 7.45 berada di Terengganu berjumpa seorang teman, dan pukul 7.59 pagi berada dalam Kuliah.

Itu hebatnya jika jadi superman. Boleh terbang kesana kemari. Tapi realitinya tidak begitu. Apapun aku masih meminati superman. Jika suatu hari nanti aku juga mampu mempunyai kuasa sepertinya..Siapa tau.

Aku suka membawa pembaca melihat signifikasi gambar ini, aku petik dari Red Crocodile yang diMelayukan. Aku pada mulanya mahu kritik, tetapi jika dikritik bahawa ini adalah penghinaan terhadap Islam, maka Islam akan sentiasa dilihat lemah.Lihat sendiri.

Semua superhero memeluk Islam
Dalam gambar ni menunjukkan semua superhero ciptaan dunia menjadi makmum kepada seorang imam. Apakah? Inilah jika dikatakan suatu bersifat menghina Islam jika kita menjadi terlalu defensif. Apakata kita terbalikkan pemahaman kita. Bahawasanya Islam adalah agama yang syumul lagi suci, sehingga semua superhero dunia yang hebat-hebat semuanya memeluk Islam. Tidak terkecuali Superman di Saf Pertama dari Kanan. Semuanya berimamkan seorang Imam Islam. Maka kita selain dibantu Superman, Islam sudah mempunyai satu barisan pejuang yang hebat. Ini dinamakan Reverse Psikologi. Penghinaan yang cuba dicanang tetapi tidak menjadi.



A.Suhaimi AM
8/11/2010
9.45 PM

Wednesday, October 13, 2010

Jumpa rentak sebenar

Salam
Malam ni planning nak tido awal.kul 12, tapi terlajak pukul 1 sebab terbuka buku RC 2.
Bukan minat, sebab dah jatuh cinta padanya(tah tahu la kalau aku dah jadi hantu buku pasni).
Kerja berlambak lagi tak siap, tapi harapan sentiasa ada..kalau follow step by step, insyallah boleh siap.

Bila cakap pasal rentak, aku memang rasa macam dah jumpa, tinggal nak gilap je sikit.. rentak apa?
Rasa rentak apa? Rentak belajar la... Aku dah dapat satu idea yang masih dalam kajian(cewah..cam hebat).
Tapi memang bagus bila test pada diri..Satu kelebihan..

Dulu bila melibatkan subjek membaca dan hafal, memang membebankan otak..mengadap buku dah sebagainya.
Tapi sekarang tak perlu nak pening kepada sangat. Baca, buat nota proper sikit, baca sekali lalu dah boleh jawab exam.. betul ker? Betul la.

Aku ingat lagi masa buat soalan PSM yang mudah, ada aku post kat ni, sebenarnya semua tu come out from my brain at the time i typing it. Mean what? Aku type kul 5 petang, aku study kul 4 sebelum tu..xsampai sejam dah boleh hafal semua.
Briliantz...

Al-kisah aku guna masa sekejap untuk hafal semua jawapan test PSM. But dalam kul 7 malam aku terlihat ada hardcopy note pasal bab 1 dan bab 2 masih xbaca.. So aku ambil 20 minit baca point penting guna cara sendiri. Alhamdulillah..hasil mantap, boleh habis 2 bab tu..aku ambil point utama je.

Bila aku gi test malam tu, boleh kata akulah orang paling pendiam sekali menunggu budak seksyen lain habiskan test,dalam kul 9 malam juga. Aku bukan apa, malas nak sembang dan hafal. Aku tengok orang lain semua hafal dan bincang bagai nak rak, aku rileks. Ceh..Test memory power kononnya.

Tapi seriously jika soalan sama masuk, aku bleh letak jawapan sebijik2 kat atas kertas jawapan.
Apapun test hari tu lebih kepada KBKK..so ada past year masuk dan ada topik terlalu ringkas. Ada juga pasal nak cari hypothesis. Jadi nak selamat, aku bagi semua point yang berkaitan walau ada terkeluar dari soalan. Aku nak try tengok makah test camana dulu. Jika dapat 20 keatas. Menjadilah cara aku.

Semalam aku sedar pukul 8.45 am, kelas kul 9..bayangkan 15 minit aku guna untuk mandi dan solat dan bersiap.Kul 9 tepat naik pegasus merah aku(din bagi gelaran ni). Nasib baik lecturer lewat. Aku ambil seat depan sekali. Khalid dok tengah. Ntah terlalu fokus sampai rasa sekejap aja masa. Tanya jam dah kul 10.40..terkejut jugak..laju masa. Masa laju atau aku ni fokus sangat?

dalam kelas lecturer bacakan poem nak hafal rumus..lucu gak dengar.."Ada sepasang kekasih...bla..bla."
Punca,separuh.Sampai sebut tanah harga murah dan harga mahal. Sampai gitu sekali nak hafal rumus...
Aku pun nak try hafal.. aku draw note skit, fokus pada buku, NAH! tak sampai 3 minit.. aku boleh tulis semua yang aku hafal...hehe.. siap aku conteng meja lagi..

Aku boleh hafal bermula dapat momet,M, Cari nilai d=kedalaman, dapatkan K=M/fcubd2, compare dengan <0.156, cari z=d(0.5 +/(0.25-(K/0.9)) pastu compare dengan <0.95d, dan cari A=M/0.95fyz..sebegini mudah?
0.95 jika guna fy=460 dan 0.87 jika fy=500... serious... otak briliant..

Masa nak balik kelas pre-stress, aku ada tunjuk kat amin, pasal rumus2 itu.. Tengok dia cam terkejut gak..camana belajar kelas sama, dengar benda sama, tapi aku sempat hafal lekat punya baik.

Aku ada jugak hafal pasal shear kat penapak, ada shear biasa2 aja(pakai nilai d), punching shear(pakai nilai 1.5d) dan ricih maksimum(muka tiang),yang membezakan adalah jarak.. yang lain pakai biasa..cari V, dapatkan v=V/bd, 100As/bd dan vc..

Aku berhasrat test RC esok aku nak buat kejutan. Hasrat nak jadi macam Albert Einstein... dengan formula E=mc2, bisa menjelaskan kesahihan pergerakan Nabi ke langit ke-7 dalam masa 1 malam.. lajunya lebih dari cahaya. Cahaya pun takde la laju sangat. 8 minit cahaya bergerak dari Sun nak sampai earth. .Allah dah ketemukan aku dengan rentak "smart".Tinggal aku nak gilap je... harap ianya kekal untuk aku gunakan sepanjang hayat, Nak rasa juga title Dr,engineer..heheh.

Salam..

A.Suhaimi A.M
13/10/2010
Pagi... 

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails