Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Monday, May 12, 2014

3 minit 2 orang kenalan

Hari ni aku lepas jer balik kerja terus bergegas ke Postlaju kat Glenmarie depan poli shah Alam sbab kena courier kad kawin balik ke kampung. 6.40 gak baru settle.

Lepas settle terus drive ke Giant shah alam depan stadium, semata nak tengok crown permintaan si putri. Demi masa, putera Suhaimi pun terus je sana,masuk jer terus terkam kedai aksesori..ada gak ambil gambar sambil whassap putri legenda.. Bgtau harga siap.







Banyak pilihan,harga sekitar 25 hingga 40 ringgit, dan paling mahal 300.Macam atas sekali.

Demi kepuasan nak kena bawa putri pilih sendiri, lgpun esok wesak..bolehlah ajak dia. Lepas itu aku masuk giant, pusing dan pusing akhirnya ambik vitagen, susu ducthlady 2 liter promosi rm7.90 dan timun batang (aku tak pasti kenapa aku beli)..maybe sbb harganya runtuh kot,3 batang 50 sen.

Masa nk bayar tu aku cari kaunter paling sikit, akhirnya jumpa tapi ada sorang pompuan tengah bayar,tiba turn aku ,pompuan itu tgh packaging barang dia,so aku perhatilah...la..hanis.. Aku pun tegur la,"Hanis eh"(memang la dia hanis..heheh)..dia pun mcm tak sangka aku yang tegur.."eh Suhaimi".Haha. aku tanya dia either dia pergi ke majlis kawin fauzi member kelas, dia cakap dia pergi..lepas tu dia minta diri .

Aku pun bayar 3 item aku tu,keluarnya pintu exit, terperasan sorang budak tembam, aku tegur dia "AAA...macam kenal..nama apa yer..lupa.." .Dia jawab " syafiq"..kerja mana aku tanya dia..dia cakap kat coffee bean. Aku ckp member housemate aku dulu ada jugak kerja coffee bean situ,tapi dah berenti, nama pun syafiq gak.. Haha..dia tanya aku mkan lagi ker Herbalife, aku iyakan..tapi on off juga, kami gelak dan beredar je arah tujuan masing-masing sambil minta diri..

So..3 minit 2 orang kenalan aku jumpa tanpa dirancang dan kebetulan.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 10, 2014

Habuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Sapu Habuk!!!!!Sarang tebuan..

Assalamualaikum

Buat kawan dan lawan yang masih link kan blog saya dalam senarai bloglist mereka,saya minat maaf sebab lama tak berblog.Terima kasih juga kerana baca walau lama sangat tak update,ibarat hidup segan mati tak mahu.Tapi Alhamduliilah tergerak juga hati nak update blog ini sebgai meluahkan,berkongsi segala ilmu dan cabaran kehidupan.

Reason???Reason? sebab apa lama sangat tak update,..wooo..2 tahun lebih..nak masuk 3..????Hahahaha...lama woio...enta orang ingat ke tidak kat kiter..

Sebenarnya cer tanya sapa2pun yang rajin berblog waktu student dulu,bila sampai waktu grad dan kerja,memamg blog jadi habuk dan sarang tikus,cengkerik,lipas,kucing dan sebagainya...

Reasin..1st sebab bila dah grad..oitak nak cari kerja sebab nak duit..duit??ye duit tyu penting beb..semua orang perlukan duit..so saya pun cari duit...cari punya cari jumpala duit..tapi tak jatuh sendiri beb....kena kerja..kerja punya kerja bukan sekadar kerja..tapi kena belajar untuk buat kerja...bila baru kerja lagi banyak kena belajar..bila kerja pun penat..dan benda ni jadi rutin..rutin..ruitn dan ruji...so bila penat tak kuasa la nak buka blog dan type2 blog macam dulu...

So jadila robot...pagi kerja..patang balik..malam keluar..balik..tido.hari minggu keluar..benda ni repeated..repeated..repeated..sehinggalah satu kesedaran timbul utk update blog dah bebearapa kali,tapi itulah....tak tergerak tangan nak sign in...

Walaweh..kali ni,malam ni entah semangat apa la datang..buka blog,bersihkan sikit link2 yang expired(huyyo..sampai expired link ooo)...dan nak taip apa yang sedang di taip.

So rakan2 yang penah singgah disini ms zaman sayan belajar dulu..kali ni boleh linkkan sekali lagi sebab kali ni asaya akan update perjalanan hidup selepas 2 tahun lebih bekerja....suka duka..masin pahit..manis masam tawar..kelat..semua bakal ada.. kali ini posting dan penulisan dilihat lebih padat dgn pmikiran lebih matured(cewah matured konon) ...so....wait for the new me.SORRY FOR ANY TYPO

SUHAIMI 2014

Thursday, December 22, 2011

Bajet:Isu makanan di Kampus Universiti

Murah+Sedap+Berkualiti
Murah+Sedap+Tak berkualiti
Murah+Tak Sedap+Berkualiti
Murah+Tak Sedap+Tak Berkualiti
Mahal+Sedap+Berkualiti
Mahal+Sedap+Tak berkualiti
Mahal+Tak Sedap+Berkualiti
Mahal+Tak Sedap+Tak Berkualiti

Bagi saya, mana-mana student yang "berbajet" hanya cari option pertama atau kedua. Melain yang tidak "berbajet" mungkin akan memilih option ke-5.
Realitinya, sukar utk tentukan ada kualiti atau tidak, sebab student memang tidak akan tanya, "pakcik, beras ni jenama faiza, atau cap pisang ?berapa % hancur? Harga pakcik beli berapa ringgit sekilo? Beli kat Mana?"atau  ,"makcik, ayam ni berapa sekilo, organik ke? Asal kecik ayam ni,berapa bulan umur dia?".

Sedap tak sedap pun satu hal, student hanya buat keputusan selepas beberapa kali makan kat cafe sama, kadang-kadang terpaksa makan juga, sebab kedai tu je yang murah.

So kalau setakat nak buat isu, banyak je yang student boleh claim kat peniaga ni, tapi student tak mintak lebih, student hanya mahu makanan murah setimpal dengan kualiti. Peniaga sepatutnya kena faham la, jangan fikir untuk je, saya yakin untung peniaga adalah berlipat kali ganda, dan peniaga harus ingat, Student ni ibarat sedang belajar ibarat para penjihad, jihad fisabilillah iaitu berjihad untuk jalan Allah. Sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Besar pahalanya jika peniaga membantu para pelajar, menyenangkan mereka untuk belajar dan keluar berbakti pada agama, bangsa dan negara. Wsalam,

Sunday, December 18, 2011

AUKU DAN PANDANGAN

SALAM. Asalnya saya ingin melakukan survey berkenaan Auku, tapi memandangkan saya telah habis belajar, dan sudahpun grad, saya hanya melontar pandangan sebagai bekas mahasiswa UTM. Lagipun saya pernah berada dalam ruang kuasa "auku". Umur dah lepas, berpolitik pun orang tak kisah. Saya tak terikat pada Auku lagi,. Tapi demi menyatakan komitmen saya terhadap auku, maka saya akan terus menulis mempertahankan Auku.

1.Sokongan kepada AUKU.
Saya menyokong sepenuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti. Tiada apa yang menjadi masalah besar kepada mahasiswa, sehinggalah baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa seksyen 15 dipinda bagi memberi peluang yang membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik dan kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja .Mereka juga tidak boleh membawa politik kepartian ke kampus.


Pada pandangan saya, tindakan ini agak berani kerana PM melakukan 2 pertimbangan penting yang dapat saya simpulkan:

a)Sokongan politik
-Walaupun trend sokongan masyarakat Melayu dan India kembali pulih terhadap Barisan Nasional, namun PM mencari jaminan lebih dengan melakukan tindakan populis seperti memansuhkan ISA dan terbaru pindaan Auku. Pindaan ini dijangka menutup beberapa isu-isu politik yang dimainkan pembangkang.
-Sokongan masyarakat cina masih kepada pembangkang, dan ini menyukarkan kerajaan menghadapi Pru-13, namun melalui pemansuhan ini, orang cina yang menyokong pembangkang dilihat beransur-ansur beralih arah kepada kepimpinan Dato' Seri Najib.

SMM=Pro-M=PKR?
Budak tak bertamadun dan takda otak



b)Sokongan orang muda/mahasiswa
-Umum diketahui, orang muda ini darahnya panas, fikirannya singkat, mudah terpengaruh dengan doktrin. Berita yang diterima kadang-kadang diterima sebagai fakta, tanpa ada usaha untuk menilai sumber, kesahihan dan kebenaran sesuatu isu. Orang muda juga "malas" dalam ertikata mudah "menelan" apa-apa analisa, kesimpulan yang dibuat orang lain tanpa melakukannya sendiri dengan pertimbangan yang wajar. Disebabkan ini, Auku yang dikatakan menyekat kebebasan telah dipolitikkan oleh pembangkang yang mengetahui tentang sikap "orang muda", maka dipalu gendang menyatakan Auku ibarat undang-undang mahazalim kerajaaan BN, diangkat dan dicanang setaraf kezaliman ISA. Tujuannya ialah untuk menarik sokongan anak-anak muda(mahasiswa) menentang  kerajaan yang memerintah. Maka seksyen 15 dilihat boleh dijadikan hot-point untuk diserang. Maka dengan pindaan seksyen 15 , maka ia telah menaturalkan kembali Auku.


2.Sekyen lain dalam Auku serta Akta lain.
Setakat ini tiada masalah dalam seksyen lain kecuali didakwa oleh sesetengah pihak tentang akta lain intitusi pendidikan seperti Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Institusi Pendidikan (Displin) 1976 dan Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1976,agar dimansuhkan sama kononnya untuk melihat pindaan AUKU itu "lebih konsisten".

3.Pandangan individu yang memperkenalkan AUKU.
Seperti diketahui umum, individu yang memperkenalkan Auku ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, sewaktu Tun ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Idea ini, adalah hasil pertimbangan mendalam terhadap realiti orang Melayu dan Bumiputera yang ketika itu jauh ketinggalan dalam semua bidang termasuk akademik, ekonomi, sosial sedangakan mereka adalah rakyat majoriti. Saya memetik pengakuan Tun Dr. Mahathir yang bertarikh 18 August 2008 dari blognya http://chedet.cc/blog/?p=89.



AUKU: AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.

Dr. Mahathir Mohamad
Putrajaya, Malaysia
Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003

Friday, December 2, 2011

Seks-u-al l (Ketegori 12 SX)

Salam
 
Tajuk dah cukup gempak! Isinya belum pasti lagi. SEKSUAL.. apa tuh? kuih ker.. atau haiwan apa?
Seksual..kalau ditafsir mengikut kefahaman aku la kan..seksual bermaksud suatu "penilaian terhadap peranan seks". Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, seksual bermaksud:
 
/séksual/ bkn seks; bkn per­setubuhan antara lelaki dgn perempuan: hubungan ~. keseksualan 1 ciri atau peranan seks. 2 dorongan seksual.. 
 
Kenapa aku berbicara pasal benda ni?
Bro..Sis..adik2 sekalian, sekarang sudah heboh tentang Kempen Seksualiti Merdeka. Satu Malaysia sudah bising. Seksualiti merdeka ni adalah kempen mendesak kerajaan supaya mengubal undang@menyatakan sokongan@mengangkat taraf golongan LBGT(Lesbian,Biseksual,Gay dan Transeksual) supaya diterima secara terbuka dalam masyarakat Malaysia..

Korang ..aku nak bagitau, aku secara peribadi menentang sekeras2nya kempen sebegini. Ambiga kita harus tentang.Ambigalah kepala segala kekecohan. Tak lupa Mr.Y yang tak lama lagi masuk Syurga Sungai Bamboo..

Untuk apa kita perlu sokong? Seksualiti merdeka ni merosakkan minda, norma kehidupan bermasyarakat dan beragama di Malaysia ni.Kita nak lihat perempuan kawin perempuan?, laki kawin laki?, perempuan laki bebas lakukan seks?, tempat terbuka?, nak tengoh makyah dalam suasana hidup kita?, nak perempuan berjantina lelaki?, atau lelaki berjantina perempuan,? nak tengok seks club tumbuh macam cendaawan. ?

Korang nak anak2 korang yang korang susah payah kandungkan 9 bulan, ditatang dari kecil, beri makan, besar2 jadi rosak?bawa balik perempuan ..atau jika lelaki jadi perempuan, nak kawin sesama jantina. Rosak institusi rumah tangga..maka masyarakat rosak, negara rosak, maka makin banyak bala menimpa.

Memang bro,sis..adik2
Memang kita sedar dunia sudah nak kiamat, tapi janganlah jadikan alasan kita membenarkan dajal2 bertapak di bumi kita.Malaysia. Sudah banyak bentuk kerosakan diluar sana kita perhatikan, barat, timur..kita ditenggara ini pun sedang dipaksa, ditekan agar menerima budaya kuning, dasyat,haram..maka dengan itu, sebgai rakyat malaysia yang berilmu dan berbudaya tinggi, maka wajib kita pertahan Malaysia dari kehancuran.

Hancur!Hancur!...Hancur seksualiti merdeka!
Wsalam



    

Wednesday, November 16, 2011

PANAS! Ini cara pembantu rumah mandikan anak korang

Salam
 
Kerajaan Indonesia pernah membekukan khidmat membekalkan pembantu rumah kepada Malaysia sekitar 25 Jun 2009, alasannya akibat isu seperti gaji, cuti dan kes-kes penderaan pembantu rumah. Kes penderaan kerap menjadi kontroversi dan mencetuskan demonstrasi dari rakyat indonesia. Kita sebagai jiran terdekat , ditambah kes yang berlaku dalam di Malaysia kadangkala merenggangkan hubungan antara negara Indonesia-Malaysia 

Tapi...
Aku punya pendapat macam ni.

Hal pembantu rumah didera ni memang kita tidak boleh terima dalam norma-norma masyarakat yang berilmu dan berbudaya tinggi seperti Malaysia. Aku setuju sangat jika majikan yang terlibat dihukum mengikut kanun jenayah sedia ada jika terbukti mereka bersalah. Tapi bagaimana jika pembantu rumah itu membuatkan kita naik angin?Kalau disuruh bekerja malas, nak mengular je, bangun lambat, ANAK korang didera pulak.
MAU TAK ANGIN !



Tapi jika anda semua tengok video atas ni, AKU SENDIRI RASA NAK PELEMPANG 20 KALI, CUBIT 30 KALI, PULAS TELINGA 40 KALI..pang..pang..pang..

Tuesday, November 15, 2011

Kedai 1Malaysia perlu ada di setiap daerah

Salam
Bro..1Malaysia bro..

Lu pernah dengar tak pasal kedai rakyat 1Malaysia? ok..kalau lu dengar, lu pernah pergi? ok..kalau la lu pernah pergi la katakan, lu pernah membeli kat kedai tu? Then kat situ lu pikir la sendiri.
Wa nak cakap sikit bro, lu kalau nak jimat lu pergi kedai tu la bro, melainkan lu ni orang kaya..lu bedal la kedai mana pun..asal lu dapat barang lu cari.

Bro, barang2 kat kedai tu murah bro, wa pukul rata 30% la bro, berbanding lu cari barang kat Pasaraya Tesco, atau Giant, atau Jusco..Significant ke nilai 30% ni? Kalau lu idup bujang takpe bro, makan kat kedai, sewa rumah, naik moto gi kerja, atau kalau beli keta lu naik keta, lu bayar ansurang 4-7 ratus sebulan. Kalau lu berkeluarga, lu derita oooo...nak2 ada anak pulak, ramai pulak.

Kalau gaji lu 3000 la, lu masih xselamat bro..lu nak bayar rumah sewa,bil air letrik, susu anak, pampers anak lu, kalau sekolah tu taram kaw2 nyer...duit sekolah, beli buku, baju,seluar, kasut..tuisyen..mao mati oooo..
Lu Jangan pelik, wa memang bujanng..tapi wa nampak masa depan memang kesitu kita..wa cakap sama lu r., kalau xtangkap lagi yang gua cakap.. mati ooo..

Gini gua cakap..lu idup kat kampung lu boleh cari rezeki, makan ubi atau nasi dari beras tanam sendiri, lu idup bandar lu nak tanam celah mana bro?Nak2 dok flat..nak tak nak semua benda kena beli ooo..wa cakp sebab wa dok bandar ni..so apa kaitan dengan kedai rakyat?

Kedai rakyat boleh save budget lu la bro..kalaukalau sebulan lu habis paling komang pun Rm500 la bro..beli barang dapur almaklum lu anak ramai..so dengan kedai rakyat lu boleh save rm150..duit ni lu boleh guna untuk emergency..atau boleh beli kelengakapan anak2, atau beli barang2 yang lu dok mimpi dalam mimpi lu la bro..atau baik lu simpan ja bro.

Lagipun kat kedai ini jual barang2 berkualiti dan berpatutan, barang2 dapur utama, beras, susu, sabun, gula, kordia, dan beratus aneka macam lagi bro..lu mau x mau? atau lu malu sebab singgah kedai barang murah? atau lu takut dicop pengikut tertentu..lu silap besar bro..gagal dalam idup jika lu fikir begitu.

Tapi sehari dua ni Gua hangin sebab ada dengaan izin(barua) yang cuba memperkecilkan usaha kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah dengan mempertikaikan harga barang2, mengaitkan dengan pencemaran, dan macam2 alasan yang xmunasabah. kalau lu rujuk posting gua sebelum posting ini, lu tau metafora gua takat mana. Bagi gua golongan ni golongan dengki dan khianat..

K bro..wa xkisah, apapun wa tau harapan kedai ini amat cerah untuk berkembang idup subur mekar membantu rakyat .Insyaallah.Sebab tu tajuk gua letak "Kedai 1Malaysia perlu ada di setiap daerah".Lu pikir sendiri bro.

NOTA: Kali ini wa suka guna stail "Wa, lu bro". Guna cuba2 bercakap stail zaman sekrang..tapi bukan melambangkan sikap wa yang sebenar bro...wa bilang sama lu. Babai

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails