Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Friday, December 31, 2010

Lama dan Sibuk

Salam 1Malaysia..

Bila aku check orang melawat blog aku..hmm..ramai jugak ye walau lama aku xupdate.. sibuk campur sedikit malas2 nak menaip..hehe..

Apapun aku rasa sesekali kena post jugak apa yang aku buat setelah lama mendiamkan diri..Yang lama2 sangat susah nak refresh balik, yang lepas exam final kira sibuk la jugak,,tetambah dengan menyibuk sekali..haha..

Tapi kali ni aku taknak hurai lagi, cuma just highlightkan saja aktiviti tersebut..hurai tu lain masa sebab banyak sangat cerita dalam cerita..hee..



Lepas exam je aku berhajat nak menetap kat UTM sambil nak wat PSM, tapi aku tangguhkan dulu sebab ia bukan perkara desak masa itu, so aku buta xtiviti sendiri sambil ikut kwan buat part time sehari..dapatlah RM50..kira rezeki halal la tu..

Lepas tu hajat nak balik aku tangguh lagi 10 Dis xjadi sebab aku diajak oleh kwan pada 7hb join Dikir barat..kumpulan Kedrat Citra Dewaana KTDI wakili ke FESTKUM 2010..UTM masuk 7 acara termasuk dikir barat..

So latihan memang intensif sebab kalau xsilap hari Ahad 12 hb tu buat persembahan kat Seagate..Kat JB..dekat City Square..dekat singapore..bersama Boria UTM..Penat tu lumrah..makin lama makin semangat plak..hehe

14hb kami bertolak dari UTM ke USM P.Pinang..terpaksa berlatih lebih sebab penganjur awalkan waktu pertandingan dari 17dis ke 16 dis..apapun ok..15 Dis tu sound check..

16 hb malam tu UTM lawan USM(tuan rumah)..pengacara memang kelakar gila2..memang menjadi dikir kali ni..Tapi ada kesilapan2 awak2 yang lumrah..Tapi UTM kira perform ok jugak..dapat sokongan rombongan UTM dari UNIMAP..malam tu saja 8 universiti berentap..Usim kuhulur salam kesian untuk dikir barat mereka..UMS pula minum air atas pentas..siap kongsi fat choi lagi..haha

17 Dis pagi rehat, petang gi Queensbay Mall..besar gak Mall ni..jalan2 sampai petang..ada tengok wayang,,main game,cuci mata(lain bunyinye tuh)..

17 hb malam sesi kedua, ada 6 universiti lagi berentap..Uitm memang menyerlah..geng2 kebangsaan pun ramai dalam awok2 diorang termasuk tukang karut,Isey..diorang layak menang..

18 petang gi Georgetown jalan2..beli jeruk buat hadiah...jeruk sini pulak murah2. 19 hb kul 4.30 pagi kena bangun sebab kul 5 bertolak ke Unimap Perlis..sebab ada yang buang air lama sangat..kami sampai lwt setengah jam dari lokasi...so takleh masuk RTM1 dalam selamat pagi Malaysia..takpe seronok jugak..hehe

19 Petang gi Padang Besar..hujung Perlis..gi jalan2 sana..hoi..boleh tahan gak..sana barang2..
19 maghrib kat asrama Unimap..mandi.,,pakai uniform dikir sebab ada majlis penutup bersama Raja Perlis..
Malam tu makan kenyang..Hehe..boleh masuk TV lagi..sebab aku join delegasi UTM naik pentas..cuma kena berdiri sekejap..
Lepas majlis terus tido kat UNIMAP...dan stay bersama mereka yang mahu balik kelantan. sebab bas UTM betolak malam tersebut..

20hb pagi bertolak ke Jitra rumah teman..sementara 9 rakan lain balik Kelantan.. Melancong sambil melencong..visit Pusat Sains Negara, Museum Padi..Alor Setar..semua adalah aktiviti peribadi di Kedah..xboleh cerita panjang..simpan dihari tua nanti..hehe.

 Di Museum Padi

Deja Vu 

  
22hb pagi bertolak balik...sampai petang kat KB..OK lah..seronok..
23,24 rehat kat rumah..24dis malam tu tido rumah kwan..bersama kawan2..sebab 25dis ada Program PGMK kelantan(Pengerak Generasi Muda Kelantan) dan Belia 4B Rantau Panjang. Sibuk juga hari tu..ada Program Smart Solat dan Cara memandikan jenazah HIV..

Ditakdirkan aku terpilh jadi model tukang memandikan jenazah..huhu..rasa macam Doctor..sesekali jadi selebriti.hhaha..pakai pakaian sebijik macam tukang bedah kat Hospital.. Kali ni dapat masuk Sinar Harian..
Memang selebriti..

Dimana kedudukan saya?Boleh teka..One Malaysia lagi 


26 rehat sambil bincang pasal penubuhan cawangan PGMK Bukit Marak..Aku jadi Pengerusi Tetap..harap2 ini akan menjadi Platform bersama rakan2 memantapkan anak2 muda kelantan..

27 malam bertolak balik ke UTM..Orait..Buka buku baru..Bye.Terima Kasih..

Sunday, November 14, 2010

Seks sama dengan cinta?


Apakah seks sama dengan cinta?

Banyak remaja (terutama remaja wanita) yang melakukan hubungan seks bukan kerana mereka secara fizikal ingin melakukannya, namun hanya kerana mereka percaya bahwa mereka perlu memberikan kepuasan seksual kepada teman lelakinya agar tetap mencintai mereka. Mereka berfikir bahwa seks merupakan bukti cinta, mungkin juga kerana pasangannya selalu mengatakan perkara-perkara yang sedemikian.

Malangnya, pada beberapa kes, setelah mendapatkan seks, si lelaki justru memutuskan hubungan dan menganggap pasangannya "bukan wanita yang baik-baik". Perkara ini tentu sangat tidak adil bagi si wanita. Kalaupun pada saat melakukan hubungan seks si lelaki menggunakan kondom sebagai proteksi terhadap kehamilan dan infeksi jangkitan seksual, masih ada satu hal yang tidak boleh diproteksi, yaitu hati dan perasaan. Tentu, ditinggalkan kekasih hati akan terasa sangat menyakitkan, apalagi bila kita sudah merasa menyerahkan segala-galanya pada si dia.

Kerana itulah, kita harus berfikir seribu kali sebelum mengatakan "ya" pada hubungan seksual sebelum pernikahan. Fikirkan lagi konsekuensi yang boleh terjadi pada diri kita dan pasangan kita. Jangan mahu jadi korban, dan jangan membuat orang lain menjadi terkorban dari perilaku kita yang tidak bertanggung jawab. Kalau kita memang benar-benar cinta, tentunya kita akan sabar untuk menunggu saat yang paling tepat untuk melakukan hubungan seks (selepas pernikahan), dan tidak akan dengan mudah mengatasnamakan cinta demi seks atau seks demi cinta.

Nah dengan ini, kita mesti ingat bahwa masa remaja ini masa belajar, begitu juga dalam perkara tentang cinta. Selain menyikapinya dengan wajar, jangan lupa untuk menikmatinya. Jatuh cinta di masa remaja semestinya membawa kesenangan yang sifatnya positif bagi kedua belah pihak. Membuat kita lebih semangat belajar di sekolah dan menatap dunia dengan lebih cerah.

Makanya, kalau anda merasa bahwa pasangan anda (atau gaya parcintaan anda) membuat anda tidak bahagia, apalagi kalau sampai melibatkan kekerasan baik dalam bentuk fizikal, emosional, maupun seksual, mungkin sudah waktunya untuk meninjau kembali hubungan anda. Fikir lagi, mahu terus atau berhenti di sini sahaja. Kalau bingung, anda boleh meminta bantuan dari ibu bapa, guru, atau kaunseling ke Youth Center berdekatan.

Ulasan A.Suhaimi AM


Apabila kita menyebut perkataan "seks", kita sering malu berbicara. Ya,memang benar sebagai remaja yang masih belum pernah memikir soal mendalam kehidupan pastinya berfikir begitu. Namun perkara yang tidak diambil peduli pasti akan membawa "sial" dikemudian hari. Bila berkait dengan remaja, memang merekalah antara orang yang tidak tahu apa-apa. Baru hendak belajar mengenai cinta. Yang menjadi mangsa merekalah juga. 

Cuba kita fikir, dan selami secara mendalam, apa yang kita faham mengenai seks ini. Apakah?Kenapakah?Bilakah?Siapakah?.Tentu banyak sekali persoalan yang kita boleh timbulkan. Lupakah kita setiap hari kita dihidang oleh kes-kes buang bayi, kes tangkap basah dan kes remaja bunuh bayi. Tidakkah kita terfikir tentang kenapa Ketua Menteri Melaka menubuhkan sebuah sekolah hamil? Kes sekolah dapat anak(pelajar lahirkan anak), kisah Datin Rosmah isteri PM ke Belgium melawat pihak disana mengurus Pusat Penjagaan Remaja Hamil(kes ini dipolitikkan Ustaz Idris,PAS). Semua kes tersebut menjurus kepada persoalan asas iaitu seks demi cinta. 






Ya, ianya keperluan batin manusia, tiada siapa dapat mempertikaikannya. Namun dalam agama Islam, ianya perkara yang dihalalkan apabila sudah berkahwin, yakni sudah sah menjadi suami isteri. Cubalah merujuk mana-mana agama lain, seks sebelum kahwin adalah sesuatu yang diharamkan. Apatah lagi kita sebagai umat Islam,terdidik dengan agama, namun masih terjerumus dalam gejala maksiat ini.




Dalam banyak kes, remaja adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes seks luar nikah, dan yang pasti, wanitalah yang menjadi mangsa penodaan lelaki atas nama Cinta. Cinta pun cinta juga, kalau setakat nak puaskan nafsu serakah lelaki, lebih baik jangan bercinta. Bagi yang muda remaja, mereka mudah dipengaruhi nafsu tanpa berfikir panjang, apatah lagi berfikir semasak-masaknya. Kerana dipujuk lelaki dengan rayuan, bersama bantuan syaitan, maka kehormatan diri sanggup mereka serahkan bagi membuktikan cinta mereka. Ketika ini tiada lagi terdetik tentang dosa, halal haram.

Memanglah seronok semasa melakukannya, kenikmatan hidup. Bila dah mengandung, dua-dua mulalah panik tak tahu nak buat apa, lelaki akan mula tinggalkan, perut makin lama makin membesar, terpaksa taggung seorang diri. Bila sampai masa maka lahirlah anak luar nikah di dunia. Maka mahu menutup malu, anak tadi dicampak kedalam sungai, atau ditempat pembuangan sampah. Jika bernasib baik dijumpai orang, jika tidak menjadi makanan biawak atau anjing-anjing liar. Sudahlah tidak menjaga anak sendiri, membunuh pula mereka. Padahal bayi tersebut lansung tidak bersalah.


Bayi dibuang merata-rata

?

Ada juga kes sampai kecewa ditinggal teman lelaki, jalan diambil ialah membunuh diri. Inilah akibat jika tiada pegangan agama Islam yang teguh. Silapnya ialah ianya berlaku semasa ia remaja, iaitu masa mereka memperteguh agama dalam diri. Ada juga kes sehingga menjadi trauma dan gila, yang mengalami delusi berpanjangan, seumur hidup. Jika bernasib baik, mampu diselamatkan seperti dihantar ke Raudhatul Sakinah, jika tidak, terus mengulangi dosa yang sama. Ini yang dikatakan kenikmatan sekejap, derita yang berpanjangan, kenikmatan beberapa minit, penderitaan bertahun-tahun.

FIKIR
Pernahkan kita berfikir mengenai permasalahan ini?Ya..tentu sekali, cuma jika sudah cinta, tiada lagi apa yang dapat menghalangnya. Gunung sanggup didaki, sungai sanggup direnangi, apatah lagi menyerahkan kehormatan diri, bukan susah sangat. Ingatlah wanita, bagi lelaki, tiada apa yang rugi, tidak tumpul pisau yang menghiris, berbanding putus,luka,kesakitan tidak dapat disambung lagi. Status "teruna" lelaki tidak lansung terusik,namun tiada lagi status "dara" seorang wanita.

Kepada wanita yang bercinta, jangan sesekali mempercayai 100% lelaki yang dicintai. Letakkan satu sempadan kewaspadaan tentang perkara ini. Percayalah,  kebahagiaan yang dicari akan tiba jua, dengan ikatan perkahwinan. Bagi lelaki pula, janganlah kamu mengambil kesempatan pada kelemahan wanita. Tunjukkan diri masih mampu memimpin diri dan wanita yang disayangi dengan baik. Bukankah wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki sepeti dalam hadis sahih.


Dalam hadits shahih disebutkan:

إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، وَِإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلْعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهَا، وَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ وَفِيْهَا عِوَجٌ

“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)




Ini diperkuatkan lagi dengan Puisi dalam buku Agar Bidadari Cemburu Padamu : Salim A. Fillah 
Bukan dari tulang ubun ia dicipta
Sebab berbahaya membiarkannya dalam sanjung dan puja
Tak juga dari tulang kaki
Karena nista menjadikannya di injak dan di perbudak
Tetapi dari rusuk kiri
Dekat ke hati untuk di cintai
Dekat ke tangan untuk di lindungi

Dalam mengatasi masalah ini, ada beberapa cadangan yang baik dilaksanakan agar tidak tergolong dalam maksiat dan seks sebelum kahwin. Cadangan pertama sudah tentu berkahwin. Jika sudah tidak tahan lagi, elokkah menyampaikah hajat kepada ibubapa seberapa segera. Bagi yang masih belajar,suka sekali saya memetik cadangan KP Pas,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, iaitu nikah khitbah, iaitu nikah gantung. Ini sekaligus mengelakkan gejala seks sebelum kawin. Bila dah kawin, lakukan apa yang kamu suka, tiada sesiapa yang akan menghalangnya, yang penting semuanya halal bagi kamu.





Dalam posting seterusnya saya akan bincang sedikit mengenai cinta dalam konteks realiti cinta, secara menyentuh secara ciri dan permasalah yang berkait. Jika saya menyentuh politik, itu hanya selingan. Bukan tidak bersetuju dengan sesuatu bermakna tidak bersetuju secara keseluruhan tentang dasar dalam pandangan.


OK?

Saturday, November 13, 2010

BERJUTA RASA BILA JATUH CINTA.



~ Jatuh Cinta Berjuta Rasanya ~
KISAH kasih sepasang anak manusia sudah begitu kerapnya dijadikan bahan cerita yang hadir di tengah-tengah kita dari masa ke masa, baik dalam bentuk cerita turun-temurun, buku, filem, mahupun sandiwara radio. Ada cerita yang diilhami dari kisah nyata, tapi ada juga orang yang kisah cintanya seperti dalam filem. Sebenarnya apakah yang dikatakan dengan cinta itu? Mengapa topik yang satu ini seperti tidak ada habis-habisnya untuk diceritakan, dibahas, dan diperdebatkan? Yang lebih penting lagi, apa arti cinta bagi remaja?

Berbagai terminologi digunakan orang untuk melukiskan bagaimana rasanya jatuh cinta itu. Ada yang bilang bahwa jatuh cinta itu serasa indah sekali, sehingga semua di sekeliling kita juga terasa indah. Ada yang bilang bahwa cinta terasa menyesakkan dada sehingga harus diungkapkan kepada pihak yang dijatuhi cinta. Cinta membuat kita berdebar-debar, berkeringat, dan salah tingkah bila berada dekat si dia.

Semua itu sebenarnya merupakan fasa ketertarikan yang boleh dijelaskan secara psikologi maupun fisiologi. Pada saat kita tertarik pada seseorang, otak kita mengirimkan signal ke tubuh untuk memproduksi hormon tertentu yang akhirnya memunculkan reaksi-reaksi seperti di atas. Siapa yang boleh membuat kita tertarik tentunya sangat dipengaruhi oleh pengalaman pribadi serta bagaimana kita tumbuh menjadi remaja dan seterusnya dewasa dalam lingkungan tertentu.

Sebagai bahagian dari satu pakej yang dikenali dengan istilah pubertas (masa peralihan), bersamaan dengan adanya perubahan fizikal, emosional, dan seksual, remaja juga mula mengalami perasaan tertarik pada lawan jenis (atau, dalam kes homoseksual dan biseksual, pada sesama jenis) yang diikuti dengan perasaan jatuh cinta. Perkara ini merupakan suatu perkaral yang normal, walaupun tidak bermakna bahwa remaja yang belum pernah jatuh cinta memiliki masalah.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jackson (2001), remaja cenderung jatuh cinta pada orang yang sudah dikenalinya dengan baik, seperti kawan sekolah, rakan bermain atau jiran tetangga (yang kebelakangan ini jarang terjadi di bandar-bandar besar di mana interaksi antara jiran sangat berkurangan dibandingkan di bandar kecil). Begitu besarnya tekanan dan pengaruh rakan sebaya bagi remaja, biasanya remaja juga akan jatuh cinta dengan orang-orang yang disetujui oleh sahabat-sahabatnya.

Dengan hadirnya internet di dunia kita pada hari ini, maka interaksi kita dengan orang lain juga lebih bervariasi. Yang sebelum ini berkenalan harus secara fizikal (bertemu di sekolah, di jalan, di hentian bas, atau di acara-acara tertentu), sekarang remaja dengan mudahnya berkenalan dengan orang asing melalui chatting di internet, sekaligus juga membuka peluang untuk jatuh cinta. Namun, seperti pernah di bahas di beberapa forum lelaman web tentang cinta, keindahan dunia maya tidak selalu disertai dengan keindahan di dunia nyata. Banyak orang memalsukan identitinya di internet untuk mengambil manfaat dan keuntungan sendiri dari rakan boraknya. Perkara inilah yang mesti harus kita waspadai.



Cinta pada pandangan pertama
Walaupun filem, buku, dan media massa sering menyebut-nyebut tentang cinta pada pandangan pertama, banyak orang yang berpendapat bahwa perkara ini hanya membesar-besarkan romantisme dan sangat jarang terjadi pada kehidupan sehari-hari. Mereka berpendapat bahwa akan sulit mencintai seseorang yang kepribadiannya belum dikenal pasti secara lebih jauh dan dalam. Ketertarikan memang tidak boleh begitu saja disamakan dengan cinta, jika memikirkan betapa cinta melibatkan emosi yang lebih dalam.

Budaya pop, terutama media massa lebih memusatkan perhatian pada cinta romantis, sehingga mempengaruhi banyak orang untuk berfikir bahwa inilah bentuk cinta sejati yang harus dimiliki setiap pasangan. Pada kenyataannya, menurut para pakar, cinta yang romantis hanyalah bahagian awal dari sebuah perjalanan panjang, dan banyak orang justru melakukan kesalahan fatal pada tahap ini. Tahap cinta berikutnya, walaupun tidak seintim cinta romantis, biasanya lebih dalam, lebih membahagiakan dan tentu saja lebih terasa nyaman kerana sudah mengenali pasangannya dengan lebih baik. Untuk mencapai tahap ini tentunya diperlukan waktu yang lebih lama, kerana dalam waktu tertentu itu pasangan boleh saling belajar baik tentang dirinya sendiri maupun pasangannya.

Jatuh cinta pada pandangan pertama dapat menjadi titik tolak dari perjalanan menuju cinta yang lebih jauh. Tapi sekali lagi, perkara ini boleh menjadi bahaya. Kerana pada awalnya kita sering mengira bahwa ketertarikan sama dengan cinta, tidak sedikit jumlahnya remaja yang tersilap dan menyerahkan segala-galanya kepada pasangannya kerana merasakan bahwa inilah cinta sejatinya.  

Ulasan A.Suhaimi AM

Setiap cinta itu jika dikaji dan difaham secara alami ialah natural reaction. Yang nyata, jika kita mengagumi sesuatu perkara itu secara berulang, kita pasti akan jatuh cinta. Apatah lagi sesama manusia, kita akan cuba menyelami sedikit demi sedikit pasangan kita dengan hati yang sudah dibasahi perasaan kasih dan sayang. Menarik handbreak disaat itu pasti mengecewakan.

Disebabkan manusia itu berbeza, kita pasti akan memberi masa kepada diri untuk menyelongkar lebih mengenai pasangan, termasuk hati budi, latar belakang dan kepintarannya membuat keputusan. Tidak kurang juga apakah yang kita rasa sama seperti apa yang dia rasa, dari segi jenis perasaan dan tahapnya. Contohnya, jika kita menyayanginya secara mendalam, sehingga rasa mahu menangis rindukanya,persoalannya adakah dia juga sama seperti kita, mahu menangis setiap kali rindukan kita. Itu sekadar contoh, realitinya pun ada juga.

Memang kita lebih cenderung jatuh cinta pada mereka yang sebaya, sedikit muda atau sedikit tua. Tetapi harus diingat bahawa tidak kurang ada yang sukakan mereka yang lebih tua,10 tahun atau 20 tahun. Ini semua ada alasannya, samada secara semulajadi atau ada objektif kepentingan diri. Lihat saja Siti Nurhaliza dengan Datuk K, Zizie dengan Bung Moktar banyak kes lain. Itu tidaklahlah menjadi masalah.

Kecenderungan mungkin akbat perasaan remaja bahawa kita adalah setaraf, sekufu, sebaya dan mempunyai persamaan, kerana dalam banyak kes, persamaan itulah yang mengikat mereka. Tidak kurang juga ada yang berfikiran kita berada dalam satu ruang yang sama, belajar bersama, akrivisi bersama, kelab dan persatuan yang sama. Jadi lebih mudah menilai pasangan dan berjumpa dengannya setiap masa.

Walau secara realitinya tidak salah, namun diharap kita tahu batasan-batasan agama yang harus dipatuhi seupaya kita tidak terlampau dalam menyulam benang-benang cinta. Berwaspada akan cinta mampu mengheret manusia dalam kebahayaan juga penting agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ada beberapa hal umum lagi nyata yang saya akan bincang dalam posting seterusnya. Yang pasti ia pasti membuka minda mereka-mereka yang bercinta terutama wanita. Wanita suka menggunakan emosi sepenuhnya apabila mereka berhadapan dengan cinta.

Thursday, November 11, 2010

Jatuh Cinta

~ Jatuh Cinta ~
Ada dua proses jatuh cinta yang biasanya disebut orang. Pertama terjadi secara tiba-tiba, atau yang dikenali dengan "love at the first sight" (cinta pandang pertama). Dan yang kedua terjadi setelah melalui proses interaksi, atau dalam pepatah Jawa mengatakan "tresno jalaran saka kulino" (cinta yang terjadi setelah pertemuan yang berulang-ulang).

Love at the First Sight
Jatuh cinta "segera" seperti ini, seperti istilahnya, tertumpu pada ketertarikan visual yang ditangkap oleh panca indra. Tentu saja yang ditangkap panca indra ini adalah penampilan fizikal. Bila ada gadis cantik, seksi, dan manis serta ayu, tentu dia akan jadi korban dari banyak first-sight love dari para lelaki di persekitaranya.

Banyak lakonan drama cinta seperti ini adalah terdiri dari kaum lelaki, kerana tidak dinafikan bahwa kaum lelaki ternyata masih memiliki sense untuk tertarik pada kondisi fizikal lawan jenisnya sebagai faktor utama. Kerana sifatnya yang "segera", maka first sight love ini boleh terjadi berulang-ulang pada ramai wanita yang cantik atau lelaki yang tampan. Namun, cukup banyak cinta seperti ini menjadi awal untuk hubungan yang lebih serius bagi banyak pasangan.

Tresno Jalaran Saka Kulino
Jatuh cinta seperti ini keliahatan lebih matang dan kukuh, kerana panah asmara tidak begitu saja memacak apabila sepasang anak manusia bertemu. Ada proses panjang sebelum busur panah asmara dipacakkan, di mana pasangan tersebut saling mengenali, berinteraksi hingga masing-masing tahu kelebihan dan kekurangan setiap individu diantara mereka, hingga kemudian terjadi keserasian yang berakhir pada pertalian kasih seterusnya melahirkan rasa sayang di antara keduanya.

Pada jatuh cinta seperti ini, pertimbangan kondisi fizikal bukanlah faktor utama lagi. Keserasian lebih tepat disebut sebagai faktor utama agar jatuh cinta seperi ini boleh terjadi. Sebagai individu yang pasti memiliki keinginan untuk sharing (berkongsi) dan menyatakan untuk saling mememerlukan, memberikan peluang terjadi match (keserasian) perasaan dengan lawan jenis yang boleh menimbulkan perasaan suka yang berlanjutan menjadi cinta seterusnya melahirkan sayang.

Pengistiharan
Jika seseorang jatuh cinta pada lawan jenisnya, apa yang kemudian terjadi? Tentu saja harus didorong oleh pengistiharan, atau menyatakan cinta secara eksplisit kepada lawan jenisnya. Kultur negara-negara di Asia tidak mengizinkan bila wanita yang mengambil inisiatif pengistiharan cinta ini. Perkara inilah yang menjadikan ia suatu masalah yang pelik apabila si lelaki tidak mampu menangkap signal cinta dari si wanita, atau si lelaki tidak memiliki cukup keberanian untuk mengungkapkan perasaannya.

Bagi wanita, pengistiharan cinta yang eksplisit adalah cukup esensial kerana berfikir bahawa dia tidak ingin agar cintanya bertepuk sebelah tangan. Namun, bagi si lelaki, ketakutan akan penolakan menjadikan pengistiharan ini perkara yang memerlukan keberanian yang cukup besar untuk mengungkapkannya. Akhirnya ada sebentuk pengistiharan cinta eksplisit yang berbentuk surat agar si lelaki tidak perlu bertatap muka langsung sehingga menghapuskan kebimbangan kemungkinan penolakan secara langsung dari si wanita yang dicintainya di depan mata si lelaki tersebut.

Menurut anda, proses manakah yang ideal bagi seseorang untuk jatuh cinta? Dan benarkah seorang wanita "diharamkan" untuk mengutarakan rasa cintanya kepada lawan jenisnya terlebih dahulu? Hanya anda sendiri yang dapat menjawabnya. Kerana ianya bersifat sangat eksklusif dari individu yang sedang jatuh cinta itu sendiri.

Ulasan A.Suhaimi AM

Tidak dapat dielakkan bahawa satu antara 2 cara tersebut pasti akan terjadi kepada sesiapa sahaja. Sesiapa boleh jatuh cinta pada Siti Nurhaliza, oleh kerana kecantikannya, keayuaannya, atau jatuh cinta pada suaranya. Namun setakat mana cinta itu? Akhirnya Datuk K juga yang dapat. Lelaki lumrahnya suka kepada wanita yang cantik pada pandangan matanya, sebelum mereka menilai pekerti seseorang wanita. Mungkin cinta pandang pertama tidak bertahan lama kerana akan dihakis oleh  perubahan masa.

Cinta pandang pertama ini akan jika berulang akan terjatuh kedalam definisi kedua. Cinta ini merupakan kebiasaan kepada pasangan zaman ini. Mungkin akibat faktor kebersamaan dalam kerja atau aktiviti , menyebabkan sedikit demi sedikit terbentuk jua rasa cinta. Kemungkinan mereka yang terlibat merasa kagum akan sesuatu kelebihan atau kebolehan pasangannya. Namun bagi wanita, mereka mungkin menzahirkan dari segi layanan yang baik, dan mengharapkan lelaki meluahkannya.Proses meluahkannya ini disebut pengisytiharan.

Bagi lelaki, ini masa mereka menunjukkan atau melepaskan keberanian mereka. Perasaan dalam diri ini jka tidak diluahkan akan membawa bencana terutama jika pasangan yang diimpikan sudah diikat hatinya oleh lelaki lain. Suatu penyesalan yang besar akan berlaku, namun tidaklah sampai menangis. Lelaki amat takut untuk meluahkan kerana risaukan feedback yang bakal diterimanya. Mereka mungkin terasa malu jika luahan ditolak mentah-mentah tanpa alasan yang munasabah.



Lelaki mungkin menghantar SMS, Berutus surat dan  paling berani ialah meluahkan secara lansung. Bagi wanita, itu mungkin saat yang ditunggu jika mereka juga mengharapkan cinta tersebut, Namun banyak hal wanita amat terkejut dan malu dengan luahan tersebut sehingga membawa kepada konflik komunikasi dengan lelaki tersebut. Namun seelokknya kedua pihak harus bersemuka berbincang tentang penerima atau penolakan jika ada kekangan. Lagipun ini bukan sampai tahap mahu kawin esok lusa.

Bagi wanita yang beragama dan cukup sifat kepintarannya, mereka tidak menolak namun tidak menerima , apatah lagi memberi pengharapan yang besar kepada lelaki. Mereka akan menasihati lelaki tersebut agar mempersiapkan diri dengan iman dan ilmu agama yang secukupnya, sebelum mereka bersedia menjadi seorang teman hidup. Kita sebagai umat Islam perlu percaya bahawa semua perancangan Allah itu adalah benar. Semua yang hidup telah ada pasangannya, cuma jika tidak sekarang, mungkin masa depan, jika tidak didunia, mungkin diakhirat sana.

A.Suhaimi AM
11/11/2010

Wednesday, November 10, 2010

Mengenali Cinta

Salam, bukan Expert sangat bab mengenali cinta dan permasalahan cinta, namun sebagai manusia yang dianugerahkan cinta, kita semua layak berbicara. Saya cuba huraikan cinta itu mengikut perspektif umum, dengan mentafsir beberapa buku panduan cinta. Harap sesiapa yang sudi membaca sudi berkongsi pendapat.

Dari Buku Mengenali Cinta-Saiful Bakri

~ Mukadimah ~
 
PERKATAAN "CINTA" akan memberikan kesan yang berbeza bagi setiap orang yang mendengarnya, bergantung bagaimana pengalaman orang itu tentang cinta. Ada yang menganggap biasa saja, ada yang tersipu malu, ada yang memerah pipinya bahkan ada yang tersenyum bahagia, atau senyuman getir di bibir malah menghindari pandangan mata ketika ditanya (mungkin tak ingin diketahui rahsia yang pernah dialaminya tentang cinta).

Semakin "pahit" pengalaman atau cerita yang pernah terjadi maka biasanya pendapat yang dikemukan akan terdengar "buruk" atau mempunyai kesan yang negatif. Tetapi justru boleh juga menimbulkan kearifan kerana boleh memetik pelajaran yang berharga dari pahit getirnya cinta. Namun itu semua bergantung kedewasaan seseorang dalam menanggapi pengalaman batinnya tersebut.

Bagaimanapun rasanya cinta pada setiap orang, adalah sangat wajar jika setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza, sekalipun untuk sebahagian orang pandangan tersebut mempunyai rasa egois, "sakit" atau terlalu berlebihan sehingga tidak masuk akal. Bahkan seringkali kita sulit untuk mengistilahkan secara tepat bagaimana rasanya cinta tersebut. Mungkin jika kita diminta untuk mengemukakan pendapat tentang sesuatu hal maka dengan lancar dan mudah kita akan menjabarkan secara terperinci dan tepat. Tetapi jika tentang CINTA? Kelihatannya sulit untuk memberikan huraian lengkap secara tepat tentangnya.

Berbicara tentang cinta tak akan pernah habis-habisnya, terlebih lagi bagi yang sedang "dimabuk" cinta, banyak epik dan cerita lucu tentang cinta, ada yang mengatakan jika cinta datang maka orang yang begitu diam boleh mendadak menjadi pandai bicara atau boleh menuliskan berlembar-lembar puisi tentang cinta. Cinta yang datang akan disertai berbagai reaksi, bagi sebagian orang akan lebih memperhatikan penampilannya, ia boleh saja kelihatan semakin cantik dan tampan kerana "hatinya terus bernyanyi" sehingga keceriaan tersebut terpancar dimata dan wajahnya. Ada pula yang dengan suka rela kehilangan miliknya kerana ingin berkorban agar mendapatkan sebuah cinta.

Begitu dasyatkah cinta sehingga boleh mengubah orang menjadi berbeza. Bercerita tentang cinta tidak boleh dengan logik sahaja kerana cinta tiada ada hubungannya dengan rasionaliti tetapi cinta erat sekali hubungannya dengan perasaan. Sempena menyambut hari Velentine ini, Ikuti artikel hasil pemikiran dan pandangan peribadi serta berbekalkan sedikit pengalaman saya tentang cinta.

Komen A.Suhaimi AM

Jika sesiapa membaca sampai ke perenggan Akhir, maka akan jumpa perkataan Velentine. Sengaja saya tidak buang demi menjaga tulisan asalnya. Kesimpulannya mudah. Jangan ikut yang tidak dapat diterima oleh umat Islam. Rujuk sahaja fakta yang dianggap selari dengan Islam dan Fitrah manusia.

Cinta itu sifatnya belbagai, setiap individu mengolah cinta secara berbeza, meletakkan kedudukan cinta disisi yang tidak jelas. Cinta itu dinilai secara berbeza oleh pasangan yang bercinta. Sememangnya kita tidak mampu memberikan apakah maksud atau definisi cinta yang sebenar, kerana ketidakjelasan dan kepelbagaian ini. 

Sememangnya benar bahawa cinta boleh mengubah kehidupan manusia. Cinta diaanggap karma kepada kehidupan. Bagaimana cinta itu mampu menjatuhkan beratus ribu askar gerombolan kerajaan kuku besi dalam sejarah Red Cliff di China, memberi Ilham kepada pembinaan Taj Mahal di India, dan  melawan kerakusan kerajaan kemboja dalam Perang Bang Rajan ketika zaman kerajaan Ayuthayya. Begitulah hebatnya cinta.




SELAMAT PAGI 1MALAYSIA!

Masa kecil2 dulu aku diajar dan diperingatkan bahawasanya Malaysia itu lahir namanya dengan 3 suku kata iaitu
Malay+Si+a yang mewakili 3 kaum iaitu Malay=Melayu, Si=Ci iaitu Cina dan a=ya mewakili India. Rupanya apa yang aku tahu adalah apa yang diajar oleh abang dan kakakku. Mungkin mereka sedang belajar sejarah Malaysia, dan diajar pula oleh guru2 tentang cara menghafal. Namun bila semakin membesar, baru aku tahu sejarah Malaysia yang sebenar.

Malaysia adalah Malay+Asia=Malaysia. 3 kaum tersebut hanya kaum terbesar di Malaysia. Iaitu Melayu,Cina dan India. Walaupun begitu, jangan dilupa bahawa kita juga mempunyai Sabah dan Sarawak. Mereka juga penduduk peribumi disana, dan wajar hak mereka termaktub dalam Perlembagaan atas nama Bumiputera.

Wajar sekali Cuti 16 September diiktiraf. Itu adalah hari pembentukan Malaysia. Mereka mungkin boleh mengadakan sambutan kemerdekaan sendiri mengikut tarikh mereka terlepas dari jajahan British. Setidakpun mereka terlepas dari Filipina yang sentiasa mengidamkan bumi Sabah dan Sarawak.

SELAMAT PAGI 1MALAYSIA!

Monday, November 8, 2010

Solat Dipermainkan atau Mereka ditundukkan

Assalamualaikum dan Salam 1malaysia

Ini sesuatu yang benar dibuat, tetapi tidak dapat dipastikan oleh orang Islam sendiri atau musuh Islam.

Aku ni amat suka dengan watak hero Superman. Sehingga aku merasakan Superman adalah suatu ciptaan "satu dalam trilion manusia". Dia mempunyai kekuatan luar biasa. Mampu memecah gunung dan membelah bukit. Memperlahankan kapal terbang yang bergerak laju, atau memusnahkan peluru berpandu.Apatah lagi dalam versi Superman Return 2006, dia mampu mengangkat bongkahan batu sebesar Sri Langka dengan kudrat yang ada.



Minat pada superman kadang-kadang ditegur oleh mereka-mereka dengan mengatakan Superman adalah rekaan yahudi, kenapa perlu diagung2kan yahudi. Bagiku bukan yahudi yang aku puja, aku cuma berminat dengan watak Superman dan ruang lingkup kuasanya. Aku bukan dan tidak sesekali menyatakan bahawa Superman itu lebih hebat melampaui Tuhan. Kerana Tuhan itu tiada kelemahan. Superman sedia maklum kita tahu mempunyai kelemahan seperti manusia biasa. 



Bagiku minatku pada kuasanya dan kekuatannya. Tidakkah sesiapa saja mahu menjadi kuat seperti Superman. Jika aku menjadi superman, mahu saja aku bantu rakyat Palestin memusnahkan Yahudi laknatullah. Jika aku ada kuasa sepertinya, aku akan bantu rakyat Kedah dan Perlis yang sedang dalam banjir sekarang. Akan aku bantu Iraq dan Afganistan melawan Amerika Syarikat pada 2003 lalu. Aku akan tundukkan Bush dan sekutunya. Apa yang perlu aku risau, peluru tidak lut pada badan, bom tidak bisa 
melukakan.



Mataku umpama laser merah berskala besar yang berganda2 kekuatan dari laser yang membelah intan berlian. Mataku mampu x-ray seluruh alam tanpa melakukan kerosakan dengan sinar gama, beta dan alfa.
Seluruh legasi Ilmunati dan Gerakan Freemason seluruh dunia yang belbagai rupa dan formasi aku mampu hancurkan. Aku mampu memberi jaminan bahawa Islam akan menang jika Perang Salib berlaku lagi atau perang Dunia ke-3 sudah menampakkan tandanya. Ini berkenaan tanggungjawab yang mahu aku lakukan jika aku Superman.



Jika untuk diri sendiri,  mahu saja aku berulang alik dari rumah ke UTM setiap hari. Menunaikan subuh pukul 6.00 di Masjidilharam,Mekah,  Sarapan di gerai Taman U,Johor pukul 6.30, Pukul 7 pagi jogging di Bulan,7.15 mandi di Sungai Amazon,Brazil. Pukul 7.30 kembali ke Kelantan jumpa ibuku. Pukul 7.45 berada di Terengganu berjumpa seorang teman, dan pukul 7.59 pagi berada dalam Kuliah.

Itu hebatnya jika jadi superman. Boleh terbang kesana kemari. Tapi realitinya tidak begitu. Apapun aku masih meminati superman. Jika suatu hari nanti aku juga mampu mempunyai kuasa sepertinya..Siapa tau.

Aku suka membawa pembaca melihat signifikasi gambar ini, aku petik dari Red Crocodile yang diMelayukan. Aku pada mulanya mahu kritik, tetapi jika dikritik bahawa ini adalah penghinaan terhadap Islam, maka Islam akan sentiasa dilihat lemah.Lihat sendiri.

Semua superhero memeluk Islam
Dalam gambar ni menunjukkan semua superhero ciptaan dunia menjadi makmum kepada seorang imam. Apakah? Inilah jika dikatakan suatu bersifat menghina Islam jika kita menjadi terlalu defensif. Apakata kita terbalikkan pemahaman kita. Bahawasanya Islam adalah agama yang syumul lagi suci, sehingga semua superhero dunia yang hebat-hebat semuanya memeluk Islam. Tidak terkecuali Superman di Saf Pertama dari Kanan. Semuanya berimamkan seorang Imam Islam. Maka kita selain dibantu Superman, Islam sudah mempunyai satu barisan pejuang yang hebat. Ini dinamakan Reverse Psikologi. Penghinaan yang cuba dicanang tetapi tidak menjadi.



A.Suhaimi AM
8/11/2010
9.45 PM

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails