Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Sunday, February 13, 2011

Sensitiviti

Sometime we dont realize that what we talk cannot be accepted by others..
We are in Malaysia, Islam is our main religion,as it stated in our constitution.

Senang cerita macam ni la..salah tetap salah, kena bagi jelas. Kita ni hidup bersama bersatu padu membina Malaysia. Generasi baru ni kadang2 tidak faham sangat apa itu unity dan sensitiviti. 

Kerajaan Malaysia tidaklah memaksa seseorang memeluk Islam, tapi dalam sebuah negara , demi menjaga perpaduan, elakkanlah menulis atau menutur sesuatu yang melibatkan sensitiviti agama Islam. Kenyataan Solid.

Ni gambar gelagat seorang kawan aku, tapi demi menjaga air muka, aku hide nama yang terlibat. Kisahnya mendapat markah yang rendah dalam satu subjek berkaitan islam. Tapi bagiku tak perlu la expressing disagreement like this..

white hat=kopiah..maksudnya ustaz..

Pengajaran : seorang Islam atau tidak bukan ukuran kita menjadi bebas berkata2 terutama melibatkan sensitiviti di khalayak ramai. Jagalah hubungan kita dengan rakan2.

TECS

Tadi ada Test for English Communication Skill.

Group aku kena tajuk "Technology give -Ve impact to our life"

Tapi banyak sebut pasal internet..
Termasuk aku..pasal blogging.
Waste time,lazy,pornography,computer,internet,sms,handphone..

Ada masa stuck..huhu..hilang vocab..broken grammar.
Sebabnya ialah lapar+nervous+not well prepare..

Apapun..terima kasih pada group member aku. Aini,Aira,Zaiton.

Saturday, February 12, 2011

Yes! Aku menang RM30,000

Tadi lepas mandi pukul 10 pagi, aku ke stesyen minyak belakang KTGB sana.. isi FULL TANK...motor saja pun. Kena la dalam rm6.80..cukup 2 minggu.

Balik ikut jalan KDSE ke tasik mahu ke Meranti. Sampai meranti beli nasi+ikan keli+kerabu sayur.. kena dalam rm4.30 +rm1.00 teh ais. 

Jumlahnya rm12.10..pagi ni saja..tu lah kalau fikir2 hidup ni pakai duit..duit itu bukan segalanya..tapi didunia segalanya perlukan duit. Hatta nak buang air pun kena bayar. Yang kat pusat bandar Kota Bharu, sebelah Pasar Siti Khadijah pun kena 20 posen. Dah la kotor.

Balik bilik baca berita kat internet, jalan2 kat 20 blog terpilih. Lepas tu aku bukan ceramah Utz.Zahazan..stop dan makan. Lepas makan dalam zohor camtu dapat mesej kat handphone aku:

"Number Telepon Anda menangi wang Tunai RM30,000.00 dari"POWER ROOT"PIN KOD PEJAYA:254729 Sila Dail Office:+6285217245687 Mohd. ASLAN"
From: +6289694834657
12:42pm 12/2/11

Apa kamu fikir?
Kayalah aku kali ni..Rm30000 tu..kena tipu..

Nampak sangat ini sindiket, tak tahu guna bahasa. lihat saja "Number Telepon" adalah ROJAK!. Kamu tahu apa itu rojak?At least gunalah "Nombor Telefon". SINDIKET INI FAILED

Perkataan "dari"POWER ROOT"PIN KOD.." perkataan "dari" tu sudah tiada jarak, so diorang ini bukan melayu..mungkin bukan Malaysia..sebab tak pernah belajar bahasa rasmi.  SINDIKET INI FAILED

"PIN PEJAYA"..apa kejadahnya ini? mula aku ingat nama tempat cam Petaling Jaya atau Putra Jaya..fikir2..
Dia maksudkan no pin PEMENANG..tapi di guna PEJAYA.. mungkin sindiket ini fikir MENANG=JAYA itu sama maksud, maka dengan ganti nama, sudah cukup memaksudkan "pemenang". Aku rasa ini bukan orang Malaysia la..dah la menipu, pastu rosakkan Bahasa Malaysia.. SINDIKET INI FAILED

"Sila Dail Office" tu tak perlu aku sebut, budak tingkatan 1 pun tahu mana salahnya..ROJAK.

Last sekali "Mohd. ASLAN"..ini kantoi terus. Kenapa harus letak noktah selepas Mohd?jika mahu pendekkan cukup sekadar M. bukan "Mohd." . Kekantoian diteruskan dengan ASLAN yang besar..Sah ini bukan MELAYU MALAYSIA. Mungkin indon. Teringat pula singa dalam cerita Narnia ..namanya ASLAN
 SINDIKET INI FAILED.

Pengajaran: Jika sesiapa terima SMS ni, delete saja. Jangan call dan lakukan apa yang dia buat. Boleh laporkan pada pihak polis jika mahu. semoga mereka yang terlibat dalam sindiket ini ditangkap. Menyusahkan orang saja.


Friday, February 11, 2011

Mahu jadi Wali

Tulah..masa kecil2 aku ni bukan nak sekolah kat pondok ker, belajar agama sahaja. Tak pun belajar di Mesir negara yg dilabel kepimpinannya diktator.


Kecil2 dulu ilmu seketul je bab agama,,maklumlah baru belajar.

Tingkatan 4 sampai sekarang baru aku betul2 care pasal agama dah solat..hukum2..banyak cari ilmu dari ceramah dan kem motivasi. Belajar solat bukan setakat angkat takbir, tapi kena patuh 13 rukun solat itu. Lelaki juga kena tahu berimam dan jadi imam. Maka dengan itu aku hafal surah2 yang boleh aku baca denga tertib masa solat, perbetulkan fatihah yang masing ronggeng2.

Solat berjemaah ada suatu kesukaan di Masjid, tapi bukan dibilik aku. Sebab bilik aku sempit, lagipun sapa nak datang bilik aku semata2 solat jemaah. So pergi masjid la. Kadang2 pergi masjid jadi makmum masbuk..nak wat camana dah lewat. Tapi masa kat masjid imam aku seorang je yang aku ikut. Melainkan imam dah habis bagi salam, baru la decide buat solat jemaah asing2. SATU jemaah je..bukan sambil 2 jemaah berlainan.

Wali? itu manusia yang tiinggi tarafnya, bukan macam aku yang masih belajar agama sepanjang hidup ini. Tapi ada juga "wali" yang terpesong..Wali Band..menyanyi dan berhibur yang terlalu leka. tapi aku tak minat.

Ye..aku masih kurang agama. Aku akan belajar untuk bekalan akhirat. Wali ker, Tuan Guru ker, Datuk seri ker, Tun ker..semua adalah sama di SISINYA. HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Aku nak bawa satu penceritaan kisah solat 2 imam, dulu pertama kali aku dengar di Terengganu, pastu kelantan, dan latest johor. Di kelantan dan terengganu sebab politik..ramai akuinya. Di tenang ni aku nilai sebab politik hanya 20%. Aku percaya ini sebab ke"wali"an!?Mungkin.

SULTAN JOHOR MURKA : NIK AJIS TERLIBAT DALAM KES INI ?



 KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR KE 2 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda, sebelum itu, merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot dan Exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. - BERNAMA 

Thursday, February 10, 2011

OZONE itu O3

Ozon...O3 merupakan hasil tindak balas antara ion oxygen dengan molekul oxygen dengan kehadiran UV.
Ini bermakna UV itu menyebabkan molekul oxygen terurai kepada ion, dan ion itu bergabung dengan molekul oxygen. Proses ini berlaku dengan cepat.

Ion terbahagi kepada 2, iaitu "bad" and 'good'. Klasifikasi ini berdasarkan lokasi ozon berada.

"bad ozone" apabila ia berada di dalam lapisan troposfera(0-13 km) dari bumi, ia menjadi gas rumah hijau(green house).

"good ozone " apabila ia berada di lapisan stratosfera(13km -50 km)..iaitu membentuk lapisan ozone yang melindungi bumi dari sinar UV yang berbahaya.

"green house"?..konsepnya..
Bumi ini macam pepejal solid, matahari memancarkan cahaya+haba kebumi, bumi pantulkan balik ke angkasa, namun gas rumag hijau(Co2, Cfc, Methane-Ch4,O3 ini memerangkap haba, haba berada dalam bumi, bumi jadi panas.

"green house effect"?-bumi panas, suhu sekitar meningkat, ais dari kutip utara dan selatan mencair, aras air naik, (automatik kondensasi meningkat), hujan lebat berlaku, kemusnahan alam,El nino..La nina.. Flash Flood..Ditambah kombinasi (green house_development)..bencana meningkat.

Pengajaran-setinggi mana kajian dilakukan, atas alasan apapun, ia membawa kepada terbongkar kebesaran Allah.

Wifi di bilik aku

Bangun pagi gosok gigi terus mandi.
Gelas biru gula 2 sudu teh uncang satu.
Final projek, alam sekitar, analysis struktur
Fikir last2 aku pilih buat nota concrete.(2 bab)

Wifi kat bilik aku ni boleh la tahan strengthnya..owh signal..ok la
Bukan nak hipokrit apa, aku puji juga MpM yang buat kerja dengan elok..signal wifi dah mantap.

Dulu nak masuk alam ghaib kena guna jampi atau baca ayat tertentu, sekarang tekan 'connect' dah berbaloi.
Dulu pakai iblis atau jin, sekarang pakai laptop saja dengan wireless device atau cabel lan.

Ada peningkatan. Dulu terpaksa berulang ke Cict,library atau Fakulti semata tak mahu ketinggalan dunia maya. Kelajuan sekitar 10-50 kB/s dah berbangga tahap gila2. Selepas peristiwa download di library 2 MB/s membuat aku merasa 100 kB/s adalah teruk. 

Kat bilik aku sekarang dah berubah. "wifiUTM" adalah keharusan manakala "wifiUTM2" adalah pilihan. Dua2 signal dari router yang berbeza membantu aku update dengan isu politik semasa, facebook yang sudah semakin bosan, dan blogging yang ada pasang surut.

Kekadang mediafire jadi mangsa, dengan bantuan raja google. semua tidak mustahil. Dari game popular, lagu istimewa, dokumen berharga, software biasa, atau movie tahap OSCAR..semua guna jari untuk dapatkan. EASY

Dengan bantuan IDM crack ,barang free,laju,stable..hidup jadi mudah. Hard disk pun dah merah. Bravo.

Masih slow

Hmm..Ok sikit
Right..this one nice
Sebenarnya ada kala ia mencapai 2 MB/s..tapi tak sempat nak snipping..
Kalau kabel, pernah aku download kat blok L50 sehingga 4 MB/s.


Wednesday, February 9, 2011

Takde Telur

Baru kejap tadi aku beli Nasi Goreng Daging Merah..aku suka sebab sedap..mungkin kedai tu je kot yang masak sedap..tapi.. takde telur.

Masa kat rumah aku suka makan lauk ikan, yang penting ikan tu mesti yang besar..sebab aku suka cubit bahagian perut mencari bahagian yang amat aku suka..adakala bila belek2..hmmm..takde telur.

Tadi aku lihat gelagat seorang kawan tu mematah hujah..lagipun aku ni orang kelantan..slang aku masih berbau budu la katakan..bila aku berbaku dalam bahasa aku masih lemah walau idea aku banyak..tapi tadi dia tekan aku pasal menara warisan..oh nak politik rupanya.. aku jawab la pasal menara warisan..tintang2..tonteng2..nasib baik tak gedabak gedebuk je..bila dia rasa tertekan..dia perangkap aku tentang kenapa PM umum kat dalam Bajet, mengapa bukan diluar bajet.. hoi..isu sekarang isu setuju tak setuju menara warisan ker..isu PM umum dalam bajet atau luar bajet?..aku tahu dia takde telur.

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails