Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Saturday, October 9, 2010

Salah satu cara membosankan orang lain.

Salam

Cuba..
Aku cuba beritahu bagamana nak membosankan sesuatu perbualan lantas membuatkan orang rimas dengan berbual dengan kita. Tapi salah guna kena pelempang baru tahu. Pernahkan dengan tentang "cakap banyak takde isi?". Isi yang dimaksudkan ialah point yang penting. Point ini bila dinyatakan akan membuatkan orang berfikir dan bereaksi dengannya.

Salah satu contoh perbualan.

"Aku nak bagitau sesuatu lah tentang mamat sekor tu, teruk gila, ntahla macam mana aku nak gambarkan tentang dia, memang teruk berbanding mamat lain, siut betul...geram aku dengan dia...kalau boleh eeeee.... Ntah ar, mamat tu memang poyo nak mampus, tak padan lansung... dah la..geram gila..ni..kalau aku cerita pun mesti orang lain kata dia teruk dan poyo... Kau tau kan aku mana pernah tipu bila bercakap... ko percayalah cakap aku.. mamat tu memang bengong.... aku ni bercakap benar..tau tak?... Sebenarnya begini.. kalau kau nak taula... cerita yang nak aku bagitau ni cerita betul... aku tak suka melalut bagitau perkara karut mengarut..hanya yang benar saja aku bagitau....kan.. aku sambung eh.. ceritanya tentang mamat sekor nih.. memang r... teruk.... shit betul la... kalau aku cerita memang ko setuju dengan apa aku rasa.. mamat tu r.. betul ni aku cakap... yang sebenarnya begini... memang benar ni cerita yang nak bagitau ni.. ko kena percaya pada kebenaran aku nak cakap tau... sebab yang benar itu sentiasa menang... dan kebenaran adalah peganganku... betul tak... Siddiq kalau diterjemahkan arabnya... Ala..bahasa arab mudah takkan ko tak tau....Cerita mamat tu memang benar berlaku... ko tau tak.. sebenarnya ko akan tahu cerita yang aku nak bagitau ni adalah benar... tiada yang benar selain benar-benar belaka... Kebenaran tetap menjadi kebenaran... dan penipuan tidak menghalang kebenaran disebarkan... benar tak? Kan senang kalau semua orang bercakap benar..tambah2 pasal mamat tu... mamat tu sebenarnya ada cerita tau tak.. teruk tau.. sebab ni la aku nak bagitau kau..supaya ko tau perkara sebenar.. supaya aku lepas dari tanggungjawab aku pada kau... meyebarkan kebenaran yang benar dan amat benar....dan........bla..bla..bla.."

Daripada perbualan itu..tiada lansung motif yang ingin disampaikan.
Perbualan diatas memang menempah cepuk atas kepala atau membuat manusia bosan membacanya..
jadi kalu nak amalkan..silakan.

A.Suhaimi A.M
9/10/2010
7.26 PM

OLE-OLE RAYA FKA 2010 masuk dalam Berita Harian

 


JOHOR,9 OKTOBER 
- Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan sambutan hari raya pertama melibatkan seluruh mahasiswa Tahun Satu sehingga Tahun Akhir. Acara berlansung di depan banggunan M47, iaitu di atas padang ukur FKA. Seramai kira-kira 500 orang pelajar dari pelbagai latar belakang akademik telah berhimpun disana sejak pukul 9 malam lagi. Tujuan penganjuran kali ini ialah untuk merapatkan jurang sliaturrahim antara mahasisawa dan pensyarah serta sesama mahasiswa.

Salah seorang tetamu yang diwawancara,Ahmad Suhaimi menyatakan sokongan terhadap program seumpama ini kerana pengalaman bersama satu komuniti sukar untuk ditemui, apatah berkumpul dalam satu perkumpulan yang mempunyai visi dan masa depan sebagai seorang jurutera."Program ini merupakan satu wadah untuk menyatukan semua jentera mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam untuk bersama menyemai rasa kekitaan sesama mahasiswa", tambah beliau.

Walaupun program dihadiri hampir separuh daripada jumlah sebenar mahasiswa, namun ia diharap menjadi batu loncatan terhadap program berunsur sedemikan dimasa depan. Sambil mengulas mengenai kesedaran kebersamaan yang kurang dikalangan mahasiswa Awam sejak kebelakangan ini, Ahmad Suhaimi turut berbicara mengenai situasi pemikiran mahasiwa tahun akhir.

"Sejak tahun satu lagi, pelbagai program diatur oleh mahasiswa yang sedar akan kepentingan bersatu dalam erti kata satu komuniti seksyen, seperti Iftar, Jamuan Raya, dan Site Visit. Ini merupakan tujuan dan rancangan "kami-kami" sejak awal agar perubahan masa dan keadaan tidak merubah ikatan kebersamaan", katanya. Tanpa menyatakan tentang pihak "kami-kami", yang dimaksudkan, beliau menjelaskan tentang rasa perkauman yang menebal dikalangan mahasiswa. 

Tambah beliau lagi, mahasiswa hilang kesedaran dan merasa tiada tanggungjawab untuk memperkasa perpaduan dikalangan mereka. Ahmad Suhaimi juga merupakan pelajar tahun akhir yang akan menghabiskan satu semester lagi turut menaruh harapan agar legasi mahasiswa Awam dimasa depan lebih bersemangat dan mempunyai perpaduan yang utuh selari dengan konsep 1Malaysia.

Berita Harian Malaysia

Friday, October 8, 2010

SILU

SILU
SILU
SILU
SILU
SILU
SILU
SILU
SILU
SILU
SILU
SILU

S? I? L? U?

SILU
SILU
SILU
SILU

S=s+s

SILU menjadi satu persoalan...

Nota
Jangan baca, ini peribadi.

A.Suhaimi A.M
8/10/2010
12.30 am

Wednesday, October 6, 2010

Lemak r

Salam
Malam ni ada test PSM, bukan kira2 tapi just theory dan fakta..
Kalau membaca, semua dah baca, tapi pemahamannya?
Markah nanti indicatornya. Apapun aku cuba memahamkan sesiapa yang belum faham pasal PSM ni.

PSM ni sepanjang pengetahuanku ialah project dan kajian yang harus dilakukan oleh mahasiswa universiti untuk melayakkan dia graduate. Banyak kena buat, literature review, introduction, method, analisys dan penting sekali mendokumenkan serta present kat orang ramai.(part ni yang lack sikit ni). Pukul ratanya, keilmiahan project hanya luaran,yang penting diterapkan ialah How to do it. Bagilah nama tajuk, jenis, hebat dan kreatif manapun project kamu, semua tu tak penting sangat, yang penting macam mana kamu nak conduct project tersebut ikut sequences yang diterima pakai semua.

Banyak ketegori research, kalau research aku pasal Energy-Cost Saving, jenis constructive dalam bidang dan Explotary dalam UTM, apa yang aku ingat ialah: 
  • Explotary research : maknanya jenis kita identify new problem, bukan problem yang dah orang lain identify sebelum ni.
  • Constructive research: Kita develop solution kepada sesuatu problem.
  • Empirical research : Kita test feasibility(kebolehlaksanaan) sesuatu solution tersebut. Ketegori ni banyak guna empirikal evidence.
Ada beberapa stage yang perlu kita turuti dan fahami dalam research, jika tak ikut boleh create problem kepada research kita, antaranya:
1. Fikir tentang topic yang sesuai, boleh dilaksanakan. Dalam berfikir cuba identify problem. Dalam research aku buat pasal energy sebab aku tertarik mengenai pembaziran tenaga di Campus university di UTM.
2.Kedua ialah mengenai Preparation proposal ~ kita kena letakkan dalam proposal ni maklumat yang menyokong kajian kita seperti objective, tujuan dan expectations kita. Tu sebab kita buat 3 Chapter yang merangkumi Intro, Literature review dan Method kita.
3.Conduct research: Ni bab penting untuk dapatkan maklumat, kumpul maklumat dan analisa.
4.Write Research paper: Tulis mengenai kajian kita, sehebat mana pun research memang sia2 kalau tak dapat tulis dengan proper.

Ada orang tanya kenapa perlu buat literature review. Aku faham sebab bab ni paling mengambil masa dan meletihkan otak membaca bahan2. Sebenarnya inilah yang menyumbang paling banyak. Boleh rujuk jurnal, thesis dan internet. Kenapa?
1.Provide background kepada research yang kita nak buat, bidang apa, specific arah mana, dan teknik yang kita nak guna pakai atau telah diguna pakai.
2.Kita nak cari fakta dan maklumat yang boleh menyokong research question kita.(Research question tu dalam Introduction).
3.Establish what we need for research, dan nak memastikan kita ni ada pengetahuan dalam bidang kajian yang kita nak.

Dalam research design(rekabentuk), kita boleh klasifikasikannya kepada 3 jenis iaitu:
kalau berdasarkan tujuan
  • Basic
  • Applied
  • Action
Jika didasarkan kepada method
  • Historical
  • Experimental
  • Descriptive(case study,survey. content analysis)
  • Ex-post facto
  • Correlation
Bila kita dah conduct research, kena la analyse pula. Melalui pemahaman aku sebagai pengkaji, kita boleh analyse pakai beberapa research tool. Antaranya
  1. Statistics(yang kita belajar pasal median, min,mod tu la)
  2. Model
  3. Standard(ni kena ikut step dan compare result dengan standard yang telah ada). Contohnya nak kira BOD la kan, kena ikut step mengira BOD tersebut dan compare dengan Standar A atau B.
Linear regression ni menarik sikit, sebab aku boleh bagi contoh dan asumsi yang kita buat.
Pertimbangkan equation ni,

Y= a + bX
a=persilangan paksi y
b=kecerunan

Melihat kepada perkara ni, asumsi yang kita oleh buat ialah
  1. For any value of independent variable X, the value of dependent normally distributed about regression line.
  2. s,Standard Deviation for each dependent variable must be the same for each value of independent variable.
Faham tak? Maksudnya setiap nilai X(tak bersandar), nilai yang bersandar(Y) ni berterabur secara normal pada regression line.


Ini serba sedikit asas yang boleh dijadikan panduan anda semua.
Apapun, diharap ia membantu anda sekalian.

A.Suhaimi A.S
6/10/2010
4 pm

SUDAH

Salam

lama x update blog, banyak benda nak bicara tapi tugas masih belum terlaksana
Akibat kerja yang bertimpa-timpa. Kena pegi sini sana buat kerja.
kadang-kadang sampai lupa hari ini hari apa?

Malas nak hurai panjang2.
Nak buat PSM lak.

Nak jadi macam Einstein
E=mc2

Thursday, September 23, 2010

Bertenang



Salam

Minggu ini aku terpaksa menetapkan masa harianku sebagai tempoh bertenang.

Banyak perkara berlaku yang melibatkan komunikasi yang sejuk panas suam.

Demi amanah, dan tanggungjawab, aku tidak akan sesekali berundur sebelum melakukannya.

Diam bukan bermaksud tidak buat kerja, tetapi dalam diam ubi berisi.

Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

Cakap belakang ker depan ker, kalau niat tak ikhlas, sama saja hasilnya.

Walau aku kecewa pada sesuatu, kecewa itulah motivasi kepada diriku.


A.Suhaimi A.M
23/9/10
1:31 PM

Thursday, September 2, 2010

Perutusan Sempena Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri.

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaa. Syawal.Ini menandakan berakhirnya kesabaran kita menahan lapar dan dahaga. Saya seperti umat islam lain mengerjakan ibadah puasa dengan bersungguh dan alhamdulillah setakat ini belum pernah sekalipun meninggalkan sahur. Biarlah sahur itu semewah-mewah nasi dan semiskin-miskin air sahaja. Namun mengerjakan ibadat sahur adalah sunat apatah lagi melewat-lewatkannya, amat digalakkan. Namun kadang-kadang sebab risaukan bersahur menjadikan kita tidur lewat. Tapi itu bukanlah masalah besar,hanya 30 hari sahaja.

Balik
Hari ini 2 hb September merupakan tarikh wajib untuk balik kepada anda dan saya semua yang belajar di UTM. Kebanyakan kelas dibatalkan dengan permintaan pelajar atau juga penyarah. Saya akan menaiki bas sebagai tanda sokongan terhadap perkhidmatan awam iaitu Bas Transnasional. Harga tiket masih mahal namun raya menjadikan angka tersebut kecil dimata saya. Tempat naik ialah di Sri Putri dan saya mungkin mengunakan teksi kesana kerana kawan-kawan saya sudah balik dengan kereta masing-masing. 

Puasa
Setakat ini  ibadah puasa berjalan lancar, namun terawih mungkin tergendala akibat perkara wajib lain. Bila wajib dibanding dengan sunat, maka wajib menjadi keutamaan. Puasa memang mempunyai hikmah tersendiri. Ia mampu merapatkan diri kepada Allah dan mendekatkan hubungan silaturrahim sesama sahabat. Dengan permulaan berbuka 4 hari di bilik sendiri tanpa melawat bazar dan hari-hari lain berbuka bersama rakan-rakan sekelas di Masjid merupakan satu rekod . Namun akibat hari terakhir disini, saya telah "memecahkan" rekod tersebut setelah menghayati ucapan seorang cendiakawan Chinese+Siam+Kelantan. Beliau menyatakan bahawa Rekod bukan untuk dipegang, namun Rekod adalah untuk dipecahkan. Terima kasih kepada Lim Huad Chiang,bekas supervisor site semasa Latihan Industri 2010.

Kepenatan
Belajar di universiti memerlukan kita mempunyai ketahanan yang tinggi. Kepenatan bukan dari segi fizikal namun hadir dan lebih parah dari segi mental. Minda sentiasa perlu alert dengan keaadaan semasa. Dengan pelbagai assignment dan Test, tidak tidur dan tidak cukup tidur adalah resmi mahasiswa. Namun bergantung kepada mahasiswa samada bagaimana mereka menguruskan masa mereka. Serius bahawa 2 minggu kebelakangan ini, tidur saya tidak tetap dan kadang-kadang lansung tidak tidur semata-mata membuat assignment dan test. Namun sikap saya yang suka membaca blog dan membuka FB kadang2 menyumbang kearah fenomena tersebut.

Perubahan
Bermula Ramadhan, perbagai perubahan yang berlaku samada kebetulan atau dirancang. Dengan kapasiti bebanan pelajaran yang semakin bertambah menjadikan kita berusaha dengan lebih gigih. Namun ramadhan kali ini seakan mendekatkan saya dengan para sahabat serta junior. Terima kasih kepada semua actor yang terlibat.

Memaafkan
Dihari raya, budaya maaf memaafkan adalah suatu lumrah samada dari segi ucapan lisan, surat atau Facebook. Saya sendiri membuat Kad Raya FB dengan masa yang ringkas dan effect seri yang saya fahami. Alhamdulillah saya dapat mencipta kad raya tersebut dan menghantar melalui sistem Tagging di facebook. Terima kasih facebook dengan kewujudan anda. Terima kasih rakan-rakan keatas pujian yang diberi tentang kebolehan membuat kad tersebut. Namun objektif saya untuk menyampaikan hasrat dan ucapan raya adalah paling utama. Kepada mereka yang ingin melakukan perkara serupa, saya mencadangkan anda mengunakan Jsac Paint shop Pro 8 dan menggabungkanye dengan AAA logo creator.

Minta maaf
Sempena dengan hari raya ini, saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh jentera Ramadhan(umat islam) dan segala kesalahan saya dari segi tuturkata dan bahasa serta perbuatan, mohon diampunkan. Kosong-Kosong. Semoga raya kali ini membawa 1001.25 erti kepada kita semua. Diharap ramadhan tahun depan menemukan kita kembali. Insyaallah.



Ahmad Suhaimi AM
8.00 pm 2/9/2010
UTM

Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails