Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Saturday, July 31, 2010

Sikap aku pada orang

Salam



Disini aku mengishtiharkan sikap aku pada orang yang orang tu berkawan denganku.
Secara asasnya, aku bukan susah berkawan dengan orang. Sesiapa yang menegur aku pasti boleh jadi kawan.
Tak kirala sapa yang menegur dulu, aku atau si polan. Tapi cuma(penting) kalau 1st time tegur dalam keadaan yang salah, seperti marah2, menghina, membuli, sampai bila2 pun aku dah tak suka berkwan.(Mungkin bercakap) tapi selagi tak minta maaf memang aku pandang serong selamanya.

Orang yang berkwan denganku mungkin boleh menilai sendiri sikapku pada orang.Kalau wujud masalah ianya tidaklah mengambil masa berbulan.Tapi certain case masalah berlarutan lama.

Simpati
Aku memang amat bersimpati dengan orang lain, terutama orang yang susah(aku pun bukan senang), kalau nak tolong memang aku tolong semampu. Aku mungkin boleh berkorban tenaga menolong tanpa harapkan balasan.
Hatiku tersentuh jika melihat penderitaan orang lain, tak kira la sapa, orang tua ker, kanak2 ker, kawan2 ker.
Cuma jika tidak mampu menyumbang material, kusumbang doa saja.Diharap kesusahan berakhir segera.

Untrusted
Aku ni percaya pada orang, tapi berpada-pada juga. Kalau buat kerja aku tendency serahkan yang senang2 pada orang lain, pastu barulah bagi yang susah pula. Tapi kalau dah banyak kali tak boleh nak harap, aku takkan bagi kerja lagi. Baik buat sendiri.

Bina identiti
Walaupun aku ni manusia biasa, tapi aku rancang identiti sendiri. Identiti ni ibarat roda, kadang2 ianya at lowest and sometime at top. So pilih sendiri nak kayuh laju ke slow. Aku pilih slow dan maintain tengah2.
Aku tak suka dikenali(popular), tapi kadang2 ianya berlaku sendiri.
Ada yang kenal aku(siap panggil nama aku), tapi aku kaku tak tahu nama dia.
Aku ni jenis yang susah jugak nak hafal nama orang(melainkan aku pernah tulis nama dia).
Tak kira la lelaki ker wanita ker khunsa(dalam maksud ni).

Geli
Aku geli dengan sikap mereka yang berciri berikut:
1.Lelaki macam wanita

ni bukan awek..tapi eeuuweekk


Kompem aku tengok dengan perasaan geli. Geli ni hanya aku tujukan bagi mereka yang tak sedar dia tu lelaki, melenggang2 pula, bermekap2..wekk..
Tapi kalau yang sedar dia tu lelaki tetapi azali dia mempunyai kelembutan berbicara dan pemikiran, tak pula aku rasa geli(faham x?).Maksudku lembut yang tidak tak serupa sutun.

2.Wanita macam lelaki
Ni satu hal lagi, aku tak suka juga. Perempuan yang berlagak, bercakap, bertindak, berpakaian macam lelaki. Aku suka melihat perempuan yang mudah berbicara dengan lelaki tapi tidak bersifat macam lelaki. Tapi bukan bermaksud perempuan tu open-minded atau open-All, tu aku tak suka jugak. Sakit mata tengok.
Bagi aku perempuan seharusnya kena ada keayuan sendiri. Walau wajah x cantik, balance kan ia dengan peribadi. Ni apa..xlawa tapi peribadi hampeh..



So ni mungkin ciri2 pompuan yang jadi idaman hari..(hehe)

Mengetuai



Aku ni suka jadi ketua atas dasar aku mampu buat dan cuba. Kalau setakat group kecik2 tu aku boleh handle, tapi jika ada yang tak suka, aku akan slowkan diri dari konsep mengetuai.
Tapi jika aku dilantik, aku anggap 3 benda
Sama ada mereka nak suruh aku buat kerja tu, atau mereka percaya aku mampu buat, ataupun memang tiada calon yang sesuai. Tapi aku ni tidaklah desperate nak jadi ketua. Bukan senang nak kerja lebih dari sepatutnya.

Matang or mature



Pemikiranku macam orang lain juga, cuma aku mungkin lebih critical dengan multidisiplin ilmu. Ada kawan yang cakap aku terlebih matang dalam berfikir, bercakap perkara2 politics,perkara yang lain dari bidang pengajian, .Aku tahu mereka silap. Sebenarnya bagi aku politik tu sebahagian hidup kita sebagai mahasiswa. Kita perlu peka dengan keadaan semasa dan yang lepas2. Sama macam prinsip hidup aku bahawa kita akan ulang sejarah jika kita tidak mempelajarinya. Jadi aku rasa tak salah aku menulis tentang politik kampus, tentang isu semasa, isu personal dan isu-isu critical segera(penting dan segera). Sebab itu aku boleh membilang jari mereka dalam kelas aku yang bercakap pasal politik(dan aku salute mereka2 ini), ada la 4-5 orang dalam kelas aku.

So, ini mungkin jadi rujukan sedikit bagi mereka yang nak menyesuaikan diri lebih cepat dengan aku. Dan sikap aku sentiasa berubah dengan masa . Isunya bukan sikap itu yang perlu kita tahu, tetapi bagaimana kita nak sustain dengan sikap itu.

A.Suhaimi AM

Wednesday, July 28, 2010

Seorang Diri


Bukan nak cakap tapi rasa nak cakap..
Sejak tukar pada pra-bayar, aku jarang call orang, maklumlah tiap2 bulan kena charge RM94.50
Mahal tu..mana la mampu..Sekarang hidup rasa lega sikit...Mungkin sebab diri masih belajar, pakai prepaid dah la kot..Jimat belanja..

Ramadhan pun dah dekat, lebih kurang seminggu lebih je lagi.
Sem ni pulak duduk seorang diri bilik single di L3#..107B..Senang cerita, petang-petang sapa main bola tampar boleh la aku intai-intai kat celah jendela(Tak de masa dan faedah nak intai la). 
Duduk seorang ni bukan apa, Privasi berada pada tahap paling maksimum. Orang cakap kalau tido tak pakai baju pun sapa nak tegur?(memang x pakai pun).

Adakala nak pasang lagu nasyid ker, techno ke, cintan-cintun ke, lagilah bebas(tapi masih waras)
Belajar tu seorang diri la..Nasib baik dibantu seorang teman(siapa ye?), kini hidup rasa macam lebih berjadual..bukan ikut redah je.. Harap2 maintain je macam ni..
Seorang diri jadikan kita lebih independent, berdikari, bangun tanpa dikejut kawan.. itulah yang terbaik.
Bila kita tahu mana kelemahan, kita perbaiki.

Apapun ini baru permulaan dalam peperangan. Sebab ada peperangan BESAR yang perlu dilakukan sem ni.
InsyaALLAH..



Sunday, July 25, 2010

Wassup!!

Salam..
Wassup.. Was up..? Wat sup? Waa sup?
Korang sebut je la ye.. Sori la aku dah terkurang dari kenormalan menulis.
Fikiranku runsing..apa yang berlaku sebenarnya aku xtahu....

mungkin ini yang disebut "peralihan paradigma". Kenapa sem ni rasa macam :
-Banyak nye kena buat..sibuknye..
Tapi still kena buat atas kewajipan tersebut..
Aku tahu, aku masih perlukan sesuatu, tapi apakah dia aku masih tak tahu..
Aku rasa gerak hati kuat menyatakan aku perlukannya. Apakah itu aku pun tak tahu.

Sem ini perubahan mindaku agak ketara.. 
Kebetulan demi kebetulan berlaku pantas
Perancangan diuji..Wassup?

Aku sedang menghadapinya..

Nota:Sesiapa yang baca mungkin dapat faham 50% sahaja. Target aku 20% je
So.Target Achieved.

Friday, July 9, 2010

Kelate doh kali nih

Sale 1Malaysia

Lamo doh kawe tok nulih kat blog..prektiko hari-hari, bangun celek mato..ingat ko kijo kat site...
6.30 pagi tu kiro gholik yo la kawe bangun...Mandi semaye pastu make..7.30 bertolok gi site..dalam 27-30 menet sapa la kat Site Tanjung Chat..Kota Bharu..

Ari ni kawe sajo jah nok kecek kelate pekat sikit..biar sapo baco tulise kawe jadi pening lalat.. suggun tepi laptok...hahaha..ingat kawe ni selalu nulih bahasa baku, puah jugak..

Lagipon kawe ni kelate weh.. Kayo seni budaya..tapi negeri mundur sikit...Takpo la..

Male ni pun kawe gi Masjid UTM denga ceramah pasa Palestin dan Isroel..aduh..terkesan dihati terutama lihat kronologi negaro palestin yang dikikis oleh israel...jahat la mu ni israel..halal darah mu bagiku(hok jahat ni mace zionis)

Balik Masjid make Tomyam kat Cp..dus..kaw2..haha..nak jerit sero pedah lajok...
Padahal ore hok masok tu kelate siam jugak...buke ore negori weh...
So..cukuplah untuk kelate kali ni..

Pada budak utm yang baru masuk ni, harap study baik2..bye.
Salam


Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails