Tautan Fikiran Suhaimi

.

Followers

Sunday, January 31, 2010

PERLU BACA dan BUAT PENILAIAN!!

Keputusan PRK: Mahasiswa Pro Pembangkang Semakin Ekstrems

Berikut adalah SMS ugutan yang dihantar kepada salah seorang mahasiswa Pro Aspirasi di Universiti Malaya. Ianya dihantar berikutan kekalahan tipis Pro Mahasiswa dalam pilihan raya kampus. Pro M biarpun kalah, tetapi menang 7 daripada 8 kerusi di kawasan umum. Namun mereka gagal menerima kekalahan dan bertindak ganas terhadap HEP dan pelajar yang tidak sependapat dengan mereka. Majoriti IPTA dikuasai oleh Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini. 17 IPTA sudah dimenangi oleh pelajar yang pro Aspirasi.

Di UIA, beberapa orang calon bebas bertindak beralih arah dan menyokong pelajar yang pro Aspirasi setelah melihat kelakuan ektrems kumpulan Pro Mahasiswa di UKM dan UM. Pro Mahasiswa juga hilang penguasaan di UNIMAS, bila kumpulan pelajar di sana menolak sepenuhnya "warna oren" untuk kuasai MPP. Hanya UMT yang dikuasai oleh kumpulan pelajar pembangkang. Itupun kerana faktor calon yang boleh bertanding MPP adalah di paras minima, iaitu 2.0 CGPA. Manakala di UTHM, pilihan raya kampus ditunda ke suatu tarikh yang lain.
Gambar atas menunjukkan kumpulan pelajar Pro M telah mengepung dan menyerbu masuk pejabat Naib Canselor di Universiti Malaya pada 29 Januari 2010 setelah mereka kalah dalam PRK. Mengapakah Pro Mahasiswa perlu menjadi radikal, provokatif dan ektrems sebegini?. Sedangkan mereka rata-ratanya datang dari Akademi Pengajian Islam? Apakah Islam mengajar kita untuk bertindak di luar batasan bila keputusan tidak menyebelahi kita? Dalam isu kalimah Allah SWT, tiada seorang pun pelajar Pro M yang berani bersuara kerana takut dengan bayangan Anwar Ibrahim. Kerana agama mereka takut, tetapi kerana kepentingan kelompok sendiri mereka bertindak di luar batasan.
Pelajar Pro M bertindak menendang CPU dan monitor komputer sebagai membantah e-voting. Setahun yang lepas, bila mereka menang dan menguasai MPP apakah aktiviti dan faedah besar yang mereka sumbangkan kepada pelajar di UM? Tiada sebarang impak yang positif ke arah pembangunan akademik dan menjaga kebajikan pelajar secara lebih berfokus diadakan oleh mereka. Aktiviti yang dibuat hanyalah berdemonstrasi, berkonflik dengan HEP dan menjemput beberapa tokoh pembangkang masuk ke dalam Universiti Malaya. Teresa Kok, Nik Nazmi dan beberapa orang lagi wakil rakyat PKR, PAS dan DAP masuk ke kampus atas jemputan MPP yang dikuasai Pro M. Apakah mereka ini yang meracuni fikiran pelajar ini menjadi ekstrems sebegitu rupa? Beranikah wakil rakyat pembangkang tersebut menegur perbuatan Pro M yang melampaui batas ini? Dari mana Pro M dapat sebegitu banyak duit untuk buat banner, badut, baju, bendera dalam kempen PRK kali ini? Ada sesiapa yang membantu gerakan mereka?
Di UKM, pada 28 Januari 2010, pelajar pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengepung dan menyerbu masuk ke tempat pengiraan undi. Malah TNC HEP yang berada di dalam tempat pengiraan undi diugut dan diancam keselamatannya. Mereka dakwa pentadbiran UKM dengan macam macam tuduhan kerana kalah dalam PRK. Lebih memalukan lagi bila melihat pelajar-pelajar perempuan GMUKM menjerit-jerit dan bertindak kurang beradab. Apakah ini yang diajar di Fakulti Pengajian Islam UKM?

Apakah sebenarnya dicari oleh Pro M ini? Mereka mahu belajar atau mahu menjadi aktivis politik sepenuh masa? Jika mereka mahu menjadi aktivis politik, elok kiranya mereka berpindah ke universiti lain yang lebih demokratik di bawah kerajaan DAP, PKR dan PAS. Berdemolah minta agar Khalid Ibrahim (MB Selangor) memberikan RM1,000 kepada pelajar tahun satu yang baru masuk universiti. Sebagaimana yang dijanjikannya dalam motto pilihan raya umum. Jika tidak, PTPTN tidak perlu membazirkan duit rakyat untuk menyara pelajar yang tidak minat belajar ini. Mintalah wakil rakyat pembangkang tubuhkan dana khas bagi menyara pengajian pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang ini. Universiti adalah tempat untuk belajar. Hormatilah hak majoriti pelajar lain yang telah bersuara melalui undi.

Sumber:Angin Perubahan

Komen Suhaimi : Tak jauh tersasar dari ulasan,telahan dan pandangan saya sebelum ini. Walaupun di UTM tidak ekstrem sebegini,tak mustahil ianya akan berlaku. Mahasiswa jangan hanya tahu berdemo dan terikut dengan perkara sebegini. Fikirkan kesan jangka panjang berbanding kepuasan jangka pendek.

Sudah namanya Pro-M,  maka Pro-M UTM harus bertindak mengelakkan perkara begini berlaku di UTM yang tercinta.

Tiada keselesaan jika tiada keamanan.

Saturday, January 30, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Ini merupakan keputusan rasmi PRK MPPUTM 2010

Kerusi Umum:

1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655


Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:


1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403


Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:

1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149


Fakulti Kejuruteraan Awam:

1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
2. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
3. Mohd Affendi Bin Ismail - 621


Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:

1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:

1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633


Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:

1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653


Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:

1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805


Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:

1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467


Fakulti Pendidikan:

1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542


Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:

1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458


Fakulti Sains:

1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540


Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:

1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463


Kampus UTMKL

5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding

Sumber: Penyapu lidi
Evolusi Mahasiswa = 28 kerusi
Pro Mahasiswa = 18 kerusi.



Komen Suhaimi:
Sungguh tak disangka beberapa orang yang "low profile" boleh menang. 
Namun, diharap kabinet MPP yang baru terbentuk dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan berkesan tanpa keraguan. Belalah nasib dan kebajikan mahasiswa UTM selaras dengan konsep 1Malaysia,1UTM,Mahasiswa didahulukan,akademik diutamakan.

"Hari yang meletihkan dan Idea yang belum disampaikan"

Itulah ungkapan yang mampu aku huraikan setelah melalui tido selama 7 jam semalam, 3 jam kelas ,solat Jumaat 1 jam setengah,bergayut 1 jam, sembang dengan roomate setengah jam, salin report 15 minit, jogging selama sejam dari pukul 5.30-6.30.Teruknya hari ni jogging naik balai cerap UTM dengan kudrat yang ada. Rasa cramp pun ada,bayangkan dah hampir sebulan dah tak naik bukit tu. Badan pun lemak semacam, namun sebab tadi dah jogging, lemak dah kurang 0.5 peratus,jap lagi kena diet la.

Siv-SEP,mulanya agak keliru untuk membuat keputusan memandangkan malam ni nak jumpa dengan rakan committe SIV-SEP 10'. Malam ni adalah sambungan semalam,namun melibatkan mesyuarat ringkas untuk mencari dana tambahan bagi menyelesaikan masalah kekurangan dana sekaligus Nurul nak cakap pasal buat tambahan permintaan dana kepada HEP.

Risaunya bukan apa, seboleh mungkin nak "reduce" kan kos yang terlibat dalam program kelas iaitu SIV-SEP ini. Izzati pula inginkan semua kawan-kawan sekelas membeli baju F1 yang berharga RM0.06k satu. Hal inilah yang "create" problem baru dan sebabkan rakan-rakan mula confius untuk membuat pilihan pada mulanya.

Sebanarnya,baju ni kalau boleh bukanlah "compulsory" kepada stdent kelas yang lain. Namun, bila ia dicombine bersama program, masalah timbul sebab sangka jika tak beli baju, maknanya tak dapat join program. Namun nilai program ada pada "site-visit",bukan pada baju. Hasratnya inginkan keseragaman memang baik , namum masalah kewangan kadang-kadang mencengkam.Lagipun bayaran utama adalah penginapan dan makan. At least satu kepala kena keluarkan Rm0.025k* lebih kurang. Belum kira makan.

Jadi malam ni, aku ada cadangan yang agak baik, namun jika ia tidak mendapat komitmen, agak susah dan pasti tiada guna. Komitmen ini harus dilakukan sekurangnya minggu ini untuk kertas kerja dan minggu lain untuk kelulusan. Jika tiada masalah, insyaallah lepas raya Cina, kita boleh jalankannya.

Detail pasal cadangan akan dikeluarkan esok

Doakan semoga kita berjaya.

Thursday, January 28, 2010

Jadi MPP? dan Kenapa Saya Terlalu tidak bangga dengan Lambang Ini

Assalamualaikum

Hari ini sudah merupakan tarikh PRK di UTM akan berlansung serentak dengan PRK beberapa Universiti lain di Malaysia. Mungkin posting saya ini dapat membuka mata beberapa pihak yang masih di"awangan" . Beberapa posting sebelum ini adalah ibarat baju kepada badan. Kenapa saya dilihat tidak berbangga dengan Pro-M? Jawapan yang terlalu mudah jika ingin tunjukkan bahawa kita ini "care" kepada politik ialah "care" pada negara.

Jadi MPP

Selepas penamaan calon pada 25 hb Januari yang lalu, saya dihujani banyak pertanyaan dari rakan-rakan terutama rakan sekelas, rakan dari Matrikulasi, rakan dari JPP di Perlis dan rakan di UTM. Ramai bertanyakan kenapa saya tidak masuk bertanding jadi MPP pada PRK 2010 ini. Soalan ini bukan senang untuk dijawab memandangkan saya ini rindukan kerja berorganisasi dan kepimpinan. Namun prinsip saya mengalahkan segalanya. Kadang-kadang orang tidak faham kenapa kita buat itu dan ini, tidak buat itu dan ini, dan nak bagi orang faham pun satu perkara yang bersandarkan kepada perkara sebelumnya.

Ditanya untuk jadi MPP 

Sebenarnya saya sejak Sem 1 telah ditanya oleh beberapa orang tertentu untuk wakilkan pihak mereka menjadi MPP. Sejak Sem 1, pensyarah Traffic Engineering merangkap felo@APai, ada bertanya sama ada saya berminat untuk jadi wakil KTHO, jadi calon MPP, dan felo-felo akan bantu dari segi jentera dan idea. namun saya menolak dan jelaskan secara baik tentang hasrat dan pendirian saya, dia menerimanya. Sejak pertanyaanya itu saya banyak berfikir, dan bersedia untuk pertanyaan seterusnya.

Memang jangkaan saya tidak meleset, kawan saya dari Pro-M, Affendi ada tanya saya masa berbuka di MSI untuk wakili Pro-M, dan mungkin dia juga tak bernasib, saya menolak dengan kos pendirian saya. Saya kenal Fendi masa saya sama menjawat jawatan JPP di Matrikulasi dahulu, tetapi dia di Pahang kalau tak silap, dan saya di Perlis, ada seorang lagi iaitu Hakimi, mungkin JPP Perak.

Berhujah dan Debat tak rasmi
Kalau sesiapa yang jadi kawan saya atau enemy(xde), mungkin dah kenal cara saya bercakap dan berdebat. Tabiat dan pembawaan saya, bila ada sesuatu yang berbeda dari segi pegangan dan cara pemikiran, terutama songsang dari "betul", saya tak teragak-agak tegur, dan kadangkala saya ditegur. Kadang-kadang perbezaan pendapat dan hujah boleh mencecah berjam-jam lamanya. Tapi ironinya, pendapat ini memecah pemikiran dan persepsi kita terhadap seseorang. Kadang-kadang saya cuba elakkan dari berdebat sebab perkara yang tidak didebat dengan konsisten akan sebabkan hubungan bersama kawan menjadi renggang. Namun perlu diketahu tiada guna tegakkan kebenaran dan perjuangan jika kita tiada ketegasan.

Isu Pro-M dan Evo-M contohnya, umumnya saya tidak mahu ulas sebab MPP, bila dah dilantik, kena berkerjasama. Itulah amalan, mana-mana organisasi sekalipun, namun bila merujuk soal perjuangan  dan politik, saya terpanggil untuk membela dan menegur.

Lambang yang Saya tidak bangga

         
Pegangan dan pandangan politik saya kuat untuk tidak sukakan perkara ini atas dasar beberapa sebab:
-Mereka mengaku "neutral" sedangakan jelas mereka menyokong pembangkang(PKR+DAP+PAS)
-Mereka laungkan bahawa berlaku "Pembodohan Mahasiswa", namum sebenarnya mereka menuju kearah "Pembodohan Mahasiswa", kenapa? Mahasiswa seakan perlu dan wajib sokong, yang menyokong itu cerdik dan "bebas" manakala yang tidak menyokong adalah sedang "diperbodohkan". Mereka tidak mahu menerima penjelasa dari orang yang tidak menyokong mereka.
-Lambang ini sama dengan seseorang yang "hancur moraliti" iaitu "Anwar Ibrahim", dulu saya kagum dengan Anwar, namun bila tahu dan mengkaji kebenaran, saya amatlah jijik dengannya.Namun inilah yang jadi kepada lambang ini.


Perkara ini telah lama diulas beberapa penganalisa terkenal dan mahasiswa sepatutnya cerdik dalam menilai
moral kepimpinan dan landasan perjuangan yang mereka berdiri. Jika saya berkata bahawa ketua jentera Pro-M itu seorang "Anti-UMNO" tegar, mampukah dia menafikan? Segala ulasannya tidak melambangkan dia seorang yang "bijak" dari segi psikologi, kerana ulasannya sangat terperangkap dalam psikologi "anti-umno" tersebut. Dia berkeras itu dan ini tidak kena, namun mahasiswa janganlah terlalu kabur dengan dalam menilai "maksud tersirat" dalam setiap perjuangannya.

Dia seakan men"indoktrinisasi" mahasiswa agar menyokongnya, sedangkan agenda utama adalah 'politik luar' semata-mata. Jika Pro-M terlalu peka dengan "Pembodohan Mahasiswa Sistematis" yang dicanang, bukalah hati dan minda, menjadi mahasiswa berkualiti bukanlah setakat mampu berbicara dasar-dasar, berbicara tentang undang-undang, berbicara tentang polisi menyekat kebebasan, namum perjuangkan perkara yang lebih besar dari itu.Bicarakan mengenai "moral", bicarakan mengenai "Islam", bicara mengenai "hubunngan kaum", "integrasi".

Jangan hanya berpegang pemikiran bahawa segala isu adalah "reverse psikologi" sedangkan kita perlu menilai segala perspektif disebalik sesuatu perkara,cirinya,sebabnya,sifatnya,kebenarannya, jangan hanya terima dan telan bulat-bulat. Nilaikan dan fikirkan kesan kepada Umat manusia, dan rakyat diMalaysia.


Kalau mahu jadi mahasiswa hebat, pekakan seperti perkara ini:

http://mahaguru58.blogspot.com/2010/01/ifc-14-tuntutan-mereka-seandainya-anda.html

Isu agama

Isu Moral



Isu penyalahgunaan nama Allah

Ini baru sedikit dari isu yang patut mahasiswa tahun. Perkara inilah sebenar amat memberi kesan kepada kehidupan mahasiswa di masa depan berbanding asyik bercakap mengenai "Pembodohan".

Rujuklah kembali sejarah.





Tuesday, January 26, 2010

Fikir-fikir

BANTAH wujud kerana betul-betul bantah E-Voting? Atau sakit hati dengar perkataan E-Vo......ting.
Ini kerana E-voting diakui jujur dan telus..serta mempamerkan source code semasa.
Masakan Pro-M boleh menang di UMT, 11 berbalas 1( semua 12 kerusi). Jika E-voting tidak telus, takpayah buat PRK, dah tau siapa menang kan?

 



Fikir-fikir sebelum pangkah.

Sunday, January 24, 2010

Ini Taraf Biadap Punya Blogger..Minta hukum penjara.

Daulat Tuanku
Ini bukan soal PRK, bukan juga PRU, ini pandangan Rakyat Marhaen seperti saya yang agak marah dengan blogger adukateruna dari "pihak sana". Tidak patut dan memang tidak patut walau apa alasannya. Ini suatu penghinaan kepada "Institusi Diraja" Johor. "Bedebah juga" perangai mereka. Penghinaab kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, yang juga merupakan bekas Canselor kita,Sultan kita, Raja kita.

http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html

Walaupun dia dah "disappearkan" posting tersebut, ramai blogger telah buat "buat snipping" pada blognya,

 

Hukum penjara lagi baik si mamat ni.!!!

 

Saturday, January 23, 2010

Prk bayangan PRU? Part 2

Sambungan ke Part 2

Prk bayangan PRU?  

Rasuah
PRU
  • Terlalu ramai, nak sebut seorang demi seorang agak meletihkan mulut, menghabiskan air liur. Rasuah duit,rasuah pembangunan, dan paling dasyat adalah rasuah seks(anggota Bulan Terbelah atas Lautan Biru)
  • Ada juga pasal rasuah yang "gempar" 1Malaysia baru-baru ini, kes TBH(Pasti anda semua tahu mengenainya). Meskipun ada teori yang kuat pasal apa yang berlaku,namun perbicaraan masih berjalan, saya tak boleh dahului mahkamah untuk menghuraikannya.
PRK
  • Dalam Prk ni mungkin skop rasuah adalah terlalu kecil berbanding PRU.
  • Mungkin kita boleh tafsirkan rasuah PRK dalam bentuk janji-janji calon dari Kumpulan(EVO dan PRO), namun hujahnya bukanlah terlalu kuat, sebab setiap Kumpulan ini punyai manifesto masing-masing untuk diketengahkan.
  • Namun mengenai kes "LOMPAT", saya fikir amatlah tidak berbaloi untuk "si katak" isytiharkan secara secara terbuka. Ianya satu kaedah yang memakan diri. "Si Katak" bakal berhadapan dengan 2 perkara, pujian dan kutukan. Akhirnya "si katak" hadapi dilema. Pada pendapat saya, usahlah isytiharkan anda sedang melompat, lakukan senyap-senyap.
  • Kadang-kadang difikirkan bahawa "si katak" ni bijak menghidu peluang, bila dia rasa kumpulannya lemah, di pindah ke tempat yang di bakal dapat untung.(Mungkin dia harap dapat jawatan dan sebagainya). Ingat, penyataan saya umum, sesiapa yang terasa itu adalah "katak".
Agenda
PRU
  • Parti politik( Barisan Nasional)  dan Pakatan Rakyat ada agenda masing-masing. Sama ada ianya bersifat negatif atau positif itu hal no.2.
  • Kita tahu BN telah lama memerintah Malaysia,dan lebih 50 tahun, rakyat semakin kaya, maju dari segi ekonomi dan pendidikan. Kita semakin bijak, negara semakin gah di persada dunia, rezeki melimpah ruah kurniaan tuhan.Itulah nikmat sebuah pemerintahan berkesan.
  • Tak dapat dinafikan ada juga kecacatan dan kelemahan, namun tiada Alternatif untuk kita berpegang. Nak diharapkan Pakatan Rakyat yang berbeza ideologi, rosaklah negara. Tengoklah 5 negeri(Kelantan, Kedah,Selangor,P.Pinang,dan Perak), apa yang berlaku? Pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Dengan Pas dengan Pas for All(tiada lagi kearah sebuah negara Islam), Dap dengan Malaysian Malaysia(Mirip dasar Singapura) dan PKR(multiracial) yang lebih kepada kepentingan peribadi Anwar Ibrahim,
  • Sokongan kepada Pakatan Rakyat sangatlah merosot dengan agak mendadak sejak di Bukit Gantang. Kecuali sokongan bukan Melayu kepada PR masih agak kukuh walaupun sedikit menurun.
PRK
  • Evo-M dulunya Pro-Aspirasi juga jelas agendanya, namun pertukaran MPP setiap tahun bermakna Pertukaran Kepimpinan tidak menjejaskan agenda, sebab pentadbir menyokongnya.
  • Pro-M berbeza, mereka ini agak menentang dasar-dasar Universiti, menyokong sesuatu yang lebih kepada Pembangkang, timbal baliknya mereka disokong Pembangkang dari segenap sudut(PAS,DAP,PKR). Bagi sesiapa yang mahu nafikan, bukalah harakah, atau Malaysiainsider,atau malaysiatoday,atau suara keadilan, atau blog Dap.
  • Ingat, saya sebut PRO-M. Penyataan yang agak UMUM. Bukan merujuk kepada PRO-M UTM semata.
  • Pro-M secara maya di UTM boleh dilihat sebagai pihak yang aktif dalam menyebarkan fahamannya, muncul blog-blog seperti Penyapulidi,Utmtoday(pihak yang sama), yang condong kepada Pro-M,seperti penyataan saya sebelum ini( Buatlah nisbah sokongan). Namun kemunculan blog ini hanyalah bersifat sementara, maksud saya untuk PRK sahaja, selepas ini mungkin tutup atau jarang-jarang update.Ia sekadar mengsensasikan PRK dan sekadar melonjakkan Pro-M semata-mata.
  • Namun selepas PRK, UMT contohnya, pasti tetap akan dilanda gelora kepimpinan alias Pakatan Rakyat juga.(Tunggu dan lihat)
Kesimpulan
PRU adalah bayangan kepada PRK(kampus), cakap mereka bukanlah jaminan pembikinan mereka,lompat adalah untuk jawatan, Rasuah berkemungkinan wujud dalam bentuk tertentu, MalaysiaToday menyebar visi pembangkang sama seperti UtmToday yang membawa visi Pro-M, termasuk penyapulidi.
Jika lah benar bahawa bayangan PRU ada pada PRK, Evo-M tidak perlu risau, kalau menang tetap bawa dasar pentadbiran, kalau kalah, boleh bersama mahasiswa menonton drama Pro-M yang dilanda krisis. Kalaulah benar.
Kalau dilihat UIAM sentiasa dibawah pengaruh Pro-M, sama seperti Kelantan dibawah pengaruh Pembangkang.
Sifat antara Kerajaan dan Evo-M agak sama,begitu juga Pembangkang dengan Pro-M. Lihatlah nanti siapa yang menang. Lihat juga "teori keselarian" ini berjalan.
Selamat Mengundi Calon Pilihan Hati pada 28hb Jan 2010 nanti.

Thursday, January 21, 2010

Prk bayangan PRU? Part 1

Maksud 

PRK N : Pilihan Raya Kampus (N=bilangan berbeza setiap universiti)
PRU 12 : Pilihan Raya Umum ke 12

Objektif

PRK  : Memilih Barisan kepimpinan yang bakal mewakili suara mahasiswa kepada Pentadbiran

PRU  : Memilih kerajaan(negeri dan persekutuan) untuk dijadikan Pentadbir

Pemain Utama
PRU
Barisan Nasional : Gagasan(parti-parti utama di Malaysia,Dominan = UMNO,MCA,MIC)
Pakatan Rakyat   :(DAP+PKR+PAS)

PRK
Evo-M : Gagasan yang menyokong dasar Pentadbiran
Pro-M : Gagasan yang sering mencanggahi dasar Pentadbiran

Isu yang hampir sama
Undi Post = Oleh Pakatan Rakyat
E-voting = Oleh Pro-M @ Bantah

Sumbangan Kekalahan
1)Hasil adaptasi semaksimum media maya
  •  (DAP, PAS, PKR) hampir tumbangkan BN dengan pelbagai politiking di Media Maya(Blogspot,Facebook,Friendster,Laman Web lain)
  • Pro-M guna (Blogspot,Facebook,Friendster,twitter dan lain-lain) untuk menumbangkan Evo-M
  • Ketika itu: BN masih "low" dalam berblog. (Dap+Pas+Pkr) agak "expert" menumbuhkan rankaian demi menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional
  • Ketika Ini : Pro-M dilihat terlalu "Aktif" dalam dunia maya berbanding Evo-M.
2)Tonjolkan diri dengan supaya nampak "GAH"
  • Pro-M sebarkan flyers(siapa cepat dia dapat~Program MPP)
  • Evo-M anjur Perhimpunan menentang "Pengunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam".
3)"Katak"???
Katak PRU
  • Anwar Ibrahim mencanang "satu Malaysia" (Bukan 1Malaysia) , "Lompat itu Halal" hingga sanggup hantar wakil ke Taiwan.
  • Lepas PRU12- Seorang demi seorang "katak" melompat dari Pakatan Rakyat kepada Bebas(Namun menyokong BN)
Katak PRK
  • "Sapa makan cili rasa pedasnya, Evo masuk Pro"
  • Lepas PRK ? Lihat saja nanti?
Sokongan Sebelum
PRU
  • Ramai memangkah (DAP+PKR+PAS), boikot BN
  • PRK
  • UMT dah menang 11 dari 12 kerusi(suatu petanda), lain-lain 28 hb Jan mengundi.
Sokongan Selepas
  • PR dilanyak Rakyat Marhaen
  • Banyak Isu Kelemahan "terburai"
  • Pertukaran PM dan Konsep 1malaysia lonjakkan UMNO
  •  Pro?
  • Evo?


Nota:
Ini hanya perbandingan, namun menarik difikirkan ialah adakah keduanya adalah mempunyai keselarian?
Sebab umum tahu bahawa Evo adalah lebih condong ke arah Kerajaan, Pro condong ke arah Pembangkang.
Mahasiswa umumnya juga rakyat. Fikir-fikirkan.

Sambungan ke Part 2 nanti.

Friday, January 1, 2010

Salam Tahun Baru 2010




Assalamualaikum..
Salam tahun baru 2010, salam 1 Malaysia..Salam Perpaduan..dan Salam Perkenalan
Saya menduga semasa saya menulis ini,ramai yang masih belum tidur jam saya baru menunjukkan pukul 11.54 malam.Mungkin ada yang tengah bersembang, dengan kekasih, kawan,tengok TV, Melayari internet dengan tujuan masing atau mungkin sedang makan..Siapa tahu,yang pasti ramai yang sedang menunggu detik 12 malam


Okey,,dah 11.57...jam saya(laptop)....macam2 rancangan dalam fikiran kita kan
Sekarang dah 11.58..masa makin hampir kepada penantian..bila2 masa sahaja jam pasti  akan menyentuh angka 12 malam..
tunggu jap
Alhamdulillah..dah masuk 12.00 a.m..sekarang kita berada pada tahun 2010..dah masuk umur 22 tahun la kiranya kalau saya. Anda macam mana..mana tahu..
Kat Padang Kawad semacam bunyi tembakan..mungkin..saya tak tahu,,sebab saya tak berada disana.


Okeyla... kali ni saya taknak tulis skema2 sangat..sebab mungkin makan masa saya.dan anda untuk membaca..Bagaimana dengan azam tahun baru? Anda dan saya? bagaimana?


Macam2 kan.. Saya pun tak mahulah ulas kronologi tahun lepas secara panjang..benda dah lepas..Tapi saya galakkan diri dan anda menilai sendiri..


Beberapa hari yang lalu saya menulis mengenai MPP dan Pro-M serta Evo-M. Bagi yang pertama kali membaca tulisan saya tentulah rasa pelik..Ish.. Orang seperti saya nak terlibat dan ulas pasal perkara ini.. Siapa saya?.. Saya Ahmad Suhaimi la.. Kenapa ? Salah ke? Saya mahasiswa..saya tentu berhak berbicara.. Namun ada beberapa orang dah mula buat muka dengan saya..Hmmm..Saya tak kisah..Selagi saya rasa perbuatan saya tidak salah..


Lagipun..Kalau anda ,nak tahu... saya merupakan orang terawal yang menulis dan mengulas mengenainya....tapi mungkin ada yang lebih awal lagi...MPP..? Kecoh pasal Pro-M
Pandangan saya ada persamaan dengan penulisan orang2 ini...saya listkan.. anda buka dan baca sendiri..




Atau mungkin anda nak pegi panas punya Penyapulidi .
Tak taula saya blog ni sungguh banyak informasi tentang politik kampus UTM.


Hmm..ada jugak blog ni ulas pasal tulisan saya kat sini .
Tertarik pula saya nak baca blog ni. Ok..Teruskan usaha.


Macam2 isu lagi yang ada,,,Ntah,,saya takde mood sangat hari ni nak mengulasnya..
Sebab saya agak terkilan pasal benda ni .

Kadang fikir juga.. Ni lah hasilnya bila salah pangkah.. Betul2 terkilan dengan benda ni.. Anda saya tak tahulah..
Hmm..Tekad juga dalam hati nak perjuang perkara begini..
Mana la Pro-M yang suka berjuang..sensitifkan diri anda dengan perkara begini..
mana pergi Evo-M ,,suara anda juga penting dalam perkara begini..



Esok pun saya tiada kelas lansung,,asalnya ada tapi dah pindahkan ke hari Isnin..so, agak free la jugak. 


Kadang2 orang lihat saya macam takde pape .. Hmm..
Diam saya berfikir sebenarnya..



Ok..Bila mood ok balik, saya akan menulis, mengkritik ikut cara saya, sape tak suka.. boleh tutup page..senang..yang terasa tu mesti makan cili..
Saya amat benar mengambil peduli tentang masalah mahasiswa..harapan kita..agar negara ini menjadi yang terbaik hasil produk mahasiswa yang terbaik..



Jadi,,sebelum melabuhkan tinta ini. Sukacita saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010..Bye
Wassalam






Pelawat

free counters

Berbisnes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails